Friday, November 26, 2010

MINAT JUGA DRAMA TEATER….

 

BILA menyebut  hal teater… kalau dulu2 disebut  Pementasan Drama… tak dapat nak dinafi, memang ma sangat2 meminatinya… Apa lagi kalau dapat menontonnya bersama2 dengan orang yang sama2 sehati sejiwa dan sefahaman dengan kita.

Tak semestinya dengan suami… dengan kawan2 yang sealiran pun okey jugaaaak sebenarnya….

Seingat2 ma… pementasan drama @ teater yang pertama yang ma tonton ialah KACIP PUAKA.  Yang mana salah seorang pelakunnya  ialah Allahyarham M.Osman,  (penyanyi 60an pop yeh2) bapa kepada Pengarah Aziz M.Osman.  Masa tu… umur ma  sekitar 7 @ 8 tahun, begitulah… Ingat2 lupa…

Ma menjadi teringin nak mengikut kakak sulong ma (Kak Melah)  pergi menontonnya. Oleh kerana kakak ma tu dikawal oleh nenek …. nak memujuk untuk mendapatkan pelepasan bukannya  mudah, maklum orang tua daulu2… hehehe..

Terpaksalah dia promo sikit pada nenek ma. Dikatanya dalam cerita tu ada orang yang akan dikacip kepalanya….

Bayangkan, dahlah pelaku2nya orang2 hidup (maksudnya bukan wayang gambar) macamana agaknya  kepalanya  nak  dikacip?  Tak ke teruja ma nak ikut melihatnya?! Nak sangat tengok,  macamana jadinya pelakun tu, jangan2 putus kepalanya….  Hahahah…

Promo punya promo maka dapatlah pelepasan dari nenek.  Sibbaiklah nenek tak teruja nak ikut sama!  Maka pergilah kami bertiga bersama2 dengan Kak Peah, kakak yang no 2 tu, sekali…

Sapa  yang bawak kami tau? Sudah tentu orang yang memperkenalkan kami kepada persembahan seni tu… Dia ialah Ramli Ismail….  ~ ayah pada Rusdi Ramli, yang dulu masa bujangnya menjadi anak angkat ibu ma ketika di Singapura …. Dan kerana dia pernah membawa Allahyarham M.Osman bertandang kerumah ma, disitulah ma mengenali M.Osman sebagai pelakunnya.

 

Cuma kenal bapaknya aje…..

Komen ‘kefahaman’ pertama ma bagaimana pementasan itu dilakukan selepas menontonnya….

~Ada orang yang berlakun  mati kononnya, terlentang diatas pentas… tapi dadanya masih bergerak2  kerana tak dapat menahan nafasnya dengan betul…! Dan… rupa2nya ketika kacip itu jatuh keleher orang yang dihukum, tiba2  lampu digelapkan….!

Selepas tu, setelah dewasa (anakdaralah!) ma dah pandai pergi  menontonnya bersama kawan2 rapat yang sama minat… sebuah  Pementasan Drama Cina  yang diataptasi ke bahasa Melayu berjudul Ribut lakunan Rubiah Suparman dan Aziz Singah. Drama ni sangat menarik bagi ma…. Ketika itu Rubiah baru berjinak2 dengan lakunan.   Ayu sangat  melihat dia memakai baju cina dengan rambut  bertocang dua, sesuai sangat dengan rupa dan  watak seorang  gadis Cina. 

Kemudian selepas tu ma cuba pulak mempengaruhi abang ma, abang Kamal, nak jadikan teman sebenarnyamaklumlah pementasan biasanya sebelah malam… Kami pun pergilah menontonnya bersama2.  Drama dari Jepun, juga diadaptasi ke bahasa Melayu berjudul Rashomon.

Tak dapat nak dilupakan, balik dari menonton ma kena kondem dengan abang, sebab tertidur dalam panggung.   Sebab ma tak minat cerita ‘geng samurai’ gitu.  Dan pementasanya pulak banyak sangat dalam suasana yang gelap. Hahahaha….

Tak puas melihat orang berlakun, ma  sendiri terigin pulak nak berlakun teater, kononnya….  Ma mendaftar diri sebagai ahli Kelab Panggung Negara, nak cuba berlakun pulak!  Kehkehleh… jangan gelak!

Kelab Panggung Negara ketika itu  dipimpin oleh Allahyarham Salim Bachik, ayah kepada Haron Salim Bachik. Dan kebetulan ketika ma masuk tu, kelab sedang nak buat pementasan bulanannya, drama berjudul Bilik 13. Drama penyiasatan.  Ma pun terus terpilih.

