Sunday, January 30, 2011

SAYA MEMBAYAR RM350 UNTUK TRAUMA

PERCAYA tak, kalau anak2 memanggil ma dalam nada sedikit tinggi pun ma tak terfikir yang lain, melainkan kemungkinan budak2 tu terjumpa lagi anai2 didalam rumah..?!

Macam satu penyakit pulak….

SD menolong mencari di internet seseorang yang tahu hal anai2…  Dan Azma anak Che Bunga pun memberi no hp seorang yang bernama Mi (Rosmi) yang selalu digunapakai khidmatnya di pejabat KWSPnya untuk mencegah anai2….

Kedua2nya ma hubungi…

Akhirnya dengan tak banyak bicara, setelah dipersetujui SD ma menggunakan khidmat Rosmi kerana harga yang ditawarkan adalah sebanyak RM350 dengan jaminan 3 tahun. 

 

DSC01698

ROSMI ISMAIL ~ KIK GLOBAL Sdn. Bhd. H/P 017-9267494. Mengiktiraf kepakarannya sebagai Pakar Kawalan Serangga Perosak.

DSC01684

DSC01685

DSC01686

DSC01687

Dengan alat2an inilah mereka gunakan untuk menyembur bawah kolong  dan disekeliling   rumah.  Kerja2 dilakukan hanya dalam masa 20 minit…

Tapi baunya Masya Allah…. sampai kehari ni,  dah seharian… masih menusuk hidung!

Mudah2an hilanglah trauma dengan harga RM350 itu…

Friday, January 28, 2011

INI PUN SATU MUSIBAH

ANAI2…. Sejenis binatang kecil, tapi pemusnah yang amat ditakuti.

Ma tersedar apabila mendapati pintu gerobok yang berisi file2 manuskrip dari berpuluh2  skrip2 drama radio, tv dan cerpen yang ma simpan sejak tahun 70an…

Kini tiada lagi kenang2an untuk ma melihat kembali karya2 lama ma ~ralat pulak rasanya sebab tak sempat mengambil  gambar   file2 berkulit keras yang dah berpuluh tahun dalam simpanan ma akibat kerana terlalu geli dan takut akan binatang pemusnah itu..~

Cepat2 kami mengikatnya  kedalam plastik besar dan dicampakkan  ke dalam troli untuk dibuang ke tong sampah.

Sebelum ini dah hampir 35 tahun ma tinggal dirumah  ini tapi  belum pernah anai2 menyerang seteruk ini.  Kalau sikit2 tu adalah…. tapi tak sempat pun sampai memusnahkan harta benda…

Ini adalah kali ke2 dalam masa terdekat dimusim hujan baru2 ni…, dimana sebelum ini anai2 telah menyerang dimesen jahit yang memakan kain langsir yang belum sempat ma menjahitnya…..

Anak lelaki ma Hizaq baru 2 minggu lepas, telah menyembur obat anai2 dibawah rumah hampir keseluruhannya, tapi entah apa nasib masih ada lagi baki yang tertinggal….

Ma sedih kerana ini adalah suatu musibah, dimana buku2  dan bahan2 bacaan ilmiah dan koleksi novel2 arwah telah  musnah dan  terpaksa dibuang sebanyak 2 troli (kereta sorong yang mengangkut sampah).

Ada yang masih boleh dibaca tapi cacat dan berlobang disana sini.  Ada yang tinggal kulit, bila diangkat menjadi ringan kerana isinya sudah dimakan…..

DSC01661

DSC01658
Tak sangka… bertahun2 dijaga, dengan sekelip mata musnah…!

DSC01663

Boleh diharap…
Mira banyak membantu, kerana ma terlalu takut dan geli…. Keadaan ma sangat terganggu setelah sedar akan kehadiran makhlok perosak itu….

 

DSC01662

Menyembur dengan racun serangga setelah sebotol obat anai2 habis digunakan.  Ridsect Cockroach Control 1…. Terbaik,  mati bergelimpangan….., terus tak bergerak.

