Sunday, April 29, 2012

DEBARAN MENUNGGU TETAMU

DSC03398

Sahabat lama dari Singapura, Hjh.Halimah Yusof…
Bekas juruhebah RTS (Radio Television Singapura) sekitar tahun 80an ini,
adalah kawan baik kepada abang ma, Kamarudin.

 

JANJINYA akan sampai pada 22hh April...
Dah 2 hari menunggu, sampaikan ma jadi serba salah.
Nak talipon… tak de no hp dia
Rasa cam nak pi tanya kat hotel2 setikar K.T’ganu,
tapi tak munasabahlah pulak.

Ma mengenali beliau sejak 1970an,
Walaupun pernah datang ke T’ganu 25 tahun dulu,
tapi beliau tak sempat nak ziarah ma
Sebab tu, ma teruja benar menanti kedatangannya kali ni…

Setelah 2 hari menunggu, barulah dia kol ma.

Ma terus ke Primula Park Royal menemuinya.
Rupanya Halimah mengiring suaminya, Hj. Muzammil
seorang peguam yang menjadi Pesuruhjaya Bola Sepak.

Dah puas bersembang di bilik hotel
beliau minta ma bawanya ke Mydin Mall
katanya nak tengok Mydin terbesar di Malaysia….
Sepetang juga kami bersama, bercerita, makan dan minum sambil bersantai…

Enjoylah Mira dapat 5 teket  untuk menonton perlawanan
antara Terengganu vs Vietnam malam tu…
~Ma memang tak terliur nak pi tengok, sebab ma  buta bolasepak~ Hehe….

Saturday, April 28, 2012

TENANG DI KUALA SEDILI

 

DSC03367

MERAHNYA Pak Ngah…. 
Kuningnya Mak Ngah… Hihihi..

Pic ni diambil ketika ma ziarah abang ma ~Abang Mat~ di Kuala Sedili
sempena balik kampong baru2 ni.
Inilah abang ma yang tertua…
2 orang kakak diatas dan 2 orang adik dibawahnya dah kembali mengadap Ilahi.
Selepas kematian emak, beliaulah tempat kami merujuk dan mengadu hal.

Adik beradik ma 12 orang semuanya. 4 seibu sebapa.
7 berlainan ibu dan seorang adik berlainan bapa.

Tapi kasih sayang kami tidak berbelah bagi
Erat dan mesra….

DSC03369

Inilah pic sepenuhnya dalam n3 WW # KESEMPATAN DIUSIA EMAS
Sebenarnya abang ipar ma tu tak kesorangan …
Ramai yang temankan dia berbuai berendoi…. Hehehe….

Wednesday, April 25, 2012

Monday, April 23, 2012

TERIMA KASIH FB

Suaida Aliposted toZaiton Omar

April 6

Ton, Alhamdulillah.. dah dpt berhubung dgn Kamariah Awang,
yg dah lama kita cari. Insyaallah , mudah2an Allah perkenankan
tok bertemu dgn atau sekurang2nya dpt berbual dgn Kamariah.

Like ·

    • Zaiton Omar Kita dah beritahu pada dia.
      Dia kata mungkin dia Kenal .
      Masa tu kita pun tak add awak lagi.
      Kerana ' seri muka' kita cuba dptkan FB awak.
      Dan kita cuba beritahu dia.
      Rohayah pun dah jadi rakan FB Kamariah.
      InsyaAllah , atur aje pertemuan dgn nya,
      sampai dia.

      April 6 at 3:53pm · Unlike · 1

    • Kamariah Awang Alhamdulillah... berjasa sungguh fb..
      Ramai jugak kawan2 yang terputus hubungan
      dapat kembali bertemu. Terima kasih Zaiton Omar kerana
      mempertemukan, dan terima kasih buat Suaida Ali
      kerana masih ingat saya....
      Mudah2an kita dapat berjumpa yer...
      Baru aje ziarah Eton di Singapura minggu lepas.
      Dapat melepas rindu...
      Mungkin June ni, kama balik lagi...

  • Syukur alhamdulillah…
    selepas status ini, Suaida Ali yang ma kenali ketika menyertai
    Bengkel Kelab Drama Panggong Negara dibawah
    bimbingan Allahyarham Salim Bachik  di Singapura
    disekitar 70an dah dapat berhubung kembali.

