Wednesday, April 27, 2011

APA DAYAKU….

BALIK dari Singapura dah 2 hari dah…
Tapi kerana kerja yang bertimpa2
rasanya macam tak berdaya sangat2 nak bercerita

Tapi… akan tetap ku cerita jugak!

Untuk anak2 saudaraku di Singapura..
Ucu terlajak happy berjumpa kalian
Lain kali, ditahun depan…
jangan lupakan ucu, tau!
Kita berkumpul lagiiiii..!

Ucu berniat nak ‘curi’ gambar2 dari fb korang
Tapi apa jadi Loqman, Sukari, Fazli?
Kenapa gambar2 tak upload lagi?

Apa pun…
Untuk Man,  ~ Ahmad Loqman Ishak ~
Biarpun 22 April dah terlepas lewat
Tapi tetap ingin ucu abadikan
Ucap Selamat untuk Man
Selamat Panjang Umur di usia 37
Semoga terus meniti cemerlang dalam kerjaya
Semoga Allah murahkan rezeki yang barakah,
Amiiin….


BESOK ma nak ke Melaka pulak
30hb baru ma balik
aduuuuiii… jalan… jalan… jalan….
kalau ikutkan hati rasa macam dah malas nak pergi
penat dan letih sangat2
tapi apa nak susah..?
jalan free takkan nak tolak….!
Hihihi…

Apapun doa2kanlah keselamatan ma yeeerrr!

Jom layan sikit2 pic yang mengarut dari ma ni
tapi happy sebenarnya….

 

DSC02043Setiap kali bersua, 2 beranak ni.. selalu buat ma pening …
Si Uzer dengan masaalah komunikasi dalam bahasa Melayunya
Si Haida yang selalu buat orang
tak  kering gusi kalau berborak dengannya…

Ada2 aje cerita lucu diaaa….

DSC02044

Kesempatan bersayang2 dengan cucu yang di KL nii…
Kalau dulu Ika tak begitu mesra dengan ma
tapi kini ma dah boleh menyikat rambutnya
Beginilah fesyen rambut yang biasa ma ikat pada SD,ibunya
ketika SD kecik2 dulu….

 

DSC02040 Panorama indah dari Marina Barrage
Nampak tak Singapore Flyers tu?
Tapi itu dah biasa ma tengok…
Yang terlebih menarik terbaru bagi ma ialah
bangunan berkembar tiga tu….

Sebenarnya itu adalah kasino
yang menjadi saingan hebat Genting
Di atasnya ada dataran dan taman
KATANYALAH…! 
ma pun tak pergi naik lagi sebenarnya…!

Tau2lah….
teket untuk menaiki bangunan ni aje SGD100 @ >RM230
Ada sesiapa nak sponsor ma?


Wednesday, April 20, 2011

PESANAN BUAT KEKASIH AMENG…

Ameng_Gari

BERITA terkini yang keudara baru2 ni adalah tentang
penyanyi rock meleleh
Ameng Spring yang dijatuhkan hukuman 7 tahun penjara
dan lapan sebatan.

Adoooii, beratnya tu…!

Apa yang boleh kita hulurkan adalah simpati..
Walaupun musibah itu adalah diciptakannya sendiri
Sebagai sesama insan
yang tidak sunyi dari melakukan kekhilafan
ma tetap rasa kesian padanya…..

Sebenarnya hidup kita adalah pilihan kita sendiri
kita yang menentukan
samada akal menguasai nafsu
atau nafsu menguasai fikiran.

Apa pun, sama2lah kita doakan
moga2 bila dia dibebaskan nanti
beliau akan bertaubat
dan berubah menjadi seorang manusia
yang lebih bertanggong jawab
pada keluarga dan dirinya sendiri…


Bukan niat ma nak tarbiah tau..
Sebenarnya ma nak bagitu
ma adalah salah seorang peminatnya
kerana lagu2nya mempunyai lirik yang sempurna penceritaannya

Terutama pada lagu PESANAN BUAT KEKASIH

Jom kita layan lirik dalam lagu ni sekejap…






“…..kiranya kau ada penggantiku
tetapi hidupmu tak bahagia
rela ku memaafkanmu dan menerimamu sayang…

walaupun hatiku kau lukai
namunku masih menyayangi
kerna sehingga waktu ini
cintaku masih untukmu….”

Berapa keratlah agaknya orang yang sanggup menerima
bekas kekasihnya yerk?!

~Tolong doakan semoga Allah selamatkan perjalanan ma
ke KL malam ni dengan ‘flight’ SANI,
untuk bersama2 SD memeriahkan Hari Keluarga
di Singapura..! Amiiin…~

Wednesday, April 13, 2011

RESQUE 911? DAH 3 KALI DAH…

ENTRY ni sepatutnya tersiar 2 bulan lepas.
Tapi memandangkan perbuatan seseorang yang agak mengecewakan,
jadi ma ‘sunyi sepi’kan sekian lama untuk memujuk hati yang agak sakit ni.
Demi ‘menjaga kesihatan’ jangan sampai melarat sakitnya….

