Friday, September 30, 2011

POS MALAYSIA YANG TAK BERETIKA

SEBENARNYA  dah beberapa kali terkena
First time dulu, sesampul surat besar EXPRESS dengan
slogan DIJAMIN SAMPAI ESOK, akhirnya
kerana esoknya tak sampai2
maka tak sampailah dia, sampai bila2…….

Walaupun isinya  cuma beberapa keping kertas  bercetak
untuk kegunaan lebel perniagaan ma,
tapi bila apa dikirimkan SD tak sampai ketangan
ia menjadi satu masaalah yang agak besar juga untuk produk ma.

~Sekarang ni kami dapat idea menggunakan sistem email~

Ma pergi buat komplen
tapi jawab orang yang berkenaan
Kalau nak  ADA JAMINAN DENGAN GANTIRUGI gunakan POS LAJU. Smile

Itu kejadian tahun lalu….

Awal tahun ni, ma terkena lagi….
Beberapa keping surat yang dihantar kerumah ma,
lencun dan hampir koyak.
~memang tak ambil gambar pun
sebab tak sangka  nak terkena lagi…..~

Diantaranya berisi cheque dari sebuah pasaraya
~sebagai pembekal ada cheque yang ma ambil by hand
dan ada yang ma minta dihantar melalui pos,
terutama pasaraya yang pejabatnya terletak di tingkat 5
tapi tak ada lift, hehe… tak larat nak naik tanggalah tuuuw….~

Ma masukkan semuanya termasuk sampul berisi cheque tu
kedalam plastik supaya basahnya tak berjangkit dalam handbag ma.
~Cheque tsb terpaksa dijemur ditengah panas sebelum bank in~

Sekali lagi ma  buat komplen
ma bawak dan tunjukkan surat2 yang basah lencun kerana hujan yang kuat.

Mereka berjanji akan mengambil tindakan pada posmen
tapi sebelum tu, dia akan datang menyiasat kedudukan letter box ma dulu.

Pegawainya yang bernama EN. M.A.R. memang betul2 datang melihat sendiri
bagaimana surat itu diselitkan sampai basah boleh terkena hujan.

Beginilah jawabannya…..

 

DSC02718

Terjelir? Terjuntai? Tak tau nak kata apa….

Gambar yang ma ambil ini adalah kejadian tengahari semalam.
Hujan… tapi tak berapa lebat.

 

DSC02726

Nak tunjuk betapa dekatnya letter box ma dengan laluan orang….
Posmen datang tak beri salam,
tak sedar pun… kadang2 masa kita tak ada kat rumah pun iya….!
Memang boleh benar2, ditarik keluar oleh orang2 yang tak bertanggung jawab
kalau mereka mahu…..

Tapi… tak boleh ke, dimasukkan elok2 sampai kedalam?
MALAYSIA BOLEH, kaaaan?

 

DSC02723

DSC02724

Bukan pertama atau kedua kali….. tapi dah berkali2…. 

Sebelum tu….. awal tahun ni, ketika itu betul2 musim hujan …..

 

DSC02330

 

DSC02327

~Surat perjanjian penarikan balik hak cipta novel HARTINI
dari penerbitan  Creative Enterprise.~

Tak dapat nak baca…
Kerana ma merasakan surat ini sangat penting untuk disimpan oleh anakcucu
maka ma terpaksa memohon pada Creative dikirimkan sekali lagi salinannya.

 

DSC02328

~Pun basah terkena hujan jugak!
Selagi tabiat posmennya tak berubah, begitulah jadinya….~

Terpaksa ‘menghalalkan’,
redha ajelaaaah…. malas nak komplen2 lagi…..

 

 

Imej0643

 

Imej0642

Ini pulak, apa yang terjadi pada Che Bunga sahabat ma, apabila kiriman
adiknya dari Perak menggunakan POS LAJU…..
Nasib baik adiknya mengikat bahan2 didalam sampul ni dengan sallytape…
Kalau tidak, dah tentu BERKECAI!

Thursday, September 29, 2011

BERAKHIRNYA SYAWAL

RABU  28 Sept…  DIRUMAH TERBUKA WANITA UMNO BAHAGIAN K.TRG

LEBIH KURANG 7 orang termasuk ma diminta bertugas
sebagai penyambut tetamu pada
jamuan Rumah Terbuka anjuran Wanita Bahagian Kuala Terengganu…..
Bertempat di Rumah Ketua Wanita Bahagian, Puan Hjh. Jannah Zaleha Nik
di Losong Haji Mamat.