  • Jom pembaca dan rakan2 blogger sekelian…
    Kita manfaatkan FB….
    Bagi sesiapa yang belum menjadi rakan FB ma
    Sila… add Kamariah Awang.
    Ma menggunakan nama sebenar dengan niat
    agar dapat bertemu kawan2 lama.
    Bagi sesiapa yang menggunakan nama samaran dalam fb
    @ blog kalian tinggalkanlah sedikit pesanan dalam
    peti mesej ma yer, supaya ma tak kabur….

  • Jangan jadi macam ni dah lah …
    Hehehe…. sorry…!

Saturday, April 21, 2012

ZIKRI THE KAMPONG BOY

APA nak jadi, si Zikri ni….
Sekarang ni, kalau nak ajak teman kemana2 pun banyak helahnya.

Sikit hari tu dia sibok buat reban burung
Ketak ketuk sorang2 dia aje.
Siap satu reban.

Sekarang burungnya dah tak banyak mana
banyak yang dijual.
Cuma tinggal beberapa ekor merpati merak yang dia sayang.

DSC03387

~Inilah reban burung hasil kerjatangan Zikri…
Kesah dia dengan MERPATI boleh baca DISINI~

Sekarang ni musim wau (layang2), dia dapat idea baru
Bukan setakat bermain, dia mula membuat waunya sendiri.
Wau yang pertama, tak sempat ma ambil gambar
dah tersangkut dipokok.
Dia balik dengan muka kelat
’Malaslah nak main wau!’
Tapi besoknya dia buat yang lain….

DSC03316~Sensetif warnanya tu, abang…Tapi orang BN
mesti suka…Hihi..~

 

DSC03380

DSC03383DSC03385

~Tak tau ini wau yang keberapa…
Siap dalam masa sehari dua aje….
Ada yang tak sempat nak amek gambar pun~

Boleh dikatakan hari ni wau tu dinaikkan,
ada saje kawannya yang nak beli.

Ada yang dia jual tujuh lapan ringgit aje…
’Ok tak, abang harga tu?”
’Oklah.. kertas dengan gam aje… Buluh cari kat rumah kawan…’
katanya.

 

DSC03393

DSC03397DSC03396

~Panjangnya ekor dia bang?~
~4 meter, abang beli kain ni dengan kawan 10 ringgit.~

~Oooo ni dah bagus, bang
Perniagaan import export….~

Yang ni dah ada kawannya nak beli 15 ringgit katanya.

~Apa pun… seimbangkan pelajaran dengan minat abang ni
Kalau belajar tak elok, abang kena berenti semua ni, okey?!~

Wednesday, April 18, 2012

SEGALANYA DATANG DARINYA….

 

Alhamdulillah…. ZO bahagia bersama keluarganya…

ZAITON OMAR
salah seorang sahabat baik ma jugak.
Ketika ma remaja…, di Singapura
beliau adalah salah seorang sahabat dan rakan
yang  mempunyai minat yang sama dalam bidang penulisan kreatif.

Era kami adalah pada tahun70an.
Kadang2 macam berlumba2 dan berhambat kami berkarya
Skrip drama radio, cerpen dan puisi menjadi terjahan kami.
Kami jugak sama2 aktif dalam persatuan  penulisan
sama2 berbengkel dan berkampung jika diadakan perkampungan sastera.

Pendeknya semuanyalah nak sama2…
Ada Zaiton, adalah Kamariah…
Satu citarasa pulak tuuu!

Satu hari….
’Eh, Eton tukar spec baru? Cantiklah! Beli kat mana? Berapa ringgit?’

Besoknya kami pergi ke kedai bersama2……
Hasilnya…….