Walaupun ma rasa berat hati kerana terlalu baru, tapi dah memang  ma tak pandai nak berdalih atau menolak… maka jadilah pelakun sekali seumur hidup!

Sesungguhnya itulah drama pertama dan terakhir ma!  Ma rasa sangat malu untuk meneruskan minat dalam bidang ni, dan dapat merasa sendiri kejanggalan, dan tak sesuainya  ma dalam bidang ini. 

Tapi kata orang, disaat kita nak melepaskan sesuatu mesti ada sesuatu yang lebih menarik pulak yang datang, betul tak?

Ma diberi sebuah skrip  drama percintaan yang hebat hasil penulis tersohor dari Indonesia berjudul Awal dan Mira – Ceritanya memang best!

Ma berterus terang memberi alasan, bahawa lakunan bukanlah bidang ma.  ~Ketika itu ma giat menulis skrip drama radio. 

Apa pengajaran yang ma dapat ialah…dalam bidang lakunan ni bakat  sikit2 tu memang kena  ada…. Tak pandai berlakun, atau kaku tak menjadi masaalah… asal minat dan sedia ditunjuk ajar. 

Memang pun  apabila ditimbal balik yang  banyak ada dalam diri  ma hanyalah minat.  Sedangkan bakat tersangat kurang! Maka jadi peminat aja,  cukuplah…! 

 

Agak2nya kalau ma terus berlakun, Norlia Ghani boleh cari makan tak? Hehehe…

Sunday, November 21, 2010

INI BUKAN GOSIP TAPI LUAHAN PERASAAN!

WALAUPUN apa yang nak ma katakan ini mengenai seorang artis, tapi ma tak bermaksud nak bercakap atau nak bergosip mengenainya…

Kalau ada sesiapa yang menjadi peminat tegarnya pun, ma mohon bagi ma laluan… dengar dulu cerita ma ni….

Kecoh Eirma  (Dulu Erma, sekarang ni Eirma pulak!) Fatima berbalah dengan Datin Fatini Yaacob tentang pementasan Natrah. Banyak perkaralah yang Datin Fatini tidak bersetuju dengan olahan skrip pementasan tersebut kerana  lari dari kajian  sejarah asalnya.  Begitulah sedikit lebih kurang sebab musabab perbalahannya itu….

Untuk pengetahuan yang belum mengetahui, Datin Fatini telah melakukan kajian sejarah Natrah ni sejak 20 tahun lalu, dan hasil dari kajian tersebut telah pun dibukukan.

Ada wartawan gosip kata, Erma merajuk,  sampai nak meletak jawatan sebagai pengarah pementasan tersebut, dan tak kurang juga yang kata Erma sengaja nak test market.  Ternyata benar kot, sebab tak sampai beberapa hari, Erma menarik balik hasratnya…

Dengan tidak merasa bersalah, Erma meneruskan kerja2nya tanpa meminda semula apa yang tidak dipersetujui oleh Datin Fatini. Sudah tentu sebagai seorang penulis pengkaji sejarah, Datin Fatini merasa terkilan yang teramat sangat apabila hasil kajian sejarahnya itu dicincang oleh Erma!

Pada dasarnya, apabila kita mengambil karya orang lain untuk diataptasikan menjadi hasil kerja kita, kita kenalah memikirkan perasaan pengkarya asal. Memang betul Natrah bukan milik Datin Fatini, tapi SI PENCIPLAK  ni sudah mendapat idea dari hasil kajian Datin Fatini!  Jadi, kenalah ikut kajian pengkaji  sejarahnya.  Janganlah dipesongkan…. Kalau rasa nak dipesongkan, buat aja cerita baru… Namakan Fatimah ke….?!  Ok jugak tu kan!

Sebenarnya bukan tak boleh mengambil karya orang lain untuk diadaptasikan, tapi biarlah dengan cara yang berhemah.  Hormatilah penulis asalnya yang dah berpenat lelah  dari karya itu zero sehingga menjadi sesuatu yang menarik ~ kalau tak menarik takkan ada orang tertarik, betul tak?~ Lebih cantik lagi buatlah perbincangan, apa yang boleh diubah apa yang tak boleh…

Dan kerana dimedium yang berbeza sudah tentu memang kena ada sedikit2 pengubahsuaian mengikut kesesuaiannya… tapi lakukanlah dengan CARA TERHORMAT dan dengan keizinan penulis asalnya…  Jadi, takkan ada hati yang terluka…

Kata setengah2 orang si Erma ni kreatif!  Kreatif apa, kalau nak berkarya ambil karya orang kemudian cincang, buat ikut suka!

