Thursday, May 26, 2011

SETELAH 2 BULAN

MASIH ingat lagi tak entry ma 2 bulan lepas?
Nur Kamila Afkar dan Eizzkhadeeja Afkar
Dua bersepupu yang lahirnya 24 & 25 Mac,
tapi cuma selang 6 jam?

DSC01993

~Imbas kembali~
Nur Kamila Afkar dan Eizzkhadeeja Akfar
kini 2 bulan usianya

Setelah 3 hari dirumah ma,
~hampir 2 bulan di rumah Wannya di Kuala Berang~
Jaja (panggilan manja untuk Eizzkhadeeja)
berangkat pulang ke Paka.

Sekejap riuh sekejap sunyi rumah ma…
Si Zikri pun bersungut
terasa kesunyian….
sedang beramai2
tiba2 balik ke rumah masing2…


DSC02182

Wajah terbaru Eizkhadeeja… Tembam pipinya…
Dah pandai respon bila diagah.

DSC02167 Dah semestinya si mata sepet ini, Nur Kamila.
Betul2 mata ayahnya….
Pun dah ada respond bila diagah.


Terhibur kalau lihat reaksinya
Macam dah dewasa benar, kan?
Begitulah…. kalau orang teringin dapat anak lelaki niii
~keempat2 anak Hakim perempuan~
Dahlah mukanya macam boy
Pakai bajupun kaler boy
Jangan pulak esok2 bila besar jadi tomboy!
Tak rela nenek!!
Hahaha…

Sunday, May 22, 2011

AKSI2 PERENANG amatur

BARU2 NI Ezaq dan Hakim buat plan
tetiba aje ajak ke TER
Ezaq 5
Hakim 6
Ma sendiri 4 (termasuk Zikri)
15 orang semuanya…
yang tak ada, SD dan anak2nya
Nasiblah…  duk jauh di KL

Jadi, layan aje pics yang ma snap ni…
Perenang2 amatur 2011….

 

DSC02150

DSC02163

DSC02151

 

DSC02155 

DSC02157

 

DSC02159

 

DSC02158 Acah2….

 

DSC02160 Cuba lagi Zikri… tak berapa cantik tu!

 

IMG_5124 Hah…, cam tulah! Ikut Ayahcik buat! Boleh?

 

IMG_3265Hahaha…..
Besok nenek hantar pi klas renang..

Friday, May 20, 2011

TAHUN2 TERAKHIRKU BERSAMA CIKGU

CIKGU ZAIN YANG KASAR DAN LASER

~Eh, apa nama kau?
aku tengok kau ni  asyik termenung aje
macam orang mati laki!~

Tersentak kita awak…
sampai ati cikgu..!
dia tak tau
orang sebenarnya tak suka sekolah petang
dah 2 tahun sekolah petang
tahun ni kena petang lagi…!

~Ma lah yang ‘kena’ tuuu! Hihihi…~

Ditakdirkan Allah…
2 minggu selepas tu
tah berkat doa ke apa
satu kelas kami ditukarkan kesebelah pagi.

Ma tak jumpa lagi cikgu Zain tu dalam kelas2 biasa
tapi kerana dia guru Kelab Fotografi
ma tetap masih muridnya…

Sekasar2 dia tu,
kami sering tak kering gusi…
memang kelakar habis!

 

CIKGU BAKAR RAIS, MAAFKAN SAYA

Cikgu Bakar Rais ni guru BM
Pernah satu ketika tu 
semasa dia mengajar bab puisi 
ma secara berseloroh dan bergurau
mengaku Usman Awang tu abang ma.

~info: Allahyarham USMAN AWANG @ Tongkat Warrant
seorang penulis dan penyair tersohor~


Ketika Esah dapat jadi kerani  Sek Men MAJU
beberapa tahun kemudiannya
cikgu Bakar ditukarkan ke sekolah yang sama
Bertemulah guru dan murid lamanya ni
tak ketinggalan bertanya2 kabar…

~Apa cerita kawan baik awak, si Kamariah? ~
~Ketika tu, kerana tak rela jadi penganggur terhormat,
ma jadi minah kilang sekejap
waktu2 terluang ma buat skrip, 
jadi penulis sambilan
.~
~Kamariah  sekarang dah jadi penulis, cikgu
dia menulis skrip drama radio
Cerpen2 dia pun selalu tersiar dalam akhbar…. ~

~ Eh.. tak heranlah
kan abangnya pun penulis
dah mesti dia pun  ada bakat! ~

Esah yang kenal sangat2 abang ma jadi blur…
~ Abang Kamariah penulis?    
siapa abang dia, cikgu? ~

~Kan  Usman Awang tu abang dia?~

Ma tak pasti macamana perasaannya
ketika Esah menceritakan perkara sebenar..!

