Tuesday, January 17, 2012

TENTANG BR1M

SELEPAS tarikh tutup mengisi borang BR1M tamat pada 9 Januari  lepas
kini tiba masanya kita menanti pembahagiannya pulak…

Kocek ma dah kebas2 rasanya nak terima RM500 tu
keh3x… Jangan anggap ma perasan…!
Insya Allah ma akan dapat….!
sebab ma memenuhi syarat dan layak!!
Pendapatan bulanan ma memang pun tak sampai RM3000 sebulan…
~baru RM2999 ajeeee…! keh3x~

Agak2nya siapalah yang tak bersyukur tentang BR1M ni yerk?
Ma terlintas difikiran nak bertanya sebab ada terdengar
macam2 variasi tentang BR1M ni…

Ada yang kata memang patut pun kita dapat,
sebab duit tu memang duit kita…
@ duit rakyat …
@duit dari hasil2 cukai yang dibayar oleh rakyat…

Tak kurang juga yang kata… kerajaan memancing undi kerana pilihan raya dah dekat…
Apa2lah…..!

Tak kiralah apa pun…
sememangnya  masing2 ada hak untuk menilai
semenangnya rakyat negara kita ni bebas bersuara…..
bebas berfikir….
Mudah2an berfikiran terbuka dan waras…

Oleh kerana ma sendiri tak pernah membayar cukai pendapatan….
~bukan tak nak bayar atau lari dari membayar~
tapi kerana ma ni belum cukup umur lagi… hehehe… tak layaklah tu sebenarnya…
Jadi ma tak beranilah nak kata duit dari hasil cukai yang digunakan untuk
BR1M tu duit ma …..
sebab ma seorang rakyat yang terlepas dari membayar cukai ….

Cuma seikhlasnya ma nak ucap terima kasihlah kepada pembayar2 cukai yang dimaksudkan itu
semoga Allah memurahkan rezeki kalian….

Jugak…semestinya terlebih2 terima kasih kepada BR1M…
Sebabnya…
Bila hasil2 cukai itu telah masuk ke ‘kocek’ kerajaan
~macam duit dalam kocek kita jugak….~
tak ada sesiapa yang boleh memaksa ianya mesti dipulangkan kepada kita semula
dalam bentuk wang tunai ….
Melainkan kerana keprihatinan dalam pentadbiran!

Kalau tidak diageh2kan pada kita pun…
Kita tak boleh nak kata apa….

Jadi… terimalah pemberian itu dengan hati terbuka
Jangan prasangka…
Jangan was2…  ~nanti jadi haram pulak untuk dimakan~

Dan soal membalasnya….
Kalau kita fikirkan soal budi,
memang budi itu harus dibalas dengan kebaikan…
jika tidak…..
Serahkan aje pada Allah s.w.t…..

~Ini pendapat ikhlas dari ma….
Kalau pendapat ma ni salah, harap maaf yerrrr…~

19 comments:

  1. untungnya...bolehlah belanja wida yer ma.

    ReplyDelete
  2. Manusia biasalah bila tak bagi cakap kerajaan makan duit rakyat
    bila dah bagi ckp duit haram lah apa lah orang dah bagi terima jer lah

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah ma dpt..tak kiralah apa org nak ckp..kita manfaatkan duit yg dpt tu ke arah yg sepatutnya.

    ReplyDelete
  4. nnti balik trg nak jumpa ma la..leh ma blanja..hihihi...
    frozen food ma brand ape?..leh try cari bila blik trg nnti

    ReplyDelete
  5. Seronoknya dapat duit, boleh beli macam2 tu hehehe...

    ReplyDelete
  6. Alhmdulillah...Sykurlah kalau dapat ya ma....rezeki jgn ditolak...

    ReplyDelete
  7. bila kjaan buat kebaikan, ramai nya dengki dan busuk hati.. suruh pembangkang buatlah jugak kebaikan mcm tuu... hehehehe

    ReplyDelete
  8. Wida : Boleh2... Insya Allah... bilalah kita nak jumpa yer?

    ReplyDelete
  9. daydeck86 : Mudah2an kita tak jadi manusia yang macam tu yer...

    ReplyDelete
  10. intan morsalin: Carilah di Sabasun, brand K'Instant. Insya Allah, kita jumpa, dah mestilah ma belanja, don't be 'khuatir'... hehehe...

    ReplyDelete
  11. Zaitun : Insya Allah, akan dimanfaatkan...

    ReplyDelete
  12. MulutPayau : Syukur kalau dapat... Rezeki jangan ditolak... Dah gatal2 tapak tangan ma ni...! keh3

    ReplyDelete
  13. sW33tdARLiNG : Bab membangkang, buat kebajikan pun kena bangkang! Biasalah tu. Masa pembangkang perintah Trg dulu, negeri kotor, orang kerja Bandaran tak ada peluang nak buat ot. Bajet ot pun tak lulus, jangan kata nak buat kebajikan!

    ReplyDelete
  14. dady L xdpat.. adoi.. sedihnyer..


    jom renung2 sekejap..=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/kenapa-ilmu-itu-penting.html

    ReplyDelete
  15. Salam Ma,

    Rezeki jangan ditolakkan. Terima jerlah, apa yang tersirat terpulang pada mereka yang berkenaan.

    ReplyDelete
  16. bla nk hupdate lg maa..

    jom hayati..=)
    lolz-l.blogspot.com/2012/01/amanahnyer-sahabat-rasulullah.html

    ReplyDelete
  17. aktif gak la ma,
    tapi semangat tu ttp denagn dulu kini dan selamanya. kami orng Kg Puah Lembah mmg kebanyakkannya menyokong pemerintah sekarang.

    ReplyDelete
  18. Salam Ma..lama pcl tak ke sini..sihat hendaknya, pasal BR1M ni..alhamdulillah rezeki masing2 yg berkelayakan...tp ada jg yg masih menanti dgn kesabaran dan debaran kalau2 tak dapat, kesian MIL saya.

    ReplyDelete

Terima kasih sebab sudi bersembang kat sini.. datang lagi yaa...