Sunday, February 24, 2013

COSTA SAND RESORT, BONE STEAK DAN ROJAK

TERIMA KASIH kerana singgah lagi ke laman ma…
Ma nak sambung n3 Family Trip di Raya Cina yang terganggu tuuu…
Okey, mari kita kongsi….

~Sebahagian dari rombongan kami di Khoo Too Phat Hospital.
Adik ma, Norhani… berkacamata bertudung hitam yang
selalu ditemani anak saudara ma, Rohaida berbaju putih disisinya…
Maya belum sampai lagi dari KL, dia bertolak selepas waktu pejabat.~

Selesai sessi ziarah adik ipar ma Syed Ahmad di hospital
kami terus ke penginapan di Pasir Ris.

~ Muhammad Zulfan Afkar di Costa Sand Resort…~

Inilah penginapan kami selama 2 malam di Singapura.
Kenalah faham… walaupun ma ramai saudaramara di Singapura
tapi dek kerana rombongan kami sekapal,
dengan jasa baik adik ma Norhani, kami ditempatkan di Costa Sand Resort yang
terletak di Pasir Ris.
Inilah satu2nya  pic yang ma ada…. hehe….

Tempat tu memang besar dan ma rasa jumlah bilik2nya mungkin mencapai
seratus unit atau mungkin lebih.
Ada yang setingkat dan ada yang 2 tingkat.
Kami duduk bilik yang 2 tingkat… senang diasingkan lelaki dan perempuan.
Hehehe…

 ~Macam biasalaaa…, tak sah ma balik ke Singapura,
kalau tak hubungi bff ma yang sorang ni…~

Pagi2 lagi… kami terus kerumahnya untuk heret dia bersama rombongan kami.
Hajat ma nak bawak dia ke Gelang Serai makan makanan kegemaran ma… apa lagi…?
Faveret ma tulah….!
Rojak Keling (Jangan marah para India… dah memang itu nama glamernya…) LOVE..Smile
Sebelum kemana2 sempatlah kami ziarah kedua2 anaknya dan cucu barunya dirumah masing2… Smile

539448_10200521200770298_562388406_n

~Bone steak (sori kalau salah eja nii…)~

Apa yang terjadi, bila anak ke2 ma Maya menyebut teringin nak makan sup
tulang merah atau bone steak, Aishah tak banyak kira terus bawak kami ke
Arab Street… alamak lupa pulak apa nama restoren tu…
Dalam hati nii… si Maya buat rosak program… aku  nak makan rojak dia pulak nak makan yang lain!

~Jauh jugak park kereta nak sampai ke restoren tu…~

~Masing2 nak posing jugak sorang sekali kat pohon berjuntai ni…~

 

 

 

 

 

 

 

 

~Kata orang kalau dah rezeki tak kemana….
Cantiiiik ajeee… meja yang sederet niii kosong memanjang… hihihi

Perhatikan gelagat setiap sorang memamah tulang kambing tuuu… Smile

DSC03917DSC03921DSC03923
DSC03924

~Paling ma gelihati tengokkan sikecil Jaja tu…  Sungguh2 dia ‘gomol’…
Hahaha…~

Alhamdulillah… sampailah hajat si Maya…
Hajat ma camane?

Insya Allah… kita sambung lagilaaah, yer..!?

Monday, February 18, 2013

SELAMAT ‘JALAN’ FIZZ FAIRUZ

TUMPANG LALUUUU….
Ma buat komesial break jap…
Abaikan dulu janji ma nak sambung n3 FAMILY TRIP DIRAYA CINA buat
sementara, okey?
Bagi peluang ma komen kondem kisah cinta Almy Nadia
dengan Fizz Fairuz dulu….
Tengah panas berapi2… berasap lagi niii… Keh3…

Ma memang sensitif dengan kesah cinta.
Ma tak boleh dengar orang putus cinta, ma kesian…
~Kalau cinta monyet tak kesahlah.
Biarlah dia bergayut dari dahan ke dahan.~

Bagi ma cinta bukan boleh dibuat main2…
Cuma orang yang tak ada perasaan aje sanggup buat orang kecewa…
Hmmmm…. Sad smile

DSC03933

Legaaaaaa rasanya hati ma bila dengar berita Fizz Fairuz dah bertunang.
Bertahun2 bermain teka teki dan sekarang tiada penantian lagi buat Almy.
Alhamdulillah…
Perempuan yang setia hanya untuk lelaki yang setia….