Maafkan saya, cikgu yeeer..!

 

CIKGU SURADI, KEPANASAN?

~Eh, tolong… tolong..
saya panas niii… panaaaassss…!~

Ma yang tak tau apa2
tiba2 nak pi jengoklah
apa hal cikgu terpekek minta tolong

Kawan2 pun ramai berkerumun dimejanya
Tapi lepas tu
satu demi satu bersurai…

Oooo
ni mesti kes
cikgu ‘kepanasan’ diapet murid perempuan niii…!


Kalau diingat2kan memang best kenangan semasa bersekolah dulu, kan?
Kalau ada yang tak merasa seronok mengenang zaman persekolahannya
mestilah ada sesuatu yang tak kena tuuu..! 

Sebenarnya banyak lagi kenang2an yang mencuit hati
bersama guru yang hendak ma ceritakan…
tapi cukuplah setakat ni ajee yeer.. 
Mudah2an semua cikgu2 yang jadi sasaran ma dalam  entry ni atau sebelumnya
masih sihat wal afiat…


Yang pasti cikgu Zain dah lama meninggal dunia..
Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman 
Al Fatihah untuknya….
Amiiin..!

Wednesday, May 18, 2011

GURU2KU DI TSL

~MASIH dalam mood nak bercerita perihal guru…
manalah tau tahun depan dah tak sempat bercerita lagi..
Orang veteren mesti selalu ingat dunia ini hanyalah pinjaman…
~

 

MA bersekolah menengah di SM Tun Seri Lanang, di Singapura.
Tahun terakhir pada 1969. 
Masih terkenang lagi kenangan bersama2 setiap guru…
antaranya…..

CIKGU AMNAH…, I LOVE YOU

Ma kemukakan satu soalan bodo kat dia
Cikgu Amnah ni, guru Ekonomi Rumah Tangga 
Cikgu, betul ke…, kakak saya kata…
kalau kita rajin menggiling 
pinggang kita jadi ramping?
(
zaman ma anakdara dulu, kalau nak memasak,
segala rempah ratus  kena giling,
masa tu tak ada  blender pun!)

Berdekah2 dia ketawa…. jawabnya…
Itu kerana kakak awak malas!
Kak Peahlah tuuu!
dia nak suruh awak rajin menggiling
sebab tulah dia kata gitu….

 

CIKGU AZIZAH MOHAMED, malas i dengan u!

Cikgu ni paling tak okey dengan ma
Tapi dia sayang sangat kat Esah
apa2 aje…, semua kasi Esah
ma pulak kaki mengekor Esah
kemana aja Esah pergi, ma akan temankan dia
tak kesah kalau kena mengadap kebawah duli
cikgu Azizah pun
walaupun dia kelat2 masam aje dengan ma…

 

Satu hari… ma terkejut  besar
dalam report book, dia tulis begini: 
~terlalu banyak bercakap dalam kelas
tapi usaha kurang..!
~

 

Iyeee keee..?
Cikgu tak salah orang ke…??
Tapi kalau iye pun,
takkan saya bercakap sorang, cikgu?!

Kecik juga rasanya hati niii 
Tapi tak apalah….

 

Dalam hati berkata…
Iye leee, cikgu…
keputusan saya memang ala2 ajee 
Tapi bukan ke 
dalam ramai2 murid kat klas kitorang 
si Esahlah yang paling becok?

Tapi…
ma tetap suka tengok mukanya ketika mengajar
cantik…. macam  filem star Nor Azizah!

 

Orang2 muda sekarang ni tah kenal tak lagi dengan Noor Azizah?
           Terima kasihlah dengan Google yeeer…!

 

bersambung lagi….