 

DSC01663

DSC01664

DSC01666

DSC01671

Bagaikan berperang….. Hancur dan  berlobang disana sini….

DSC01665

Turut terkorban, terpaksa dibuang…  buku yang paling disayangi arwah… Khalilah dan Dimnah… Juga novel kontravesi terkini Interlok… Diari Bonda… dan banyak lagi….
~Sedihnya~

DSC01660

Manuskrip asal novel ‘Hartini’ karya arwah…. turut dimakan dibahagian tepi….

DSC01669

DSC01670

Sayang karya abahnya… Mira menggunting untuk membuang segala yang kelihatan buruk dimata …
Disisi itu adalah manuskrip cerpen2 yang pernah tersiar di akhbar dan majalah Dewan Sastera.

 

DSC01667 Mercu 5…. antologi cerpen yang termuat karya arwah… terselamat..
Kerja Zikri… membersihkan mana yang terselamat.

DSC01668

Antara yang juga terselamat… selain dari novel2 karya arwah sendiri termasuk juga novel terjemahan hebat seperti  Bumi Bertuah (kesayangan  arwah)…, siri2 1001 malam sebanyak 11 jilid dan beberapa yang lain.

DSC01678

Kerja Yana… Sebahgian dari album dan buku yang masih boleh dipakai.

DSC01673

        Tak sanggup menunggu siang. 
Kerja Hakim.. gerobok pertama…… Dipecahkan untuk dimuatkan kedalam troli untuk dibuang.

DSC01674

DSC01676

Dibantu Pak Tam adik iparnya… mengusung gerobok kedua…

DSC01677

DSC01672  Terpaksa terima…
Hanya Tuhan sahaja yang tau perasaan ma….

Thursday, January 27, 2011

BIARKAN DIA MENANGIS SEPUAS2NYA…

MALAM INI genap seminggu kejadian tu berlaku…

Yang pergi, dah tentu jalannya…. Yang ditinggalkan ni masih terasa lagi kehilangannya…….     Susulan  entry BILA MAUT MEMANGGIL….

Selagi ada yang menziarah, selagi siibu itu  terus bercerita,  selagi itulah airmatanya  terus menerus membasahi pipi…

Biarkan dia menangis sepuas2nya… Kerana sebenarnya menangis itu dapat meringankan bebanan perasaan yang ditanggung.

Tapi…berlainan dengan Che Chom kakak  Che Bunga. Dalam bersedih sempat pulak berseloroh… Singkat2kanlah  cerita… Tak payah bercerita panjang2.  Kalau b0leh, kau  ‘tape’ aje…, jadi…  kau taklah menangis2 gini lagi ….!

Ma ketawa sampai berdekah2 bila Che Bunga menceritakan idea kakaknya tu….

~Bukan tak simpati pada Che  Bunga, tapi dah kelakar sangat idea tu, kena ketawalah jugak…!~ Sibbaik Che Bunga tak marah, malah dia pun ketawa bila dengar ma ketawa….

ITULAH CERITA  seorang ibu yang ditinggalkan anaknya yang pergi dan tak akan kembali lagi…. Selepas 10 minit berada didepan mata sebelum anaknya ditimpa  musibah itu  …  Perginya menemui ajal dalam keadaan yang amat memilukan….

Beberapa hari lepas,  ma dan Che Bunga ke balai untuk buat report dan ingin melihat sendiri keadaan motosikal arwah, tapi motosikal mangsa tidak kelihatan. Katanya telah dihantar ke Puspakom sebelum dibolehkan   membawanya ke bengkel.

 

DSC01650

Beginilah keadaan sesetengah motosikal yang mengalami kemalangan, ditempatkan didalam suatu kawasan berpagar dan bermangga dipintunya….

DSC01652

DSC01653

Antara motosikal2 yang dibawa dengan trak kerana pelbagai kesalahan.

DSC01655

 Yang ni pulak motosikal curi…. Tak ada yang mengaku siapa punya ke?…. Jom kita ngaku…!

