Monday, July 30, 2012

BEDIL DIBULAN RAMADHAN

DIAM tak diam, dah 10 hari kita berpuasa kan?
Maafkan ma, kerana tak sempat pun nak ucapkan selamat
berpuasa pada semua…
Tak sempat nak buat N3….,
dan kalau buka FB pun, macam pencuri…
Nak cepat aje…. Hihi…

Dengan muka selamba dan separuh tak malu
Dihari ke 10 ini ma mengucapkan
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA
SEMOGA SEGALA AMALAN DAN IBADAH KITA
DITERIMA ALLAH SWT DISISINYA….

Bagi ma selama 36 tahun ma menjalani ibadah puasa di Trg ni
suatu yang agak menarik, yang tidak ada di Singapura malah di Johore sekalipun
ialah bunyi bedil meriam.
~Kalau ada ditempat2 lain, sila kongsi bersama yer…~

Pada petang akhir Syaaban iaitu pada selepas asar
sekitar bandar Kuala Terengganu akan diraikan dengan bedilan meriam
yang ditembak dari Bukit Puteri sebanyak 7 kali
DUM…. DUM…. DUM… DUM… DUM… DUM… DUM…
menandakan telah menjelangnya bulan Ramadhan.

Dan pada setiap waktu berbuka sepanjang Ramadhan
senggang2 masa membuka Radio Trg FM
kalau azan dah berbunyi pun
macam tak berani lagi nak berbuka selagi belum pasti bunyi bedil.
Hihi…. begitulah sinonimnya masyarakat K.Trg dengan bedil di bulan Ramadhan.

Begitu jugaklah ketika waktu bersahur
bedil akan berbunyi sebanyak 2 kali
Sekali tanda amaran berjaga2
Dan lima minit kemudiannya tanda Imsyak.

Sinomimnya penduduk di K.Trg  dengan bedil meriam di bulan Ramadhan ni
sehinggalah tamatnya puasa 6….
Istimewa tak?

Seingat2 ma, ketika ma baru2 berhijrah di K.Trg sejak 1976 yang lalu
arwah tok (mertua) pernah bercerita..
Dulu2 bedil meriam ni boleh didengar sampai ke daerah Marang!

Tapi tak pasti pulak kenapa sekarang hanya disekitar K.Trg sahaja…..
Apa pun…. syukur alhamdulillah…

 

DSC03547

~Iftar yang pertama semalam di Primula Park Royal
bersama UMNO Bahagian Kuala Terengganu.~

 

DSC03548

 

PERNAH tak kalian tersilap berbuka sebelum sampai detiknya?

Insya Allah, nanti kita kongsi yer…..

Friday, July 13, 2012

BETUL2 PUNYA SURPRISE…

HARI NI MA TENANG SANGAT2…
Jam 7.00 pagi tepat ma dapat satu sms dari Bank Islam ucap
Selamat Hari Lahir….
Lepas tu, ma dah tak ingatkan apa2 dah…

Kira2 jam 10.30pg ma ajak Yana keluar ke Gong Badak
dengarnya ada kedai baru dibuka
nak cuba cari pasaran disana.

Otway balik, Mira kol…
~Mak nak pinjam kereta antik nak gi beli barang.
Sape nak bawak?
Matlah… Mana Mira pandai bawak kereta…~

Tak kesahlah barang apa yang nak dibelinya…
~Sikit pun tak perasan atau  syak apa2.~

Sampai aje rumah, selesai solat Zohor
Ma tidur…. tidur setidur2nya
Guruh dan petir petang tu agak menakutkan
Pesan Zikri, tutup tv dan berenti buat Score A dengan internet.

Kemudian sambung tidur lagi..
Tak mudah nak dapat peluang tidur gini… hihi…
Sampai asar…
Selesai solat, ma keluar dari bilik…

Terkejut ada hidangan yang dah siap diatas meja….

