Monday, February 28, 2011

TER

KATA ORANG.. kalau dah bela cucu, suka atau tidak kenalah melayan karenah mereka setakat apa yang termampu..
~Apa yang termampu saja…, okey abang?!~

Kata Zikri.. dah lama dia tak swim…
Okey… jom kita pakat2 pergi ke T.E.R. ~Terengganu Equestrian Resort~ dimana adanya satu2 swimming-pool yang terdekat.

 

DSC01782

Tunggu sekejap!
Sebelum masuk… jom posing dulu!

Kalau cuma berdua dengan Zikri … sampai ketahun depan pun agaknya ma takkan melayannya….
Melainkan bersama2  Che Bunga dengan anak dan cucu2nya.. Azrel (memakai topi berbaju hitam  dan Izzati (berbaju merah).

Cucu2 perempuan ma… Nur Kamelia (kakak-berbaju kuning) dan Nur Khairunnisa (Kak Ngah berbaju pink)  turut ‘memeriahkan majlis’.

So… kita layan sikit2 pic yang sempat ma snap, okey!

 

DSC01785

Saujana mata memandang…. ma tertarik ‘amat’ pada pandangan sebegini….

DSC01786

 DSC01788

DSC01791

Bayaran masuk bagi orang2 yang nak mandi dikolam ni, RM7 bagi dewasa, RM4 bagi kanak2.
~4 orang dewasa yang ada ni.. free, sebab hanya menemani budak2! Kami tak mandi!
Okey tak?~

Saturday, February 26, 2011

JOM HEBOH2 JEM RABAK

 

DSC01827

SEMALAM sempat juga ziarah Taman Shah Bandar di bandar Kuala Terengganu bagi melihat lebih dekat JOM HEBOH.

Setelah 9 tahun… dari zaman Datuk Yeh (Idris Jusoh) sampai ke era Datuk  Mat Saik (Ahmad Said) akhirnya JOM HEBOH  dapat juga tembus ke Terengganu.

Masya Allah…. punyalah ramainya orang….!

~Kalaulah yang ramai2 ni semuanya penyokong Barisan Nasional, nampaknya menang hebatlah Parlimen K.Trg pada PRU 13 nanti! Hihihi..~

Ma katakan begini kerana dah ada tuduhan2 liar di FB mengatakan hanya orang2 BN saja yang sukakan temasya…

Apapun alhamdulillah… ketika ma nak solat maghrib di sebuah surau yang berhampiran, orang ramai berasak2 bagaikan nak pecah surau yang sederhana besar tu dek kerana terjahan mereka2 nak tumpang bersolat!

~Temasya…. temasya jugak, namun kewajiban pada  Allah jangan dilupakan!~

Jalan sesak dari Bulatan Ladang, terus ke Tanjung. Kereta yang dipandu oleh Che Bunga ~ sememangnya kalau tidak kerana kesanggupan Che Bunga,  ma tak kuasa ke tempat2 begini~

Sepatah kata orang2 Singapura ~memang jem rabak!~!

Sekatan jalan disana sini, dan kami terpaksa berpatah balik lebih kurang 1 km, untuk mendapatkan parking.

~Ambik kau! Padan muka, nak sangat! Hehehe….~

DAPUR BARU

 

DSC01313 

Dapur lama ditolak ketepi dulu… sementara dapur baru siap dibina…

 

DSC01325

Beginilah keadaan ‘kesempitan’  beberapa hari sebelum dapur baru dapat digunakan sepenuhnya… 

Berbaloi… dapur lama tu dah digunakan hambir 20 tahun lamanya…

 

DSC01315Belum ada penyedut asap…

 DSC01535Hmmm… barulah komplit…! Dah ada penyedut asapnya…
Aaaah, barulah  puas hati ni…!

 

DSC01808

Aaaiit…!   Periuk nasi  pun baru jugak ke cik Kamariah?
~Hmm hmmm… keluarga dah kecik, kenalah beli periok kecik jugak..!~

 

DSC01807 Dah bertahun tak masak singgang ikang, ikang goreng dan kacang panjang goreng pedas! Sesuai gitu!

Kalau nak tau… lauk singgang adalah kegemaran arwah.. ~orang Terengganulah katakan…~ Ikan singgang, daging singgang, sotong singgang… udang pun singgang! Alahai…, demam.. demam…!

Thursday, February 24, 2011

KONGSI2 KEK BIRTHDAY….

 

DSC01815

SAMBUTAN birthday 2 beranak…
Azil Hakim…. ayah ~ 24 Feb  1977
Nur Khairunissa @ Kak Ngah… anak ~ 12 Feb 2004

Kan senang tuu… safe budget! 