 

IMG_0538IMG_0540

~Sehati sejiwa…
Kami memakai cermin mata yang sama bentuknya
tanpa rasa ‘bersalah’! Hehehe…~
Tolong abaikan rambut kami yang mengurai tu yer…!~

Ramai yang kata kami ni macam adik beradik
Rupa  seiras
~Walaupun sebenarnya lain..
Kulit ZO lebih cerah dari ma dan hidungnya mancung halus~
 
Tapi dek kerana Zaitun ni lebih peramah
Dia lebih menonjol sebab tu ramai yang lebih mengenali dia dari ma…

Kalau orang kata seiras tu, boleh tahan lagilah
tapi kalau orang tak cam langsung, hati2… tu ada sikit tak sedap tuuu….
Apa tidaknya,
Gambar yang tersiar diakhbar hasil karya ma
Diletakkan gambar Zaitun, tapi dibawahnya tertulis nama Kamariah...
~Sayangnya keratan akhbar tu dah musnah dimakan anai2,
Kalau tidak bolehlah dibuktikan… Hehehe….~


~Macamana pulak karya Kamariah boleh keluar gambar Zaitun?
Apa sajelah korang ni!
Kalau aku tegur, nanti korang kata aku ni giler glamer pulak…!
Eih,  eih, eih….!~

 

SEBENARNYA agak lama kami terputus hubungan
Tiba2 ZO muncul diFB.

Hampir setiap hari dia mengeluarkan status tentang penyakitnya
yang memerlukan rawatan kimo.
Tergerak hati bertanya dan rasa benar nak ziarah.
Kiranya ZO jugak sedang diuji olehNya.

 

DSC03362DSC03364

~Dengan ditemani Esah, ma berjumpa Eton…~

Alhamdulillah, Eton nampak tenang benar
Nampak redho dan pasrah.
~Dah bagian kita… kita terima, katanya…~

Insya Allah, Ton…..
Setiap sakit ada penawarnya
Mudah2an Eton dan Rohaida bertemu penawarnya…..
Amiiin…..

~Sama2 kita doakan yer…~

Monday, April 16, 2012

BETUL KE… DAH MACAM JERANGKUNG?

KAN ma ada kata nak pi ziarah anak saudara ma dan sahabat ma
yang sakit semasa kunjungan ma di Singapura hari tu?
Jom ma kenalkan prihal anak saudara ma dulu…
Tentang sahabat ma ZO tu, akan ma ceritakan kemudian….

Kerana dia dah kembali bekerja setelah bercuti selama 2 bulan
kalau ma nak ke rumahnya memang ada masaalah sikit
nanti bukan ma ziarah dia …
ma ziarah maid dia pulak jadinya….

Jadi, keputusan nya dia datang kerumah adik
dapatlah kami berkumpul beberapa jam bertanya khabar….

DSC03361~Dalam pic ni, Rohaida… duduk ditengah, mewakili ibunya
(Kak Melah -kakak sulung ma)

SUASANA SANTAI apabila ma bertemu dengan anak saudara ma Rohaida.

Rohaida yang mengalami sakit tekak yang dikatakan urat peti suaranya
membengkak, tidak dapat bersuara suatu ketika, hanya
menggunakan gerak bibir untuk mendengar percakapannya…, kini
alhamdulillah beransur pulih, walaupun masih dalam rawatan pakar.

Dah dapat ber ‘huuhaa’ seperti biasa…. Hehehe…

Kebiasaannya bila berjumpa dengannya
soalan pertama yang akan keluar dari mulutnya ialah
’Ucu, Ta gemuk tak?’
~dari dulu sentiasa nak kelihatan kurus menawan!~
’Okeylah tu…, kurus2 sangat tak cantik!’

Akibat penyakitnya itu, tekaknya terasa macam berduri
dia hilang selera makan
dan berat badannya turun 6 kg…..

Kali ni dia tak bertanya lagi soalan cepumasnya tu pada ma
~Tapi dia kata, ada orang kata dia kurus macam jerangkung!~
~Huh, kawan manalah tu… lasernya mulut dia!~

Ma cuba nasihat,
ada rezeki depan mata, makan
jangan diet lagi…

Sesuatu yang menarik tentang dia
walaupun dia tak suka makan
tapi dia suka belanja orang makan…..
Dia puas kalau tengok orang makan kenyang2
Tapi untuk dirinya, tak ada seorangpun yang berjaya
pujuk dia makan sungguh2, melainkan  menjamah sikit2 aje…

Rohaida bersama suaminya Sukari dan anak tunggalnya, Uzer.
disamping abah dan emaknya.