Ma ada sebab mengapa ma kata si Erma ni begitu! Sebelum drama ANTARA yang ma puji2 benar ceritanya memang best…. akhirnya tersebar mengatakan si Erma ambil dari pementasan yang menjadi juara, karya Jamilah… (maaf ma tak ingat nama sebenar penulis tu!) Dan yang paling menyedihkan, Erma tak kredit sikit pun nama penulis tu dalam dramanya itu … dan dengar kata tiada pembayaran sesen pun, atas sebab penulisnya dah menyerahkan skrip tu kepadanya!

Eh, awak dapat bayaran ribu2 satu slot, boleh sampai hati buat gitu kat orang ke?

BEGITU JUGALAH YANG TERJADI SEBENARNYA KEPADA KARYA SUAMI MA ~ aziz afkar.

Erma telah menciplak  novel Hartini dan diadaptasi menjadi sebuah drama yang memakan masa 2 jam dengan bayaran yang diperolehnya dari stesen Tv3 lebih RM80,000.00. TANPA KEBENARAN! Drama 2 jam itu disiarkan untuk siaran Hari Raya  pada 19 Feb 1995.

Saman telah difailkan, dan kemenangan memang  berpehak  kepada  kami pada tahun 2006! Tapi tah apalah ‘bertuahnya badan’ si Erma dan TV3 yang gah itu sampai sekarang tidak menjelaskan pembayaran! Penulis dan penerbit hanya dapat hampeh! Permainan apa agaknya mereka sedang mainkan, sehingga mereka masih ‘bebas’ tanpa diambil tindakan!

Mungkin masih belum berpuas hati dengan karya yang menjadi kontraversi tu, dia menghasilkan pula HARYATI…

Alahai Erma, pusing sana sikit sini sikit… HARYATI tu ala2 HARTINI juga nampaknya…! Begitulah kreatifnya hamba Allah sorang ni!

Sebab itu ma SANGAT2 TAK HERAN DAN TAK PANDANG LANGSUNG!, kalau sikit hari dulu orang mengwar2kan kononnya Erma buka rumah kebajikan untuk anak2 yatim… untuk membuat amal, kononnya…!,   Dan lebih2 lagi TV3 yang gah tu… ‘BANYAKLAH’  dia punya BERSAMAMU  itu…!   Buatlah amal banyak2….!

Yang sunat tu dikejar sangat…, yang wajib tak dilaksanakan! 

Diakhirat nanti kita jumpa ya!?

Thursday, November 18, 2010

LUPA WAJAH

MA NAK KONGSI CERITA SIKIT. 

Sikit aje…  Bukan nak kenen asykar… Tapi dah memang cerita yang ma nak kongsi ni berthabit dengan asykar…  Jadi abang2, adik2 atau bekas2 asykar, jangan marahlah yeerk…

SEORANG askar yang bertugas disempadan berasa sedih dan marah apabila tunangnya meminta pertunangan mereka diputuskan.

Tunangnya juga meminta askar itu memulangkan kembali semua gambar2  yang ada disimpanannya.

Dengan perasaan marah dan geramnya, asykar itu mengumpul semua gambar2 perempuan yang tidak lagi dikehendaki oleh rakan2nya, dan kemudian memasukkannya  ke dalam sampul surat berserta sekeping  nota….

“Maaf ye, saya dah lupa macamana rupa awak! Sila ambil gambar awak dan pulangkan gambar yang selebihnya kepada saya”.

 

Cam nilah agaknya, orang yang marah kalau tunang yang  sayanginya minta diputuskan…

Agak2 apa perasaan tunangnya tu yeerk? Ada ke patut  dia di ‘padan muka’ kan bagitu? Hehehe… sila komen!

Wednesday, November 17, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

DSC00891

Gambar kenangan dari sentuhan sendiri ketika ke Tanah Suci 2009 M@1430H.  Dari tingkat 3 Masjidil Haram.

SELAMAT menyambut Aidil Adha…. Bagi sesiapa yang mengerjakan ibadah korban… sama2lah kita mendoakan keberkatan dan ganjaran dari Allah s.w.t. untuknya….

