Friday, February 24, 2012

4212

HARI ni 24.2.12 adalah hari lahir nak sulong ma Azil Hakim yang ke 35 tahun.

Ma rasa bertuah kerana dapat update entry ni tepat pada harinya.
Biasanya dek kerana kegawatan, ma tak kesahkan hari....
Hari apa, berapa haribulan, tak jadi hal bagi ma... .
asal jangan terlanggar perjanjian, sudah...!
Ooop! sori terlebih!

Selamat Hari Lahir untuk anakku Azil Hakim B. Abdul Aziz....
Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan dan diberkati rezeki,
dikukuhkan iman dan taqwa,
dipanjangkan umur untuk beribadah kepadaNya
dan semoga menjadi pemimpin dan ketua yang terbaik untuk keluarga...
Amiiin~

~Aduh, panjangnya doa... baik mak tak semput! Hahaha....~

Sebenarnya..... tajuk entry ma kali ni berhubung dengan angka 4212.
24.2.12.... eh, dekat2 nak sama dah tu yeer...

AGAK2NYA sape boleh jawab apa itu 4212?

Ma teringatkan nombor ni,
bukan saja kerana hari ni 24.2.12, tapi
kerana terkejutkan sebuah motor yang melintas dan memotong
dihadapan ma beberapa hari lepas..
Ternampaklah platnya bernombor 4212.

Terus kembali nostalgia ketika ma remaja dulu… kikiki.....

Dulu......
Nombor 4212 ialah nombor yang biasa digunakan oleh arwah suami ma.
Ditaip disebelah kanan paling atas muka surat cintannya pada ma…

~Dulu kan mana pakai sms u… koling2pun tak..
Takkan nak taligram pulak kaan?…..~

Setiap kali suratnya tiba….
Nombor tu mesti ada tertera…..Sape agaknya yer yang boleh meneka?

..... Apa maknanya 4212 tu?
Nama arwah suami ma AZIZ.
~Muka saja jeee... tak suspen langsung!~ Hihihi...

Thursday, February 23, 2012

MACAM KE GEYLANG SERAI AJE....

MACAM KE GEYLANG SERAI AJE....

BULAN ni aje 2 kali ma ulang alik ke KL
10-13hb minggu lepas ma kemari kerana menghadiri jemputan kahwin
seorang anak angkat emak.
~anak angkat emak, bukan adik beradik angkat ma keeer...?
Ah, apa2 ajelah....!~
Tu yang happy semacam tuuu,
Kami adik beradik janji berjumpa di KL.

Tetiba hari Ahad lepas ma tergerak hati nak naik ke KL lagi..
Ewah, macam ke Geylang Serai jeeer...
~Ungkapan ni selalu diberi oleh kawan2 dan sedaramara,
merujuk kampong ma Kg. Siglap ke Geylang Serai yang hanya
lebihkurang setengah jam perjalanan aje menaiki bas ketika itu.
Masa tu emak sedang sakit.....
Sekejap2 balik S'pore... Bila mak berpindah di KL,
sekejap2 ke KL untuk menjengahnya....
Bagi ma tak jadi hal berulang alik gitu...~


Terus bagitau SD ...
Dah dekat2 nak maghrib, baru ma ke stesen bas amek teket.
Bas pukul 10.00 malam.

Perjalanan malam 19hb sampailah ke hari ni...,
ma masih ada lagi di KL.
Syok sangat rasanya....
Tak ada tekanan kerja macam dirumah....
Tak terkejar2 tengah2 bekerja, menghantar anak ke tempat kerja pulak,
~Yang ada..., riuh rendah si Zulaikha dan si Zulfan bergurau atau berkelahi..
macam nak pecah anak telinga berebut tah apa2...! Hehehe...~

Dah tinggalkan pesan dan bekalan,
masing2 kena berdikari dan tolong menolong...


Sunday, February 19, 2012

SEJADAH BERDIRI

18hb Feb 2012 – Selepas Isya’

 

DSC00029

 

 

DSC00030

 

 

DSC00019

 

KETIKA ma dan AJK JKKK Lorong Surau Baru singgah disebuah
gerai untuk minum selepas mesyuarat  kira2 jam 11 malam tadi…
kami dikejutkan dengan berita ‘sejadah berdiri’
di sebelah saf belakang yang kosong, dewan solat wanita 
Surau Kubur,  Jln Pasir Panjang dimana lokasinya
hanya beberapa meter saja dari kedudukan kami.

Dua orang remaja yang sempat mengambil gambar menunjukkan
pada ma kejadian ajaib itu.

Ceritanya… ibunya yang sama2 berjemaah
menyedari kejadian tersebut ketika mereka bersiap2 untuk pulang.

Subhanallah… ma tak taulah apa perasaaan ma ketika itu.
Zikri yang menemani ma, terus hilang bersama dengan Azriel
cucu Che Bunga untuk melihat sendiri dengan mata kepalanya.

Apa sebenar agaknya yeeer…!?
Hanya Allah Yang Mengetahuinya…..

