Saturday, September 29, 2012

DARI HP CAP AYAM

 

DSC03608Tak sempat semalaman….
hari tu jugak ma terus tukar profile pic ma di fb.  Hehe…
~Jumaat 7 Sep 2012… di Pusat Dagangan Terengganu-
Pelancaran Program Salam Sayang..~

 

DSC03623

Bangga dengan prestasi,
dan pesanan berkerja dengan lebih kuat untuk PRU13.
~Jumaat 25 Sep 2012 …
Sepetang Bersama TPM Datuk Seri Muhyidin Yassin~
disebelahnya Datuk Wan Ahmad Farid Ketua UMNO Bahagian K.Trg~

TAK HERAN!!
ADA AKU  KESAH??

Hmmmm.. takpe.. takpe… > > >   Smile

                                                         v                                                                              

                                                         v

                                                         v

                                                         v

                                                         v

                                                         v

Kalau yang ni camane? > > >         Surprised smile

                                                         v

                                                         v

                                                         v

Kalau tak suka jugak jangan tengok……>>>>

                                                         v

                                                         v

                                                         v

Tapi kalau tak tengok…. RUGI…..> > > >

                                                DSC03637

DSC03638

Neelofa….. Fotogenik….
~Peresmian PETRONAS Cendering 29hb September 2012~

 

Hmmm… itu baru HP Cap Ayam
Kalau cap ‘Samseng’…. lagilah…! hehe…

Thursday, September 27, 2012

SUATU KEAJAIBAN

MASIH ingat lagi n3 ma yang bertajuk
ADA DUKA YANG SINGGAH?

Inilah yang dikatakan suatu keajaiban dari Allah s.w.t.
Kalau dilihat keadaannnya ketika di I.C.U. hari tu
memang amat menyedihkan.
Tapi… berkat doa kita bersama….
akhirnya dia kembali sedar.

Dia kini sudahpun dipindahkan ke wad rawatan biasa….

DSC03619

Walaupun terpaksa menjalani hemeodylisis 3x seminggu
Alhamdulillah… keadaanya semakin stabil. 

 

DSC03620

Ramai kawan2 yang ziarah..

‘Adik2 jadikan iktibar atas kemalangan yang menimpa Wan Muhammad Azamudin yer…
Berhati2…. jangan bawa motor laju2 macam nak terbang….
Bila laju2 sangat, susah nak kawal.
Dan jangan lupa baca bismillah dan salawat dulu baru jalan.
Satu lagi nenek nak pesan….
Pergi amek lesen dulu , kalau apa2 terjadi baru insuren cover….
Jangan jadi macam katak… okey?~

…leter sikit jer…

Friday, September 14, 2012

PERTANDINGAN PELITA RAYA

DIAM TAK DIAM tinggal 2 hari aje lagi Syawal meninggalkan kita.
Kiranya banyak jugaklah Rumah2 Terbuka yang ma sempat ziarah.
Rumah Terbuka En. Badrul Hisham Zaki, Ketua Pemuda UMNO Bhgn. K.Trg.
Rumah Terbuka DUN Ladang yang bagaikan thunami,
Rumah Terbuka Jabatan Penerangan K.Trg  (JASA),
Rumah Terbuka Jabatan Kebajikan Masyarakat, K.Trg.,
Rumah Terbuka WANITA UMNO Bhgn. K.Trg….
~sekadar menyebut beberapa nama~

Dan MAAF TERBUKA kepada  RUMAH TERBUKA yang ma tak dapat hadir.
Ada yang disebabkan kerana ‘kekenyangan melampau’ kerana dibuat
pada hari yang sama….. keh3….

~Melalut kamu Kamariah!~ 
~Sorri… sorri…~

Jom ma nak citer lagi….

Ma petik gambar ni dari fb anak sulong ma…

 

~Riplika Pelita Raya yang didirikan betul2 diluar pagar rumah Hakim….~

Ternyata meriah jugak dihadapan rumah anak ma tu kan
bila jiran2nya dari ‘kaum kerabat’ UMNO menyahut cabaran Pertandingan Pelita Raya.
Tahniah kepada UMNO Cawangan Lorong Kemunting
kerana mendapat Tempat Pertama dengan hadiah wang tunai RM2000.
Berbaloi……. 

~Cewah….?!
Ada pulak yang ciplak buat  Kad Raya??~

Tuesday, September 11, 2012

SAYA PUN NAK JADI MACAM TAN SRI DR YAHAYA IBRAHIM JUGAKLAH!

PERHATIKAN profile Tan Sri Dr. Yahaya Ibrahim…..

20120904_091751
Hebat bukan?
Maafkan ‘kekelabuan’ imej yang melanda…

Hehe… hp cap ayam….

20120904_091813

~Menarik…..~

 

SAYA PUN NAK JADI ULAMA
~usia lanjut masih aktif~

Boleh keee??

Info:-

Sumber petikan dari akhbar BH Ahad 2hb September 2012.

Monday, September 10, 2012

DUNIA BARU MIRA

SEPERTIMANA yang ma janjikan di n3 yang lepas…
Pada 5hb Sept ma bersama SD, Yana dan Mat
menghantar Mira untuk melanjutkan pendidikannya ke Ciast di Shah Alam.

