Tuesday, November 29, 2011

JOM BACA, ABANG TRAPIK!

KALI ni entri ma ditujukan  khas buat ‘ABANG TRAPIK’
Jadi…, ma harap2 akan adalah walaupun sorang
abang Trapik yang jadi ‘wakil’ sudi jengah ke blog ma ni…
Ma nak ‘leter2’ manja sikit…..

SEBENARNYA Kuala Terengganu ni bang Trapik 
bukanlah bandaraya jem tegar sangat pun….
Tapi selalu buat ‘gegar’kan jiwa lara kami pemandu2 jalan raya ni…
Bila abang Trapik dok sibok melambai2 kat simpang2 ..

Time tu, time perdanalah konon….
time orang2 pejabat balik kerja….
Sesekali datangkan ‘rajin’ abang Trapik
kul 3 petang tu dah start operasi….

Simpang Bukit Kecil
Simpang Pustaka Awam - Jambatan Sultan Mahmud
Simpang Sabasun – JPJ….
~sekadar menyebut beberapa tempat yang biasa jadi laluan ma~

Semua tu dekat2 aje sebenarnya….
Tapi kalau abang Trafik ada, nak sampai kesatu2 simpang tu…,
boleh tertido kita dalam kereta…..!

Jalan  bukannya semakin lancar kalau abang trapik operasi
Sebaliknya semakin jadi jem memanjang….!

Selalunya kita boleh cam
bila berlakunya jem memanjang begitu MESTI
ditengah2 simpang tu ada abang Trapik yang terpacak jaga…

~Lampu trapik merah…. dia melambai2 suruh jalan
Lampu hijau… dia tahan suruh berhenti.
Alahai…  KOMPIUSLAH i!~

Petang semalam… dari simpang Jambatan Sultan Mahmud
nak sampai ke simpang Gong Kapas ajee…
ma ambik masa lebih setengah jam!
Bayangkan!

TAK PAYAH JAGALAH ABANG TRAPIK….
PAKAI AJELAH LAMPU TRAPIK TU….

SEBAB…. KALAU BILA HARI HUJAN
ABANG TRAPIK TAK OPERASI KAAAN…?
JALAN OKEY AJE….. TAK JEM PUUUUUN!!

Thursday, November 24, 2011

CHANSELLOR 77?

 

kete

Jenis Kereta : Chansellor
CC : 2.2
No Plat : Chansellor 77

 

 

DSC02862

Cuba perhatikan lampu belakangnya…..?!

Tuesday, November 22, 2011

UPIN DAN IPIN DI SABASUN

PETANG semalam, semasa nak meninjau2 produk ma di Sabasun
ma terserempak dengan Upin dan Ipin….
Ramai yang tertumpu di sekitar kawasan kounter 8 unit
untuk melihat gelagat Upin dan Ipin melayani kanak2
sambil menari2 siap diiringi dengan nyanyian dan band sekali…

 

DSC02866

Cuba tengok tu… ahli lembaga pengarah Sabasun, ~berbaju putih~
Encik Salman Ibrahim, mesra dipanggil ‘Abang Ngah’…
pun seronok nampaknya…. Hehehe….

 

DSC02867

DSC02868

DSC02869

DSC02870

Bagi sesiapa yang teringin mengikuti aktiviti Upin dan Ipin
silalah pergi ke Sabasun 1 Bukit Kecil dari 20-23 November 2011 dan
Sabasun 2 di Wakaf Tembusu dari 24-27 November 2011.
Maaflah masa nya tak pasti….
tapi petang semalam ma pergi selepas asar…

Bawak anak2 kerana berbagai aktiviti untuk kanak2 diadakan
dengan pelbagai hadiah menarik……

Friday, November 18, 2011

SELAMAT BERJUANG, BUNGSU….

BESOK, Sabtu… 19.11.2011.
bermulanya peperiksaan STPM
yang akan berakhir sehinggalah 14.12.2011.

Tolong doakan bersama2 ma…
Doakan untuk si bungsu Yana ~Azliana Binti Abdul Aziz~

Ya Allah,
Jangan kau kusutkan fikirannya melainkan kau tenangkanlah dia
Jangan kau gelapkan hatinya melainkan terangkanlah, Ya Allah…

Permudahkan laluan baginya….
Berikanlah petunjuk padanya ketika dia menghadapi kesulitan
dimeja peperiksaan itu….

Ya Allah…
Berilah kejayaan yang cemerlang kepadanya
kejayaan jugak untuk sahabat2nya
yang sama2 berpenat lelah
untuk memastikan harapan terlaksana…..

Buatlah yang terbaik,
Demi masa depan kamu….
Amiiin…..