Friday, April 13, 2012

LAIN DULU LAIN SEKARANG


DSC03356

DSC03357

DSC03358~Perarakkan kereta mayat di Singapura~

SENGGGANG2 ketika menanti abang dan adik ma datang balik
jemput ma dari jamuan kawin hari tu,
ma ternampak dibawah blog yang bersebelahan dengan dewan majlis perkahwinan itu,
rupanya ada kematian.

Dah semestinya, kalau kematian yang kelihatan di bawah kolong blog begitu,
bukan kematian orang kita.

Ma teringat ketika ma kecil2 dulu
Biasanya akan ada bunyi2an yang memekakkan telinga
terutama ketika mayat tu akan dibawa keluar untuk dikuburkan.

Tapi… Suasananya tidak seperti dulu
Dalam keadaan tenang… mereka berarak beramai2…
Tak ada tangisan yang dipaksa2
~Pengalaman ma masa duduk berjiran dengan orang2 China di Kg Siglap,
East Coast Road, Singapura dulu
kalau mereka dah tak larat nak menangis lagi
mereka ada seseorang orang yang memang  kerjanya
mengambil upah untuk menangis dan meraung2
tanda kesedihan atas kematian itu~

Berhari bermalam bergendang
Kalau yang kaya raya siap berjudi lagi….
Makan dan minum sepanjang masa.

Memang jauh beza dengan budaya kita, kaan?

Dan, yang paling menarik bagi ma
bila ma tengok kereta mayatnya itu….
Kalau dulu keranda akan dimasukkan keatas lori
dan anak buah yang mengikut dibelakang lori yang berarak perlahan
akan menyarung pakaian perkabungan yang dibuat dari kain goni.

Tapi sekarang .. nampaknya dah tak ada lagi…

Thursday, April 12, 2012

APA KEDAUNG PUNYA APRIL FOOL

ABAIKAN TARIKH hari ini…
Anggaplah 1 April baru berlalu semalam
1 April yang senonim dengan hari bodoh…
Betul2 kena bodoh2….

Sepertimana yang ma catatkan di n3 yang lepas
Ma nak hadir jemputan perkahwinan adik sahabat baik ma Aisah pada 1 April
Inilah yang terjadi menjelang 1 April yang lepas…

Ma dan Kak Peah berhajat nak masuk Singapore awal2 pagi
dan akan kembali ke JB sebelum zohor bersama abang dan adik 
yang kebetulan katanya nak shopping di JB
Apa yang terjadi….
Ma terpaksa menunggu dia masuk ke JB dulu
kemudian barulah dia akan hantar ma ke tempat jamuan tu…
~Siapa yang kena?~
Malaaah, kot….

Dia janji akan keluar rumah pukul 8 pagi dari Singapore
akan sampai di BBU, JB dalam pukul 9…
Apa yang terjadi…
Disebabkan jem di tambak
Dia sampai lebih pukul 11.00 pagi.
~Siapa yang kena?~
Sama2 kenalah tuuu!

Kami berempat….
Ma, kakak (Kak Peah), adik (Norhani) dan abang (Kamarudin)
kena menunaikan hajat adik dulu nak bershopping di Tesco
Apa yang terjadi…
Abang ma yang pernah menetap diJB bertahun2 sebelum dia berpindah
ke KL, boleh sesat barat,
dekat nak zohor baru berjumpa Tesco.
~Kami terkena lagi!~

Semua jadi heran kenapa abang ma jadi ‘bodoh’ hari tu
Selalunya dia paling cekap kalau  nak kemana2….

Tiba2 dia bercerita
Masa di immigration,  
Kepalanya nyaris2 kena hempap dengan pengadang kereta
Kalau tak kerana dia menoleh disebabkan ada seseorang yang memanggil
dah tentu kepalanya bocor.
Hahaha… belum kena dah bengong…!

Ooooiiii….. Ketawa2lah jugak…
Kitorang berdua ni, camane kesah…?
Kitorang nak ke jamuan kawin niii…
Kalau jem ditambak…  nampak gaya
Bukan saja makanan habis, kerusi meja pun tak ada
Yang ada cuma dewan kosong aje nanti….