 

Layan pic…..

 

Imej0687

Dikehendakki bertudung merah….

 

DSC02717

Ramai yang hadir…. suatu ketika kelihatan sesak

Para tetamu disediakan pelbagai juadah seperti nasi bryiani,
laksa Terengganu dan laksa Penang, nasi kunyit, ketupat rendang
dan banyak lagi yang lain2nya….

~Maaf tak sempat nak snap gambar juadah~
Setelah selesai menghidang, kami dipersilakan makan dulu,
langsung tetamu pun berduyun2 datang.

Jemputan dari jam11.00 pagi – 2.00 petang.

 

DSC02716

… yang hadir dari kalangan sahabat2 kami…..
selain dari penduduk setempat sekitar Kuala Terengganu…

 

Dan pada…..

 

26 SEPT  DIRUMAH TERBUKA JABATAN PENERANGAN
bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman. K. Trg.

Ramai betul, penuh sesak dewan….

 

DSC02708

Menu pun banyak, tak terlarat nak makan……


DSC02712

Sempat bermesra dan bergambar bersama rakan2 Wanita DUN Ladang
bersama Pengerusi Penyelaras DUN Ladang, Datuk Wan Hisham ~ berbaju biru dan
Encik Kamaludin Mat Amin ~ Pegawai Khas JASA~

 

DAN PADA SABTU 24 Sept….

Ma hadir pada 2 Rumah Terbuka.
Kedua2nya mewakili Ibu Tunggal.
Yang pertama Kelab Ibu Tunggal di Jalan Kamarudian….

~maaf terlupa snap gambar~

Belum pun sempat  menurunkan ‘suhu kekenyangan’
ma dan Che Bunga beredar ke Yayasan Pembangunan Keluarga pulak.

Layan pic yer….

 

DSC02699

 

DSC02696

 

DSC02702

 

DSC02703

 

DSC02706

~Boleh tahan… bakat terpendam!
Dengan lagu ‘Dua Insan Bercinta’ nyanyian sumbangan
dari En. Saiful memang tak ‘menyumbangkan’…. Sedaaaap suaranya….
Kena puji ni, sebab En. Saiful pegang bahagian pinjaman perniagaan.
Kot2 manalah tau…. dapat pinjaman RM10k tuuu….!~
 

Sungguh meriah..!
Dengan keluasan tempat, dengan pelbagai juadah masakan panas….
walaupun  ramai yang hadir, tak terasa bosan dan terkepit…

Ma mengambil masa yang agak lama disana
dapat berjumpa kawan2 sambil menikmati juadah
dari nasi minyak, nasi dagang, laksa
rendang, ketupat, lemang, satey,
sampailah ke roti canai, keropok lekor, ice cream, cendol dan tapai.
Semuanya adaaa!

Waaaah, hebat YPK! Tahun depan, jemput kami lagi yeeer!!

 

Nota kaki:
28hb. September 2011 bersamaan 30 Syawal 1432H

Berakhirlah raya yang paling meriah yang pernah ma rasakan
di Terengganu ni…
Sebelum ini, kebiasaannya orang2 Terengganu akan
beraya setakat raya 6 aje, kemudian kembali bekerja seperti biasa.
Tapi tahun ni, memang ma rasakan sangat2 luar biasa,
sebab Majlis Rumah Terbuka diadakan dimerata2….
Okey, ma nak tutup buku dah niiiii….

Tapi, kaaan….. tapi…..

~terima sms dari kawan petang tadi…~

Salam majlis hari raya PAKK Cendering sabtu 1 okt jam 2 ptg hingga 5 ptg
semua ajk dijpt hadir t k

 

!!!!!!!!!Smile with tongue out Smile

Friday, September 23, 2011

RAYUANKU UNTUK MEMPERMUDAHKAN

MUNGKIN ketika tersiarnya entry ma ketika ni
mudah2an ma dah selamat sampai ke Kemaman.

~kerana ma selesa menulis pada waktu malam,
dan kononnya untuk tidak ketingggalan di ‘waktu perdana’
jadi ma mengikut saranan anakanda Dee agar ma gunakan auto publish.
Jadi… ma memilih setiap jam 10 pagi untuk siaran entry ma, Insya Allah..~

Sejak dari dua minggu lepas ma merancang nak ke Kemaman
abang ma yang mesra dipanggil Pokde Azhar
~yang baru ma perkenalkan di entry ma ~klik DISINI~
kini sedang sakit.

