Saturday, December 31, 2011

MELEPAS RINDU VS LISA ~BOTAK~NABILA

KITA ke kisah MELEPAS RINDU dulu yeeeer….
LISA~BOTAK~NABILA tunggu selepas  ni…

BOLEH dikatakan percutian ma balik kampung
amat menggembirakan.
Bermula pada Isnin malam 19hb Disember ma sampai di JB subuh,
tengaharinya ma terus masuk ke Singapura.
Jumaat 23hb, ma ke KL melayani kerinduan Zikri pada adik2nya…

Jom layan ajelah gambar2 yang sempat diambil.
Jangan lupa… ada lagi, layan sampai n3 akan datang tau,
kalau nak tau apa tu, Lisa~Botak~Nabila…..


 

Sampai aje diSingapura,
ma ziarah kakak ma yang sulong di Woodland,
kemudian kami ke rumah anak saudara ma si Loqman dan Amelia .
Rupanya dia membaca entry ma The Versatile Blogger tu…
dah terbukalah rahsia apa makanan kegemaran ma.
Dihidangkannya Karipap (Singapura).
Karipap jenis ni memang ma tak pernah jumpa di Terengganu
Kalau di KL, kurang pastilah pulak….,
mungkin ada kot….!
Syukur Alhamdulillah…Terima kasih Man, kerana melepaskan rindu ucu…

 

 

DSC03032

Inilah ‘currypuff’ yang menjadi kegemaran ma sejak kecik…..
~Tengoklah ma…. kalau pasal gambar makanan selalu aje lupa…
Dah makan baru teringat nak ambil gambar…
Okeylah jugak tu kaaaan…~

 

Hmm…Kalau dah sampai di Singapura takkan tak jumpa sahabat baik ma, Aisah.
Seharian dihabiskan bersamanya…. Dah tentulah dia akan ajak ma keluar makan
Apa lagi… Mira, Yana dan Zikri yang ada sama
menumpang tuahlah. Hihi…

 

Hari berikutnya ma ke Geolab Techonology
Syarikat kajibumi milik adik bungsu ma Norhani dan suaminya Syed Ahmad.
Layan gambar2 kami disana yer….

DSC03052

Adik bungsu ma Norhani dan Kak Ros, kakak angkatnya yang setia.

 

DSC03046DSC03045

Kalau tak ada  pemandu pelancung, tak berjalanlah ma…. Hehehe…
Bersama Haida (Kakak Loqman)
~Anak saudara yang gila2… sentiasa riang gembira dan gelak bersamanya~

 

DSC03041

~ Bergambar dengan ucunya…..~

 

DSC03044DSC03039

~Mira dan Yana pun tak ketinggalan nak tumpang glamer disamping Hazirah,
anak boss tuu… Hmmm!~

 

DSC03035DSC03048

~Gambar kiri…Yang disebelah kiri sekali tu, satu2nya anak bujang Haida.
Gambar kanan…Hahaha….
Ada kesah? Mencari keselesaan….
Duduk dilantai lagi santai!~

 

DSC03056DSC03057

~Lepas tu.., apa lagi? Acara makan2lah…
Mira dengan Nasi Ayam Penyetnya..
Ma..? Lagi satu feberet ma… Rojak Mamak!
Syyt…, off the record… Hehe…
Inilah makanan yang ma tak pernah ketinggalan kalau balik ke Singapura!

DiTerengganu MEMANG TAK ADA sama sekali rojak ni… Uhuk-uhuk..Cian ma..!
Yang ada Rojak Ayam….
~Syyt…Tolong baca dalam loghat mamak!~
’Dia punya rupaa ada sikit sama… Tapi dia punya rasaaa, baanyak ada beza…’
Hehehe…..

