Friday, February 17, 2012

YANG DITUNGGU DAH TIBA

DSC03201 
Milik SD….
Beginilah jugak rupanya voucher yang ma terima pada hari yang sama.
Boleh ditunaikan dimana2 bank pilhan hati
….

 

KETIKA menanti buah yang sedang ranum ni….
Ada sedikit debaran… ujian… kecemasan… 
Ah apa2 ajelah….!

Ma menerima sekeping surat yang isinya berbunyi
BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA
beberapa hari sebelum PM buat lawatan ke Terengganu pada 3 Feb hari tu.

Surat tu menyatakan ma LAYAK  menerima BR1M.
Ma pun suka sangat2lah.
Ma tunggu dengan sabar.
Dalam fikiran ma mungkin akan sampai surat yang lain
memberitau bila tarikh yang seharusnya
ma boleh ambil voucher duit tu.

Tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu….
~Dalam tunggu punya tunggu tu
sempat jugak enjoy ke KL,  4hari di rumah SD… hihihi…
~

Balik dari KL, rasa tak sabar dah mula datang
Berleter manja jugaklah depan kawan2
’Bilalah agaknya nak dapat duit tu, orang dah bagi Fasa ke 4 dah hari ni (14hb Feb)’…..

Langsung ada kawan bagitau….
Rupanya ada sekeping surat kecil yang diselitkan menyatakan tarikh penyerahan duit tu,
dan dimana yang patut diambil….

Waaaah…. kalau gitu ma dah terlepas pandanglah ni!?
Mana envelopenya?
Memang dah tabiat ma, tarik surat, envelope terus masuk tong sampah.

Teringat pulak SD, dapat ke dia?
Terus ke letter box.
Rupanya ada juga rezeki untuk dia….
Tarikhnya hari ni…, 14 Feb. Kul 9 pagi…
Apaaaaa? Ni dah kul 1 tghari!

Apa lagi, siap cepat2, pergi ke pejabat DUN
~Baru terasa nak bertanya….!!??
Dah puas sabar, sekarang dah tak sabar2??~

Rupa2nya nama ma dah dipanggil pada 3 Feb lepas, ketika PM sampai di Terengganu hari tu….!

Kata orang kalau dah rezeki… tak kemana…!
Dua2nya selesai di pejabat DUN aje.

~Alahai mujur nya aku… tak payah melenggak menunggu beramai2 di dewan.~
Hihihi……
Syyyt…. off the record… off the record..!
Jangan marah Big Boss!

5 comments:

GreenJade said...

wah rejki badan tu ma..hehehe

berbaloi2 sabor walopon terlepas pandang ye tak? hihihihi

MulutPayau said...

Alhamdulillah...kalau dah rezeki, tak ke mana ya ma.....

Ros said...

Salam Kamariah,

Alhamdulillah.....rezeki dari Allah tu.....

wida said...

alhamdulillah..
bestnya..boleh beli baju raya

nasazfrog... said...

saya tak dapek ma... uwaaaa sedey..