Monday, May 16, 2011

CERITA HAL CIKGU LAGI…

CIKGU DAUD GURU PERTAMA

MA masih ingat… Cikgu ma yang pertama
yang memperkenalkan huruf2 a b c dan
alif ba ta… ialah cikgu Daud

Kerana anaknya sekelas dengan ma
maka banyak jugaklah sebenarnya
gambar2 yang dirakamkan sebagai kenangan.

Sayangnya…
gambar masih ada, tapi scanner pulak
tak okey… 
Jadi… cerita tanpa gambar ajelah yeee..!?

 

CIKGU SALLEH ABBAS CIKGU DARJAH 2…

Style cikgu Salleh ketika mengajar
dia suka panggil kami ke depan
duduk dilantai…

Style 60an..
anak murid dok terlenggak memandang dia yang berdiri
sambil berjalan kesana sini…

Satu hari… agak lama tak berjumpa
dia masih ingatkan ma
tapi ma agak terkilan bila dia bercerita
ketika kami ramai2 duduk dilantai tu…
ma  menoreh kasutnya
yang selalu berkilat tu dengan pisau…

Eh, betul ke ma berani buat gitu??
Bila ma kata cikgu salah orangbukan saya, cikgu
dia tetap kata sambil ketawa… awaklah Kamariah!

Sebenarnya dia bukan marah pun
jadi rasanya tak payahlah nak bertekak lagi…

 

CIKGU LANI DAN CIKGU HASNAH…

Hem hem… ingat kitorang baru darjah 3 masa tu..
tak tau keeee?
Cikgu main2 cintan kan?

Tapi ma tak pasti
apakah mereka akhirnya bertemu jodoh ke tidak…
Hihihi…..

 

Bersambung……

Sunday, May 15, 2011

CERITA CIKGU

HARI GURU sampai lagi..
Jom sama2 kita ucapkan
SELAMAT HARI GURU kepada cikgu2 kita..
cikgu2 anak2 kita
semuanya…
Sesungguhnya menidakkan jasa2 guru
dosanya sama seperti orang yang derhaka
kepada kedua orang tua mereka…

Semua orang
tentu ada kenangan bersama cikgu2 masing2
tak kecuali ma sendiri…
Ada cikgu yang kita suka
ada cikgu yang kita tak suka
Ada cikgu yang menyukai kita
ada cikgu yang tak menyukai kita…

Apa pun…
terima kasih cikgu…
Kalau masih panjang umurnya
ma doakan kesihatannya
kalau dah tiada
ma doakan kesejahteraannya disisi Allah…

Ma nak cerita
tapi ma tangguh dulu yee..
dientry akan datang…

SINGAPURA DILANGGAR TODAK

singapura dilanggar todak?

Tajuk entry memang gempak habis kali ni
Bukan apa,
yang gempaknya bukan orang lain
tapi ma sendiri…

Dua tiga hari sebelum balik JB/Singapura hari tu
Sahabat baik ma  Aisah Esah ada kol
Suaranya lemah dan sayu aje…
Apatah lagi memang ma tau dia mengidap SLE
jadi gempaklah ma…
bila dia cerita… dia dah tak sedap makan
makan apa saja akan keluar balik
walhasil susu diminum pun tekaknya tak terima..!

Sediiiiih ma…
dah menitis dah airmata niii…
~‘Aku janji, Sah…
lepas majlis sambut menantu kak Peah besok
aku masuk Singapore
kita jumpa, k..!?’~

Besoknya, pagi2 lagi 
Esah dah kol ke JB…

~ ‘Hai, segar suara kau, Sah?!
Ha ah, dah kurang sikitlah Kamai…
Kamai, aku dah plan…
jap lagi kalau kau sampai kita keluar pi makan
kat Piramid, Arab Street
MOTHER’S DAY!’~



DSC02117

Sabariah pun ada… 
Kami bertiga rapat sejak sekolah rendah..

 

DSC02115 Hai, kuat mentelaah nampak!
Asal jangan batu dan kayu jee dah leee..!
 

Apa2 ajelah Sah…
Aku ikut aje selera kau
Aiman tak kesah…
Dah macam2 restoren kau bawak aku…
Bagi aku…
Karipap, rojak India keling , mee mamak  aje yang sedap!

~Jangan bimbang…~ 
~Sebenarnya dia tak pernah baca pun blog ma ni!~

 

Jom layan ajelah gambar2 ni yeeer..!

