Monday, December 13, 2010

BAHAGIA DIKUNJUNGI KELUARGA…

SEMALAM 12hb… kalau arwah suami ma masih ada, adalah tarikh kelahirannya yang ke 68….

Semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama para ambia…

Al-fatihah……

…….KETIKA ini ma sedang bahagia bersama dengan kakak tersayang dari Singapura.

 hulloKak Melah dan Abang Sahak

Mereka sampai di Perhentian Bas Kuala Terengganu pada pukul 7.30 malam semalam, bersama anak ke2 mereka  dan seorang cucunya.

Dan pada 14hb nanti… anak  ke3nya…,  Ahmad Loqman dan isterinya Emilia pulak akan sampai dengan keluarganya.  Mereka ketika ini sedang bercuti di Genting.  So.., ma sedang menunggu ketibaan anak saudara kesayangan ma ini  dengan tak sabarnya….

Ahmad Loqman dan Emilia Razali bersama anak2 kesayangan mereka Naufal dan Nadia…

Malangnya sedang elok2 mereka bercuti di K.Trg, ma pulak terpaksa meninggalkan mereka untuk mengikuti suatu lagi kursus pada 15hb ni di Cameron Highland...!

Apa pun tak menjadi hal bagi mereka, kerana malam esok mereka semua sudahpun menempah appartment di Sumai Hotel…. Selamat bercuti, Man….

 

5 comments:

wida said...

seronoknya bila saudara mara dtg melawat..

sw33tdarling.com said...

laaaa... hehehehe takpe laa layan diri

A.H.A.D said...

bestla ma leh jejaln cameronse kali hehe

Dee said...

sumai? hotel mahal tp cantik tu..hehehe..nti dee terjah ganu kita jumpa ye ma..insyaallah..

GREENJADE said...

wow sumai..best nye ma....

owh slmt berkursus ma..smbil berkursus smbil jalan2 gitu.. :)