Kerana musakhah inilah, ma mengundurkan niat nak  balik ke Singapura.
Bagi ma menziarah orang sakit, mesti didahulukan.
Apatah lagi sahabat ma di Singapura itu nak menyambut menantu pada 9 oktober
jadi, mungkin  ma hadir majlisnya tu.

insya Allah… insya Allah… insya Allah…
Kita merancang Allah yang menggerakkan….

Melalut sikit…
Terkeluar tajuk, biasalah tuuu…! Hihi…

SEBENARNYA bila sebut hal auto publish ni
apa yang ma na katakan ialah tentang
terlalu sedikitnya pengetahuan ma dalam penggunaan pc, netbook ni
walaupun memiliki blog sendiri untuk melepas gian menulis…..
semuanya tu ma belajar dari anak2 aje…
dengan gambar yang  kadang2 ok, kadang2 blur
~tak kesah, asal che kamariah bahagia…~
semuanya dibuat dengan cara merangkak2, tapi akhirnya menjadi jugak
Jadi tak jadi… tetap menjadi…. Hehehe…

YANG  agak sedih sikit nak citer kat sini
bila nak pi jengah ke blog yang tak ada dalam blog list ma
~blog list tu pun harap anak2 yang buatkan, sebenarnya…~

Nak sentiasa update blog2 baru yang seronok dibaca, almaklum sajelah…
nak buat sendiri tak pandai…
nak minta tolong anak2 selalu2 sangat,
merekapun gawat jugak dengan hal masing2.

Jadi ma harap bagi sesiapa yang blognya tak ada alam blog list ma,
jangan kecik ati yeer…
terutama bagi yang meninggalkan  komen2,
terasa jugak nak buat kunjung balas…..
~maklumlah orang berbudi kita berbahasa…~ 
walaupun masih belum sudi ‘sign in’ digerbang silaturrahim ma
ma akan ziarah jugak keblog mereka, walau agak sulit sikit.

~Dahlah tak ada dalam bloglist….
tak ada jugak dalam followers….
ma terpaksa cari semula mereka2 itu
dari satu entry ke satu entry …. Hmmmm…!!~

Ma ingin nak sarankan
untuk mempermudahkan, silalah
kalau sudi… masuklah ke gerbang silaturrahim ma yeeer…
sign in….

Bila dah ada nama disitu
senanglah ma, tak payah nak pi cari di entry2 yang lepas lagi.
Kan???
Salam sayang, terima kasih.

Tuesday, September 20, 2011

KESYUKURAN BUAT NAZIRUL…

 

DSC02670
~Telah sembuh sepenuhnya… Mohd Nazirul Bin Azmi…~

 

MASIH ingat tak N3 ma tentang Mohd. Nazirul Azmi ~klik DISINI
yang dirawat di wad ICU HSNZ dalam keadaan koma lebih kurang  2  bulan lamanya?

Akhirnya  berkat doa dari kalian…., sahabat2 handai dan saudara maranya,
Mohd. Nazirul kini sembuh dan kembali sihat sepenuhnya.

Syukur, alhamdulillah…!

JUMAAT  16hb Sept yang lepas, keluarganya telah mengadakan majlis kesyukuran
sekaligus rumah terbuka sempena Syawal yang mulia ini….

Ma  tumpang gembira melihat keadaannya.  Nampak ceria dia. 
Semoga Nazirul dapat kembali menyambung pelajarannya di UITM Dungun
yang terkandas seketika tu…

Thursday, September 15, 2011

CCTV 10 RINGGIT?…. TIPU2 JE?

Bertitik tolak dari kesah CCTV Skodeng
Sebenarnya ma tak berniat nak memanjang2kan
sampai jadi macam drama bersiri pulak.
Tapi apa nak buat,
masih ada yang boleh dipertikaikan lagi.

Hakim terima kol dari orang yang katanya berkecuali dalam kes ini….
Okey, saya cuba percayakan awak, L!
Katanya, CCTV tu tipu2 aje…
dibeli dengan harga 10 ringgit di KL….
Jadi, dia minta ma jangan salah faham.