Dari siasatan awal Inspektor Z yang mengendalikan kes ini.., kesalahan diletakkan keatas mangsa kerana melintas dilaluan  motosikal yang melanggarnya itu.  Ini adalah hasil siasatan tanpa saksi yang dilihat dari keadaan kerosakan motosikal mangsa yang teruk disebelah kiri, sedangkan motosikal mamat yang melanggarnya mengalami kerosakan dari  depan.

Tapi kerana kejadian itu berlaku di Pasir Panjang, di kampong mangsa sendiri, ramai jugaklah saksi2 terdiri dari anak2 muda  sekampong yang sedang makan direstoren Mama Tomyam bersebelahan Petronas, dan ada juga yang sedang melepak sambil         menikmati teh tarik bersama roti canai digerai berhadapan Petronas tersebut.

Tiba2 mereka dikejutkan dengan deruan motosikal yang laju dan terus terdengar bunyi dentuman perlanggaran yang amat kuat!

Motosikal yang melanggar itu sebenarnya cuba memotong kereta Myvi melalui sebelah kiri jalan, dimana mangsa sedang melepasinya. Andainya….. (Ya Tuhan… ampunkan hambaMu… Sebenarnya bila sudah ditakdirkan sesuatu itu….. tak boleh adanya sebarang andai2an lagi…)

Undang2 mana sebenarnya  yang membolehkan kita memotong disebelah kiri jika kenderaan yang dihadapan tidak dalam keadaan untuk membelok kekanan?

Kami cuba mengumpul seberapa banyak saksi yang melihat kejadian untuk dibawa ke balai bagi menentukan keadilan.  Insya Allah, akan ada keterangan baru berdasarkan penglihatan saksi2  pulak…

Disyakki mamat yang melanggar itu adalah seorang Mat Rempit.  Kerana biasanya malam Jumaat seperti pada malam kejadian itu adalah malam2 ‘beramal’ untuk Mat2 Rempit berkumpul sekitar jam 11 malam di Tok Adis, Kuala Ibai. Dengan ertikata lain, Jalan Pasir Panjang  adalah laluan menuju ke Tok Adis.

Tuesday, January 25, 2011

JIMAT 5 RINGGIT

 

DSC01648

Rambut tu kenapa, ‘abang’?

Bayar nazar Pasukan Harimau Malaya menang Piala Suzuki ke?

Oooii… kenapa lamanya baru nak bayar niat?

Botakkan terus kan lagi glamer?

Bukan.. bukan… bukan….!

Sebenarnya kena gunting kat sekolah!

Ha3x……

Huh.. Terima kasih SMKTB!

Save duit nenek 5 ringgit!

DSC00823

~Zikri Afkar~
Bakal Angkasawan Negara tahun 2020.

Saturday, January 22, 2011

BILA MAUT MEMANGGIL….

INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAAAJI ‘UN….
Begitulah…,  apabila  maut memanggil, tak sedetik pun kita       berkeupayaan untuk menangguhkannya…

TAKZIAH  buat sahabat baik ma Che Bunga atas kembalinya kerahmatullah anak sulong beliau Che Pha…

 

DSC01642

Al fatihah…
Allahyarham Wan Che Ros Bin Datuk Wan Din… atau lebih dikenali sebagai Mustapha meninggal dunia di hospital Sultanah Nur Zahirah  pada Jumaat 21hb Januari 2011, sekitar jam 2.30 petang.  37 tahun, mempunyai 5 orang anak berusia antara 5-14 tahun..

BELIAU telah meninggal akibat kemalangan dijalan raya pada sekitar 10.30 malam, Khamis 20hb Januari di hadapan Petronas Jalan Pasir Panjang, K.Trg.

DSC01643

Lebih kurang 7 jam dirawat di zon kritikal unit kecemasan, arwah dipindahkan ke was 2EF sekitar 5.30 pagi Jumaat.