DSC02120

DSC02122

DSC02121

~Mati2lah aku ingat kau sakit, Sah..~
~Sebenarnya aku dah lama tak jalan2lah, Kamai..~
~Kalau gitu,  
apa kata bulan depan
kau jadi PENAJA UTAMA aku
kau sponsor aku balik sini lagi
kita jalan2 lagi…,
k?!

Hahaha…..~

 

 

 

Wednesday, May 11, 2011

d..UDA BERTEMU DARA

DSC02113

d..Uda beranak 3, bertemu dara…
Isfarizal… anak ke2 Kak Peah
dan Nadia
….menantu

 

SEMALAMNYA 7hb Mei 2011, 
mereka dah pun puas bersanding
di Dewan Lagun Sari di Singapura
jadi.. majlis sambut menantu di pehak Kak Peah di JB
dibuat secara santai dan ala kadar aje nampaknya…

Tapi tetap meriah
apabila tetamunya hanya saudara mara terdekat.


DSC02111
Antara menu nasi dengan berbagai lauknya
cuma laksa aje yang jadi pilihan…
Perut meragam…
Rugilah…. datang dari jauh2…

Aaaah.. ini ajelah rezeki ma, kot…
Tapi ma bantai karipap banyak jugak..
Orang2 terdekat mesti tau…
Karipap kan ‘musuh ketat’ ma..
mane boleh..!
kalau nampak karipap ajeee
nasiblah kena ‘ngap’!!

DSC02104

Aduuuiii… cantiknya kek pengantin niii, kan…?
Bunga ros tu, bunga hidup tau..
Tapi tangkai2nya dah dibalut dengan plastik
supaya tak jadi pencernaan pada makanan…

 

DSC02110

Waaah! Bertuahnya badan
Mulanya.., mati2 ma ingatkan untuk pengantin
Tapi rupanya Farizal hadiahkan
untuk sambutan Hari Ibu…!

Kerana cuma 4 ibu ni aje yang tinggal
4 ibu ni ajelah yang memotongnya!
Hihihi….

Terima kasih, Jal…!

DAN DI RUMAH…
Anak dara berdua tu…
Mira & Yana
buat suprise…

 

228490_2047546706065_1166366183_2462051_2985023_n

 

227065_2047546946071_1166366183_2462052_1899937_n

~tart keju…. Sedaaap!~

 

226354_2047547946096_1166366183_2462057_2585981_n

Mekacih…!

Saturday, May 7, 2011

TERINGAT PESANAN MAK

PETANG TADI lebih kurang pukul 5.30 ma baru sampai
dari Besut kerana tugasan.
Terus ke Pengkalan Setar untuk mencari keropok yang
diminta oleh kak Peah…
Amboi maaaak… Sampai 10 bungkus?
Tak apa… berkorban apa saja
demi kakak tercinta….

Malam ni, tak sempat pun ma nak bermalam dirumah,
ma berjalan lagi…
Besok kak Peah buat kesyukuran
menerima menantu perempuan.

Jadi…..
Doakan perjalanan ma ke JB malam ni yeerrr..
Kali ni ma naik ‘flight’ MAJU… 

Dah MAJU betul yer…  dah ada 2 trip sekarang  ni yee?
9.30 dan 10.30
Ma memilih 10.30… untuk sedikit lama di rumah
bersama anak dan cucu….

BESOK HARI IBU…
Ma mengambil kesempatan ini
bagi mengucapkan

SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA

190306_196976937002050_100000692342577_546966_536842_n

TERKENANGKAN ibu ma….  

KHATIJAHTON BINTI ABDULLAH

Lahir pada 1928 > 25 Nov 2005

Sampai sekarang,
pesan ibu ma 
masih lekat dihati…

“BUAT BAIK BERPADA2
BUAT JAHAT JANGAN SEKALI…”

v

v

v

> > > > > SELAMAT HARI IBU KEPADA YANG BERGELAR IBU…< < < < <

Daaaan…..

SELAMAT HARI LAHIR juga kepada
Sw33tdarling……

Semoga panjang umur dan dilimpahi rezeki yang barakhah.
Amiiiin…!

Wednesday, May 4, 2011

TERIMA KASIH DAUN KELADI

BARU2 ni…  ma telah hadir
ke Majlis Peresmian Program Pemberian
Netbook 1 Malaysia kepada murid2
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH
PARLIMEN KUALA TERENGGANU
(DUN Ladang dan Wakaf Mempelam)
di Dewan Terbuka Komplek Seri Iman.