Tipu2? Siapa yang nak ditipu?
Dah tipu2 tu, bagitau kat orang pulak?
Ee, eh… tak pandai sunggguh MENIPU!

Ma tak kesah berapa harganya, dimana dibelinya
nak letak berapa banyak pun dirumahnya
ditiap penjuru ke, didalam bilik ke, diatas siling ke,
malah dalam siling pun lagi baik!

Lebih berfaedah, boleh kesan musang!!

Faedah untuk keluarga ma memang tak mungkin ada
Katakan, kalau apa2 terjadi pada rumah kami
ada ke mereka akan menyerahkan CCTV mereka tu untuk siasatan Polis, misalnya?

Jadi, CCTV awak, awak gunalah untuk kepentingan rumah awak.
Bolehlah nak letak berapa banyak pun, sebab harganya pun murah,
cuma 10 ringgit aje, kan?!

Tapi……

LEBIH ELOK AWAK ALIHKAN KEPENJURU BELAKANG RUMAH AWAK
MENGHALA KEJALAN RAYA!
BUKAN MENGADAP DIRUMAH SAYA….!
BARULAH SESUAI DENGAN AYAT ‘JANGAN SALAH FAHAM’ TU….

Selamat membuka kembali tingkap2 yang tertutup rapat!

Tuesday, September 13, 2011

OH YERR… SAYA LUPA TABIAT KRONIKNYA!

RASANYA sampai kehari ni, perasaan ma masih terganggu bila teringatkan CCTV Skodeng tuh.

Kata Zikri, kalau dilihat dari cahaya matahari yang menendang pada CCTV tersebut,
nampaknya macam tak kena sepenuhnya rumah kami.

Kata Mira pulak CCTV tak memantau kedepan, sebaliknya 4 penjuru,
dari tepi – depan dan belakang,
ke bawah dan ke atas.. Keatas? ….Nak skodeng ke langit nak buat apa?

Jujurnya, memang ma tak tau camane fungsi sebenar CCTV ni.
Pelik benar kalau dia tak memantau kedepan, takkanlah pulak yer?!
Yang dihalanya memang mengadapnya kearah rumah kami.

Apa pun… mari nak citer sikit..
Ma terlupa… bukan nak buat ketupat ni…
Jiran ma ni…,
selama dah berpuluh2 tahun duduk berjiran dengannya banyak sabor ajee kita ni…!
Memang ada tabiat mengintai yang kronik….
KRONIK, tau…!

Kalau ada sesiapa yang datang ke rumah ma,
baik dari Singapura, Johor, KL, malah yang sedekat Losong pun…
akan perasan tabiat KRONIK jiran ma..
Semua mereka tu perasaan, ada mata yang mengintai kedatangan mereka
melalui tingkap2 nako rumahnya.

Yang paling teruk dan agak mengecikkan hati ma pernah terjadi
Budak2 perempuan yang menyewa bilik belakang rumah ma….
Diceritakan pada ma pernah membawa kawan lelakinya masuk ke bilik!
Ma memang tak tau sungguh tuu, tah betul tah tidak…!?
Dan masa nak keluar berpindah ke lain pun, dia yang lebih tau dulu, sebelum ma.
Ramah, kan?

JADI, selepas kejadian BESAR hari tu,
dia dah tak bukak2 tingkap lagi….
Ma tak tau apa salahnya kalau dia bukak tingkap2 rumahnya…
Buat macam biasa, takkan orang nak marah pulak….?
Sape yang punya idea sampai dia tak boleh nak buka tingkap rumahnya sendiri?
Tak lemas ke duduk dalam rumah dengan bertutup rapat cam tu?

Oooo, mungkin gelisah, kot…
Kerana gelisah itulah dipasangnya CCTV
dapat skodeng dengan SKOP yang lebih luas!
Itu tanda penyakit KRONIKnya dah tak dapat nak rawat, kan?!

Ada kawan2 yang nakal mengesyorkan kami T- -GGE-G ke arah CCTVnya tu…
Hish! Jangan suruh Che Kamariah buat sensasi yer…! Hahaha…
Jangan main2, nanti di’jual’nya gambar kitorang tu kat fb, baru tau!

Tapi… memang terasa jugak nak ‘test’ CCTVnya tuh,
kalau si Khairina cucu ma buat cam ni, camane agaknya yer?

DSC01765

Pic dipinjam dari entry…
‘Baru 2 tahun, dah dapat P.H.D’
~klik DISINI~

Kalau dia marah…
Time tu kita taulah
Itu maknanya dia nampak semua apa yang kami lakukan!

