Wednesday, December 29, 2010

AAU..! AAU..! ~AGHEH

SEMALAM, lebih kurang pukul 3 begitu.. ma dikejutkan oleh gangguan yang hampir benar dekat dengan dinding bilik tidur ma.

Ma cuba buka tingkap nako, dan menjenguk keluar.

Terkejut bila tengok2 rupa2nya Agheh yang tak cukup seringgit tu, datang lagi kerumah ma. 

 

DSC01159

Ditangga dapur inilah tempat kebiasaan dia singgah menumpang tidor kebetulan lalu untuk balik ke rumahnya. 

 

Tapi kali ni bukan lagi dipintu dapur…  Kalau dipintu dapur boleh tahanlah  jugak telinga ni. Kalau tak terlalu kuat dia melalak melolong ‘menyumbangkan’ lagu kadang2 boleh jugak buat2 tak dengar aje kerana sayangkan mata yang sedang mengantuk.  Ini… betul2 dia di tepi dinding bilik tidur ma.  Bukan main sedap lagi dia duduk di tangga depan pintu masuk rumah ma.

Bila ma jengok, dia seolah2 sedang menepis2 tangannya kiri kanan macam kena pukulan orang.  Itu yang dia ter ‘aau aau’ tuu.

“Gheeeeeh…” Kena cakap elok2 dengan dia ni…! Kalau tak dia tak ikut kata. Kalau sebut nak panggil polis lagi la dia buat keras kepala.

“Gii balik gii…..! Gii aah…”

Dia pandang  ma, tapi buat dak aje.

Ma baru perasan rupanya hujan lebat sebenarnya…. Nak suruh dia pergi pun, takkan dalam hujan2 gini…. 

Malas nak cakap banyak, ma pun tutup nako.  Gasaklah Agheh...

Lebih kurang 10 minit, ma buka tingkap nako semula, tengok2 dia dah tak ada… Aaaah, alhamdulillah cepat pulak perginya?!

Dalam hati, camana dia redah hujan agaknya ye?

Si Zikri cucu sulong ma, bimbangkan  si Agheh sapu selipar kesayangannya.  Tengah2 tidor dia boleh bersuara… ‘Minta2 janganlah Agheh tukar selipar abang dengan selipar buruk dia, nek…’ 

Kalau nasib tak baik, begitulah… dah beberapa kali terkena.  Ditinggalkan selipar dia yang dah separuh maut tu, disapunya selipar kita yang elok2.

PAGI2 bila cuaca dah cerah, ma nampak kelibat dia lalu lagi menghala kebelakang rumah ma.  Siap dengan pakai baju hujan lagi… Oooo patutlah dia boleh redah dalam hujan2 semalam…   

Sunday, December 26, 2010

MAJLIS KACAU ASYURA

SEPERTI kebiasaannya apabila tibanya 10 Muharram, otomatik kita teringat akan hari Asyura….

Sudah menjadi adat hari2 selepas 10 Muharram, masyarakat disini sibok mengatur acara untuk bergotong royong memasak bubur asyura.

Ma mengenali bubur asyura setelah ma berhijrah disini… 

Sebelum ni pernah mendengar arwah ibu ma bercerita tentang sejarah asyura, tapi tak berapa menghiraukannya sangat.

Tapi setelah ‘pandai makan’ bubur asyura…, ma pun ‘pandai mengidam’kannya pada setiap tahun.

Lebih kurang seminggu yang lepas, ma mendapat bajet dari Pengerusi JKKK RM500 untuk membuat bubur asyura. Tempatnya dah tentulah dibalai raya yang baru dibina untuk segala aktiviti masyarakat dikampung ma.  

Belanja  membuat asyura untuk 1 periok RM400.

Tapi untuk 1 periok rasanya tak memadai….

Kerana takut tak cukup, ma telah memohon kepada Penyelia Penyelaras Daerah (PPD), Datuk Wan Hisham… dan ma memperoleh RM400 lagi.  Dapatlah 2 periok.

 

DSC01495

  Dengan peneraju masakan…. Zakiah Endut…. berbaju biru. Disebelahnya ialah Zaa isteri kepada Pengerusi JKKK, Lorong Surau Baru, Pasir Panjang.

