Wednesday, April 24, 2013

HARAM …. SATU PENJELASAN dari T/G ABDULLAH SAAMAH

AMBOI MAAAAK dah lamanya ma tak update n3 baru…
Assalamualaikum semua…
Harap semuanya tak lupakan Matahati-Kamariah yer…

Cuba tengok tajuk ma harini…
Itu bukan ma yang kata… 
Mari dengar sini, ma nak cerita sikit …
Ma tahu, tak semua orang suka ma cerita hal politik
Ma pun bukannya ahli politik tegar
Pengetahuan tentang politik pun ala kadar aje…
Jadi maafkan ma kalau buat orang muak atau menyampah.
Ma tau…. sebab bila ma cerita hal politik
semua orang macam tak ada telinga aje…
macam tak pandai baca aje… hehe….
dengan lain perkataan… malas nak layan malas nak komen. hehe…

Tak per laa tuuu….

Kesempatan masa yang ma luangkan ketika ni,
terus terang ma katakan adalah untuk membantu BN
menang dalam PRU13 ni….
Betuuuuuul…, telus dan terus terang!

Ma tak ada kepentingan apa2 pun… bekerja sukarela.
Kerana ma suka Melayu jadi TUAN…
Melayu cuma ada Tanah Melayu nilah sahaja….
Hanya Malaysia….

Cina…  dia ada negara dia sendiri yang diperintah oleh bangsa dia sendiri.
Begitu juga dengan India… dia ada negara dia sendiri dan diperintah oleh
bangsanya sendiri.

Tapi Melayu hanya ada Malaysia inilahh…!!

Okey…. mari dekat  sini sikit…..
Ma nak ceritakan aktiviti ma musim2 pilihan raya ni…
Nak dengar tak?

20130408_072919~Perang Bendera antara BARISAN NASlONAL dan PAS
diihadapan rumah ma… Hehe…~

AGAK tersentak jugak bila ma dapat tahu cawangan ma yang walaupun duduk
ditengah bandar ni yang  agak terpencil dari aktiviti dan low profile tiba2 diminta
Biro Penerangan UMNO Bahagian Kuala Terengganu untuk mengadakan
Program Isu Semasa bertajuk HARAM PANGKAH PAS….. SATU PENJELASAN.

Penceramahnya adalah seorang yang ma kagumi yang ma selalu membaca
pendapatnya didada2 akhbar iaitu Tuan Guru Abdullah Saamah
seorang Ulamak Pengajian Pondok dari Kelantan… bekas ahli PAS.

.Photo: Bersama Tuan Guru Abdullah Saamah~Tuan Guru Abdullah Saamah yang ma hanya kenali di dada akhbar
kini sudahpun berjumpanya didepan mata…~

Mengikut ceritanya beliau keluar dari PAS kerana usahanya
untuk memperbetulkan pendirian PAS terhadap pembentukkan
negara ISLAM yang diperjuangkan selama ini yang agak tergelincir
akibat dari pakatannya dengan DAP yang nyata anti Islam dan hanya
mempergunakan PAS untuk keuntungan undinya, tidak diambil perhatian
atau dengan lain perkataan dipandang sepi.
Sehinggalah isu kalimah Allah yang PAS telah persetujui dan telah
tanda tangani digunakan didalam kitab bible terjemahan Bahasa Melayu
apabila PAKATAN RAKYAT memenangi pilihan raya dan dapat memerintah nanti… 
Walaupun sebahagian dari akar umbi PAS menentang tetapi tetap
dipersetujui oleh pemimpin2 kanannya seperti T/G Haji Hadi dan Datuk Nik Aziz.

Kemuncaknnya apabila … demi keselesaan pelajar pengajiannya,
beliau telah menerima peruntukan sebanyak 2 juta dari
TPM Tan Sri Muhyudin Yassin untuk Pondok Pengajiannya itu
dinaik tarafkan menjadi bangunan batu.
Malangnya bangunan yang sedang dibena itu telah disita oleh 
Kerajaan PAS Kelantan ketika sedang dalam pembinaan, kerana
dendam dan sakit hati.

Akibat dendam dan sakit hati jugak…. beliau telah digelar
dengan gelaran Ulamak 2 Juta…
Walaupun berkali2 beliau menjelaskan pendiriannya menerima
peruntukan itu adalah demi untuk keselesaan pelajarnya
menimba ilmu….
Jauh sekali untuk kepentingan koceknya .. mahupun dibuat pusaka….

Hmmm…  Begitulah serba sedikit tentang beliau….

Photo: Ceramah isu semasa di cawangan Lorong Surau Baru, Pasir Panjang DUN Ladang, Parlimen Kuala Terengganu

~Sebahagian dari orang ramai yang hadir….
Tak sangka begitu ramainya sehingga Jalan Pasir Panjang
menjadi sesak dan jem!~

photo~ Memang membanggakan….!
Sidang dari pelbagai Media turut diadakan….!! ~

 

 

Daaaaan  akhir sekali….
Ma tak ketinggalan nak bergambar dengan orang baru didunia politik tanah air kita…
Seorang Guru calon feveret atasan…
seperti jugak bekas YB Parlimen Allahyarham Datuk Razali Ismail dulu ….
beliau menjanjikan Terengganu sebagai Anjung Ilmu…..

Photo: Bersama calon Parlimen Kuala Terengganu ~ Cikgu Zubir Embong.~Mahu dan selesa dipanggil Cikgu Zubir….
Calon Parlimen Kuala Terengganu Muhammad Zubir Embong~

Eh,  takkanlah ma terlupa pulak nak perkenalkan
calon bagi DUN LADANG kan….
Orangnya sangat fimiliar….