75749_1713282869678_1166366183_1909298_1243290_n67228_102918933107965_100001695761053_23574_4251341_n

SELAMAT HARI LAHIR,
SEMOGA  PANJANG UMUR DAN MANFAATKANLAH  KEHIDUPAN INI DENGAN SEGALA YANG TERBAIK UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT…
Amiiiin…!

Tuesday, February 22, 2011

YANG MANA dua NAK PILIH?

   

DSC01799 Antara 3 ni… semuanya  cantik bagi pandangan mata ma… Tapi orang kata, tak boleh ikutkan hati.  Cukuplah 2 pasang aje… Agak2 yang mana terlebih cantiknya?

Pilihkan ma….

Sunday, February 20, 2011

BOLEH TOLONG JAWAB KEKELIRUAN SAYA?

 

DSC01802

Yang ni mudah aje… boleh fahamlah…..

DSC01801

Tapi yang ni… susah sikit nak fahamlah! Nak berubah ke.. atau  aksi terakhir sebelum berubah?

Kata nak kurangkan imej seksi…? Tapi macam terlebih pulak imej seksinya…!?

Tolong2… tolong jawab! Ma keliru ni… aduuuh seksanya!

Saturday, February 19, 2011

KISAH TIGA IMAM MUDA

DAH lama ma tak berkongsi cerita, kan?
Ini ada satu cerita kiriman seorang kenalan ke fb ma.. Dengan mohon izin darinya…
Mari sama2 kita layaaaan..!

DISEBUAH kampung ada 3 orang remaja yg suka melepak. Seorang tu bernama  Ali, seorang tu Budin dan seorang lagi bernama Ciko.

Aktiviti seharian mereka ni menyebabkan Tok Imam tak senang duduk dibuatnya…. Pada satu hari Tok Imam  datang dengan niat nak tarbiyah mereka ni.

Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar.... Tok Imam  mencabar si makhluk ber 3  tu ke surau waktu maghrib nanti.

Si Ali pun berkata, "Tok Imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa…, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan".

Apabila hampir masuk waktu Maghrib pergilah makhluk ber 3  tu ke surau. Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan,

"Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..."

Dengan segera Tok Imam merampas mikrofon daripada Ali dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Terserlah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang Tok Imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal jugak…!  Angkat sekali tak khusyuk.  Angkat kali ke 2 pun tak khusyuk jugak lagi..

Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam.

"Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam."

Tok imam pun berundurlah ke belakang.

Budin pun angkat lah takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram dan memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata,

"Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!"

Lalu batallah solat Budin. Yang lain2 pun ikut berhenti solat sambil ketawa terbahak2.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut…  bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dengan wirid2nya sekali.

Punyalah respek Tok Imam kat si Ciko niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dengan bongkaknya si Ciko berkata,

"Heee, itu belum ambil wuduk lagi tu!….  Kalau tak, lagi dahsyat aku sembayang…!  He heee..."

~Hihihi… ma teringatlah pulak  cerita 3 mualaf yang sedang sembayang tiba2 ternampak tikus melintas  didepannya…! Samalah tu, dua kali lima ceritanya…~

Thursday, February 17, 2011

AKTIVITI MAULIDURRASUL Z

 

DSC01773

Semasa cuti Maulidur Rasul baru2 ni, Zikri minta duit RM6 untuk membeli setin cat untuk mengecat buai buruk yang terletak di bawah pokok belakang rumah.

 

DSC01772

Cadangannya nak cat warna jingga.. tapi tak ada pilihan, yang ada cuma warna biru….

 

 DSC01779DSC01778

DSC01774

Tak cukup setin, beli lagi setin….

 

DSC01781

Dengan ‘bangganya’  diaaaa… Hihihi…

DSC01775

Lebihan cat, sempat juga dia menyembur basikal buruknya…

Tuesday, February 15, 2011

BARU 2 TAHUN, DAH DAPAT P.H.D.

DIPANGGIL2 tak nak datang…   
Berkali2 panggil, macam jual mahal   pulak!
Tak mau datang, sudah!          
Bila ma  ‘sayang’  kakak2nya,  Nur Kamelia dan Nur Khairunnisa…


…………INILAH YANG MA DAPAT!

 

DSC01765

Tengok tu… ‘Ratu Fotogenik’…
kan dah tak cantik lagi?!
Baru 2 tahun dah ada  Perangai Hasad Dengki?! 
H
ahaha…..

SALAM MAULIDUR RASUL

 

DIPAGI YANG MULIA INI, MA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1432H.

BERSAMA2LAH KITA BERSALAWAT KEATAS JUNJUNGAN KITA MUHAMMAD S.A.W.