Alhamdulillah……  bagi yang mengerjakan rukun Islam ke5 kita pada tahun ni  cuaca agak selesa tak kedengaran berita banjir atau hujan lebat yang membasahi bumi Arafah.

Ketika ma mengerjakan ibadah haji tahun lepas, dua tiga hari sebelum berangkat ke Arafah,  hujan turun di bumi Mekah  tak disangka2 dengan angin yang agak kuat juga. Sehingga  ada  jemaah   yang kehilangan baju dan  telekong sembahyang  dijemuran  kerana   diterbangkan angin  yang kuat.

Sesampainya kami di bumi Arafah…, karpet didalam              khemah basah lencun. Tak tau macamana nak letakkan ponggong. Apatah lagi, malam nanti nak melelapkan mata….

Tapi nasib baiklah TH menyediakan bekalan peralatan untuk mengatasi segala kemungkinan!

Kejadian itu menyebabkan bekalan api terputus.  Sehinggakan  nak keluar kemana2 pun tak berani, takut tersesat.  Jadi bila selepas isya’  kami tak dapat nak buat apa2 melainkan tidur ajelah  secepatnya.

Ma juga ada mendengar berita tentang banjir di Jeddah dan  Mekah sehingga menyebabkan kematian, tapi tak hanya mengetahuinya dari mulut ke mulut yang disampaikan. 

Surat khabar memang tak berkesempatan membacanya.  Apatah lagi dalam bahasa ibundanya…. Kalau ada anak buah sms dari tanah air, maka akan sampailah apa2   berita pada kita……  Agak lucu juga yeee…!

Itu cerita munasabah!    Ada juga berita  kurang munasabah…           Berita tentang 3 warga Indonesia yang terkorban  (salah seorang  daripadanya lelaki, kononnya)  yang jatuh terjerlus 10 meter ke bawah di dalam tandas wanita kerana berkelahi ……….  katanya… Begitu merebak dari mulut ke mulut. 

Walaupun semua orang maklum, agenda menunggu giliran ke tandas itu adalah saat2 paling kritikal ketika di Mina tapi takkan didalam tandas juga  nak dijadikan medan perkelahian?!

Tapi ramai yang percaya…! Sehingga berita itu  tersebar begitu cepat dan   meluas!  Bagi yang tak percaya, nak menolak cerita2   begitu, pun tak boleh juga…   Manalah tau kalau2 bala itu bukan cobaan tapi  betul2 kejadian..!?                                             

Akhirnya dengarkan  aje lah…!  Tak payah nak bertengkar2 kata tak percaya ke  atau tak  munasabah ke apa  ke… !

Begitulah…. sekelumit kenangan di Aidil Adha yang lepas….

Monday, November 15, 2010

MESJID KRISTAL, BAK KRISTAL LAGI KE?

BAGI sesiapa antara kalian yang pernah ziarah ke Terengganu dimanakah tempatnya yang kalian rasa ingiiiiiiiiiiiiiin sangat nak kunjungi disini?

Mestilah Mesjid Kristal kaaan?

 

Terletak di Pulau Wan Man.  Pulau diair yang sudah didaratkan.  Canggih Teganu kita!

Ma tau… sebab  kalau ada waghih  waghrah (sedara mara) atau sahabat handai dari jauh yang datang,   selalunya ma akan  jadi pemandu pelancung tak resmi untuk mereka kesana…

Paling tidak..  kalau melalui Jambatan Sultan Mahmud pun ma akan dengan relahati memperkenalkan mesjid kebanggaan Negeri Terengganu tu….…   Tak kesahlah kalau  orang  tak tanya pun …..  saja2 kita nak ramah2! Takkan tak boleh… Hehehe…

Walhasil kalau ma memandu sendirian pun, tak dapat tidak, macam disuruh2 leher ma otomatik akan berpaling padanya.

Memang betul…!  Kerana Mesjid Kristal ada tarikannya…

Untuk makluman kepada orang yang belum tau, kalau menghala ke KB,  dipertengahan jambatan  nak melintasi  Sungai Terengganu  tu pandanglah sebelah kiri… Okey?

Tapi kebelakangan ni ma nampak macam ada sedikit tak kena pada mesjid tu.  Bukanlah cacat pada strukturnya tapi disegi pemuliharaannya.

Ia dah mula  nampak kusam. Sudah tidak bercahaya bagaikan  kristal lagi.…!

Biasalah …  angin, debu dan air  akan merubah keadaan….!