[DSC036234.jpg]~Datuk Wan Ahmad Farid Bin Wan Salleh yang juga
Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu~

Semoga kemenangan di pehak BN…
Demi mempertahankan maruah Agama Bangsa dan Tanah Air…

Ini bukan masa untuk Reformasi (ANWAR IBRAHIM)
Tapi Transformasi (NAJIB) …
Meneruskan legasi Wawasan 2020 (MAHADHIR).

Monday, April 8, 2013

SHAHEIZY SAM BINTANG PALING POPULAR ABPBH 2012

HMMMMM… Dah selesai pun siaran langsung ABPBH 2012.
Cuma dengan satu katogari pencalonan aje,
Shaheizy Sam menang sekali lagi.. Bintang Paling Popular, 
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012!

20130407_235132

20130407_235105

20130407_235147~Berkat sayang emak….
Anak emak dapat kereta sport….!~

BERBANDING dengan Neelofa… 4 katogari pencalonan tapi
tak satu pun menang….
Jangan meroyan lagi macam tahun lepas sudahlaaaa….!

TAHNIAH… tahniah … tahniah… Nabila Huda!
Akhirnya menang katogeri Pelakon TV Wanita Popular….
Ma memang pun peminat no 1 Nabila Huda!

HMMMMMM….NAMPAKNYA semua ucapan para  artis yang menang
tak sudah2  terima kasih pada maklah, pada bapaklah,
pada adik beradik, pada nenek pun ada…. Hahaha….

~Mira…, tahun depan kalau kau menang artis popular….kau jangan ucap
terima kasih pada mak dulu. Mak tak suka!
Kau ucap terima kasih pada peminat dulu, lepas tu baru pada mak. 
Sebab mak undi kau pun paling2 banyak sehari 10 keping aje…
Kalau 10 hari baru 100 undi….
Yang undi kau banyak2 sampai puluh2 ribu tu peminat2 kau. Tau tak?~
~Hmmm…. tau…~

EEEE, EHHHHH… cantiknya Rozita Che Wan… Baju merah menyala…
Duk sebelah dengan Zain pulak tuuu…!  Sape lagi, kan???
Tapi pasai apa digandingkan dengan Shah Iskandar pulak bila dipentas?
Alamak baju dia….. hodohnya…!
Singkat didepan labuh dibelakang? Sad smile

ALHAMDULILLAH Yana Shamsudin pun menang… ma sukaaaaaa  dia….!
Memang ma minat sangat pun Nabila dan Yana tuuu….
Alamak kesian…. baju dia  melerek kat belakang tersangkut….
Nak cepat2 disenjah aja…  abislah….
Tak banyak sikit mesti koyak punya….! Hehehe…

~Mira… kalau kau naik pentas jadi artis popular tahun depan kau jangan pakai
baju melerek kat belakang gitu. Nanti jatuh ….!  Kau singkatkan belakang dia…!~

~Mak, tadi baju Rozita Che Wan singkat kat depan mak tak berkenan.
Kalau singkat kat belakang nampak tuuuut…. tak pe ke?~

 

Mulut zip

 

~Hmmmm… tahun depan mak rasa mak tak yah tengoklah….!~

Friday, April 5, 2013

TERUJA KUNJUNGAN DEE KUNTUM

20130329_221412~Dee Kuntum…. antara yang terawal follow blog matahati….~

Jumaat 29hb Mac 2013.

Ma dikunjungi oleh seorang rakan bloger, Dee Kuntum.
Walaupun ini bukan pertemuan pertama kami
tapi ini adalah kunjungan pertama Dee ke rumah ma.

Hubungan kami agak rapat.
Melalui laman blog jugak Dee telah menjadi sahabat baik pada anak ma, SD Maya.
Dan kalau ma ke KL, kami sentiasa mengambil kesempatan untuk bertemu.
Atau paling tidak Dee menziarahi ma di rumah Maya….

Inilah yang ma katakan pada n3 yang lepas ‘yang sangat menterujakan’ ma… Smile

Dee… Terima kasih kerana sudi datang….
Tak kesahlah kalau Dee  ke Terengganu untuk hadhiri
majlis perkahwinan kenalan….
Tapi masa yang diperuntukkan menziarahi ma itulah yang ma rasakan
diri ini amat dihargai. Hmmmm…

Maaf kalau layanan kami tidak seberapa…
Tapi jadikanlah sebagai jambatan yang mengukuhkan lagi
silaturrahim antara kita….

Wednesday, April 3, 2013

MALAM NI CUMA JALAN2 MEMANASKAN BADAN…

DAH lebih seminggu ma tak buat n3 baru.
Balik dari majlis perkahwinan di Singapura hari tu pun tak sempat jugak
nak buat apa…. letih dan letih memanjang.
Siang asyik kerja dan kerja…

MALAM ni ma merentas desa….
Ma pergi ke setiap satu blog kawan2….
Memang banyak jugak n3 dari kawan2 yang ma ketinggalan.
Ada yang  ma sempat komen…
Tapi kalau ada yang tak sempat ma tinggalkan jejak tu maafkanlah ma yer…
Yang pasti ma sudah pun membacanya….
Hehehe….

Inilah caranya ma ‘memanaskan badan’ sebelum ma  buat n3 baru.
Insya Allah….

Sebenarnya banyak yang nak diceritakan.
Tapi…. ma nak ceritakan sesuatu yang sangat2 men’teruja’kan ma…
Apalah tuuuu agaknya yer…?