YA NABI SALAA MU’ALAIKA
YA RASUL SALAA MU’ALAIKA
YA HABIB SALAA MU’ALAIKA
SHOLAWAATULLAH ‘ALAIKA….

~semoga mendapat keberkatan dunia dan akhirat…~

Amiiiin…

Monday, February 14, 2011

KANCIL 14 PINTU

 

NASIHAT ‘PENAJA’:  JANGAN BETULKAN ‘TV’ ANDA!

DSC01766

Gambar diambil dari celah2 tingkap dihadapan bilik tidur.

Jam  kira2 pukul 1.30 malam.
Lokasi: Pasir Panjang, Kuala Terengganu.

Ceritanya…,
boleh dikatakan selang semalam… pemilik  kereta ini akan membasuh atau membersihkan keretanya setiap malam bila dia sampai ke rumah, walaupun baliknya itu sudah ditengah2 malam.
Bunyi air pancutan dari paipnya yang kuat dan tajam menyembur kereta…,
dan bunyi dentuman pintu yang dihempas,  dibuka ditutup beberapa kali, ~barangkali untuk membersihkan kotoran atau pasir~  seolah2 macam kereta Kancil yang berpintu 4 itu mempunyai pintu 14!

Sibbaiklah ma masih dapat bersabar walaupun tidur ma terganggu ditengah2 malam sunyi itu….

DSC01767

Dari sisi tepi bilik tidur….

Meletak kereta secara kekal ditepi rumah ma, tak menjadi hal sangat… walaupun kadang2 menyusahkan ma ketika nak mengundurkan kereta  sendiri…
Apatahlah lagi dihadapan kereta ini ~di tepi rumah~ terdapat sebuah lagi tempat untuk meletak kereta jika anak2  balik  sekali sekala…
Terpaksa anak2 ma pulak macam menumpang, meminta mereka alihkan kereta untuk  laluan…

Begitulah hidup berjiran!
Cakap salah, tak cakap salah!
Dah cakap elok2 , tak dipeduli….
Cakap banyak nanti kecik hati …                     
Kalau tak cakap langsung, kita pulak yang makan hati!

~Ewah…!   Menjadi macam lagu pulak yee…!? Kalau semua orang berleter macam ni agaknya orang yang mendengar tu, boleh terima kot…..! Hihihi…

Saturday, February 12, 2011

SEMENJAK DIA ADA….

 

DSC01746

SEMENJAK Zikri ada dirumah.. rengan sikit kerja ma
Sampah2 dari daun2 kering kat belakang rumah taklah melambak2 lagi menanti ma membersihkannya.
Dah jadi kerja dia sekarang ni, tanpa disuruh.
Tapi dia takkan buat sorang punyee..
melainkan bersama dengan sepupunya Nur Kamelia…

Wednesday, February 9, 2011

IBUNYA UMPAMA BEG PLASTIK

Cerita ni jangan ambil serius sangat tau!
Cerita orang bukan cerita ma… ma cuma tolong untuk jadikan iktibar kepada semua….

Ibunya umpama beg plastik…
nak pakai…, dipakai
tak pakai.., dibuang.
~Tapi sempena kempen hari tanpa plastik ni, jangan dibuang … nanti kan boleh di guna pada hari2 Sabtu?~

Kebetulan kami anak beranak ada diluar rumah…
terdengar pertengkaran antara ibu dan anak…
selang seli dengan tangisan si anak…
walaupun meninggi suara sianak itu… tapi tak jelas apa biji butir kata2 anaknya itu…..
dengan menangis2nya lagi…
memang kuatlah… memang tak kontrol.. memang tak kira dah kalau jiran dengar pun!
~Ya Allah… Kalaulah terjadi pada ma, memang ma malulah! Lain kali ingatlah dek ooooi… bawa berbincang elok2… jangan nangis2 gitu… Bila emosi sangat… yang menguasainya… emosi jugalah, kan?!~

Lepas tu terdengar dentuman pintu ~biliklah kot~ berkali2…
~Marah sangatlah tu, gamaknya… Pintu yang tak berdosa jadi mangsa~

~Jangan salah anggap…, ma ni bukan bz body..
Dah kebetulan ada divaranda rumah, sedang menikmati udara segar… bukan salah ma lah…!
Sensasi sangat, ingat nak masuk kedalam rumah dah.. tak jadilah pulak..!
Naluri ingin tau kata, ‘jangan masuk lagi… tengok apa terjadi!’