Majlis telah diresmikan oleh Dato’ Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh
Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu merangkap
Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu.

Seramai 1026 orang telah terpilih mendapat netbook secara percuma
melibatkan 7 buah sekolah menengah.


DSC02049 Dato’ Wan Ahmad Farid (mengiring - ditengah) menyerahkan
Netbook kepada salah seorang murid…

 

 

DSC02054

Para petugas menjalankan tugasan dengan licin dan teratur.

 

  DSC02051 Wakil murid dari tiap2 sekolah kelihatan ceria
dengan slogan 1 Malaysia.

 

DSC02056

Terima kasih daun keladi…
Yana pun salah seorang yang menerima budi…
Sedang beratur untuk mengambil giliran.

 

  DSC02057Amboi maaak..! Senyum termewek bila dah dapat….!

 

DSC02077 Berjenama BENQ

Alhamdulillah…
atas keprihatinan kerajaan Negeri Terengganu
menjulang akedemik
dipersada teratas!

Tuesday, May 3, 2011

DEMI ALLAH.. TAK SUKA SANGAT2…

TAPI kenapa ia berlaku?

KETIKA bas yang ma naiki dari Melaka
sampai di Wakaf Tapai ~kira2 setengah jam aje lagi
akan sampai dilokasi perhentiannya,
ma menerima kol dari Yana menyatakan dia diganggu.

Dia diganggu kerana dia minta kereta jiran yang selalu blok
dibelakang kereta kami mengalihkan keretanya,
kerana dia akan menjemput ma balik.

Tapi cerdiknya anak2 jiran ma tu…
si A yang tua setahun dari SD (Maya),
telah menjerit2kan Yana dengan
ejekan dan panggilan ‘anak raja’ nak lalu…

~Sebenarnya inilah ‘hasil’nya dari ketegasan Hakim
anak sulong ma yang selama ni
bersabar dengan telatah jiran kami
Klik DISINI dan DISINI
memohon agar mereka
tidak lagi meletakkan kereta mereka
di tepi rumah ma.
Hakim dikatakan bercakap kasar dan sombong.

Dah hampir 3 tahun meletak kereta ditepi rumah ma
~selepas kemasukan menantu baru si B
yang pakai kereta baru~
tak kira siang dan malam
~paling sakit hati apabila kita nak keluar
si B ni @ isterinya sekalipun
dengan sengaja melambat2kan
macam lagak kura2 nak mengalih keretanya~
sekarang ni baru nampak kami sombong yeee?!~

Anak lelaki bungsunya yang berusia 20an J,
juga telah mengungut untuk ajak ber’gomo’ ~@ bergasak~
dengan Yana
menakala menantu lelakinya yang berusia lewat 30an L,
mengugut untuk menampar Yana
kerana Yana dikatakan
menjawab ejekan isterinya A….

~Subhanallah… Semangat ma terus melayang!~                                         

~Yana yang ketika itu kesorangan kerana ketiadaan ma
(perjalanan balik dari Melaka)
menakala Hakim ke Kuantan… kerumah keluarga mertua
dan Mira ke jemputan pertunangan kawan baiknya…..~

Dengan perasaan takut berlaku sesuatu
untuk mempertahankan dirinya,
Yana  turun dengan memegang
sebilah pisau ditangannya
menuju ke kereta untuk menjemput ma balik di lokasi bas.

J ‘bujang tak bertamadun’ itu
dengan pantasnya telah snap gambar Yana…!

Apa tujuannya?
Biasalah,
tujuannya dah semestinya
untuk memusing cerita sebenar!

Bila mendengar keadaan begitu,
ma tak terus balik ke rumah
sebaliknya ma terus ajak Yana ke balai
demi melindungi anak2 ma dari diugut atau diapa2kan.   
Apatah lagi sememangnya ma ni selalu meninggalkan rumah…

~5hb-7hb mei ni… ma terpaksa ke Besut pulak kerana tugasan
dan malamnya jika sempat balik awal, ma akan terus ke JB
untuk hadir di majlis perkahwinan anak saudara ma.~