Sesuatu harus dilakukan agar mesjid kesayang ramai itu tetap kekal cantik dan berkilat. Biar sesuai dengan namanya…  KRISTAL!

Sayanglah… takut nanti kaki kondem kata… alaaa kristal apa  ke bendanya…, tak berkilat langsung! ~Ini bukan ma yang kata, orang lain yang kata…!~ Okey….

DWAF mengaku selalu  jengok blog ma ni… Hehehe sori D… Menegur untuk kebaikan….  Sayang Teganu kita!

Tuesday, November 9, 2010

TERINGIN JUGAK NAK BERGOSSIP..

KALI NI ma nak bergossip sikit. Sesekali bergossip dunia artis kita apa salahnya, kaaaan…!?  

Ma nak namakan ruang gossip ni ‘Pi mai pi mai tang tu’.

Jangan maraaaah….!

                 Irma Hasmie dan F arid Kamil…. Dulu  berkasih, kemudian putus….

           Diana Daniele dan Shamsul Yusof… dulu   berkasih jugak… kemudian putus jugak….!

gBJxQ

Diana Daniel disambar Farid Kamil…. Kita ‘wait n see’ ajelah…..

 121

Irma disambar Nabil. Berkasih bagai nak rak….  Lepas setahun ke setahun… Sampai 3 tahun…  Dah rancang nak kawin dah, akhirnya…..

 

Pecah berderai! Kesiaaaan  Irma….  jodoh tak kesampaian… Nabil lupa diri akibat dihambat polulariti….

 

  Shamsul ~

Solo… belum dengar ada pengganti lagi….

 

 Ehem.. ehem… Jangan2 mereka berdua pulak ni!   Tak lama lagi adalah gossip tuu…! 
Sam
a cantik sama padan, kan?

Jangan sedih lama2….,   Irma…  Awak tu  
cantik, masih muda, pedulikan dia….!  Moga2 bertemu yang lebih baik dari Nabil…!

 

 

  Nabil?…. Boleh aje nak kawin 4..  Ramai yang sanggup  berpoligami demi  ‘ seorang’  Nabil! 

Itupun kalau Nabil masih kekal popular…..!

Friday, November 5, 2010

PADA 4 NOV 2009 ITU….

DIAM TAK DIAM  rupanya dah genap setahun  usia

 Matahati-Kamariah.blogspot.com

Rasanya terlalu cepat masa berlalu..  Masih terbayang2 lagi, pada 4 November 2009, ketika kesibukan ma menguruskan keberangkatan untuk ke Tanah Suci, anak ma SD menghulurkan PC pada ma.

Mak tulislah….  Maya dah bukakan blog untuk mak.  Mak kata nak menulis balik….!

image

Dengan tak banyak kira ma pun duduk seketika, berfikir apa mukadimahnya untuk tatapan pertama pembaca….

Nampak mudah, tapi mencabar jugak rupanya…Lebih2  tercabar lagi bila membaca entri anak2 muda … ceritanya cerita orang2 mudalah... tentang keluarga… anak2…   holiday… makan2… kawin… merajuk dengan suami… dah tentu banyak tarikannya..!

Mak tak payah tulis yang gitu2, pesan SD yang juga punya blognya sendiri Sw33tdarling.com

Iyelah tuuu… nanti hasil mak dengan anak tak ada beza pulak kaaan? Ma kenalah  guna pakai   pesanannya tuu…

Untuk setengah tahun pertama, ma agak kegawatan masa, rasa malas dan macam nak tutup aje blog….  Lebih2 lagi tengok kolum di ‘gerbang silaturahim’ ada berapa kerat aje  followers ma ….. Mungkin orang tak minat pada cara penulisan orang2 veteren macam ma ni kot….?!

Tapi alhamdulillah, kekuatan ma kerana ma minat menulis.  Dan ma tau walaupun yang tertera di ‘gerbang silaturahim’ tak begitu memberangsangkan, tapi ma tetap  ada juga silent readers….!

~ Ma  sendiripun  banyak juga membaca entry blog2 lain  secara senyap.  Kadang2 jadi tak tau dan tak pandai nak komen atau membalas balik.  Tapi ma tetap membaca sebenarnya..!

Yang paling ma terharu sekali apabila anak blogger ma DEE…. Dengan taat dan tekunnya … boleh dikatakan hampir kesemua entry ma dia membaca dan memberi komen.