Selang beberapa minit, nampak si anak keluar…
~Merajuk, kot…. nak lari? Nak tinggalkan rumah? Jangan3x…
Hari dah malam ni!~

Sebagai ibu… ma menyelami perasaan ibunya…..
mungkin sedang mengurut dada…
tah menangis dalam hati melihat anaknya pergi…
tak kiralah perginya sekejap ke atau berhari2…
tapi apabila ia keluar dari rumah… itu tandanya ia marah sangat~pada IBUNYA!~

Sesuka hati ajeee, hai anak!
buat ibumu macam beg plastik?
jap lagi kan…., ibumu itulah jugak yang berguna untukmu…
tempatmu meminta pertolongan…
bercerita mencurah perasaan…
hatta bergurau senda… Berapa lama nak krisis…?!

Iyepun kalau berkrisis… janganlah emosi sangat… beristigfarlah sikit…
Itu kan IBU?
ketahuilah perasaan seorang ibu…
walau pun tak semestinya salah itu datangnya dari kamu…
tapi tak semestinya jugaklah salah itu datangnya dari ibumu sorang…!
mungkin sama2 ada melakukan kesalahan..!

Sama2 ada perasaan kaaan…?!

Tapi mana boleh asal marah aje berdendum dentam hempas pintu … dan tinggalkan dia?
apa kata kalau dia marahkan anaknya, dia pergi meninggalkan anaknya itu?
Sedih tak?
~Ma dulu dengan mak cukup main takut! Apa kata dia aje… tak payahlah nak bertekak2… Sampai masa dia tau sape salah sape benar.~

Mari kita tolong doa sama2…
Ya Allah…. lembutkanlah hati sianak itu…
bukakan pintu hatinya untuk memohon ampun maaf pada ibunya…
dan lembutkan jugak hati ibunya untuk sedia memaafkan anaknya itu….
~Biasanya hati seorang ibu memang sentiasa sedia memaafkan… cuma kadang2 tu ada juga jenis manusia ni buat muka selamba, dah bertekak, bergaduh, menyakit hati, besok saje2 aje buat baik semula~

Mana boleh gitu…
memohon maaf itu walaupun nampak mudah… tapi ada maruahnya!
kena ada perasaan begini:…
minta maaf tu berat, minta maaf tu susah..
jadi… bila berthabit dengan susah, berat dan maruah ni, dah tentulah orang tak sewenang2nya untuk buat kesalahan lagi…

sebab tu kena minta maaf betul2….

Bz body ke gini?
Maafkan kalau ma ter’bz body’ sikit kali ni….
Cukuplah sampai sini aje yee.. tak payah k0menlah!

Tuesday, February 8, 2011

ADA KE PATUT?

DSC01727

Ai.. buat apa tu?
Pokok tu baru nak bernyawa setelah di cantas.. untuk dibonzaikan….
Ada ke patut?
En Mazlan… menantuku?! Hantu

Sunday, February 6, 2011

KEMERIAHAN YANG LUAR BIASA

DSC01720

PERTEMUAN 3 DARA SUNTI… Eizzfirdina Afkar dari Paka, Nur Khairina Afkar dari K.Terengganu dan Marsya Zulaikha Afkar dari Kuala Lumpur.
Lokasi ~ Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Mereka bertiga ini cucu2 ma, bersepupu.  Lahir pada tahun yang sama ~2008.

Bayangkan bagaimana jika mereka membesar nanti, kan? Dah tentu sebaya ajee….

DSC01725

Ketika perjalanan balik dari jemputan terakhir ma di Kuala Berang semalam,  melalui jalan pintas di Sungai Derhaka kerana nak mengelak dari kesesakan….

… Ramai yang bercuti sempena perayaan Tahun Baru China berlepas pulang, sehari sebelum cuti mereka berakhir…. kononnya…

~Sebelum tu kami dah melalui kesesakan di Jalan Ajil dimana kereta bersusun2 menuju jalan yang sama menghala ke Kuantan…~

DSC01721

Tapi lihat apa jadi?
Ini bukan fenomena biasa  di jalan perkampungan Pasir Panjang…..
Biasa2 tak adalah terjadi jem sebegini….!
Kalau di KL jem gini,  alahai … ciput sangat… tak jadi hal punya…! Tapi di Kuala Terengganu…..... Jemlah ni! Kononnya! 
~Baru2 nak belajar jem! Hahaha… 

Akibat nak mengelak dari kesesakan,  semuanya balik pada hari yang sama… padahal hari ni, hari ahad masih cuti lagi poooon!

Jadi… tersalah kira2lah ni...?