~SD ‘duta percuma’ CIAST… hehe…
JELAS…
Motif atau mesej dunia pembelajaran Mira…~

 

 

DSC03603

~Mira ketika mendaftarkan diri…~

~Hmmm… betapa selesanya….
Pandai2lah membawa diri.
Setiap pelajar ditempatkan sorang sebilik.~

Wednesday, September 5, 2012

THUNAMI DI RUMAH TERBUKA DUN LADANG

574738_423320017703802_417924636_n

BEGINILAH suasana
ketika Rumah Terbuka MERDEKA RAYA DUN Ladang di Jalan Ibrahim, K.Trg
pada Jumaat 31hb Ogos 2012 dari jam 8-11malam.

 

3719_423318624370608_1952956229_n

~Pintu masuk bertali arus diserbu para tetamu.
Ma salah seorang diantaranya…. Hihi…~

Sebaik ma sampai lebih kurang pukul 8.30 mlm
kedua2 kawan ma yang sedang berada dipintu masuk
menarik tangan ma untuk berdiri ditengah2 mereka
untuk sama2 menyambut tetamu.

Para tetamu bagaikan thunami memenuhi pekarangan
kawasan tempat meletak kereta dimana pelbagai  juadah disediakan.


 

~Antara para jemputan, penyanyi terkenal Anis Suraya …~

 

378205_423318804370590_1252723547_n

~Kanak2  berduyun2 beratur memanjang, untuk
mendapatkan duit raya.~

 

DSC03592DSC03593

~Lebih memeriahkan suasana bila tiba2 bunga api dipancarkan
mengejutkan para jemputan yang hadir~

Seorang kenalan secara nakal bertanya
”Ma, bila pilihan raya?’'
”Merdeka raya dulu, lepas ni barulah kita pilihan raya…” ma pun menjawab secara berseloroh.

“Boleh menang tak agak2 ni?”

“Kalau ikut penyokong MERDEKARAYA ni, mudah2an menanglah dalam
PILIHANRAYA nanti, yer…”

Apapun, sebenarnya….. Rumah Terbuka DUN Ladang
sememangnya diadakan setiap tahun, bukan baru tahun ini saja diadakan
atau kerana nak pilihan raya.

Cuma nampaknya pada tahun ini
terlalu ramai yang hadir…. Alhamdulillah…

P/S Untuk makluman…           
Semua gambar2 ini dipetik dari laman FB Datuk Wan Hisham.
Mohon izin, Datuk… Terima kasih.

Monday, September 3, 2012

ADA DUKA YANG SINGGAH

HARI NI ma berada di KL
Untuk apa, nanti ma ceritakan pada n3 yang akan datang yer…!?

SEPERTIMANA yang ma dah katakan pada n3 yang lepas
berita kembalinya ke rahmatullah sahabat ma dipagi raya itu
disusuli pula  dengan 2 lagi berita sedih.

Mari ma ceritakan dulu tentang berita kemalangan
yang menimpa WAN MUHAMMAD AZAMUDIN B CHE ROS.

Cucu kepada sahabat baik ma Che Bunga
yang baru berusia 15 tahun itu telah kemalangan
dengan motor yang dinaikinya sendiri.
Dikatakan motornya itu terlanggar lubang kerana nak mengelak
dari sebuah kereta.

Untuk info… W.M.Azamudin baru saja kehilangan ayahnya
akibat kemalangan dilanggar mat rempit pada tahun lepas.
Klik DISINI untuk mengimbas kembali kesahnya.

Akibat dari itu, badannya telah terhempas pada pasu bunga besar
yang menjadi hiasan pada sebuah balairaya.
Pasu besar itu pecah.

Dan yang lebih menyedihkan
organ hatinya juga pecah dan
buah pinggang sebelah kanannya terputus.

Sejak Khamis 23hb Ogos kemalangan itu.
Pegawai Perubatan di HSNZ berusaha untuk menyelamatkannya
dengan membuat 3 kali pembedahan pada setiap 48jam 
untuk mencantum balik hatinya….

Setelah 9 hari di ICU dalam keadaan koma
hari ke10, dia mula sikit2 sedar dan menunjukkan reaksi apabila dipanggil
namanya…..

Malangnya, implikasi dari hati dan buah pinggangnya itu
seluruh tubuhnya membengkak.
Dan terlebih malangnya lagi
buah pinggang yang hanya tinggal sebelah itu
rupanya juga sudah rosak dan kehilangan fungsi….

Mendengar berita ni, ma jadi sedih dan sebak.
Maklumlah persahabatan kami  bukan setakat kami sahaja
malah anak2 dan cucu2 kami pun turut berkawan bersama2.
Apalagi membesarnya didepan mata ma….

Marilah sama2 kita mendoakan agar Allah memberi peluang
kepadanya agar dia dapat meneruskan kehidupan ini.

 

~Masih dalam Tingkatan 3, SMK Tengku Bariah, K.Trg.~

Ma juga nak mengucapkan takziah atas satu lagi kehilanganan
dari keluarga anak saudara ma Raja Aziz Raja Mat
pada 28 hb Ogos 2012 yang lalu
atas kembalinya ke rahmatullah isteri tercintanya.

photo

~Raja Aziz, isteri dan anaknya Raja Anis Azirah~

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan terhimpun dalam
kalangan para solihin dan ambia.
Alfatihah….. Amiiin.