Kadang2 bila terdapat 1 sumbang-sumbing mutiara, dan ma pun  klik aje disitu,  ~dalam hati dah agak dah, kalau  ada cuma 1 komen, ini mesti Dee~ maka tekaan takkan meleset ….,   akan nampaklah gambarnya yang sedang menompang dagu….

Didalam hati terasa mesra dan teringin nak jumpa….

Kami  pernah berjumpa untuk mengeratkan silaturahim sebanyak 2 kali di Kuala Lumpur.  Yang terakhirnya ma berkunjung ke rumahnya pada   hariraya  yang baru lalu ini…..

Terima kasih yee Dee…. Ma rasa sangat dihargai!

Thursday, November 4, 2010

HAPPY DEEPAVALI

  123

DAH dua tiga minggu jugaklah ma membiarkan Encik Sarawanan Perumal dalam keadaan tergantung tak bertali…..

Nak approve rasa was2….  Ramai kawan2 yang dah diluluskan tapi tak seperti kawan.  Sekadar membanyakkan bilangan nak buat apa?!  Itu pendapat malah…..!

Kawan dalam FB ada beratus2, tah ingat tah tidak…!

Taaaapiiii… kerana hari ni Deepavali…. ma approvelah Encik Sarawanan!  Kita kawan, okey?! 

Selamat Hari Deepavali, Encik Sarawanan! Satu2nya kawan ma dalam FB  berbangsa India….! 1 Malaysia…..

Tuesday, November 2, 2010

PILIHANRAYA @ HARIRAYA

BESOK adalah hari penentuan bagi kemenangan calon2 yang terpilih bagi mewakili parti masing2 pada 2 tempat yang berasingan  iaitu di DUN Galas, Gua Musang dan di Parlimen  Batu Sapi, Sandakan.

Siapa yang menjadi calon bagi kedua2nya jangan ditanya… ma tak berapa pasti.  Tapi yang ma tau dikedua2 tempat itu ada Pilihanraya Kecil….. 

 

 Perang poster…  Pic ikhsan  dari Google.. Tq.

Ma ada  sedikit pengalaman tentang  pilihanraya kecil ditempat ma pada 2008,  kerana kembalinya ke rahmatullah Ahli Parlimen K.Terengganu, Datuk Razali Ismail.

Bagi ma Pilihanraya Kecil ni sangat menarik, meriah dan sesuai juga dikatakan kemeriahannya macam nak menyambut Hariraya…! 

Kenapa  ma  kata macam Hariraya…  kerana disetiap markas,  disetiap peti undi, selain dari kelihatan orang berkumpul beramai2 untuk menyokong parti masing2…. ada2  saje acara makan2nya.  Pendek kata macam2 makananlah..!

Pemimpin2 kanan, orang2 besar kenamaan,  orang2  atasan tua muda, lelaki perempuan berbilang kaum  datang membantu memberi sokongan moral dan  untuk berkempen bagi meraih undi. 

36221_129580083741736_100000692342577_186741_8038505_n

Kelam kabut, singgah dalamasa beberapa minit aje disetiap peti undi.  Nasibbaik Mira sempat juga snap pic ni…. Blur sikit, tak apa… Ori…!

 

36341_129575557075522_100000692342577_186715_2159603_n

Datuk Shahrizat …. Mesra alam orangnya….

 

36221_129580077075070_100000692342577_186739_8075847_n

Serius berbincang….Datuk Seri  Hishamudin dan Datuk Dayang Mahani dari Sabah.

Ma pun ambik kesempatan….  menyebok sebenarnya, kerana nak tengok pemimpin2 kita dari dekat….

Ma memang suka sangat kalau dapat berjumpa dengan orang2 fofulaar ni…. !  Kikiki….!  

Bukan senang nak jumpa mereka2 ni, betul  tak? Kalau tak ada sebab musabab kita pun rasa segan nak jumpa mereka.

Tapi…. dengan pilihan raya kecil niii…. semuanya akan datang menemui kita…..

Sudah semestilah dia datang untuk memancing undi …! 

Tak kesahlah tuuu… Itu perkara biasa…! Lagi pun, best kan gitu…!?

Cuma …  gunakan kewarasan kita berfikir dengan minda yang terbuka….. Tiada paksaan untuk memilih…! Hanya pertimbangkanlah  samada nak dikekalkan yang sedia  ada….  atau nak pilih …. pangkah parti  dotdotdot  dapat masuk syurga?!

~Kikiki… Ini bukan ma yang kata…. mereka2 itu jugalah yang kata….!  Ampun maaaak…. