Sunday, November 25, 2012

PANORAMA INDAH UNIVERSITY COLLEGE BESTARI

PAGI tadi ma ke Setiu, menguruskan pendaftaran si bungsu Yana di
University College Bestari.

Bangunan yang tersergam indah diatas bukit dipinggir jalan besar
menuju ke Jertih-Kota Bharu ni, memang sungguh gah.

Si Bungsu Yana mendaftar masuk sebagai warganya di peringkat ijazah disini.
Mudah2an Allah permudahkan segalanya untuknya…. Amiiin… 

Ma tak sempat nak snap gambar Yana dan sahabat baiknya Ryen yang
dapat sama2 tinggal di hostel merangkap appartment
yang mempunyai 3 bilik dengan 4 orang pelajar sebilik yang agak selesa….
Kalut sangat ma, agaknya….
Dalam hati berdebar2 takut Yana tak sesuai….! hihi..
Tapi alhamdulillah senyumnya betul2 lebar lebih dari ni…. Smile

Layan aje gambar2 yang ada ni yer…….

DSC03771

DSC03774~Komplex Hospitalitinya…..~

DSC03773

DSC03766

DSC03767~Sebahagian dari pemandangannya yang indah dan nyaman
ketika menuju ke block asrama….~

DSC03769~Dewan makan….
Mee supnya sedap… RM3.00 semangkok!

DSC03768~Mendaki tangga mencari surau…~

DSC03770~Dataran…
Mungkin untuk perhimpunan kecil….
Dibelakangnya tertulis Block A, asrama kediaman Yana.
Nampak aje dekat….
Dikatakan kawasan UCB ini seluas 300 hektar.~

Saturday, November 24, 2012

BULAN MUHARRAM = BUBUR ASYURA

BOLEH dibanggakan …. bila sebut aja nak buat bubur asyura
pengerusi JKKK dengan cepatnya menghulurkan RM500 untuk kami
menjayakannya.

Secepat kilat ma sambut. Bimbang  ‘kan nanti dia berubah fikiran…? Keh3..

Pagi tadi, 9 Muharram… ma dan Che Bunga memanggil sebahagian dari AJK
dan seorang dua pemuda untuk membantu mengacau. Maklumlah buat
bubur asyura  ni, memang kena pakai tenaga yang  kuat, terutama ketika
adunan mula nak pekat….. beraaaat…! Smile  

Ini peneraju utamanya……

DSC03757~ Kak Mah…. Low profile….
Berapa kali mengelak bila nak snap gambarnya… Hehehe….~

 

DSC03754

~Cikgu Nah pun ada…. Beliau ni guru tadika Kemas anak ma si SD tau..,
merangkap guru tadika tumpang si Zulfan ketika mamanya
berpantang di Terengganu hari tu..~

 

DSC03756

~Wan Che Azma…. anak sahabat baik ma Che Bunga…
sibuk memotong agar2 untuk dibuat perhiasan diatas bubur asyura nanti….~

 

DSC03761~Pelbagai juadah disediakan sementara menanti bubur masak…~

 

DSC03755

DSC03760

DSC03764

~Tenang…. tidak ramai yang membantu
tapi missi berjaya….
Lebih 100 kotak dapat diagih2kan kepada
penduduk kampung.~

DSC03765~Politik…. politik… keh3… Biru dan putih apa maknanya??
Pandai yer Kak Mah berpolitik??!! Smile ~

Friday, November 16, 2012

ANGIN RANTAU PANJANG

SELEPAS rombongan ke Langkawi sekitar 2008
ma tak pernah minta cawangan sponsor kemana2 lagi.
Tapi tahun ni, anak2 buah dah mula bising, katanya
dah lama tak buat lawatan.

Paling senang, belanja murah ke Rantau Panjang ajelah.

Secepat kilat, ma dapat sumbangan kami terus aje sambut Deepavali di
Rantau Panjang.
Happy  Deepavaliii… Hihihi

 

DSC03738DSC03735

Sekadar memuaskan hati anak buah….
Ma tak membeli apapun… cuma sehelai dua baju dan  tudung untuk Yana dan Mira.
Barang2 taklah semurah yang dijangka.
Beberapa kali Yana tak jadi membeli bila dikira
harganya lebih mahal dari harga di KL.
Orang lain apa nak dikira…     
banyak jugaklah yang mereka laburkan….
Padat perut dibawah bas tu dengan bermacam bagai…

Selepas ke Rantau Panjang, kami melepak di KB MALL..
alahai… apalah gahnya KB Mall tu, tak taulah….
Lepas tu kami di bawa ke Wakaf Che Yeh.
Habis seharian semalaman di jalanan
sampai di rumah lebih kurang jam 1 pagi.

Mudah2an puas hatilah yer…
Tahun depan pulak minta lagi sumbangan untuk jalan2
Mungkin kita boleh pergi ke Cameron Highland keeee??!!
Mudah2an sama2 kita doa…

18hb ni ma nak ke Putra Jaya, Melaka dan Johor
Nak melawat Industeri Kecil Kerepek di Johor.
Ini projek dibawah Program Jaya Diri…

27hb ni ma nak ke PWTC pulak….
Aduuuiiii… sebok nampak Puan Kamariah?!
Adik2…. Jangan jeles! Smile

Saturday, November 10, 2012

CUTI2…. KAWIIIIN…

PEJAM CELIK PEJAM CELIK…
2012 dah hampir sampai ke penghujungnya.

BAGI kawasan Pantai Timur cuti sekolah dah pun bermula sejak semalam.
Masing2 tentunya dah merancang kemana nak bercuti, kan?
Jom Melawat Terengganu!
Negeri Cantik Budaya Menarik!

