Tuesday, January 17, 2012

TENTANG BR1M

SELEPAS tarikh tutup mengisi borang BR1M tamat pada 9 Januari  lepas
kini tiba masanya kita menanti pembahagiannya pulak…

Kocek ma dah kebas2 rasanya nak terima RM500 tu
keh3x… Jangan anggap ma perasan…!
Insya Allah ma akan dapat….!
sebab ma memenuhi syarat dan layak!!
Pendapatan bulanan ma memang pun tak sampai RM3000 sebulan…
~baru RM2999 ajeeee…! keh3x~

Agak2nya siapalah yang tak bersyukur tentang BR1M ni yerk?
Ma terlintas difikiran nak bertanya sebab ada terdengar
macam2 variasi tentang BR1M ni…

Ada yang kata memang patut pun kita dapat,
sebab duit tu memang duit kita…
@ duit rakyat …
@duit dari hasil2 cukai yang dibayar oleh rakyat…

Tak kurang juga yang kata… kerajaan memancing undi kerana pilihan raya dah dekat…
Apa2lah…..!

Tak kiralah apa pun…
sememangnya  masing2 ada hak untuk menilai
semenangnya rakyat negara kita ni bebas bersuara…..
bebas berfikir….
Mudah2an berfikiran terbuka dan waras…

Oleh kerana ma sendiri tak pernah membayar cukai pendapatan….
~bukan tak nak bayar atau lari dari membayar~
tapi kerana ma ni belum cukup umur lagi… hehehe… tak layaklah tu sebenarnya…
Jadi ma tak beranilah nak kata duit dari hasil cukai yang digunakan untuk
BR1M tu duit ma …..
sebab ma seorang rakyat yang terlepas dari membayar cukai ….

Cuma seikhlasnya ma nak ucap terima kasihlah kepada pembayar2 cukai yang dimaksudkan itu
semoga Allah memurahkan rezeki kalian….

Jugak…semestinya terlebih2 terima kasih kepada BR1M…
Sebabnya…
Bila hasil2 cukai itu telah masuk ke ‘kocek’ kerajaan
~macam duit dalam kocek kita jugak….~
tak ada sesiapa yang boleh memaksa ianya mesti dipulangkan kepada kita semula
dalam bentuk wang tunai ….
Melainkan kerana keprihatinan dalam pentadbiran!

Kalau tidak diageh2kan pada kita pun…
Kita tak boleh nak kata apa….

Jadi… terimalah pemberian itu dengan hati terbuka
Jangan prasangka…
Jangan was2…  ~nanti jadi haram pulak untuk dimakan~

Dan soal membalasnya….
Kalau kita fikirkan soal budi,
memang budi itu harus dibalas dengan kebaikan…
jika tidak…..
Serahkan aje pada Allah s.w.t…..

~Ini pendapat ikhlas dari ma….
Kalau pendapat ma ni salah, harap maaf yerrrr…~

Saturday, January 7, 2012

REZEKI TERPIJAK dari KPWKM

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA dan KELUARGA M’SIA
menutup tirai kalender 2011nya
dengan pengagihan barangan alat2 keperluan perniagaan kepada
peniaga2 Wanita Parlimen Kuala Terengganu pada 31.12.2011 yang lalu.
~Permohonan telah dibuat lebih 6  bulan yang lalu…~

Pelbagai alat2an dari keperluan memasak, menjahit, catering
semuanya ada mengikut peket yang dipohon.

Alat2an ini diberi secara percuma bagi membantu Wanita
menjalankan perniagaan mengikut minat masing2…..

DSC03093

Pengerusi Pembangunan Wanita Kuala Terengganu, Hjh Jannah Zaleha Nik
merangkap Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Terengganu
bergandingan dengan Datuk Wan Hisham PPD DUN Ladang
dan Encik Ibrahim Omar Setiausaha UMNO Bahagian Kuala Terengganu…

 

DSC03094

Dalam ucapan ringkasnya,
berjanji akan membantu peniaga2 lain pula ditahun hadapan….

 

DSC03095

Encik Ibrahim Omar selaku setiausaha…
mengingatkan bahawa ‘kerajaan kebajikan’ memang sudah
selamanya menjadi amalan BN, disamping memelihara
keharmonian bangsa dan agama.
 

 

DSC03097

Datuk Wan Hisham yang meresmikan majlis….
memohon agar digunakan sepenuhnya alat2an itu.
 
Seperti yang diceritakan
pernah terjadi pada penerima alat2 dan  bahan keperluan nelayan
seperti pukat, injen bot telah dijual kepada pehak lain dengan sewenang2nya.
~Hihihi…., panjang pulak ‘akai’nya…~

 DSC03099

Sebahagian yang hadir untuk menerima ‘hadiah bertuah’
barangan keperluan perniagaan masing2…..

 

DSC03106DSC03110

DSC03109DSC03107

Sekadar gimik….  sebahagian kecil dari barangan yang diterima….

 

DSC03088

Alat mesen menjahit….. yang diterima
sepenuhnya oleh penerima lengkap dengan pembaris, jarum
dan benang…!!