Aduuuuh… dimanalah privacy kami…
tolonglah bagi ideaaaa…
kitorang nak buat camane niiiii?????

Sunday, September 11, 2011

TERUJA TERIMA KOL DARI SEBERANG

‘Walaikumm salam, kak Yam..!’
Sekali gus pemanggilnya terdiam sejenak bila mendengar ma menyambut salamnya.

Kemudian baru dia bersuara lagi
’Kama apa khabar? Selamat Hari raya…’
Bila menyebut Kama, terus ma perasan, ini bukan Kak Yam…

Sebenarnya hanya ada beberapa kawan baik yang memanggil ma dengan panggilan tu.
Panggilan Kama ni cuma digunakan dikalangan rakan2 di Singapura..
Eton Omar, Dadaa, Mas, Shamsidar, Rahmah,
mereka2 itu adalah kawan2 ma dalam persatuan penulisan dulu..

Ambooi, lama tak dengar berita
nak bersms pun tak ada masa…

‘Kama dah tukar no hp ke? Kol tak dapat..!
Rupanya dia tersalah sebiji no yang dihujungnya….

‘Nasib baik no tepon rumah tak tukar….’

‘Eton sihat tak? Blablabla….

‘Eton sihat… Alhamdulillah, syukur dah dapat dengar suara Kama...! Ceria!!
Eton kol tak angkat, Eton sms tak jawab… ingatkan Kama kenapa…!?’

‘Insya Allah, seminggu dua lagi, jika diizin Tuhan, Kama balik. Kita jumpa,
kita jalan2 beraya dirumah kawan2, okey?
Janji…. Kadir tak payah ikut! Hahahaa..’

Orang lelaki jangan menyebok! ~jangan maraaaa…!~

Zaiton Omar….
tak sangka ambil berat lagi tentang sahabatmu yang tercampak
diPantai Timur ni…
Hari Raya menyambung silaturahim…
Love u, Ton!

Saturday, September 10, 2011

CCTV SKODENG

DSC02661

APA AGAKNYA MOTIF SEBENAR?
ADA SESIAPA YANG BOLEH TOLONG JAWAB?

MA HARAP2 ‘Silap Mata’ ma ‘menjadi’ semasa snap cctv yang baru
diletakkan menghala ke rumah ma ni….

Kalau diorang nampak, maknanya cctv dia tu memang KELLLLAAS fungsinya gitu..
Hahaha…

Sebab ma snap pun dicelah2 langsir baru…

Tapi… kalau dia ‘nampak’ sampai keCELAH2 begitu….
malanglah bagi ma sebab nampaknya memang kami sekeluarga
dah kehilangan privacy walaupun dirumah sendiri...

Friday, September 9, 2011

MACAM2 HAL RUMAH TERBUKA….

APA pandangan kalian tentang rumah terbuka?
Ikhlas ma katakan, pandangan ma tentang rumah terbuka ni
Buatlah jika ada kemampuan
Bukan kemampuan disegi kewangan aje
Tapi disegi tenaga juga…
Jangan jadikan dia sebagai sesuatu yang wajib
Takkan putus hubungan silaturahim kerana tak  buat rumah terbuka….


Pada raya ke3 yang lepas, ma hadir ke rumah Datuk Mohd. Sabri Alwi,
Timbalan Ketua UMNO Bhgn K.Trg
dan Badrol Hisham Zaki, Ketua Pemuda UMNO K.Trg,
merangkap Exco Pemuda M’sia.

Bersebelahan dengan rumah Bad, rumah terbuka Zizan Raja Lawak
Ramai yang berduyun2 kerumah Zizan selepas berkunjung ke rumah Bad
Bad sempat berseloroh, ‘Kak Ma makan kenyang2 rumah saya dulu,
lepas tu pergi bergambar dengan Zizan….’
Waaah… itu macam ka?
Memang MAHARAJA LAWAK!