Kelihatan  darah yang membasahi strecher (berkilat dibahagian atas kepala), tatkala dipindahkan kekatil. 
Kemalangan telah menyebabkan bahagian bawah belakang tengkoraknya pecah, pendarahan pada otak  selain patah tulang lengan sebelah kirinya.

PADA malam kejadian, ma dikejutkan dengan panggilan dari Che Bunga tentang kemalangan yang menimpa anaknya kira2 jam 11.oo malam.

Tanpa banyak bicara ma bergegas ke rumah beliau untuk membawanya ke tempat kejadian  kerana faham  beliau tak mungkin dapat memandu dalam keadaan2 sebegini.

Sampai ditempat kejadian, tidak kelihatan sedikit pun bekas, hanya ada beberapa anak muda untuk kami merujuk  pelbagai soalan.  Dikatakan kedua2  motosikal yang terlibat  sudah dibawa ke balai, dan mangsa sudah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Seketika sebelum kejadian, arwah telah membawa anak  sulongnya ke unit kecemasan yang sama untuk mendapatkan rawatan, kerana anaknya itu dikatakan sakit dada kerana terjatuh.

Walaupun  nombor  giliran  dah diambil tapi kerana dikatakan ADA SESUATU YANG MENDESAK, beliau  terus membawa anaknya pulang, tanpa sempat anaknya menerima rawatan.

Sesampai di rumah, beliau menyerahkan kunci kereta kepada  Che’ Bunga, dan terus mengambil motosikal LCnya untuk ke petronas mengisi minyak, dengan niat nak berjumpa seseorang yang dikatakan sangat penting itu.

Ketika dia hendak membelok ke kanan dihadapan stesen minyak itulah, sebuah motosikal yang dipandu laju telah memotong       sebuah kereta, menabrak motosikalnya, dan arwah terus jatuh dan tak sedarkan diri.

DSC01633

     Antara barang2 kepunyaan arwah termasuk handphone yang diserahkan kepada Che Bunga,  sementara dia dirawat di unit kecemasan Zon Kritikal.

DSC01631Kelihatan sungguh tenang…..     Che Bunga dihimpit seorang ‘konsultan’ guaman bagi membantunya  untuk mendapatkan khidmat.

DSC01632

Sesuatu yang baru  sebagai pengetahuan ma….,  bagaimana seorang konsultan membuat ‘closing’ bagi mencari suatu kes  untuk majikannya….

Mudah2an Allah memberi ganjaran bagi seseorang yang redho atas ketentuannya…… Insya Allah, amiiin…..!

Tuesday, January 18, 2011

MEGA WEDDING DI S’PORE EXPO

TERINGIN sangat nak melihat dengan mata kepala sendiri betapa gahnya expo anjuran MegaXpress yang selalu diwar2kan.

KEBETULAN pada 13-16hb. baru2 ni  ma berada di Singapura kerana majlis kesyukuran anak saudara ma yang mendapat biasiswa untuk  melanjutkan pengajian dalam bidang kejururawatan di Universiti of Sydney, maka ma mengambil kesempatan ke Singapore Expo melihat sendiri MEGA WEDDING AND LIFESTYLE, pameran aneka busana dan keperluan perkahwinan.

Sebanyak lebih kurang 300 buah gerai jualan dan pameran didalam dewan tersergam luas itu.  

Sebenarnya Pengarah Urusannya,  Hj. Hamzah  adalah salah seorang kenalan ma ketika di Singapura yang sama2 didalam satu persatuan  penulisan kesusasteraan. Beliau yang bergiat aktif dalam penulisan puisi kini beralih karier menjadi seorang usahawan.

Syabas!  Semoga terus berjaya…. 

Agak2nya kalau bertemu ma masih ke dia mengenali?  Wallahu ‘alam…!  Mudah2an kejayaan yang dicapainya tidak membuatkan dia mudah lupa akan sahabat2 lamanya….