 

 

DSC01878

Tengok apa dah jadi dengan syiling dapur rumah ma ni…

Nak tau tak ceritanya?

Dah berapa lama dah… tak kira siang ke malam, selalu ada bunyi2
kat atas syiling rumah ma…
Macam bunyi sesuatu benda yang menjentik2 berat
Kadang2 di ruang dapur
kadang2 di ruang tengah
kadang2 di bilik tidur.

Maklum rumah tak ramai penghuni
takut jugaklah….
Yang ada ni, kalau terdengar sesuatu akan membuatkan
kami saling pandang memandang,
nak bercakap apa pun tak berani…

 

DSC01846

Dari PERTAHANAN AWAM, Resque 911.

Sampailah, suatu hari tu ma terlintas nak cuba panggil Bomba
Resque 911 @ Pertahanan Awam untuk membantu.

Pic ni adalah kali kedua kedatangan mereka.
Kali pertama, petugas Resque tu datang dengan
tangan melenggang kangkong
satu apa pun tak bawak,
padahal dah dibagitau… ada sesuatu di dalam syiling rumah.

Sampaikan lampu picit pun dia minta dengan kita
Di rumah ma tak ada lampu picit kuasa besar
untuk suluh syiling yang gelap tu….
Si Hakim bagi lampu picit dari handphone dia….
Hahaha, appaaaa dah kau Kim.
Haprak!

Akhirnya mereka balik gitu aje, sebab time tu dah maghrib.

Budak2 berdua ni ma boleh puji
Nampak sungguh2 buat kerja 
Suluh sana suluh sini
Nampak tu, kat bilik air pun dia masuk
tengok dari celah2 lobang dinding.

Akhirnya  mereka nampaklah tanda2
dan bau musang yang dah buat sarang dalam syiling rumah ma!

 

 

DSC01848 Minta kebenaran nak pecahkan syiling

Aduuuuiiii sayangnya syiling aku….
Terpaksa redha ajeee leeee…

 

 DSC01849        Minatnya… Terlenggak melopong si Zikri…
Hihihi

 

DSC01850Tak ada pulak’, katanya….

Hai, takkanlah binatang tu nak tunggu
Orang nak tangkap dia, dia nak tunggu ke? 

Alih2 dia kata, dia nak biarkan aje syiling tu gitu
nanti kalau musang tu lalu, silap haribulan dia akan jatuh!

Haaaa? Ini kan dapur tempat saya memasak?
Nak suruh musang tu jatuh atas kepala saya ke?
Oh tidak… tidak…!
Kami sama2 tergelak….

 

DSC01856  ‘Biar dah sompek pun syiling tu… tolong pasang semula…
saya tak mau musang tu jatuh atas kepala saya nanti!’
By order! Hahaha…

Mereka janji akan datang semula ‘tengok’ katanya.
’Tengok apenya yee’??

Selepas aje mereka balik… bunyi musang berdondang sayang lagi…
Tunggu mereka datang ‘tengok’ tak datang2 juga…
akhirnya ma telepon lagi
siap buat cadangan kalau2 boleh pasang perangkap
sebab binatang ni binatang hidup dan sentiasa bergerak
kot2 boleh pakai cadangan ma

Tapi dijawab tak ada ‘khidmat’ cam tu

PULAK!

Lepas tu mereka hantar lagi 2 orang di rumah
dah kerjanya nak membantu…
Kali ni bukan saje melenggang kangkong, siap tarbiah lagi

Dikatanya syiling rumah kampong cam rumah ma ni
tak boleh nak berdiri
Kalau syiling rumah2 batu sekarang ni…
siap pasang lampu lagi,
boleh nak berkejar2 dengan musang

Menganggok bodohlah ma, malas nak bertekak
Apo nak dikato
Syiling rumah ma tak boleh berdiri nak berkejar dengan musang
Redha ajeee leeee
Redha jugaklah kalau terpaksa berjiran dengan musang di ‘tingkat atas’ tu!
redha ajelah kalau terdengar mereka2 tu bergurau senda
sebab dia kata ‘tak ape’ cuma musang aje…
kalau musang berjanggut baru bahaya kot…!

Aku redhakan kau balik aje laaa…
pergi cari rumah batu, baru leh buat kerja
kalau rumah kampong macam rumah aku ni
lenggang kangkong aje leee yeee!?

 

DSC01880

Yang ni pulak, apa yang disongehkan?

 

DSC01882 Laaa… dalam bidang ni jugak rupanya kau Mat Zikri?

Tapi tolong ingat
Kerja itu memerlukan keikhlasan
Sebab kerja yang menerima gaji itu jugak adalah ibadah.

Monday, April 11, 2011

KURRRSSS SEMANGAT!

BARU2 ni ma menemani Che Bunga ke sebuah workshop dimana
motor yang mengakibatkan kemalangan maut anaknya ditempatkan.