 

 DSC03353

Datang pulak idea si adik….
Nak makan di Kenny Rogerslah pulaaaak…!
Aduuuii… apa kedaunglah hari ni agaknya?
Orang nak gi jamuan niiii…banyak pulak singgahnya!
Alaaa, kejap aje… Dah lama nak rasa Kenny Rogers…
Kat Singapore punya Kenny Rogersnya tak halallah,
katanya…
Okey2lah….
Dalam hati… ‘nak menumpang masuk Singapore’
saboooor ajeleeee…

 

DSC03351

Hmm … rasakan…
Memeras otak…. tak tau nak makan apa?…..

 

DSC03352

Hajat nak simpan perut untuk makan dijamuan…
Apa kan daya…, iman tak cukup kuat..Hehehe..

Sampai di immigration,
passport ma pulak buat hal….
Tak teringat rupanya expired tak sampai 2 bulan pun lagi
Kalau mengikut undang2 immigration 6 bulan sebelum expired
passport tu dah tak boleh digunakan lagi…
Maka apa yang terjadi?
Lama jugaklah nak settle di kiost immigration tu, sementara menunggu
orang datang membawa ma ke pejabat.
~Hahaha… merasa jugak pakai eskot~

Sampai di pejabat… dia bagi ma lepas masuk sehari aje..
Puas memohon simpati,
~sampaikan siap bagitau nak tengok kawan sakit hapa semualah
barulah dia bagi ma 3 hari….~
Tapi berkali2 dia mengingatkan….
but….. You DON’T OVER STAY, hahh…!?

Iyeeeeeleeeee!!! Keh3….

 

DSC03354

Akhirnya dah dekat pukul 4 ptg  barulah ma sampai.
Pengantin dah lepas bersanding.
Dah tukar dress untuk potong kek.

Esah bising sebab dah lama menunggu.
Kau janji pukul 11, baru sekarang kau sampai?… katanya.
Kau tak ingat ke, Sah…. Hari ni kan April Fool….?! 
Engkau baru kena sikit aje
Aku dah kena dari pagi tadi lagi…..!
Hahaha…

Tuesday, April 10, 2012

DUTA TAK RESMI

N3 ni agak kelewatan akibat kegawatan MASA
tapi tak pe…
mudah2an ia belum dianggap basi lagi…. Ihik!

SEJAK 29hb Mac yang lepas
Ma berhajat nak balik ke Singapura.

Bila Terengganu dilanggar Jom Heboh di Stadium Gong Badak
dan Terengganu Bike Week di Batu Burok
maka sebagai Duta Tak Resmi Negeri Terengganu, rumah ma pun
terkena tempiasnya.

~Ma teringatkan arwah suami, selalu beliau menyebut rumah ma ni
umpama Duta Tak Resmi Negeri Terengganu,
kerana setiap ada perayaan Tahun Baru Cina atau… kalau ada cuti2 panjang,
akan adalah orang2 Singapura, baik kawan atau saudara mara yang ziarah…~

Si Fadil (anak Kak Peah dari JB) awal2 lagi dah hello nak datang bersama
squard Superbikenya
Tapi bila ma menangkis kata nak balik Singapura tarikh tu dia cepat2 mengusik…

’Tak ada apa diJB dan Singapore tu ucu… tak payah baliklah…’
Hehehe… Pandai yerrrr…!

Sayangkan anak sedara punya pasal, ma tunda perjalanan ma pada 31hb malam…
Jadi ma sempat melayan kedatangannya, 2 hari sebelum ma berangkat.
Majlis kahwin yang ma nak hadir tu pada 1hb April…
Hehe… Beres, kan?!

Jadi dapatlah kami berborak2 ber’huuhaa’ gelak2.
Jom Heboh2 dirumah ma aje dahlah
Kata  Hakim dia terkandas jem di jambatan sampai 2 jam kerana Jom Heboh….
Parking kereta pun sampai setengah jam menuju ke tapak.
Nampaknya tak payahlah pergi….

Jom kita ke Kedai Payang aje….
Batu Burok pun okey ….