DSC01490

… dan pakar masakan..Kak Mah, bertudung ungu…
Mereka berdua ini adalah orang2 kuat dalam kerja2 hal ehwal wanita…. bab2 masakan…  sebut aja bila, dan dimana… asal ada bajet… insya Allah….!
Itulah yang ma sayaaaaang sangat kat mereka berdua nii… 

 

DSC01484

Ramailah yang sedia mengambil bahagian kalau sebut bab asyura ni…  Nak tau?! Orang2 Terengganu menyebutnya  ‘SUGHEEEE’

(JANGAN MARAAAAH orang Terengganu…!)

 

DSC01483

Yang ni kerja ma…. Siapkan sarapan pagi untuk ‘orang2 kuat’ kita…… lebihkurang 4 bungkus beehoon.  Nama dia mee bodo2…. Hehehe…

 

DSC01494

 

 DSC01497

Bila tiba bab orang lelaki dah ambik alih tugas mengacau, itu ertinya dah dekat nak masaklaaa tuu…..  Maksud ma dah semakin pekat, dan adunan makin berat.  Tuulaah… bila tak ada orang lelaki yang sanggup menolong, rasanya tak payah buatlaa kot… sebab tak larat nak mengayuh…!

 

DSC01491

Syyyyt..  ini pengantin baru niii….… Pegang ‘pengayuh’ pun nak sama2.. macam nak potong kek… Hihihi…

 

DSC01499

Wanita Kuala Terengganu…

Antara kawan2 dari luar kampung yang datang merai atas undangan ma… Sedang menikmati rasa bubur ‘sughee’ yang masih cair… Sedaaaap..!

 

DSC01503

Dah siap diataur….         
untuk dibahagi kepada yang hadir…
dan yang tak hadir pun kalau ada rezeki,  dapat jugak… Asal ada wakil yang datang mengambil….

DSC01504

Sedia untuk dimakan…. 

Yang ditabur sebagai hiasan berwarna putih tu ialah sambal ikan… Yang berwarna merah dan hijau tu adalah agar2 (atau ‘belede’ panggilan di Terengganu)  yang dipotong halus2…
Bukan saja menarik, tapi sedap… Ramuan bubur asyura ni adalah dari rempah ratus dan segala bahan termasuk ikan, daging dan ayam ada didalamnya..

 

 

 

 

Thursday, December 23, 2010

SERONOK MANDI HUJAN…!

DSC01473

BUDAK2 kalau dapat izin main hujan, bukan main seronok lagi kan?

Kadang2 ada yang sampai menangis.., sama lebat airmatanya dengan air hujan kalau tak dapat bermain  dengan kawan2 dalam hujan…  

 

 

 DSC01474

DSC01478

 

Tengok tu, siap main bola lagi….. Nak tau akalan sapa ni? Akalan ni datangnya dari bapak budak..! 

Tiba2 aje dalam2 hujan si Hizaq anak ketiga ma, keluar ke kedai dan balik dengn sebiji bola….

Terus dipanggilnya anak2nya Eizzedin (berseluar biru) dan Eizfirdina (yang perempuan sorang tu)… disuruhnya bermain bola dalam hujan.

Zikri (anak SD) pun menumpang semangkok…  Tapi sebenarnya dia memang pandai melayan adik2 sepupunya tuuu…

Alasan yang diberi Hizaq… anak2nya terlalu sensetif dengan hujan.  Kalau kena hujan sikit pun, mudah jadi demam atau selsema.

Ada nasihat dari seseorang, katanya… cuba biarkan dia mandi hujan.  Insya Allah, mereka takkan kalah lagi dengan hujan….

Boleh percaya ke?

 

DSC01479

Tengok tu… Si Angah (Eizfirdina) dah nampak kesejukan… menggigil..! Tapi dipanggil naik, masih tak rela….

Sehingga  semasa ma menulis pada malam ni… budak berdua tu masih sihat.. Mungkin benar kata ‘Tuan Penasihat’ tu kot…

Sunday, December 19, 2010

WACANA CABARAN MELAYU MASA KINI

CAMERON HIGHLAND~

SEPERTI yang ma katakan..  pada 15-17hb Dis 2010 ma berkursus di Cameron Highland.