 

DSC03117

Peralatan memasak…. seperti dapur, periuk, bekas nasi,  hidangan
dan peti ais beku  yang comel pun ada nampaknya….
 

Hinggakan ada yang dapat  kenopi, siap dengan kerusi dan meja…
~Cukup untuk memulakan perniagaan kedai makan secara kecil2an…

 

DSC03119

Ceria… Zalina yang memiliki kedai tudung
menerima mesen seterika untuk menekap
batu permata….

 

DSC03089

Peti ais sejuk beku…..
Milik ma salah satunya….

 

DSC03114

Tidak ketinggalan…. ma pun salah seorang yang terpilih.
Ma memohon peti sejuk beku.

~Wajib bergambar dengan poster PM,
tanda program berjalan dengan telus.~

 

DSC03120

Rezeki…. Dulu ada satu pun, bersyukur…
Sekarang dapat yang ‘free’ lagi satu, lebihlah bersyukur…..

Syukur…. alhamdulillah mendapat
kerajaan yang cakna pada rakyatnya……

Sunday, January 1, 2012

LISA~BOTAK~NABILA…

AMBOI… Rasanya baru semalam ma buat entry pasal percutian ma…
Rupanya tahun lepas yer..?! Tahun 2011?
Memang iya pun….
Hari  ni kan tahun baru..? Tahun 2012…..

Apa agaknya azam tahun 2011 yang belum terlaksana atau tertunai?
Hmm? Berhenti merokok?
Tahun 2010 hari tu kan azam berhenti merokok?
2011 pun berhenti merokok jugak….
2012, berhenti merokok lagi?
Hahaha….. Jangan marah… ma cuma bergurau…!

Jom layan lagi gambar2 ma menghabiskan cuti ma di KL pulak.
Adik ma dari Singapura mengikut jugak ke KL sehari selepas ma sampai.

 

Kerana nak menunaikan hajat si Zulfan yang nak tengok sangat Tugu Negara
kami menumpang sekaki…

 

Selepas ziarah pusara mak di Seksyen 21 Shah Alam, kami ke Bukit Jelutung rumah abang,
terus shopping di PKNS….

…….melintas pulak Lisa Surihani…..
Penat lelah ma memanggil minta bergambar…. Hehehe….
”Ambil ramai2 boleh tak? Nak kejar masa ni…” katanya.
Tak jadilah Yana nak amek gambar berdua aje dengannya…

 

Malamnya….
Menunggu hidangan bubur air di Kampung Baru…
Feberet jugak tu….! Eh, banyaknya feberet tang makan ni!?

 

Selepas tu… SD bawa kami ronda2
ketika lalu didepan Istana Budaya ternampak banyak kereta bersusun2
Katanya pementasan Semerah Padi…..
Kerana masih ada lagi ruang2 parkir yang kosong….
Terus kami berhenti dan masuk ke Istana Budaya….

 

Tak dapat nak tengok pementasan Badai Semalam baru2 ni.
bergambar diposternya pun jadilah yeeerk…
~Tak sangkalah nak meronda2 sampai ke Istana Budaya… muka pun ala2 aje…~

 

Banyak jugak tempat2 yang ma posing ~cehwaaah!~
Nampak tangga besar tersergam ni pun nak posing jugak!
Yang tengah turun dari tangga disebelah kanan tu, kenal tak?

v

v

v

v

v

v

v

v

v

 

Yanaz Afkar

Si ‘Botak’ Johan Asari rupanya…..
Hmm.. dapatlah Yana bergambar berdua dengan artis ke’gila’annya ni,
sebab tak ada pesanan2 dari penaja rancangan….
 

 

Terkejut.., sebab tak perasankan Nabila Huda bersamanya.
Biarlah dilanda pelagai kontraversi, ikhlas ma katakan nampak baik orangnya.
Pandai mengambil hati……

 

Besoknya hari Selasa, cuti Krismas dah habis… SD masuk pejabat
Dia hantar kami ke Carefour Wangsa Maju.
Pandai2 sendirilah tu…, nak shopping keee… nak window shopping keee..

 

DSC03068

‘Ter’berkenan handbag sebiji….
Rupanya kedai A.AIDA bekas isteri Ameng Spring...
~Tak kira siapa kau, Ameng…. Ma memang minat lagu2 dan suaranya…~

 

DSC03067

Berbudi bahasa…. Baik budak ni…..
Anak bapak…..
Sebenarnya ma nak kata…. anak ni mewarisi wajah bapaknya… Betul tak?

Yana ketawa bagaikan nak apa….
’Mak ni nak jadi Mak Ngah ke?’
~Mak Ngah yang dipanggil tu adalah kakak sulong ma…
Kakak sulung ma tu peramah sangat orangnya…, lebih2 lagi
kalau berjumpa artis, tak malu2 tak segan2 menegur….~

“Alah, kau bergambar dengan Johan tu, mak jugak yang tukang memanggil
Lepas tu nak kata mak nak jadi Mak Ngah pulak…
Eh, tak adalah….
Tapi mak nak jadi LEBIH DARI Mak Ngah!” Hihihi….