Walaupun dikatakan Almy terkejut dengan berita pertunangan Fizz Fairuz tapi
rasanya Almy memang sudah bersedia kot….
Cuba baca n3 yang pernah ma tulis tentang kisah cinta mereka DISINI

Kalau dulu Almy selalu kelihatan kabur untuk menjawab soalan2 cepu CEmas
dari wartawan, bimbang kemungkinan jawabannya akan menjatuhkan
maruahnya sebagai wanita, disamping mengharap yang positif antara
dia dan Fizz, sekarang Almy sudah boleh berikan ‘jawaban’ telus dan ikhlas.

‘Katakan TIDAK pada FIZZ!’ Smile 
‘Boleh BLAH!’ Smile

Saturday, February 16, 2013

FAMILY TRIP DIRAYA CINA

SEMPENA cuti  Tahun Baru Cina baru2 ni ma sekeluarga pun
ambil kesempatan bercuti.
Tapi cuti ma bukan sembarangan cuti.

Sebaik ma mendapat perkhabaran adik ipar ma Syed Ahmad yang ditimpa
musibah akhir Disember 2012, ma terus aje mengatur rancangan supaya
kesemua anak2 ma dapat ziarah bapa saudara mereka yang dipanggil Ami itu.
Syed Ahmad adalah suami pada adik bungsu ma, Norhani…

~Syed Ahmad, berdiri dibelakang sebelah kanan.
Pic ketika percutian mereka sekeluarga ke London pertengahan Disember
2012 lepas~

Sekembalinya dari percutian, mereka mendapat perkhabaran sedih.
Rentetan dari keadaan kesihatannya yang sering terganggu kebelakangan ini,
rupanya disebabkan kanser diperutnya yang sudah mencapai ketahap 4.

Anak2 dan cucu2 yang belum mempunyai paspot,
ma kerah untuk mendapatkan paspot berkumpulan.
Maklumlah ada anak2 ma yang hampir 10 tahun tak balik ke Singapura.

Kesemua rombongan ma seramai 20 orang, termasuk yang diriba.
Dengan 3 buah kereta keadaan memang sendat. Hihi…
Anak kedua ma Maya dari KL pun ada.
Yang ketinggalan cuma Mazlan (Pot-Pet) suaminya.
Maklum raya Cina banyak tempahan memasak…
(Dimaafkan sebab soooruuu masyuuuuk….)

Kami berangkat pada Khamis 7hb selepas solat isya’….
Tapi pada 4hb sebelum tu, adik ipar ma sudah dimasukkan ke hospital
dan menjalani pembedahan.

Walaupun belum sembuh sepenuhnya, kerana kekuatan semangatnya,
keadaannya agak stabil kini.
Mudah2an Allah perkenankan doa2 dari kami yang jauh ini,
semoga hambaMu yang bernama Syed Ahmad Bin Syed Abdul Rahman
sembuh sepenuhnya dan dikembalikan kesihatannya seperti sediakala.
Amiiin…
Tolonglah doakan sama yer….

~bersambung ke n3 lain, Insyaa Allah. Semoga Allah permudahkan…~

Friday, February 1, 2013

BERARAK MAULUD

TETIBA aje rasa nak update n3 bab maulud.
Janganlah ketawakan pulak…
Kan ma ni memang selalu ketinggalan kereta api..??? Hehehe… Smile

Tahun ni ma terpanggil untuk mengikut orang berarak Maulud.
Sampai aje di Shah Bandar, ramai kawan2 yang seangkatan turut serta.
Rupa2nya memang mereka dah beberapa tahun mengikut dalam perarakan
Maulud ni….
~Hmmm… amek kau, ketinggalan kereta api lagilah tew…!?~

Perjalanan sejauh 2.5km.
Dari Dataran Shah Bandar… ke Jalan Tok Lam… melalui Jalan Sultan Ismail
dihadapan Stadium Bola terus ke Bulatan Ladang dan masuk ke Jalan Sultan
Mahmud dan berakhir di Stadium Negeri.

Oleh kerana mood berblog sejak kebelakangan ni agak merosot,
nak bergambar pun sampai terlupa….
Jadi…. layan ajerlah suasana kemeriahan yang agak besar sambutannya
ni…. dari jabatan2 kerajaan, NGO dan orang awam macam ma ni….

DSC03876

DSC03877

DSC03879

DSC03889

DSC03887

~Yang berunifom tu memanglah cantik nampaknya….
Mereka2 inilah yang mendahului perarakan.~

DSC03890

~Tengok tu sepanduk JKKK cawangan ma…. Yang ke 177…
Tapi masih ramai lagi yang dibelakang tu….~

DSC03892

~Selesai sudaaaa… ~

Insya Allah… kalau ada yang panggil lagi tahun depan…. jom kita berarak sama!