SEJAK 2 minggu lepas kad2 jemputan pun dah mula melayang2 sampai.
Bagi ma semua tu kena layan…
Maklumlah ini masa orang untuk diraikan, nanti tiba pulak giliran kita…  

20121110_101927~ 2  jemputan untuk hari ni 10hb Nov, akan ma bereskan.~

 

20121110_101539
~2 jemputan untuk besok…~

 

20121110_101821~dan… 5 jemputan untuk 17hb.
Aduuuuh… sakit perutlah dibuatnya…~

Kad2 jemputan yang kedepan, belum lagi sampai….
Kadang2 bila cuti2 gini, dah tak kira hari…  Senin ke, Selasa kee, Rabu keee..
Pokoknya musim cuti…..
Iyalah semuanya nak mengejarkan kelapangan bagi
kaum keluarga yang jauh, kaaan..?
Apa pun, bagi yang menerima pasangan
SELAMAT PENGANTIN BARU….
Mudah2 kekal sehingga ke akhir hayat
Dan dikurniakan zuriat yang soleh.
Bagi yang bakal jadi mertua
SELAMAT MENERIMA MENANTU…
Dan jadilah mertua yang baik yeeeer….

Wednesday, November 7, 2012

DAH DEMAM

DAH demam dah rasanya ni…….

 

MALAM ni ma dah selesaikan sampai episode 10.
Barulah datang feel….
Maklumlah dari episode 1-8 perjalanan cerita agak slow
asyik mengurat aje….
tapi bila dah masuk episode 9 dan 10 baru ada konflik…
Hmmm… rasanya macam nak terus aje ke episode 11 malam ni jugak,
tapi…. dah lebih kul 1 pagi niii….
Teringat tanggong jawab. Besok nak kena kerja…

Episode 10, Ain Hawani dan Adam Mukhris di tangkap khalwat.
Ma taknak fikir siapa yang punya kerja…

Tapi…. yang ma sedang fikir
kenapalah Ain marah sangat pada Am (Aaron tu!)?
Dahlah menangis2 kena fitnah dek ustaz2 yang cerdik tu…
Yang pi marah sangat kat Am tu, K E N A P A???

Dia bantah bila bapa saudaranya mengambil keputusan dia harus dinikahkan!

Ihh ihh ihhh… ramai yang gilakan si Am tu, Aiiiinnn…
Tapi kenapalah sungguh2 Ain tak mau?!

Kenapa menolak tuah?
Kalau Ain betul2 taknak, biar ma ajelah yang ganti, k?
Ma berani sebab Am sendiri ada kata, dia rela kawin dengan perempuan tua
kerepot dari kawin dengan si Dee…

Am tak nakkan Dee, Ain pulak tak nakkan Am!

~

~

~

~

Hahaha… jangan marah semua… Bertenang… bertenang…

Sebenarnya….
lakunan Nadiya Nisaa yang menangis meraung2 tu, buat ma pun TERmenangis.
Sampaikan Aaron pun nampaknya mengesat airmatanya yang kelihatan meleleh.
Memang kesian sangat tengok dia, tak ada pembelaan langsung.
Si Am pun  tak bercakap apa, walaupun berkali2 Ain minta supaya Am bercakap
yang benar….

Kerana dah TERmenangis, timbul pulak n3 berakal ni… Hehehe….
Demam panas lah ni kot… sebab tu TERmerepek… Kah3 Smile

Tuesday, November 6, 2012

BERABUK kerana MABUK

CAMNI punya lama tak update blog kena bawak penyapu bulu ayam ni
nak kebas abuk2 yang menebal kat blog ma ni…Smile

Sejak Raya Haji… ni dah nak masuk Deepavali baru nak buat n3…?!
Hmmmm… apa nak buat….
ginilah keadaannya kalau makan gaji 30 hari sebulan.. Keh3…

Sebenarnya walaupun tak ada n3 baru, tapi ma tetap meluangkan sedikit
masa untuk menjengah laman2 kalian….
Walaupun sekejap, ada jugak yang sempat ma sampuk bicara
tapi yang mana2 ma tak sempat tu, jangan marahlah yer…

Nak tau kenapa? Hehehe…. sebenarnya ma sedang mabuk…… Keh3

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

Ramai yang khabarnya kemaruk dengan drama yang diadaptasi dari novel ni…
Baru2 ni Mira balik cuti Raya Korban, dia tolong download bagi ma tengok.
Rumah ma tak ada Astro… baru aje ma suruh Mira tamatkan.
Ma memang tak ada masa nak ngadap tv sangat2.
Mira pun sejak dah tak ada kat rumah ruang tamu ma jadi sunyi,
Yana dan Zikri masuk tengok tv dalam bilik ma .
Cukuplah dengan TV9 dan TV3 aje….
Itupun banyak cerita2 best yang bertindan antara TV3 dengan TV9 tu.

Bagi ma drama Adam dan Hawa ni menarik, kerana hero dan heroinnya….
Ikhlas ma katakan, kalau bab perjalanan cerita agak slow,
sebab setakat ma sampai ke episode 8, cerita belum lagi berkembang.

Perasaan ma ketika menontonnya tak sama macam ma menonton drama
CHINTA lakunan Fasha Sanda dan Adi Putra dulu.
Perjalanan cerita laju…..
Dari satu episod ke satu episod ada sesuatu yang baru… 
Tertinggal 1 episode macam nak sasau,
cepat2  Google di Tonton. Hehe…

Apa pun, ma suka sangat lakunan  Nadiya Nisaa….
Manis  dan manja dengan kerlingan mata dan kening terangkatnya….
nampak nakal sangat!
Nak jadi peminat Nadiya Nisaa lah pulak!