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2012
SEMOGA BERTAMBAH CEMERLANG DALAM KERJAYA…, AMIIIN…

Thursday, December 22, 2011

MAJLIS KHATAN BERAMAI2 PAKK PASIR PANJANG

SABTU @ 17.12.2011
PAKK Pasir Panjang dibawah naungan Jabatan Kebajikan Masyarakat K.Trg
dengan kerjasama JKKK mengadakan Program
MAJLIS BERKHATAN BERAMAI-RAMAI.
Seramai 17 peserta terdiri dari kanak2 berusia dari 7-12 tahun menyertainya.
Majlis bermula seawal 7.30 pagi
Berkumpul di Sekolah Rendah Kebangsaan Pasir Panjang
dan dibawa berarak sehingga ke Rumah PAKK kira2 100 meter jaraknya.

 

DSC02968

Barisan AJK Wanita…

 

DSC02970

DSC02973

DSC02977

DSC02982

Barisan 17 orang anak2 yang bersiap sedia untuk dikhatankan
disebuah klinik kerajaan sekitar jam 10 pagi nanti….

 

DSC02986

Iman Mesjid Raja Bukit Besar Ustaz Zaki membacakan doa…..

 

DSC02991

Ustaz Shamsuddin Ibrahim selaku Pengerusi PAKK Pasir Panjang
memulakan majlis dengan ucapan alu2an…

 

DSC02993

Mewakili Pengarah En. Zuhaimi…. Encik Ayub
Timbalan Pengarah JKM K.Trg turut memberi ucapan…..

 

DSC02994

Dan majlis diresmikan oleh Datuk Wan Ahmad Farid.

 

DSC02998

Upacara menyuapkan nasi kunyit kepada peserta2.

 

DSC03002

DSC03004

Bersiap sedia untuk apa?

 

DSC03005

Dengan bantuan pasukan BOMBA dan PENYELAMAT,
Datuk W.A.Farid memulakan semburan….
Hahaha… akibat laju sangat…  jadi tersasar,
sampaikan orang2 tak berkenaan pun terpercik sama!

 

 

DSC03007

Kononnya dengan semburan air ini akan menghilangkan gementar…
Betul ke?
Bagi sesiapa yang berpengalaman, sila jelaskan….! Hehe…..

 

DSC03009

Ma membayangkan budak2 ni akan melompat2 keriangan bermain pancutan air…
tapi sebaliknya mereka berkumpul setempat macam kesejukan sangat.
Malah ada jugak yang dari awal2 lagi dah menjauhkan diri.
Apa2 ajelah, ujang…..

 

DSC03012

Majlis yang meriah ni selesai jam 9.30 pagi.
Upacara berkhatan dilakukan oleh Pegawai Perubatan
di Klinik Hiliran, Kuala Terengganu bermula pukul 10.00 pagi.

Semoga anak2 kita ni cepat besar dan menjadi orang dewasa setelah berkhatan yer….

Monday, December 19, 2011

MAJLIS MAKAN MALAM SABASUN BERSAMA PEMBEKAL

ISNIN @ 12.12.2011
MA terima undangan dari SABASUN HYPErRUNCIT yang meraikan pembekal2
IKSnya di Stadium Negeri Terenganu pada 12.12.2011, jam 8.30 malam.

 

DSC03027

DSC02940

DSC02941

Tidak melepaskan peluang…
Bersama Siti Rafidah @ Along…..

 

DSC02944

…. dan 2 kawannya.
Mereka2 ini adalah promoter2 yang berjaya.

 

DSC02943
Ramai yang hadir…..

 

DSC02942
Ada muzik pengiring….

 

DSC02950

Dah makan kenyang2, siap dengan  hidangan salat dan disertnya yang sedap…
ada pulak hadiah bertuah…
Nampak tak diatas meja tu?
Suatu kelainan, apabila yang dicabut nombor bertuah tu, adalah nombor pada meja…
Setiap meja yang bertuah, kesemua tetamu yang ada dimeja tu akan menerima hadiah.
Kalau 8 orang, kelapan2nya akan menerima hadiah.
Hebat kan?

 

DSC02958

Ma pun bertuah…. Inilah hadiah bertuah ma….

