Wednesday, November 4, 2009

SALAM PERKENALAN DARI MATAHATI KAMARIAH

Salam pengenalan... Hari ini adalah hari yang saya rasakan amat bertuah bagi saya kerana setelah sekian saya lama mengimpikan sebuah blog... kini sudah menjadi realiti.

Saya seorang yang amat meminati bidang penulisan. Saya harap dengan wujudnya blog saya ini dapatlah kiranya saya menyumbangkan sesuatu yang bermanfaat untuk tatapan kalian. apapun yang baik itu bolehkan dijadikan tauladan, dan yang tidak elok itu jadikan sempadan. Sebagai manusia biasa lumrahnya kita tidak sunyi dari menelakukan kekhilafan.. tegurlah saya, dengan teguran yang dapat membina bukan saja untuk saya.. malah untuk semua...

Saat ini juga adalah saat yang akan mencipta sejarah bagi saya kerana saya sedang menantikan tibanya 9hb November. 9hb November adalah hari keberangkatan saya ke Tanah Suci Mekah Al-Mukarramah untuk mengerjakan rukun Islam ke5. Mohon doa dari kalian.... Doakan yang terbaik untuk saya,agar mendapat haji yang mabrur, insyaAllah..


3 comments:

kazmyra afkar said...

ketika ini ibuku dalam menjalani ibadah haji...

N Faizal Ghazali said...

Salam ziarah.. teruskan menulis.

Kamariah Awang said...

Faizal apa khabar? Dah baca tulisan ma yang terbaru?