Memang lemah segala sendi anggota bila masuk ke dalam workshop
tersebut…
kerana dahlah tempatnya agak gelap GULITA
dengan motorsikal yang ranap teruk bersepah disana sini.

Motor arwah Mustapha anak Che Bunga tersorok nun jauh kedalam…
dan tak sanggup rasanya ma nak pergi untuk snap gambarnya.

Apa pun motor tersebut taklah nampak teruk sangat, tapi bajet
membaik pulihnya lebih kurang seribu setengah jugaklah..

Jadi sila layan pic yang sempat ma paparkan untuk sekadar tatapan
sebagai iktibar kita bersama…

 

 

DSC02004

DSC02013

Motosikal ni baru aje beberapa jam dibawa kesini. Pemandunya juga maut!

 

DSC02008  

DSC02011

DSC02009

Tak tahu dimana kaki dimana kepala… memang menyerabutkan!

Bayangkan sebesar2 tempat, beginilah keseluruhan pemandangannya.
Bayangkan betapa ramainya yang kemalangan dan
bayangkan berapa banyak kerugian…
Namun…, jauh dilubuk hati tuan pemilik workshop ini tentulah bersyukur  
BANYAK rezeki MASYUUUUKK!

Thursday, April 7, 2011

SEPUSAT SEPUSING

 

DSC01993

Imbas kembali….Dua bersepupu
Nur Kamila Afkar yang muda 6 jam dari Eizkhadeeja Afkar..

 

Selepas 11 hari kelahiran….

 

mila 28032011517

Mila                              Deeja Moss

 

DSC01976 DSC01977

Ya Allah.., boleh jadi pengsan mak!

Si Khairina Ratu Fotogenik yang montok ni,belum berapa faham lagi beradik..
Kata sayangkan adiknya, tapi dalam sayang2, di cubit2 manja adiknya tu.

 

DSC01303

Tak macam si Eizfirdina Ratu Ayu….
Walaupun agak sensetif selepas mendapat adik,
tapi tak diapa2kan adiknya…

DSC01720

Ratu Ayu, Ratu Fotogenik dan Model of the Year    
~Marsya  Zulaikha Afkar~
Ika nak adik tak?

Wednesday, April 6, 2011

CACING NAIK KEMATA

 

DSC01949 Kereta biru milik penyewa bilik belakang..

 

BUKAN tak boleh berlebih kurang sebenarnya
Tapi nampaknya macam nak mencabar kesabaran sangat
Dah bagi tau elok2..
Kalau selama ni, siang malam nak ‘sadaikan’ kereta ditepi rumah ma ni
ma tak kesah mana pun…
Tapi kalau dah ada orang yang menyewa dibilik belakang tu,
tolong jangan blok keretanya
Nanti kalau banyak sangat masaalah tentu penyewa bosan…
memblok rezeki ma lah pulak…!

Takkan sekali nak keluar, sekali nak masuk nak kena panggil
pemilik Myvi ni alihkan keretanya
~untuk makluman, Myvi ni dan (klik) Kancil 14 pintu yang ma ceritakan sikit hari
tu  pemiliknya adalah adik beradik~

DSC01952

Minatnya dia.. dengan tanah sekangkang kera ni…
Padahal dibelakang sana tuuu masih ada kekosongan untuk park kereta
Dibuatnya macam shift… kalau tak Myvi, Kancil…
Kalau tak Kancil, Myvi…
Begitulah berrrgilirrrr-gilirrrrr sampai Abang Jamil mampos!

~Sabaaar… sabaaar… cik Kamariah…~
~Iyelah niiii …  sabaaarlaaa ni…
Insya Allah laaaaa tuuuu!
Jangan bimbaaaang.. nampak aje macam nak gaduh
tapi tak gaduh punyaaaaaaa!~ Hihihi….

 

 

DSC01999

LAAAA … BOLEH PUN RUPANYA!?
Nampak comey pulak kereta 2 beradik ni dalam pagarnya, kan…?!

Sebenarnya masaalah ni memang boleh selesai!

DSC02000

Tapiiiii… inilah yang dikatakan cacing dah naik kemata!
Kereta ni adalah milik adik beradik dia jugak!
Selamba aje dia kan..
makin ‘mengancam’ terus masuk kedalam pagar ma!
Nampak tak????
Nampak taaaaak?????????

Friday, April 1, 2011

XXL TAK JADI HAL LAGI…

 

DSC01994 

PERTAMA kali ma melihat patung gemuk
Mungkin orang lain yang duk di KL dah biasa kot
Tapi ma … inilah yang pertama kali ma melihatnya

Rasa tertariklah pulak….

Barulah tak ada diskriminasi 
Ini barulah adil…

Walaupun  bersaiz XXXL
tak perlulah merasa rendah diri lagi…
Atau susah nak bergaya
Dah tentu di kios ini ~Giant K.Trg ~
ada menyediakan pelbagai fesyen untuk ‘si comel’

Jadi… silau2lah kesana yeeeer!