 

DSC02960

Hadiah bertuah ma ni, dapat dipintu keluar….
Semua tetamu yang nak balik dapat! Hehe…..

Nota Kaki:

Tolong doakan….
Malam ni ma bertolak balik ke Singapura….
Dah lama tak jumpa kakak2 dan anak2 saudara…
Rindu pulak rasanya….
Sejak aidilfitri lepas, janji nak balik tak tertunai…
Ada saja halangannya.

Ma juga akan pergi ziarah ke rumah sepupu dan kawan2 ma
Baru2 ni ada 4 jemputan kemajlis perkahwinan anak2 mereka yang ma tak dapat hadir…..
Adui…. maklumlah rumah ma ni kan ‘dekat’ ajeee…
DiSINUN!  Hehehe…..

Thursday, December 15, 2011

PROGRAM GERAK MESRA WANITA DUN LADANG

Sabtu…. 10.12.2011

Pergerakan Wanita UMNO DUN Ladang dibawah Parlimen Kuala Terengganu
telah mengadakan Program PELANCARAN GERAK MESRA WANITA
1 MALAYSIA DUN LADANG bermula jam 2.30 petang hingga 5.00 petang.

Dengan kerjasama yang padu dari  Ketua2 Wanita, Naib2 Ketua dan
Setiausaha serta  barisan AJK, mencatat satu kejayaan, dimana target
yang disasarkan seramai 1000 orang WANITA sahaja sebagai pesertanya,
telah melebihi dari sasaran.

Penceramahnya ialah, Ustaz Kamarudin Omar.
~maaf ma tak sempat snap gambarnya kerana ma duduk jauh kebelakang akibat
tiada ruang kosong dihadapan~

 

DSC02913

 

DSC02908

Kumpulan kompang terdiri dari Wanita peringkat cawangan….
mengalu2kan ketibaan Ketua UMNO Bahagian ….

 

DSC02907

…. Datuk Wan Ahmad Farid, yang meresmikan majlis.

 

DSC02911

Taat setia, berdiri menghormati ketika
lagu NEGARAKU berkumandang sebelum memulakan majlis.

 

 

Barisan AJK terdiri dari Ketua2 Wanita, Naib Ketua dan Setiausaha bersama PPD, Datuk Wan
Hisham dan isteri, bergambar kenang2an….

Tuesday, December 13, 2011

SELAMAT KEBERANGKATAN BALIK DYMM TUANKU SULTAN

ASSALAMUALAIKUM!
Rasanya lama benar ma membeku tak update entri baru
Gitulah kekangan masa….
Apapun….
ma tetap menjengah ke laman kalian bila ada sedikit peluang terluang.

12.12.2011…..

Hari ni ma ada banyak nak cerita
Cerita yang bertindih2 berlapis2
Tapi biarlah ma ceritakan tentang kesempatan yang tak diduga
Bila ma keluar tengahari semalam
Kena pulak masanya dengan keberangkatan balik DYMM Tuanku Sultan Terengganu-
Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong
dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke 13.

Ma pun tak lepas peluang snap beberapa pic
yang mana sempat….



DSC02938

Banner ni ada dimerata2 sekitar bandar Kuala Terengganu,
dan di sepanjang2 jalanraya….

 

DSC02923

Ramainya rakyat beratur sepanjang2 jalan, terdiri dari kanak2 sekolah dan
kakitangan kerajaan yang keluar berpusu2 dari pejabat masing2 bermula dari
Lapangan Terbang Sultan Mahmud sehingga ke Istana Badariah
.

 

DSC02926

DSC02927

Pemandangan dari laluan Jambatan Sultan Mahmud
bersebelahan Mydin Mall…

 

DSC02929

DSC02933

DSC02934

Dari tingkap belakang kereta resmi yang terbuka itu
kelihatan Baginda Permaisuri duduk disebelah kanan Tuanku,
melambai2kan tangannya….

Selamat kembali ke Terengganu Darul Iman, Tuanku Sultan Mizan,
Sultan yang dikasihi rakyat.