Tip dari seorang sahabat…..
Beliau telah membuka RAHSIA kejayaan anak2nya…
Katanya setiap kali anak2nya menghadapi peperiksaan
dia mengiringkan dengan membaca surah Al-Anfal sepanjang
beberapa jam peperiksaan itu…...

Kalau ada diantara kita
yang anaknya dalam situasi yang sama…
Mari kita ambil tips ini dan guna pakai…..
Mudah2an berjayalah hendaknya…!
Insya Allah…. Amiiin…

Saturday, November 12, 2011

MENCIPTA SEJARAH

11.11.11

Ada sesiapa yang sempat mencipta sejarah semalam?
Maklumlah nombor cantik, dah tentu menjadi idaman….

Seingat ma tarikh yang unik begini mula mendapat perhatian
pada tahun 1988… iaitu 8.8.88.
Biasanya orang2 Cinalah yang percaya sangat pada nombor 8
yang dikatakan ada ‘ong’ tu…..

Ramai yang memilih untuk berkahwin pada tarikh tersebut.
Dan tak kurang jugak yang memulakan perniagaan.

11 tahun kemudian iaitu pada 9.9.99, pun menjadi rebutan jugak.
Dan sejak masuk tahun 2000 nombor yang cantik itu akan
berulang setiap 13 bulan sekali….

01.01.01, 02.02.02…. sehinggalah 11.11.11.
Tahun depan, dah tentulah 12.12.12 menjadi idaman….
Tapi selepas 2012… ?
Mungkin kalau ada bulan 13, bulan 14…,  (selepas Disember)
tak sudah2lah jawabnya…..  Hehe….

Memang ramai yang berkahwin atau bernikah semalam…
Termasuklah pasangan pemilik kad jemputan yang unik ini…
Ma jakun sikit…
pertama kali dapat kad macam niii…..

 

 

DSC02837

Cantik… macam passport betul….

 

DSC02835

Siap dicop macam2 tarikh…. Hehe….
dari  majlis pertunangan, pernikahan. majlis persandingan sebelah perempuan,
dan majlis sambut menantu.
2005 tu, perkenalan dan percintaan mereka dari  UiTM, Dungun….

 

DSC02836

Dimuka tengahnya barulah walimatul urusnya….
Dan dimuka belakangnya, macam biasalah, pelan lokasi…
Canggihlah…

Pengantin jangan terpakai passport ni untuk pi honeymoon keluar negara yer….
Naye nanti kena bawak balik beg semula kerumah…. Hehehe…

Pasangan sama cantik sama padan….
Nana dan Pian……

Imej0717

DSC02840

 

SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA:

WAN NORHAINA BT WAN AB RAZAK
dan
MOHD SUPIAN BIN MUSTAPA

 

Semoga kekal berpanjangan ke akhir hayat
dan

dikurniakan zuriat2 yang soleh, Amiiiin…

 

Thursday, November 10, 2011

AURA CINTA ELYSA

KALAU diminta pilih, menonton tv atau membaca
ma akan pilih membaca…
Kalau diminta pilih, membaca atau menulis
ma akan pilih menulis ~ kalau ada ilhamlaaa…~

Jadi, nak citer tentang CINTA ELYSA… dalam slot Lestary
Setiap Selasa jam 9.00 malam di TV3.

Setelah begitu banyak puji2an…. ma teringinlah nak ikuti drama ni….
tapi dah siri ke7 baru insaf…!?

Cari dalam TONTON
dapatlah tengok dari siri pertamanya
’hai mak dah pandai google Tonton nampaknya?’
’alah, susah apa… klik2 ajelah…’

Komen ma… Memang BEST!
hero samseng…!
Mana ada cerita yang heronya samseng?
Sibbaiklah dia tak botakkan kepalanya macam dalam JUVANA….
Tahniah kepada penulisnya Sharifah Abu Salem….
Klik ‘like’….

Setakat episode 9, hero samseng belum lagi benar2 jatuh cinta kat Elysa
walaupun dah bernikah.
Yang ada ialah tanggongjawab seperti yang diamanahkan…!

Tapi gosip2 diluar lokasi
hero samseng tu dah putus cinta dengan kekasih realitinya.

Biasalah Fasya Sanda, kaaan… selalu kontraversi…
Tah untuk memudahkan penghayatan didalam lakunan
atau sememangnya mereka benar2 bercinta…?!

Ma rasa kita tunggu bila selesai drama tu nanti, okey?
Kalau dah jodoh, alhamdulillah…
Tuah badan Johan Asari…. mana tau, kan?

