HARI ni 24.2.12 adalah hari lahir nak sulong ma Azil Hakim yang ke 35 tahun.
Ma rasa bertuah kerana dapat update entry ni tepat pada harinya.
Biasanya dek kerana kegawatan, ma tak kesahkan hari....
Hari apa, berapa haribulan, tak jadi hal bagi ma... .
asal jangan terlanggar perjanjian, sudah...!
Ooop! sori terlebih!
Selamat Hari Lahir untuk anakku Azil Hakim B. Abdul Aziz....
Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan dan diberkati rezeki,
dikukuhkan iman dan taqwa,
dipanjangkan umur untuk beribadah kepadaNya
dan semoga menjadi pemimpin dan ketua yang terbaik untuk keluarga...
Amiiin~
~Aduh, panjangnya doa... baik mak tak semput! Hahaha....~
Sebenarnya..... tajuk entry ma kali ni berhubung dengan angka 4212.
24.2.12.... eh, dekat2 nak sama dah tu yeer...
AGAK2NYA sape boleh jawab apa itu 4212?
Ma teringatkan nombor ni,
bukan saja kerana hari ni 24.2.12, tapi
kerana terkejutkan sebuah motor yang melintas dan memotong
dihadapan ma beberapa hari lepas..
Ternampaklah platnya bernombor 4212.
Terus kembali nostalgia ketika ma remaja dulu… kikiki.....
Dulu......
Nombor 4212 ialah nombor yang biasa digunakan oleh arwah suami ma.
Ditaip disebelah kanan paling atas muka surat cintannya pada ma…
~Dulu kan mana pakai sms u… koling2pun tak..
Takkan nak taligram pulak kaan?…..~
Setiap kali suratnya tiba….
Nombor tu mesti ada tertera…..Sape agaknya yer yang boleh meneka?
..... Apa maknanya 4212 tu?
Nama arwah suami ma AZIZ.
~Muka saja jeee... tak suspen langsung!~ Hihihi...
assalam Ma..selamat hari lahi buat Azil Hakim.
ReplyDeleteTerima kasih bagi pehaknya..., Acik.
ReplyDeleteSelamat hari lahir buat anak sulong ma,Azil Hakim.
ReplyDeleteselamat hari lahir utk anak sulung Ma..
ReplyDeleteAda nostalgia rupanya disebalik nombor tu......
baguslah ma ni..jarang ada ibubapa yg ingat hr lahir anak bila anak2 dah besar.
ReplyDeleteselamat hari lahir buat anak ma.. semoga menjadi anak yg soleh ... Dan semoga hidupnya snetiasa dirahmatiNya.. aminn
ReplyDeletejom baca sebentar..=)
ReplyDeletehttp://lolz-l.blogspot.com/2012/02/ko-buat-maksiat-semua-kena.html
ingatkan 4212 tuuu tahun 1942, bulan 12 hehehehe
ReplyDelete4 for A,2 for Z,1 for i, 2 for Z
ReplyDeleteouhh suweettt nyer...
p/s : jalan2 sambil komen disini ^_^
sweet je percintaan mama ngn hubby
ReplyDeleteoh selamat hari lahir untuk dia :) semoga ma dan family sentiasa diulit bahagia...amin
ReplyDeleteso sweet..kenangan menusok qolbu ya ma..hehehe
ReplyDeleteniway, hepi betday utk anak sulung ma..moga terus dibwh lindungan-Nya selalu :)