Anak sulong ma si Hakim telah menghubungi
jiran ma di talipon untuk mengetahui kejadian sebenar,
tapi telah dimarah dengan berbagai kata2 ‘jahat’ menakala
dihujung taliannya terdengar ejekan dan di’hu hu’kan si A 
siap mencabar suruh Hakim balik
kalau betul dia ada ……. ~faham2 sendirilah.~

Anak ketiga ma si Hizaq yang di Paka,
baru aje balik dari kerja
bergegas balik ke K.Trg untuk melindungi
bimbang kalau2 adiknya diapa2kan.
~ Sebenarnya kalau ma ada di rumah,
rasanya mereka takkan seberani itu…
Kerana dia tau, Yana tinggal sendirian
dan mereka tu kebetulannya ramai
kerana serentak bercuti 1 mei!~

Apa yang terjadi sebenarnya ialah kerana salah faham dari
-anak2 menantu yang baru menjadi anggota rumah
-anak2 yang membesar,  tidak diberi kefahaman ‘sejarah’
-dan mungkin juga tanaman PHD
(Perasaan Hasad Dengki) dari naluri semula jadi…

Dari sms yang dihantar pada Hakim berbunyi… ~dalam loghat T’ganu~ 
"Mu jahat… ingat orang tak tahu… mu sekeluarga tukar pelan lain.
Jangan nak berlagak bodo.."

Alhamdulillah… dengan sms ni, sohehlah segala telahan ma
bahawa mereka sentiasa mencari pasal dengan kami kerana
menyangka hak mereka pada tanah sekangkang kera ni!…

Alangkah bodohnya
Kata orang, kalaupun nak menuduh 
biarlah berilmu…. Biar kena dengan prosedurnya…

Untuk info
tanah yang mereka diami itu…
dan tanah yang kami diami ini…
adalah tanah milik syarikat
dengan satu geran
5 pemilik @ penama
Tak mungkin dapat diapa2kan sewenang2nya
TANPA TANDA TANGAN KAMI BERLIMA!
ada faham?

~tak sekolah punya olang!~

Apa yang ma lakukan selepas beberapa bulan kematian suami
ma telah mengangkat tarikah
sebagaimana yang dituntut agama
menukar penama tanah ini dari nama arwah suami
kepada nama kesemua anak2 ma.
Itu aje…
Tidak kena mengena dengan menukar pelan
sebagaimana yang didakwa!

Hasil dari aduan ma, polis telah meminta
anak jiran ma yang mengugut untuk bergomo tu,
datang kebalai.
Amboi maaaak… dahlah tunggu lebih setengah jam
polis panggil sorang aje,
tapi sekaliiii yang datang, 4 orang!
Jantan2 semuanya
~tapi jantan pra matanglah!~

Siap menceritakan tentang pisau ditangan Yana
kepada Koperal tersebut
Betul tak tekaan ma???

Tak kesah…!
Sebelum dia cerita, ma dah cerita dulu!

Polis syorkan kami pagar jee untuk selesai masaalah..
~sebenarnya rumah ma memang pun dah berpagar!~
Tapi tau tak?
Rumah kami separuh berpagar separuh tidak
pernah tak tengok rumah berpagar separuh?
kalau ada puuuun…
… satu dalam seribu sebenarnyaa….!


Kerana arwah suami seorang yang prihatin
pagar kami terhenti sampai dihadapan rumahnya
tujuan suami kerana nak memberi laluan padanya
Ingat tu, LALUAN sahaja tau!
disebelah luar pagar tu pun
sebenarnya masih ada 3 kaki lagi luasnya
untuk pejalan kaki atau bermotor

Sekarang pandai2 pulak kata kita menukar pelan
dahlah gitu….
sokong  pulak cadangan polis
suruh kita pagar semua!

Bagi ma dah cukuplah apa yang arwah suami tetapkan
tak berniat pun sampai nak menutup jalan
biarlah pahala memberi laluan itu berterusan
dari arwah tok mertua,
arwah suami
dan seterusnya pada kami anak beranak…
kerana memberi jalan @ laluan ini
pahalanya tak bersempadan!

Awak2  yang syok sangat mencabar
nak suruh kami pagar semua tu
dah fikir panjang ke?
Tak terbayang ke,
kalau kami pagar semua nanti
nak buka pintu sendiri pun tak lepas!? 
Kan ke laluan korang tu
cuma lepas cucuran atap ajeeee!?

Jadi
fikir2kan
dan selamat beramal!