Wednesday, March 28, 2012

TEKUN NASIONAL DAH JADI USAHAWAN?

TABUNG EKONOMI KUMPULAN USAHA NIAGA (TEKUN).

MA tak pasti nak ucap tahniah ke atau apa pada TEKUN NASIONAL ni
Biasanya kalau ada kawan2 kita nak jadi usahawan, kita ucaplah tahniah
atau mendoakan kejayaan mereka.
Tapi… kalau TEKUN NASIONAL nak jadi usahawan
dah tentulah kita sebagai usahawan IKS ni, makan hati.

MA pernah membuat pinjaman beberapa tahun dulu sebanyak RM6k pada TN
Bayar balik 6k jugak dalam masa 2 tahun sepertimana perjanjian,
satu sen pun tak ada faedah yang diambil dari kita.

Tapi lain pulak halnya yang terjadi sekarang ni.
Nampaknya TN dah mula nak berniaga dengan usahawan
Faedah sebanyak 4%  diambil macam pinjaman bank.
Alasannya kerana pinjaman yang diberi pada usahawan tak dibayar balik sepenuhnya.

~Macamana dengan usahawan yang menjelaskan bayaran balik
tepat pada masanya, tak ponteng, dan beres?~

BARU2 ni ma ditawarkan pinjaman lanjutan
tapi tawaran yang diberikan pada ma nampak tak munasabah
dengan apa yang ma mohon.
Kalau modal tak mencukupi, bimbang perancangan perniagaan tak menjadi
Duit pinjaman, tetap kena bayar balik jugak, tak gitu?

Pinjaman yang nak ditawarkan pada ma sebanyak RM8k
bayaran balik dalam masa 48 bulan (4 tahun),
sebanyak RM227 setiap bulan.

Ini bermakna jumlah keseluruhan bayaran balik ialah RM10,896.
Bila ma tanya pihak pengurusan, dia kata bayaran tu termasuk
sebahagian dari simpanan.
Dan  simpanan tersebut akan dikembalikan pada peminjam.
Caj pinjaman (faedah) yang sebenar adalah sebanyak RM1280 sahaja.
~Sahaja ke?~

Ramai yang menerima tawaran tersebut tanpa berkira mungkin.

Cuba kita bandingkan pinjaman TN dengan pinjaman JADI (Jaya Diri dari YPK, T’ganu)
RM10k, cuma ditarik sebanyak RM500 sahaja sebagai caj perkhidmatan.
Tempoh bayaran balik 60 bulan.
Bulanan RM167x59 + 147x1 = RM10,000

Yang mana satu lebih bersifat MEMBANTU USAHAWAN kecil macam ma ni?

Saturday, March 24, 2012

PEJAM CELIK DAH SETAHUN

KALIAN masih ingat tak  lagi entri ma tentang 2 orang cucu ma yang lahir
cuma beza 6 jam pada 24 dan 25 mac tahun lepas?

Kalau tak ingat cuba imbas DISINI dan DISINI.

Pejam celik dah setahun tau…!

 

~Nur Kamila Afkar  Azil Hakim
dan Eizkhadeeja Afkar Azil Hizaq~

 

392368_307295552635229_100000643609833_974031_30183748_n

~Nur Kamila Afkar… pandai berjalan ketika usianya 10 bulan.
Sekarang ada hati nak melompat kedua2 kakinya…
Alamak, kesian tak menjadi… Hehehe…
~

 

310777_266446260064573_100000976033666_785975_99694290_n

~Eizkhadeeja Afkar… agak lasak sikit
Suka masuk tempat yang terceruk2..
Kalau tersepit, mulalah meraih simpati… Hehehe…~

 

 

~Tak boleh tengok pc ditinggalkan
Cepat2 dia menggantikan tempat…~

 

401276_333525420023323_100000976033666_967024_395865762_n~Sukanya diaaaaa…~

 

~Yang ni ajelah lebih selamat…~

 

~Bersama Angahnya yang sentiasa rajin melayan~

 

Lina Azil

~Selamat Panjang Umur buat anakku, Azil Hizaq
yang tarikh lahirnya sama dengan Nur Kamila Afkar.
Semoga hidup dicucuri rahmad dan keberkatan di dunia hingga ke akhirat. Amiiin…~

 

 

Monday, March 19, 2012

TAHNIAH IRMA HASMIE

DSC03307\

RASA2NYA semua orang dah tau Irma Hasmie akan mengikat
pertunangan 24hb Mac ni…
Kalaulah ma kenal rapat dengannya, mungkin ma orang pertama yang akan
mengucapkan tahniah atas pertunangannya itu.

Syukur alhamdulillah
Mungkin inilah ketentuan Allah
Biasanya apabila terjadinya sesuatu musibah
akan ada hikmat disebaliknya….

Imbas DISINI.

Walaupun ‘Nujum Pak Belalang’ ma tak mengena
Tapi ma tumpang gembira.