Dengan 4 buah bas penuh terdiri dari KETUA2 DAN SETIAUSAHA CAWANGAN, WANITA, PEMUDA, PUTERI DAN JKKK.

Bas bertolak dari Pejabat Penyelaras kira2 pukul 9.30 pagi dalam perjalanan yang sangat santai dan sampai kira2 pukul 5.30 petang.

Kami dibawa penginap di Star Regency Hotel.

 

DSC01438

STAR REGENCY HOTEL….

Macam diatur2… appartment 703, menjadi penginapan ma…. Kan dah kata…, no 7 adalah angka bertuah ma… Hahaa….

 

DSC01447

Dengan 4 bilik tidur… sebilik 2 orang… dah cukup selesa bagi kami… 

 

 

DSC01453

 

DSC01437

Pemandangan persekitaran hotel….

 

 

DSC01440

Tah siapa tah tuuu….

Daaaan… yang paling menarik dan meriahnya… sampai aje dihotel, selepas  mendaftarkan diri… kami ramai2 keluar…,  terus aje keseberang jalan… betul2 didepan hotel…. Ada pasar malam…!

Pelbagai jualan, dengan cenderahatinya… sampailah ke aneka seleranya…  MACAM2 ADAAAAA…!

Walaupun dihotel sudah menyiapkan makan malam… tapi ‘anak2 ayam’ yang terlepas ni tetap nak membuat ‘pelaburan’ jugak…

Apatah  lagi… kami di bekalkan pulak dengan duit poket 1 juta seorang….! Hehehe… RM100 laaa….. perbelanjaan makan minum ketika perjalalan pergi dan balik. Okeylah tuuu…. Syukuuuur!

Nak melabur lebih dari tu..? Pandai2 layan diri heeeh!

 

156937_168125616556578_100000774234214_280438_6003781_n

Mencari kekuatan menghadapi Pilihanraya ke 13… Bersedia mendengar dari hati kehati segala kelemahan demi kemenangan…

 

 

65738_168125826556557_100000774234214_280445_8307993_n

Sessi perbengkelan… Peti Undi Pasir Panjang… . Menghargai…~Walaupun gambar ma di snap dari belakang, tapi tetap berguna juga…~ Okey tak?

Sebanyak 8 peti undi di dalam DUN Ladang.

 

DSC01443  

Datuk Mohd. Sabri Alwi… Timbalan Ketua Bahagian K.Trg…. Mesra alam orangnya…

 

63492_168127149889758_100000774234214_280499_7636267_n

Datuk Wan Hisham.. PPD DUN Ladang, K.Trg.
Hansem.. tapi jarang senyum. Secara berseloroh dia membela dirinya.. bimbang senyumannya disalah erti Wanita dan Puteri… ~jangan bimbang Datuk.. Kalau To’ Puan nak cemburu pun, cemburu pada Kak Lah sorang, kerana Kak Lah dah secara terbuka beberapa kali menyebut ‘Love U Datuk’… Hehehe… Jangan marah….~

 

156830_168127193223087_100000774234214_280500_2862113_n

Peresmian penutup.

 DWAF ~ Datuk Wan Ahmad Farid.. Ketua Bahagian K.Trg…. Bijak memtafsir Al-Quran dan sering menyelitkan nyanyian dalam ucapannya.. Peminat no 1 Datuk Siti…

DSC01461

 Sana sini strawberry…  makan strawberry, dudukpun atas strawberry.. Menarik kan?

Monday, December 13, 2010

BAHAGIA DIKUNJUNGI KELUARGA…

SEMALAM 12hb… kalau arwah suami ma masih ada, adalah tarikh kelahirannya yang ke 68….

Semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama para ambia…

Al-fatihah……

…….KETIKA ini ma sedang bahagia bersama dengan kakak tersayang dari Singapura.

 hulloKak Melah dan Abang Sahak

Mereka sampai di Perhentian Bas Kuala Terengganu pada pukul 7.30 malam semalam, bersama anak ke2 mereka  dan seorang cucunya.

