Friday, April 18, 2014

BILAKAH BERAKHIRNYA PENCARIAN MH370

20140416_214541

MINGGU LEPAS ketika ma nak mengunakan beg kecil ini untuk ke Bera, Pahang
ma terjumpa sekeping teket penerbangan Malaysia Airlines yang bertarikh
22 Oktober 2013.

Teket penerbangan ini juga tercatat waktu berlepas pada jam 00.25 tengah
malam menuju ke Beijing.

Inilah kenang2an yang tidak mungkin ma lupakan sepanjang ma menaiki pesawat
kerana pesawat yang ma naiki ini mencipta sejarah tersendiri disebalik misteri
yang belum lagi terungkai meskipun sudah melebihi sebulan kehilangannya…

Hari ini adalah hari yang ke 42 pencariannya….

~Yang sama2 menaiki pesawat MH370.
Minum2 sambil memperkenalkan diri sementara menanti detik 00.25
pada 22 Oktober 2013~


~Didalam flight MH370.
Pic dipinjam dari blog Dee Kuntum.   Hehe..  Ulang Tayang tak per kan…?~

Masih terdengar2 suara Kepten Zaharie Ahmad Shah memperkenalkan diri
sejurus pesawat meluncur keudara…
Suara yang garau tapi mendatar….

DOA UNTUK MH370

Marilah sama2 kita mendoakan agar MH370 diketemukan segera walau
dalam apa keadaannya sekalipun….

Semoga sanak saudara penumpang dan anak2 kapal yang terlibat dapat
menerima kadaq dan kadar ketentuan Ilahi dengan redha….

Mudah2an pencarian ini tidaklah berlanjutan sehingga menyebabkan
negara kita menanggung beban pembiayaan pencariannya yang sudah
mencecah berjuta2 Ringgit…

Alangkah indahnya jika negara2 yang membantu dan mengetuai pencarian
MH370 ini bersemangat setiakawan dan ikhlas….
~Janganlah sampai dek kerana negara kita termakan budi sehingga  dipaksa
menggadai bodi….~

Sesunggguhnya… Negara kita sudah melakukan yang terbaik dan sangat
bertanggung dalam menangani insiden ini….
Negara kita sedang menuju pelaksanaan Wawasan 2020
untuk menjadi negara yang maju pada matlamatnya.
~Janganlah hendaknya dek kerana trajedi ini menyebabkan pelaksanaannya
tergendala……~

Amiiin…Amiin… Ya Rabbal ‘alamiiin…