 

DSC02680~Zikri ada helikopter…. ~

 

DSC02677~Johan tak ada pun tak apa… Fasha tak pandang tu semeee…~

Wednesday, November 9, 2011

Monday, November 7, 2011

NILAI HIDUP

BUKAN SEKADAR mengiyakan kata orang aje
tapi memang sebenar2nya…..
Hidup ini perlukan KESABARAN yang tinggi.

Kerana nalurinya  kemanusiaan kita
tak terlepas dari ujian yang datangnya dengan pelbagai cara.

Kadang2 apa yang berlaku melebihi dari kemampuan kita
untuk bertahan.

Sejauh mana kesabaran itu dapat dikawal
dan sampai bila kita harus bersabar?

Kerana itu, kita harus menjadi seorang yang lebih BERANI
Kalau kita tak berani mempertahankan diri dan hak sendiri,
siapa lagi?

Jangan biarkan ‘setan’ itu datang dengan tersengeh2
melihat dan mempersendakan musibah yang menimpa kita!

 

~Lebih kurang macam nilah muka  ‘setan J’ yang sengaja datang tersengeh2
ketika ma ditimpa musibah tengahari semalam! ~

Saturday, November 5, 2011

SALAM AIDIL ADHA

Sempena
HARI RAYA AIDIL ADHA 
pada Ahad 6hb November 2011 ini
sambutlah

 
SALAM AIDIL ADHA

buat semua …..

Semoga bagi sesiapa yang melakukan ibadah korban
mudah2an ibadahnya diterima Allah
dan mendapat ganjaran yang sewajarnya…

Amiiiin…

Tuesday, November 1, 2011

SINOPSIS BADAI SEMALAM

MA ambil masa 3 hari jugak untuk menyudahkan
membaca novel Badai Semalam untuk refresh isi cerita
dan perwatakannya walaupun novel tu
cuma 198 muka surat ajee….

Kalau tak silap ini kali yang ke 9 ma membacanya sejak
remaja, setelah lebih kurang 30 tahun lebih meninggalkan
keseronokan dunia membaca novel….

Tengok apa yang terjadi pada novel ni….
Novel pun pandai merajuk….

 

DSC02821

~Sekali dibelek, sekali terlepas dari ikatannya.. Hehe…~

Badai Semalam mengesahkan Mazni anak gadis Cik Bibah,
bekas orang gaji yang menumpang tinggal dirumah keluarga
Cik Rohana dan Encik Haris…  bercita2 tinggi ingin melanjutkan
pelajaran hingga ke Universiti.

Keperitan hidup membuatkan Mazni terpaksa berhenti dari
tingkatan 6nya  dan mencari pekerjaan untuk menampung
kehidupan ibunya yang sedang sakit…. tapi tetap
meneruskan persekolahan disebelah malamnya.

Walaupun Mazni telah terpaut hati pada Zaki
penuntut bidang kedoktoran yang banyak membantunya
memberi semangat agar dia terus belajar…., 
tapi kerana terlalu menghormati
dan sering terikat dengan pesanan ibunya
bahawa ‘hidup mesti tau menghargai budi baik orang’,
menyebabkannya tidak berdaya menolak cinta dan lamaran Karim
anak bujang tuan rumah yang ditumpanginya itu,
seorang jurutera muda yang kehidupan asalnya sering berpoya2….
Cinta Zaki terpaksa diketepi……

Apatah lagi Karim berjanji tidak menghalang untuk dia terus belajar
bagi mencapai cita2nya ke Univesiti.

Perkahwinan mereka telah mendapat tentangan hebat
dan dihalang keras oleh Cik Rohana kerana darjat.

Apa kesudahan ceritanya….?
Agak2 bahagia tak Mazni dengan perkahwinannya itu?
Tercapai tak cita2nya untuk melanjutkan pelajaran?
Tentulah tak seronok kalau ma bercerita sampai kesudah
Kata SINOPSIS…. kan?!

~Terangkatnya kehebatan novel ini kerana ciri2 sastera moden
dengan gaya bahasa yang lancar dan mesra
membangkitkan seorang gadis Melayu  yang
bersemangat dan bercita2 tinggi.~ 

Bagi sesiapa yang berpeluang menyaksikan teater Badai Semalam nanti
yang bakal dipersembahkan di Istana Budaya mulai 11 November ini…,
mudah2an seronok hendaknya...

Untuk diri ma, tak beranilah nak janji boleh menyaksikannya atau tidak….
Apapun perkara pertama yang menjadi soal
Bagaimanakah  Erra Fazira yang berusia 37 tahun ini
dimekapkan menjadi Mazni yang usianya 18 tahun (usia pelajar tingakatan 6)
seperti perwatakannya didalam novel tersebut….