Dan pada 14hb nanti… anak  ke3nya…,  Ahmad Loqman dan isterinya Emilia pulak akan sampai dengan keluarganya.  Mereka ketika ini sedang bercuti di Genting.  So.., ma sedang menunggu ketibaan anak saudara kesayangan ma ini  dengan tak sabarnya….

Ahmad Loqman dan Emilia Razali bersama anak2 kesayangan mereka Naufal dan Nadia…

Malangnya sedang elok2 mereka bercuti di K.Trg, ma pulak terpaksa meninggalkan mereka untuk mengikuti suatu lagi kursus pada 15hb ni di Cameron Highland...!

Apa pun tak menjadi hal bagi mereka, kerana malam esok mereka semua sudahpun menempah appartment di Sumai Hotel…. Selamat bercuti, Man….

 

Wednesday, December 8, 2010

PROGRAM PEMBANGUNAN MINDA INSAN DI MELAKA.

 

DSC01424

KALAU dah berlatar belakangkan kereta lembu tu, takkan tak tau dimana ma berada ketika itu, kan…?

Sudah semestinya di Melaka…. Melaka Maju 2010.

DSC01423

Pada 5-7hb Dis yang baru lalu ni, ma telah mengikuti Program Pembangunan Minda Insan (PPMI) anjuran Persatuan Ibu Tunggal Seri Mastana Melaka (PITSM) dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, bertempat di Bangunan Pusat Gunasama PITSM,  Masjid Tanah, Melaka.

DSC01415

Rombongan kami dari K.Trg dengan peserta seramai lebih 60 orang terdiri dari ibu2 tunggal menaiki 2 buah bas, sampai ke Seri Mastana, kira2 pukul 7.00 malam 5hb. Langsung diserahkan kepada keluarga angkat. 4 orang kepada sebuah keluarga.

Berkebetulan ma dan Che Bunga, dapat menginap dirumah yang sama…

Bertempat di Kampung Seri Tanjung sebuah perkampungan contoh. Keindahan kampong ini dapat dilihat dari jalannya yang diturap dengan tar sampai kemuka pintu rumah…

 

DSC01391Inilah rumah keluarga angkat ma… Cantik kan?

DSC01405

 

DSC01394

Pandangan dari sisi dan depan… Nampak tak alas2 pasu bunga tu?  Tidak perlu berbelanja mahal…, hanya dengan batubata sahaja, tapi dek kerana kereatif kelihatannya begitu menarik sekali… Ditambah dengan kebersihan yang dijaga rapi,….

DSC01417

Indok Sauyah, begitulah panggilan mesra sekampung atau nama sebenarnya Hjh Munah bt Kassim, membahasakan dirinya Mak pada kami….

DSC01392

Disebelah belakang rumahnya, yang nampak tinggi sedikit  diatas bukit, adalah rumah anak sulongnya…

Dan disebelah kanannya…

DSC01390

    ….. adalah rumah pusaka peninggalan arwah ibunya. Berusia hampir 100 tahun…

DSC01404

Pandangan dari sisi rumah Mak…. Kata Mak, stesen tv selalu  membuat rakaman rumah pusaka ni terutama pada program2 hariraya…  Memang sesuai pun, cantiiiikkk…! 

 

DSC01396 
Teringatlah rumah orang tua ma di Kampong Siglap di Singapura…. Tingkapnya lebih kurang macam nilah… Bezanya tingkap dirumah orang tua ma, besar dan tinggi sikit, tapi tingkap ni comel sangat2lah…

 

DSC01401 Rumah ni pulak…, ma tertarik sangat dengan warnanya yang garang…

Tapi satu perkara yang tidak kelihatan di perkampungan ini ialah… tangga tradisionalnya.  Mungkin perubahan masa sudah tidak menampakkan tangga batu yang besar, yang melebihi pada atap rumah ibu sebagai suatu identiti yang cantik dan menarik lagi….

 

DSC01399 Encik Muzaini Muhammad salah seorang  penal mengemukakan ceramah motivasi : “Ciri2 Insan Cemerlang”.

Menurut sepatah katanya buat isteri2 yang ditinggalkan….