Akhirnya dirumah Bad pun ma cuma makan tapai pulut aje… dah kenyang sangat
Hadir sekadar ambil hati aje sebenarnya…

SEMASA RAYA 6…
~Jatuhnya pada hariraya ke8.  Kalau di T’ganu ni, raya 6 disambut meriah jugak~
Ma hadir 3 rumah disiangnya.
Yana dan Zikri awal2 lagi dah ke sekolah ~ dikelas masing2 pun sambut raya jugak ~
Ma heret Mira, bersama Che Bunga ke rumah terbuka Pengerusi JKKK
Ramai orang2 kampung yang meraikan,
Pengerusi JKKK…!, sesuailah bagi mengeratkan silaturahim sama sekampung…
Banyak jugaklah ma bermadah helah masa nak bermaafan dengannya …
Maklum… adat orang buka ‘cawangan’ baru…
banyak bendalah yang diusik dan diguraukan.
Minta2 gurauan ma tu taklah disimpan dalam hati….  Hehehe…

Untuk melegakan perut, selepas hantar Mira ke pejabatnya
ma dan Che Bunga pergi pusing2 bandar dulu
pergi bayar bill dan buat kerja apa yang patut.
Dah agak siap kerja, kami balik ke kampung semula
untuk hadir ke rumah terbuka seorang kenalan sekampung.
Dia mula membuat rumah terbuka pada setiap tahun setelah dia buat renovation pada rumahnya.

Nampak besar majlisnya..
Dalam hati terdetik, eh macam rumah terbuka YB pun ada
siap dengan kanopi dan pelayan yang menghidang makanan
Suami dan anak lelakinya pun sama naik macam pelayan jugak.

Ma tak pergi terus ke kanopi hidangan,
sebaliknya terus mencari tuan rumah dulu
Mengucapkan selamat dan saling bermaafan
~kan ke tujuan kita berhari raya ke rumahnya untuk bermaaf2an…?
makan tu agenda kedua…~

Dengan berpakaian raya… tapi rupanya tak sudah2 lagi  dia terperuk didapur...
Memang  nampak mukanya kepenatan benar
Ditambah lagi dengan ‘ucapan alu2annya’
~Suami saya kata, tahun depan tak payah buatlah rumah terbuka lagi.
Penat bukan main…!
~

Sebagai kawan yang dah lama kenal, ma tak terasa ati pun bila dia kata gitu.
Dan ma tak rasa dia tak ikhlas memberi makan dirumah terbukanya tu..
Kami biasa berterus terang, dan menganggap itu adalah isi hatinya secara ikhlas
walaupun  tak kena pada masa .

~Awak biasa buat tiap2 tahun,
yang datang ramai ni pun  tak tunggu awak jemput,
diorang datang sebab tau rumah terbuka awak setiap raya 6.
Kalau tak bagitau awal2, tahun depan mesti diorang datang lagi macam ni..~

~Alah kalau diorang datang tahun depan, biar diorang makan aje kueh2!~

Ma tak berhajat nak memanjangkan cerita…
Ma terus diam.
Menu dia pada hidangannya ialah nasi beriani ayam goreng dan laksa
selain cendol, tapai dan aneka kek.

LEPAS TU, ma pergi ke rumah Mek Nik Pokchik Soh…
Kakak kita  ni, orang susah….
Orang susah… biasalah, mudah terasa ati kalau kita tak pi jengah
Dalam ‘list’ memang namanya dah ada pun untuk dikunjung
Tapi pagi tu, dia hello jugak, takut ma tak sampai dirumahnya.

Walaupun ala2 kadar aje…. tapi nampak betul2 ikhlas
Hidangan dibubuh dalam bekas2 yang kecil2 aje diatur diatas meja
Nasi kunyit, rendang ayam, rendang daging, mee kuning, mee tomyam
semua ada… tapi dalam kadar yang sedikit2…
Nampak releks dan sempat melayan kami yang hadir sorang dua ni….

DISEBELAH MALAM pulak, rumah terbuka Datuk Wan Ahmad Farid,
Ketua UMNO Bhgn K.Trg.
Tapi maaflah… ma awal2 lagi dah surrender….
Tak larat nak merempuh orang
Mana jalan ditutup lagi, dan terpaksa membetis jauh
Hehehe… saya makan roti cecah air kat rumah ajelah, Datuk….

INSYA ALLAH, sebenar lagi ma na ke Merang
Jiran sebelah rumah Che Bunga buat rumah terbuka dikampung kelahirannya

Dan besok, jika diizin Tuhan, ma nak gi terjah ke rumah Wan Kamal Tauke Produa pulak
Tentu ramai jugak yang hadir di rumah Pengerusi Penyelaras DUN Batu Buruk tu…

Friday, September 2, 2011

SUNYI BAGAI DISAMBAR GARUDA

 

1 Sep 2011

“SUNYINYA  rumah kita nek..!” Zikri bersuara sebaik melangkah masuk kedalam rumah.
Ketika tu jugak ma rasa sebak…
Memang sunyi sangat2.