Friday, February 17, 2012

YANG DITUNGGU DAH TIBA

DSC03201 
Milik SD….
Beginilah jugak rupanya voucher yang ma terima pada hari yang sama.
Boleh ditunaikan dimana2 bank pilhan hati
….

 

KETIKA menanti buah yang sedang ranum ni….
Ada sedikit debaran… ujian… kecemasan… 
Ah apa2 ajelah….!

Ma menerima sekeping surat yang isinya berbunyi
BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA
beberapa hari sebelum PM buat lawatan ke Terengganu pada 3 Feb hari tu.

Surat tu menyatakan ma LAYAK  menerima BR1M.
Ma pun suka sangat2lah.
Ma tunggu dengan sabar.
Dalam fikiran ma mungkin akan sampai surat yang lain
memberitau bila tarikh yang seharusnya
ma boleh ambil voucher duit tu.

Tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu….
~Dalam tunggu punya tunggu tu
sempat jugak enjoy ke KL,  4hari di rumah SD… hihihi…
~

Balik dari KL, rasa tak sabar dah mula datang
Berleter manja jugaklah depan kawan2
’Bilalah agaknya nak dapat duit tu, orang dah bagi Fasa ke 4 dah hari ni (14hb Feb)’…..

Langsung ada kawan bagitau….
Rupanya ada sekeping surat kecil yang diselitkan menyatakan tarikh penyerahan duit tu,
dan dimana yang patut diambil….

Waaaah…. kalau gitu ma dah terlepas pandanglah ni!?
Mana envelopenya?
Memang dah tabiat ma, tarik surat, envelope terus masuk tong sampah.

Teringat pulak SD, dapat ke dia?
Terus ke letter box.
Rupanya ada juga rezeki untuk dia….
Tarikhnya hari ni…, 14 Feb. Kul 9 pagi…
Apaaaaa? Ni dah kul 1 tghari!

Apa lagi, siap cepat2, pergi ke pejabat DUN
~Baru terasa nak bertanya….!!??
Dah puas sabar, sekarang dah tak sabar2??~

Rupa2nya nama ma dah dipanggil pada 3 Feb lepas, ketika PM sampai di Terengganu hari tu….!

Kata orang kalau dah rezeki… tak kemana…!
Dua2nya selesai di pejabat DUN aje.

~Alahai mujur nya aku… tak payah melenggak menunggu beramai2 di dewan.~
Hihihi……
Syyyt…. off the record… off the record..!
Jangan marah Big Boss!

Saturday, February 4, 2012

PM TURUN PADANG KE TERENGGANU

JUMAAT - 3 FEBRUARI 2012

PM selamat  sampai di Lapangan Terbang Sultan Mahmud jam 9.30 pagi.

Program bermula di Parlimen Marang sebelum ke DUN Ladang
dan DUN Batu Burok dibawah Parlimen Kuala Terengganu.

 

DSC03155

Kami dijemput untuk beramai2 pada Jamuan Rakyat
di pekarangan Mesjid Al Muktafi Billah Syah, Ladang selepas solat Jumaat.

 

 

Beginilah suasananya…. Dengan jemputan seramai 5000 tetamu
dan pengurusan seramai 5 kumpulan katering
majlis berjalan lancar.
 

~imej  dari Unit Media DUN Ladang. Tk~

 

SELESAI jamuan makan tengahari,
agenda PM seterusnya ialah ke Sekolah Menengah Seri Budiman DUN Batu Burok.

 

Selepas memberi amanat penting.
menyampaikan bantuan kepada wakil2  penerima BR1M,
peminjam TEKUN, penerima bantuan JKM dsb.,

~imej dari Unit Media DUN Ladang. Tk.~

 

Acara seterusnya PM berbasikal bersama MB Terengganu sejauh 1 km.
Ma tak dapat ikuti kerana memandangkan hari beransur petang dan bimbangkan kesesakan.
Apapun ma merasakan satu fenomina baru melanda kedua2 DUN yang kalah pada PRU12 lalu.
~DUN Batu Burok yang kalah sejak 1986
dan DUN Ladang yang secara teknikal kalah hanya dengan 31 undi….~

Moga2 kunjungan PM akan membuka hati dan minda penduduk setempat.

Dan…. ‘termahal’ dari hp cap ayam ma…… > > > > > >

DSC03162

 

 

DSC03163

Sempat snap dulu, sebelum bersalam…..

Friday, February 3, 2012

APA YANG KAU BUAT TU AGHEEH???

BAGI sesiapa yang pernah membaca n3 ma tentang seorang lelaki
yang menjadikan rumah ma ‘istana hinggapnya’ sejak beberapa tahun
dulu… tentu masih ingat akan nama Agheh ni…

Nama sebenarnya Haris, mungkin.
Tapi bila pekena loghat orang Terengganu…  huruf R itu sudah tukar kepada huruf GHEN
.

Apa2 pun bagi sesiapa yang tidak kenal langsung, jika ingin berkenalan atau
‘ingin berpacaran’ sila imbas DISINI dan DISINI.