Serentak Mira, Yana dan SD mengucap Happy Birthday…

 

561036_474216379274191_806691251_n

~Pavlova…. Memang Sedap
Mira tempah dengan kawannya.
Sesiapa yang berminat, silalah ke FB Syeeda Dahalam yer
….~

Dahlah ma terkejut, diorang pun terkejut jugak rupanya
Sebab ma keluar belum sampai masa dipanggil.
Kononnya nak ameklah gambar muka ma terkejut tuu…

Ooooo… tidak…
Mana boleh…!

Baju yang dipakai sejak pagi tadi,
dengan tak sempat mandi petang lagi, bolehlah dimaafkan
~Sibbaik belum mandi, kalau dah mandi jawabnya dah salin baju rumahlah.. hihihi…~
Takkanlah gituuuu…. Sabar2….
Tunggu sekejap, mak make up jap…Hihihi…..

~Mira…. Bangga surprisenya menjadi…
Berpakat dengan SD yang hari  berpantangnya berakhir harini dan Yana…
Sampaikan Zulfan pun terpaksa menutup mulut…?!
Hmm… Terharu pulak rasanya….~

Apa tidaknya… birthday ma kan jatuh pada tengah2 bulan
Biasanya tengah2 bulan ni, semua orang ‘sakit kocek’…
Tuu yang ma tak mengharapkan apa2!

~Semestinya ada sorang lagi pakat2 buat kejutan pada ma.
Sape lagi kalau bukan Mat….
Mat tak boleh nak masuk bergambar kerana jadi jurukamera….~

 

~Ooo yer, lupa nak promo
Mee Tomyam ni…, hidangan dari Yana..~

Semalam… semasa di Sabasun
Yana meluru berpatah balik sebelum sempat sampai dikaunter bayaran
Dia kata tertinggal bee hoon…
Rupanya dia bercadang nak buat inilah…..
Aduuuiii laaa… tertutup betul ingatan ma… Hehe…

Akhir sekali….
Ma nak ucapkan ribuan, ribuan, ribuan  terima kasih kepada
anak2 ma …… tersayang….
Anak2 saudara dan rakan2 fb sekelian .
Terima kasih atas ingatan, ucapan dan doa….
Semoga Allah mendengar doa kalian dan memakbulkan….

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 59 BUAT DIRIKU….
~Ya Allah…, dihari yang bersejarah ini
Kupanjatkan doa dan harapan untukMu
Kau permudahkan segala urusan hidup dan matiku
Kau murahkan dan berkati rezeki untukku
Kau panjangkan umurku untuk aku terus beribadah kepadaMu
sehingga sampai kedua2 puteriku selamat berdikari
dan lepas dari tanggung jawabku
sebagai pemegang amanahMu… Amiiin…~

Monday, July 9, 2012

BERTAHUN2 TAK JEJAK MPH

AKIBAT BORING  menunggu anak2 memilih CD Korea
ma selamba aje masuk ke MPH dihadapannya.
Jujurnya ma merasa bangga sangat melihat kemeriahan 
novel2 dari novelis2 angkatan baru
Aduuuh.. ramainya penulis2 baru…
Tapi tak satu pun termasuk dalam list yang ma kenal
~Sungguh aku ketinggalan dengan ‘duniaku’ daaauulu2~

Tapi yang satu nii.... agak fimiliar

DSC03506_thumb1

~Mungkinkah dia Marwilis Hj. Yusof?
Novelis bekas wartawan jenayah  
yang terkenal dengan kesah2 sensasi era 70an tu?~

Dari judul novelnya tu, ma yakin orangnya sama.
Kalau benarlah dia,
Alhamdulillah, rupanya masih aktif berkarya lagi…
Dia adalah salah seorang penulis kegemaran ma.
Antara novel2nya yang ma baca
Bila Kompang Berbunyi…, Izin dalam Paksa…
Semua ceritanya diambil berdasarkan dari fail mahkamah
pengalaman ketika dia membuat liputan perbicaraan kes2 mahkamah dulu.
Hmmmmm….. Tengok ajelah jawabnya
Manalah ma  ada masa  nak membaca novel macam zaman muda2 dulu….