Tuesday, June 21, 2011

FUN FAIR + PAMERAN = THUNAMI TUDUNG

 

BIASALAH
di musim cuti persekolahan baru2 ni..
selain dari majlis perkahwinan… pertunangan..
Pameran dan Fun Fair  mengambil peluang
melepas gian  pengunjung….

 

DSC02246Yana no 2  dari kiri,  siap sedia untuk menjerit….
laju giler…

EURO FUN FAIR di Tanjung….
Teket masuk RM4 Dewasa, RM2 Kanak2
Buai yang Yana naik tu, 3 token… @ 1 token = RM2
Paling tidak satu permainan 2 token…

 

DSC02242Bergaya dengan hantu…?

Ada hantu buatan lagi…
Siap terkitai2… tergayang2…
Kalau tak takut jugak, pi masuk ke dalam rumah hantu
Pi beli token.., kurang2 nak 3 token, kot…
Betul2 dia buat duit…..! hihihi…

Dan di Pantai Batu Buruk pulak….

Ada PAMERAN TAMADUN ISLAM…..


DSC02228….  di Dataran Batu Buruk

Yang menariknya
sana dan sini beraneka jualan…
terlebih hebat dari pameran….


DSC02229

Tengok tu, Yana dah ‘terberkenan’ handbag tu
Sibbaiklah, bila dibelek2…  ada yang tak berapa kemas dimata
~ Selamaaaaat  kocek ma…. Hihihi…. ~ 

Kalau gerai jualan pulak
70% jual tudung
agaknya kalau ditanya
jualan apakah yang paling laris dan menguntungkan sekarang ni
dah tentulah jawabnya
jual tudung… senang laku… semua orang suka beli tudung…

 

DSC02226 Tiba2 rasa sedih pulak tengok nasib tudung bawal…

Kalau dulu… sehelai tudung bawal yang no 1 paling2 RM40-50
kalau kena peniaga yang pegang harga ~ bila dia tengok kita nak sangat barang dia…?!~
mau jugak pergi sampai RM60-70….
Sekarang ni…. cuma RM10 ajeeee?


DSC02224                               Tudung terkini bagaikan thunami……

 

DSC02230                                   Rengkas dan mudah digayakan…

 

DSC02227Tengok tuuuu….
Sibbaik yang dikelek tu kanak2 lelaki…
Kalau perempuan, tudung cam tulah jugak maunya..!

Monday, June 13, 2011

APA SEBENARNYA….

DALAM perjalanan balik dari jamuan perkahwinan
ma jadi terkejut.
Ma amat2i….
dari mana datangnya…..
bila masa dibuatnya…..

Ini pandangan dari tepi luar pagar rumah ma…

 

DSC02209

Tin aluminium… ditebok ditepinya…

DSC02206Dalam jarak lebihkurang sekaki tiap satunya….

 

DSC02207

DSC02208

Ada kesan dibakar…
ada beberapa batang mancis dan didalam perut tin tersebut juga ada bahan2 yang terbakar….

Tak tau sape punya kerja….
Dan tak fikir ada orang yang waras berani nak buat kerja ni.
Sebab antara pagar dan bilik yang ma sewakan tak sampai pun 2 kaki jaraknya…..

Apa pun alhamdulillah… tak ada apa..
semuanya selamat.

Saturday, June 11, 2011

TOLONG DOAKAN….

MA mohon marilah sama2  kita doakan
kesihatan dan kesembuhan

Mohd. Nazirul Bin Azmi….

DSC02215Ketika menziarahnya di wad ICU HSNZ, ma rasa terharu sangat melihat keadaannya…

Beliau kini sudah 12 hari terlantar dalam keadaan koma
di Wad ICU Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Pegawai perubatan mengesyaki beliau
terkena virus kencing tikus….
~Maaflah ma tak tau apa nama saintifiknya…
tapi setahu ma kalau virus kencing tikus ni sangat merbahaya…~

Semasa berada di asrama UITM Dungun yang baru didudukinya
seminggu,
beliau telah dilapurkan mengalami sakit perut.

Ibunya (Yah - sahabat baik ma) telah berkejar ke asrama
dan membawanya  pulang,
dan menghantarnya ke HSNZ malam itu juga.
Ketika itu dia masih berkeadaan biasa…
Tetapi keesokknya,
beliau  dikatakan sesak nafas dan terus dimasukkan ke ICU
dan koma sampai kehari ni…

Perkembangannya dikatakan positif tapi agak terlalu perlahan…
Jadi tolonglah sama2 doakan kesembuhannya, yer…

“YA ALLAH… PERKENALKALAH DOA KAMI…
BERILAH KESEMBUHAN DAN KEMBALIKANLAH KESIHATAN HAMBAMU YANG BERNAMA
MOHD. NAZIRUL  B. AZMI INI…”

Semoga Allah perkenankan doa kita semua untuknya..  Amiiin…!

BUNGA2AN…

ASSALAMUALAIKUM!

Akibat PC  ‘senak perut’, ma terpaksa memendam rasa.

Nak menulis balik pun rasa kekok semacam ajee…

Entry ni pun… entry tersangkut…
dek kerana dah lama sangat terperap 
rasanya macam dah tak sesuai..

Apa2 pun… suai2kanlah jugak yee!?

Satu pagi tu… Zikri minta izin nak guna hp ma.
Kemudian dia tunjukkan hasilnya….

 

DSC02211

 Oooo… mat bunga jugak rupanya Muhammad  Zikri ni….

 

DSC02191

DSC02189   ~Waaah… hebat jugak citarasa budak ni… Kredit untuk Muhammad Zikri!~

Tapi kaaaan… kaaaan……

v

v

v

v

v

 

DSC02201Sekuntum mawar meraaah.. sebuah puisi…
Teringat lagu ciptaan M. Nasir dendangan David Arumugam…
 

Eh, sape kasi nenek bunga?
~Adalah….. seseorang!~
Sape?
~Rahsia!~
Sapeee??
~Alah, abang… bukan nenek soranglah yang dapat!
Semua orang yang pakai tudung merah tu dapat.
Hari Ibu ….~
Eh, ini dah berapa haribulan dah ni… takkan hari ibu lagi!?
~Tiap2 hari ada Hari Ibu, bang. Ingat tu!~

~Terima kasih kepada Datuk Wan Ahmad Farid,
menghadiahkan sekuntum mawar merah  kepada semua perwakilan Wanita UMNO Bahagian Kuala Terengganu….
pada 31hb Mei yang lepas…