“Biarkan jantan yang tak setia tu pergi. Dan kita ucapkan terima kasih kepada isteri barunya itu kerana ‘sudi menyimpan’  lelaki  yang tak setia itu. Orang lelaki yang tak setia, dia akan tetap menjadi tidak setia selama2nya…”

Kelakar kan? 

……disamping memotivasikan insan2 yang patah sayap itu,  menjadi insan yang cemerlang.

DSC01411

 Sebagai wakil dari salah satu  4 DUN yang terlibat, menerima cenderahati…

DSC01419

Kenang2an bersama Mak, ketika nak berangkat pulang… 

Rasa nak abadikanlah pulak… pantun spontan ma, ketika sessi memperkenalkan diri…! Al-maklum Melaka terkenal dengan pantun maka ma pun ‘memerah otak bagai nak rak’ nak dapatkan serangkap pantun ni….

“Kamariah Awang nama diberi,
Dikurnia zuriat 5 semuanya,
3 perempuan, 2 lelaki,
Cucu ada 8, coming soon lagi dua!”

(Dah tentulah pantun ni tak menepati ciri2 serangkap pantun yang asli      kerana tiada pembayang maksud…    Tapi gasak ajeee leee Kamariah…!)

DSC01422

Nampak tak siapa yang berdiri dipokok kelapa nan sebatang tu?  Kelihatan sedih… Mak sedang    menunggu untuk lambaian perpisahan ketika bas hampir  berlepas…

Kepada Mak…, Insya Allah, mohon izin Allah, panjang umur kita jumpa lagi yeerk…

Sebelum balik ke Terengganu kami dibawa singgah dulu ke Nilai dan KL untuk ‘sessi berbelanja sakan’…

Friday, December 3, 2010

PERTANDINGAN JARI JEMARI SENI WANITA

JAM 2.30 petang tadi, Jiran Wanita Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pasir Panjang, buat aktiviti bagi menutup tahun 2010.

Maka terhasillah Program PERTANDINGAN JARI JEMARI SENI WANITA dengan 4 katogeri  pertandingan secara spontan.  Jahitan Manik, Gubahan Sirih Junjung, Gubahan Buah2an dan Gubahan Lipatan Kain.

DSC01340

Beginilah persiapan tempat yang kami sediakan di Sekolah Rendah  Kebangsaan Pasir Panjang.

DSC01331

Antara orang kuat yang banyak memberi idea…-kiri-  Hj Yusof Awang (panggilan manja Ayah We)  dan Ustaz Shamsudin –kanan- yang membacakan doa selamat. 

DSC01336

Beberapa AJK sibok membuat persiapan akhir sebelum majlis bermula…   

 
DSC01342

 DSC01346

 

 

 

 

 

 

Beginilah suasana para peserta yang asyik, diberi masa sejam tempoh untuk menyiapkan gubahan mereka…..

 

DSC01344

 

 

 

DSC01345

 

 

 

 

 

 

Salah seorang dari peserta  sedang menyiapkan Jahitan Manik dilengan baju…  dan Gubahan Lipatan Kainnya….

DSC01352

Ada juga Pegawai Kesihatan membuat pameran produk2 kesihatan termasuk kosmetik  yang tidak boleh digunakan orang ramai.

DSC01355

DSC01368


Dengan lawak bersahaja Pokde Raja Lawak mengacarakan majlis….. Gamat majlis dibuatnya….

 

DSC01349 Penuh komitmen… To’ Puan Hjh Wan Hasnah Ismail..  isteri kepada PPD Datuk Wan Hisham Salleh, menunggu sementara Peresmian Penutup. 

 

DSC01367

    Bagai dijangka…. sangat menarik bagi ma….

  

DSC01381

 Mendapat tempat pertama dalam Gubahan Lipatan Kain.

 

DSC01378

 Tempat Pertama Gubahan Buah2an…

 DSC01379

Tempat pertama Gubahan Sirih Junjung…..


DSC01380

Dan tempat pertama Jahitan Manik…

 

DSC01377

Lega….. Program selesai.  Mudah2an ‘teket ke Sabah’ dalam tangan… Hehehe…