Sunday, December 26, 2010

MAJLIS KACAU ASYURA

SEPERTI kebiasaannya apabila tibanya 10 Muharram, otomatik kita teringat akan hari Asyura….

Sudah menjadi adat hari2 selepas 10 Muharram, masyarakat disini sibok mengatur acara untuk bergotong royong memasak bubur asyura.

Ma mengenali bubur asyura setelah ma berhijrah disini… 

Sebelum ni pernah mendengar arwah ibu ma bercerita tentang sejarah asyura, tapi tak berapa menghiraukannya sangat.

Tapi setelah ‘pandai makan’ bubur asyura…, ma pun ‘pandai mengidam’kannya pada setiap tahun.

Lebih kurang seminggu yang lepas, ma mendapat bajet dari Pengerusi JKKK RM500 untuk membuat bubur asyura. Tempatnya dah tentulah dibalai raya yang baru dibina untuk segala aktiviti masyarakat dikampung ma.  

Belanja  membuat asyura untuk 1 periok RM400.

Tapi untuk 1 periok rasanya tak memadai….

Kerana takut tak cukup, ma telah memohon kepada Penyelia Penyelaras Daerah (PPD), Datuk Wan Hisham… dan ma memperoleh RM400 lagi.  Dapatlah 2 periok.

 

DSC01495

  Dengan peneraju masakan…. Zakiah Endut…. berbaju biru. Disebelahnya ialah Zaa isteri kepada Pengerusi JKKK, Lorong Surau Baru, Pasir Panjang.

DSC01490

… dan pakar masakan..Kak Mah, bertudung ungu…
Mereka berdua ini adalah orang2 kuat dalam kerja2 hal ehwal wanita…. bab2 masakan…  sebut aja bila, dan dimana… asal ada bajet… insya Allah….!
Itulah yang ma sayaaaaang sangat kat mereka berdua nii… 

 

DSC01484

Ramailah yang sedia mengambil bahagian kalau sebut bab asyura ni…  Nak tau?! Orang2 Terengganu menyebutnya  ‘SUGHEEEE’

(JANGAN MARAAAAH orang Terengganu…!)

 

DSC01483

Yang ni kerja ma…. Siapkan sarapan pagi untuk ‘orang2 kuat’ kita…… lebihkurang 4 bungkus beehoon.  Nama dia mee bodo2…. Hehehe…

 

DSC01494

 

 DSC01497

Bila tiba bab orang lelaki dah ambik alih tugas mengacau, itu ertinya dah dekat nak masaklaaa tuu…..  Maksud ma dah semakin pekat, dan adunan makin berat.  Tuulaah… bila tak ada orang lelaki yang sanggup menolong, rasanya tak payah buatlaa kot… sebab tak larat nak mengayuh…!

 

DSC01491

Syyyyt..  ini pengantin baru niii….… Pegang ‘pengayuh’ pun nak sama2.. macam nak potong kek… Hihihi…

 

DSC01499

Wanita Kuala Terengganu…

Antara kawan2 dari luar kampung yang datang merai atas undangan ma… Sedang menikmati rasa bubur ‘sughee’ yang masih cair… Sedaaaap..!

 

DSC01503

Dah siap diataur….         
untuk dibahagi kepada yang hadir…
dan yang tak hadir pun kalau ada rezeki,  dapat jugak… Asal ada wakil yang datang mengambil….

DSC01504

Sedia untuk dimakan…. 

Yang ditabur sebagai hiasan berwarna putih tu ialah sambal ikan… Yang berwarna merah dan hijau tu adalah agar2 (atau ‘belede’ panggilan di Terengganu)  yang dipotong halus2…
Bukan saja menarik, tapi sedap… Ramuan bubur asyura ni adalah dari rempah ratus dan segala bahan termasuk ikan, daging dan ayam ada didalamnya..

 

 

 

 

4 comments:

wida said...

sdpnya..alhamdulillah,wida pon dpt sebekas dr surau kat kg kubang tangga..hehe

rasp said...

lain kawasan, lain bubur asyura nye ye Ma...
kalo belah2 penang, asyuranya macam bingka gitu... ada ubi, pisang bagai...
teringin gak nak merasa asyura terengganu nie...

Dee said...

nampak lain sikit buburnya ye ma..tp mesti sedap..lain dr yg lain nih..

sw33tdarling said...

yeaaay... bakal ku perolehi dalam masa sehari dua lagi...!!
Inviting You To Join Give Away PILIH THEME BLOG