Baru2 ni… ma ternampak kelibat si Agheh ni meniti diluar pagar ma.
Nampak agak uzur… dahlah jalan terhuyung hayang, maju mundur
mulutnya tak lepas dari berbunyi ‘aaaaargh…. aaaaargh’ macam orang
menahan sakit.

Sampai aje didepan pintu pagar dia berhenti..
Dalam hati ma ni… tah apa lagi yang nak dibuatnya.
Beberapa bulan dulu, dahlah diselongkar barang2 didalam stor belakang rumah ma
Habis segala parang, tukul, gergaji yang disimpan, dikeluarkan, dilonggok ikut suka dia.
Terpaksalah ma memujuk lembut.
Dah lama tak romantik, bab dengan Argeh pulak terpaksa berlakun romantik, apalah nasib!

‘Kalau Encik Aziz ada… dah tentu dia tak suka awak buat gini…. Gi balik eeeh…’
Dia lembut kalau guna nama Encik Aziz….

Kali ni ma nampak dia singgah dekat paip air.
Hah, sudah…. dia nak mandilah tu…!

Ma cepat2 masuk ke dalam dapur bila nampak dia duduk dan mula buka baju dan kainnya,
tak sanggup nak tengok adegan seterus.

Keh3…. tapi sempat menghulur hp cap ayam ma keluar pintu.
Nak jadikan  buktilah….! Nanti kata ma berbohong pulak… Kaaaan?

 

DSC03130

AKSI TERLARANG!
~Tolong jangan besarkan imej ini!~

 

DSC03132

 

 

 

 

 

 

Terpaksa guna khidmat Zikri…..
’Gheh…, pakai baju tuuuu… Orang tengok, malu…’

Komen Zikri….. ~Nenek…, Tak padan dengan orang…
Orangnya halus aje…. tapi mandi, habis basah sebuah laman.~

Hahaha…..

~Abang tau tak…, tadi Jalan Pasir Panjang jem.  Bila Agheh mandi, jalan lengang.
Semua orang takut nak jalan….! ~ kikiki…..

 

DSC03150

Dah 3 hari baju dia ditinggalkan buat kenangan…
Pagi tadi dia lalu lagi kat rumah ma…,
kali ni dia pakai baju merah lebel Kolej Komuniti…

Thursday, February 2, 2012

MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI

HAMPIR sebulan berlalu… yer ke sebulan? tah2 dah masuk 2 bulan?!
tapi ma tak sempat lagi nak komen
jadi… izinkan ma ‘mengomen’ walaupun isu ni agak dah suam2 kuku
asal tak beku atau basi lagi, okeylah tu, kaaaaan?

Kali ni bab ‘OMBAK RINDU’
Filem yang diadaptasi dari karya novelis Fauziah Ashari….

 

DSC03153

Tak sangka pulak novel ini ada dalam perpustakaan ma
Sekaligus terlepas dari bencana anai2 tempohari…. imbas DISINI

Apa yang nak ma katakan ialah tentang…
Kutipan 11juta dipawagam hasil dari novel ini difilemkan.
~itu angka terakhir yang ma ketahui, kalau bertambah lagi, alhamdulillah~

Tapi….. berapakah yang penulisnya dapat dari keuntungan itu?
Dengar2nya ada rungutan tak puas hati dari pehak penulis
Masa sign kontraknya dulu, camane yerk?
Biasanya penulis akan teruja yang teramat apabila karyanya diangkat
Tanpa memikirkan keuntungan atau kerugian
Yang pasti tentu perasaan terharu dan bangga kerana karyanya
mendapat pengiktirafan…

Apa pun ma harapkan yang terbaik untuk penulis nya
Mungkin ada kelemahan ketika sign kontraknya
Mudah2an dipehak penerbitnya mempertimbangkan
Tidaklah mengaut keuntungan sendiri…
Kena fikirkan jugak….

~Penerbit….. hanya menerbitkan hasil yang sudah SEDIA ADA
Tapi penulis…. bermula dengan kosong
benda yang belum ada, DIADAKAN
sehingga terhasil sebuah karya yang besar….~
 

Apapun, Fauziah masih beruntung
penerbit mengadaptasi karyanya secara ‘bermaruah’.

Tidak seperti nasib novel HARTINI…..
~bagi sesiapa yang belum tau~
imbas DISINI

Dari hidupnya sampai kematinya
sehingga kepada kami waris2 yang ada ni
tak mendapat sesen pun akibat berbuatan ciplak@ROMPAK ini
Tapi takpe….. kami dah tak ada daya dan upaya lagi untuk menuntutnya.

Hutang tetap hutang…
Kepada sesiapa yang berhutang,
Tidak didunia, diakhirat kena selesaikan.

Dahlah tangan dibelenggu
Segala amalan dan kebajikan yang dilakukan
akan pergi kepada orang yang kamu  berhutang…
jadi… buatlah pahala banyak2….
…yeeeerrrr…!