Tuesday, November 6, 2012

BERABUK kerana MABUK

CAMNI punya lama tak update blog kena bawak penyapu bulu ayam ni
nak kebas abuk2 yang menebal kat blog ma ni…Smile

Sejak Raya Haji… ni dah nak masuk Deepavali baru nak buat n3…?!
Hmmmm… apa nak buat….
ginilah keadaannya kalau makan gaji 30 hari sebulan.. Keh3…

Sebenarnya walaupun tak ada n3 baru, tapi ma tetap meluangkan sedikit
masa untuk menjengah laman2 kalian….
Walaupun sekejap, ada jugak yang sempat ma sampuk bicara
tapi yang mana2 ma tak sempat tu, jangan marahlah yer…

Nak tau kenapa? Hehehe…. sebenarnya ma sedang mabuk…… Keh3

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

Ramai yang khabarnya kemaruk dengan drama yang diadaptasi dari novel ni…
Baru2 ni Mira balik cuti Raya Korban, dia tolong download bagi ma tengok.
Rumah ma tak ada Astro… baru aje ma suruh Mira tamatkan.
Ma memang tak ada masa nak ngadap tv sangat2.
Mira pun sejak dah tak ada kat rumah ruang tamu ma jadi sunyi,
Yana dan Zikri masuk tengok tv dalam bilik ma .
Cukuplah dengan TV9 dan TV3 aje….
Itupun banyak cerita2 best yang bertindan antara TV3 dengan TV9 tu.

Bagi ma drama Adam dan Hawa ni menarik, kerana hero dan heroinnya….
Ikhlas ma katakan, kalau bab perjalanan cerita agak slow,
sebab setakat ma sampai ke episode 8, cerita belum lagi berkembang.

Perasaan ma ketika menontonnya tak sama macam ma menonton drama
CHINTA lakunan Fasha Sanda dan Adi Putra dulu.
Perjalanan cerita laju…..
Dari satu episod ke satu episod ada sesuatu yang baru… 
Tertinggal 1 episode macam nak sasau,
cepat2  Google di Tonton. Hehe…

Apa pun, ma suka sangat lakunan  Nadiya Nisaa….
Manis  dan manja dengan kerlingan mata dan kening terangkatnya….
nampak nakal sangat!
Nak jadi peminat Nadiya Nisaa lah pulak!

7 comments:

daydeck86 said...

MA PUN DAH TERKENA PENANGAN ADAM N HAWA NI KER.. AHAHHAA

mamawaiz said...

wahh..boleh tahan jugak ma ni yer. minat aaron ekk

Kamariah Awang said...

daydeck86... ewah, tetiba je menjongol! Lama tak bersuara!? Apapun, terima kasih yer,Deck...

Kamariah Awang said...

mamawaiz... Bukan saja minat, jeles pada yang minat! Hehe.. bergurau aje, wida... Ramai yang gilakan Aaron tu, sibbaik dia tu tetap imaaaaaannn!

Rasp said...

oooo dah terjangkit kat Ma ek...
tapi saya lum kena 'jangkitan' nie...
cuma memang minat lah Nadiya nie...
suka tengok lakonan dia yg bersahaja dlm citer 'CUN' tu...
dlm drama nie ntah ler plak kan....
nanti bila dah byk2 episod baru nak cari dlm internet nie....
habiskan sekali harung tengok...
so tak perlu nak tunggu2 berminggu2 lamanya nak habiskan citer nie :D

Kamariah Awang said...

Rasp... hmmm, cerdik... cerdik..

kazmyra afkar said...

Dh download dlm 5 episode.. So nntikan ye.. Balik nnti tfer kat netbook