Baru aje kami beriuh rendah, berbuka puasa 2 hari bersama2.
Beraya bersama2… tetiba tengahari ni, semuanya dah balik.

Petang semalam si Ezaq balik ke Kuala Berang, kampung isterinya.

Hari ni giliran SD pulak…
Pagi tadi sebelum SD berangkat balik, kami sempat  beraya ke rumah abangnya.

Lebih kurang jam 2 petang, setelah makan laksa penang, 
Che Bunga datang menjemput ma untuk ke rumah terbuka 2 orang kenalan baik.
Rumah terbuka tu nak tertutup balik jam 3petang. Hihi…
Jadi masa agak gawatlah sikit.
Terpaksalah ma tinggalkan SD yang nak berlepas ke KB
Kami berbai2 setakat dirumah Hakim aje…

Kalau ikutkan.., perut memang dah sendat, bukan nak makan sangat pun,
pergi sekadar amek ati ajeee…

Balik dari rumah terbuka itulah ma rasa macam dah hilang semangat.
Ma cepat2 mandi, solat zuhur tak mau melayan perasaan sangat2.
Pada mulanya bercadang nak tidur sekejap,
Tapi tak boleh …
Tuntutan kerja meet uncle hussin dah bermain dikepala.

Ma terus turun ke dapur.
Semalam dah berkemas periuk2 dan bekas2 hidangan…
Pagi tadi berkemas lagi, pinggan2 mangkuk,
kali ni berkemas bahan2 mentah sisa masakan
yang ditinggalkan oleh en. Mazlan menantu pulak.

Baki bahan2 mentah yang tak habis dipakainya terlalu banyak….
Sampai naik pening ma camana nak urus.
Nak sumbat dalam peti ais, dah cukup penuh.
Kesian peti ais macam dah tak boleh bernafas nampaknya.
Setiap sudut semuanya disumbat,
kalau nak amek sesuatu, terpaksalah berhati2…

Itulah dilemanya, kalau dapat menantu yang rajin ke dapur…
Gian Rajin memasak….
Bab berkemas, diserahnya pada  kita, problem jugak tu…
Lebih2 lagi tabiat membelinya selalu takut tak cukup.
Akibatnya terlebih2.

Pada Raya Pertama, menu masakannya Nasi Arab
Lembu ada, kambing pun ada…
Rendang pun cam tu… ayam ada, daging pun ada…
Kuah kacang untuk dimakan nasi himpit pun ada jugak…
Semua tu dia buat, dibantu Rohmah,
ma buat kerja ma.

Menu ma cuma lontong aje…
Merebus lontong, memasak kuah lodehnya…, serunding dan sambal tumis.
Kalau tak cukup adik beradiknya mana nak sedap, kaan?

Raya kedua en. Mazlan kita, buat soto pulak….
Semua bahan2 tu dibawaknya dari KL.
Tapi…. aduiiii… banyak sangat, banyak yang tak terpakai,
itulah yang jenuh ma penyimpan.

Apapun, terima kasih menantuku…..
Kalau ada dia meriahnya raya.
Tapi penatnya maaaaaaaaaakkkkkk…
Ramailah sedara mara yang memuji masakannya….
Kembang kuncuplah tuuuw!
Yang minta resepi pun ada!
Bagus jugak…, tak lokek… diajarnya sampai ke akar umbi…

Tahun depan giliran anak2 beraya dirumah mertua
Ma beraya dimana agaknya ek?
Biasa2 ma akan balik beraya di Singapura
Sedihlah nak beraya disini kalau anak2 tak cukup 5.

 

 

DSC02654

~Sentiasa melayari blog anakanda Rasp…..
Ada kaitannya dengan tudung yang ma pakai…~

Terima kasih Rasp kerana menghadiahkan tudung yang cantik ini untuk ma.
Berkenan betul dengan kombinasi warna dan designnya.
Kainnya lembut sangat…  sejuk dan sedap dipakai….
Ma anggap ini hadiah istimewa sempena hariraya tahun ni.
Terima kasih daun keladi yerrr…..
Sayyyang Rasp!