~Sebenarnya ma ni sangat sensetif tentang cinta yang kecundang!
Bukan apa….. Kesian kan?~

Kerana dah beberapa kali dia kecewa dalam percintaan
Biarlah kali ini cintanya menjadi yer….

Semoga pertunangan ini membawa ke jinjang pelamin
Semoga jodoh ini jodoh yang terbaik buatnya
Semoga tiada tangisan lagi buat Irma……. 
Amiiin….

Friday, March 16, 2012

AKTIVITI ALONG

ASSALAMUALAIKUM!
Kegawatan masa buat ma tercampak jauh dari dunia maya ini.
Dalam beberapa  minggu ni, ma betul2 jadi halimunan
Sekejap ada di KT, sekejap ada di KL
Balik ke KT, pergi lagi ke KL…. tangkap bisnes besar ke?
Jadi, jangan berkecil hati…
kalau kelibat ma tidak ternampak dilaman kalian
Sebab laman ma sendiri pun, macam kematian tuan….

Okey, kali  ni ma nak cerita tentang aktiviti anakcucu ma.
Jom ikut ma ke lokasinya…..

 

 

DSC03251

 

LITAR permainan motorbike, bersebelahan dengan Stadium Tertutup Gong Badak
menjadi lokasi riadah ma dan anak2, petang 10hb Mac yang lalu.

Layankan gambar2 yang sempat ma ambil yer….
Maaf kalau ada yang terpaksa tenyeh2 mata untuk menyesuaikan tona gambar tersebut.
~Ma ambil gambar ni dari kamera  hp cap ayam ma, dan kamera si Hakim.~

 

 

432152_313771678677569_100001342176530_832967_1998222621_n

Ini bukan Along…
Ini ‘bapak sedara’ Along (si Hakim).
Iyelah…. zaman  budak2nya dulu cuma main gelek rim basikal aje… kaaaan?
 
Hehehe….

 

Inipun bukan Along….
Ini abah si Along…
Mastermind yang cita2 dan keinginannya sejak dulu tak kesampaian.
Sekarang, Alonglah yang jadi ‘mangsanya’…

 

 

Zikri pun tak melepaskan peluang mencuba, walaupun
pada hari pertama dia beraksi cuma memakai selipar.
Seliparnya menjadi haus didepan akibat tergesek diatas jalan…
Hahaha…

 

DSC03242

 

DSC03256

DSC03257

Bersiap sedia demi keselamatan……
Eizzedin Afkar @ Along.

 

DSC03261

 

 
Go, Along!

 

Alahai…! Si Angah yang imej ustazah ni pun, nak rasa jugak?

Sunday, March 4, 2012

PERTANDINGAN MENAIP LAJU

28 FEBRUARI 2012

BESTARI.COM @ BESCOM buat program di DUN Ladang
Beriya2 Mira minta ma masuk serta
Ma tak ada hal sebenarnya
Sekadar suka2 apalah salahnya
Lagipun cuma duduk dimeja komputer, bukan susah sangat pun
Lainlah kalau nak suruh ma berlari… tak maulah, semput nanti!

Antara acaranya ialah Mencari Berita, Membuat Logo…..
~itu semua orang2 muda, bolehlah….~
Bagi ma yang tak pernah ke kelas komputer ni,
dah tentulah ma memilih yang paling mudah, iaitu
Pertandingan Mencari Resepi dan Pertandingan Menaip Laju.

Pertandingan Mencari Resepi…
ma cuma dapat save 3 resepi aje, maklumlah belum cekap lagi….
Sebelum Mira pergi kerja pagi tu… dia ada mesej
ajar sikit2 lebih kurang nak buat macamana…
Ma cuma dapat hadiah saguhati aje….
Kira okeylah tuuu…. ‘Aku Redha….’

Pertandingan Menaip Laju pulak ma dapat tempat ketiga….
Hmmm…. laju sangat ke?
Laju sampai terlajak…. Hahaha….

 

~Antara pemenang Menaip Laju dan Mencari Resepi……~

Friday, March 2, 2012

4212 @ AZIZ

ENTRY ma 4212 yang baru lepas,  nampaknya ada  peminatnya tersendiri.
Rajinnya hamba Allah tu, sampaikan upload gambar kat fb ma…
Hahaha…. siapa lagi kalau  bukan si Marky Douglas @ Mat kawan si Mira…..

Dikirimnya gambar kereta jenis ALZA ~idamanku~ yang berplat nombor 4212,
milik kawannya.
Kebetulan… nama kawannya itu pun AZIZ jugak….
~Bertuahnya Abdul Aziz tuu yeeeerr….~

 

photo
~Jangan tenung lama sangat plat tu, Mat..
kang gugur plat tu nantie…~

Berani betul ‘budak’ Mat ni memperli ‘bakal mak mertua’  yer….
Bawak sebiji Alza ni buat hantaran!
Hehehe….