DSC01602

Anika jualan dari busana sehingga ke eksoserisnya.  Berkilau kemilau.  Pelbagai jenis bentuk hiasan sanggol dan  kerongsang  dengan besar  saiznya  sehingga menutup dada….

DSC01609

Sebahagian dari suasana didewan pameran.

 

DSC01611

Bukan sahaja dipatong, malah berpuluh2 pasangan pengantin sebagai model memeriahkan expo anjuran  MegaXpress itu.

~Tapi maaf,  ma tak berkesempatan merakam aksi pasangan pengantin itu diatas pentas kerana tergesa2 mengejar waktu untuk ke JB kerana nak bertolak balik ke T’ganu malamnya.~

DSC01621

Bagi bakal2 pengantin… tiada masaalah lagi. Tidak perlu memikirkan dimanakah untuk mendapatkan pakar perunding untuk kesempurnaan majlis.  Semuanya ada disini….

DSC01622

Salah satu tekatan manik yang menarik perhatian….

 

DSC01626

Merah hati….
Sama ada yang ini…..

DSC01613

…..atau yang ini…

DSC01606 

DSC01607 

DSC01625

Khidmat Lotus Limosin pun ada……

Berminat? 
Semuanya beres, asal ada $$$$$$$$…

Wednesday, January 12, 2011

SECOND DRIVER

DALAM keadaan masa yang selalu memburu… banyak entry yang duduk dalam kepala ni tak ter update.

SEMALAM adalah hari dimana empat tahun lalu kami dalam keadaan kesedihan yang teramat sangat.  Hari perginya arwah … meninggalkan dunia fana ini menemui Illahi.

SEMOGA  rohnya tetap dalam kebarakahan Allah s.w.t.  Dan ditempatkan berserta orang2 yang beriman…

Ma memohon sepotong Al-Fatihah buat Abdul Aziz B. Ismail. 
Al-Fatihah…..

Amiiiiin… Syukran.

 

Pada 9.1.2011….

PAGI2 LAGI  kira2 jam 7.15 ma dah keluar dari rumah untuk menghantar Yana ke PSM Academi untuk ujian memandu kereta.  Tempatnya taklah jauh sangat sebenarnya, lebih kurang 20-25 minit perjalanan kalau tak ada kesesakan.
Tapi ma sengaja keluar awal utk memulakan dengan masa terbaik, semoga keputusanya juga terbaik.

DSC01566

Suasana kawasan PSM  Academi  yang lapang dan luas.
Kelihatan pondok (yang berwarna biru) dan landasan berwarna kuning itu adalah untuk ujian menaiki  dan menuruni  bukit.

DSC01576

Satu demi satu kereta Kancil dan Viva dibawa keluar. Kelihatannya lebih dari 10 buah.

DSC01571

Menunggu giliran ke 42….

 

DSC01578

Lebihkurang pukul 10.40 pagi….   Yana lulus parking, selepas menaiki dan menuruni bukit dengan selamatnya.
Kereta yang dihadapan tulah kereta yang dipandu Yana…

 

DSC01579

Lebih kurang jam 11.15 pagi. Yana mula memasuki kereta untuk diuji pandu diatas jalan raya. Dengan iringan doa yang tak putus2nya…

Sementara menunggu Yana… beberapa kali juga  ma melihat pemandu yang kandas kembali dengan keretanya dipandu oleh tester JPJ. 

Dalam hati tidak lepas berdoa…. kerana sekali kandas bermakna akan bertambahlah masa dan belanja...

 

DSC01580

Alhamdulillah… lebihkurang setengah jam, Yana kembali….. 

Yeeei…! sekarang kita dah ada second driverlah awak!
Tapi tolonglah Yanaaaa…. pandulah dengan  cermat dan berhemah!
Jangan pulak nanti …, kau jahanamkan kereta antik mak tu!
 

Nota: Malam ni ma akan balik kampong. Perjalanan ma dengan bas jam 9.30 malam.  }
Insya Allah sampai di JB subuh esok…..
Doakan keselamat ma yee…!