 

DSC03335DSC03329DSC03324

DSC03333

Terengganu Bike Week….
Nampak lengang tengahari tu dibandingkan
pada masa pendaftarannya.
Lebih 1000 buah superbike yang menyertainya dari seluruh Malaysia.

 

DSC03331

DSC03321

2 pasangan nilah yang menginap dirumah ma….
Fadil dan isterinya Ella n the Boys… dan Mak Iti dan Pak Hashim….

 

DSC03320

Kiri kanan tersedia tempat mengisi barang….
Yang pasti keseronokan..!

 

DSC03334

Motor ‘kenit’ macam Along pun ada jugak … Hehehe….

 

DSC03337

Satu2nya motor paling buruk dibuat pameran di Batu Burok! Hahaha…

 

Dan… yang paling lekat terkesan dihati ma
apabila ma singgah dibooth ini……

 

DSC03327

DSC03328

DSC03325

Lama jugak ma berada disini..

Ya Allah… ngeri betul ma tengok….
Part2 ginilah ma akan jadi orang yang banyak bertanya…

~Lebih2 lagi Zikri berada bersama ma, biar dia tengok dan tahu~

Pegawai yang baik ini menceritakan satu persatu keadaan pesalah
yang dikenakan hukuman sebatan….

Cuba perhatikan gambar yang diangkat naik tu…
Itu adalah gambar ponggong pesalah yang telah disebat.

Setiap pesalah akan dipakaikan sejenis ‘cawat’
yang akan menonjolkan isi ponggongnya…
dan pesalah akan diikat secara berdiri, berpaut pada suatu tempat yang dikhaskan.

Rotan yang digunakan ada 3 size mengikut kesalahan.

Biasanya sebatan akan dijalankan terus selagi pesalah tidak mudharat
Kalau ada yang sampai pengsan,
hukuman terpaksa ditunda pada suatu masa lain….

Cuba perhatikan gambar yang ditunjukkan itu…
Percaya tak, darah boleh terpercik ke muka ‘penyebatnya’ sendiri….

Untuk info
Pesalah perempuan akan disebat oleh penyebat perempuan jugak
dan hukuman akan dijalankan ditempat yang lebih terlindung.

SAMPAI DISINI….

DSC03346DSC03350

Gambar ni ma snap ketika kedua2
pasangan sehati sejiwa  ni nak berangkat untuk makan malam barbekeu
yang diatur untuk bikers di Batu Burok tu…
Tapi mereka ber4 akan balik bermalam dirumah ma lagi.

 

Nampaknya sesudah hai-hai ma kena bye-byelah.
Pada malam tu jugak ma berangkat balik ke JB mendahului mereka
dengan bas malam untuk ke majlis perkahwinan….,
nak ziarah anak saudara dan sahabat baik…. di JB dan Singapura.

Selesai sudah….
Tugasku sebagai ‘Duta Tak Resmi Negeri Terengganu’… Smile with tongue out 

Saturday, April 7, 2012

MASA

KIRA2 lebih seminggu ma tak update entry…
Alahai giannya…
Sebenarnya banyak yang nak ma ceritakan
Tapi
MASAlah yang berMASAalahnya.

Kalau boleh MASA bagilah MASA yang lebih panjang sikit untuk ma, boleh tak?

Lelahnya ma mengejar MASA
Sejak ma berhajat nak balik ke Singapura pada 29hb lepas…
Nak hadir majlis perkahwinan kawan baik ma.
Nak ziarah anak sedara ma yang sakit sampai kurus kering macam jerangkong katanya…
Nak ziarah ZO kawan baik yang jugak sedang diuji Tuhan…
Nak sambut pulak anak sedara yang nak datang kemari kerana JOM HEBOH
dengan squard Superbike nya….
Sempat ke?

Alhamdulillah….
Semua tu dah ma selesaikan
satu persatu…
yang tak dapat lagi nak ma lakukan lagi sehingga malam ni ~dah lebih kul 1mlm~
ialah…..
Update Entry Baru……

Ini hanyalah muqaddimah sementara menunggu MASA untuk update entry baru
MASA… tolonglah bagi ruang untuk ma melepaskan gian dialam penulisan…
Bukan  ke penulisan itu, jiwaku….?

Alalalaaaaa… jiwangnya aku…. Huhu…