6 JEMPUTAN SEHARI…

DSC01709

Ma mendapat 6 jemputan kahwin semalam.
Tak dapat nak mengelak… ma hadir 5 daripadanya.
Dah tak larat nak makan…, cuma pergi jengokkan muka untuk melepaskan ‘malu mata’ kata orang Terengganu…
Cuba tengok…. ada bungkusan nasi minyak…!

Tak makan dimajlis, diberi pulak untuk dibawa balik….

Rezeki orang dirumahlaaah nampaknya…..

Saturday, February 5, 2011

DIMANA MOLLY?

SEMPENA cuti Tahun Baru China ni, SD mengambil peluang balik kampung, memang riuh rendahlaaa rumah ni dengan suara cucu2 ma….

Ada ke tidak pembaca China yang masuk ke blog ma ni… nak ucap Selamat Tahun Baru…? Ah, tak kesahlah… Kata 1` Malaysia kan?

Apa yang pasti dalam hati ma sekarang ni teringatkan kawan sepermainan ma semasa kecil bernama Molly…

~Persekitaran rumah ma dikelilingi dengan rumah2 China yang pandai berbahasa Melayu… menakala selang beberapa rumah kedalam kampung sikit, barulah ada perkampungan Melayu.~

Dimana agaknya Molly sekarang ye? Masih ke dia ingatkan ma lagi?

Berkawan dengannya bukan setakat bermain anak2an (anak2 buatan tangan yang dibuat dari kertas, siap dengan pakaian yang boleh ditukar2 mengikut kreativi sendiri)..

… malah kami juga saling bantu membantu dalam membuat home work sekolah. Ma menjadi tempat rujukannya dalam subjek BM dan dia membantu ma dalam BI.

Sayangnya beberapa kali kalau ada pun apa2 majlis keraian perkahwinan anak2 saudara ma, walaupun ada kaum keluarganya masih dapat dihubungi, tapi dia tetap tak hadir…

Kenangan sukar dilupakan….

Tuesday, February 1, 2011

NOSTALGIA KAMPUNGKU… KAMPUNG SIGLAP.

 

155385_1232170180443_1714800784_411368_1961671_n

ALHAMDULILLAH… inilah suatu keajaiban dialam cyber.
Ma telah bertemu dengan jiran2 sekampung ma yang telah mengirimkan pic ini ke fb ma. 

Mungkin bagi sesiapa yang tak berkenaan akan merasakan tiada apa2nya yang mencuit perasaan dengan sekeping gambar hitam putih yang hampir kuning ini….

Tapi bagi kami adik beradik… ianya membangkitkan nostalgia kerinduan…

Terdahulu ma ucapkan terima kasih kepada penama Joe Labu yang telah sudi menghantarkan pic ini ke fb ma…

Sebenarnya.., rumah ni bukan rumah ma…. Ianya terletak ditengah2 kampong, umpama  seri bagi kampung kami….
Nostalgianya rumah ini… apabila ia sering dijadikan lokasi filem2 terbitan Cathay Keris ditahun2 1960an.

Kerana studio Cathay Keris letaknya di East Coast Road, maka boleh dikatakan banyaklah filem2nya berlokasikan dikampong kami, Kampong Siglap, Jalan Sempadan .. dan selain di Bedok.

Yang paling ma ingat sekali ialah filem Cucu Datok Merah.  Diperkarangan rumah itulah seniman Nordin Ahmad membelai2 ayam kesayangannya…. dan didalam rumah itu jugalah Seniwati Latifah Omar menghidangkan nasi yang berlaukkan ayam kesayangan itu, sehingga menjadi kemarahan suaminya….

Ketika diusia 9-10 tahun, tidak ada yang paling gembira bagi ma, melainkan… bila balik dari sekolah, ada orang shooting filem di kampong.  

Masa tu bangga betul kalau dapat tengok seniman seniwati seperti Latifah Omar, Roseyatimah, Fatimah Ahmad, Yusof Latiff, Siti Tanjung Perak, Ghazali  Sumantri, Tony Kasim…  sekadar  menyebut 
beberapa  nama…  
Yang paling cantik…  Seniwati Datok Maria Menado yang terkenal dengan filem2 pontianaknya tu…

Yang menggelikan hati…, pernah jadi extra kanak2… kononnya memeriahkan majlis perkahwinan Mak Siti dengan Pak Dolah Sarawak  dalam filem Gila Talak…. Dapat 50 sen!  Hehehe…

Dan diwaktu yang sama abang ma Kamarudin.. menjadi watak Berahim dilokasi Madrasah Kg. Siglap, dalam filem Pontianak Kembali (maaf kalau tersilap..) lakonan Maria Menado.  Dapat $3… sebab ada dailog.  Dailognya cuma …. ‘Ya, cikgu!’

Hahahaaaa…