Tuesday, January 8, 2013

FIKIR2LAH KALAU NAK BERCAKAP

LAMA tak bersiaran, kali ni ma buat n3 leter2  manja sikit… Smile

KATA orang,  cakap siang pandang2 cakap malam dengar2.
Perumpamaan tu membawa maksud berhati2 kalau nak bercakap,
betul tak?

Ma bukan nak kondem sesiapa.
Tapi apa yang ma nak cakapkan ni memang mengenai orang2 yang
suka sangat melepaskan perasaan dengan bercakap ikut suka hati dia aje,
tak fikir langsung orang akan kecik hati atau ambil hati akan kata2nya itu.

Selepas dia melepaskan perasaan puas2, dia minta maaf pulak.
Alasannya, memang sikap dia begini….
Aaaiik! kalau iye pun, takkan macam ada lesen boleh bercakap apa aje….

Mungkin dia lupa….
Minta maaf tu hak dia…. tapi memaafkan itu hak orang.
Memanglah…, sedangkan Nabi ampunkan umat….
Tapi kalau dah terlepas cakap berdentam dentum
takutlah kalau2 orang setakat boleh memaafkan aje,
tapi bab delete keterlanjuran kata…,
itu yang akan jadi masaalah di akhirat nanti… Hehehe….

Lagi pun, tak taulah minta maaf untuk apa….
Kalau apa yang dikatanya tu matang, tak perlulah minta maaf kot…
Sebab kalau dah sampai minta maaf, itu tandanya dia pun bersalah.
Jadi apa sedapnya cakap berdentam dentum seolah2 macamlah dia tu
betul sangat?

Ma selalu perhatikan tabiat @ budaya orang yang suka sangat minta maaf
secara tak bermaruah gitu.

Sepatutnya  sebelum bercakap fikir2lah dulu
jangan pulak, lepas cakap kejap2 minta maaf.

Kena ada perasaan MALU untuk minta maaf tu…
Macamana kita MALU kalau buat salah,
begitulah kita mesti MALU untuk minta maaf atas kata2 kita yang tidak terjaga.
Barulah kita ada perasaan untuk menahan kata2 kita,
jangan sampai terlanjur…..

Lainlah kalau kita saling bermaaf maafan atas kekhilafan yang tidak disengajakan.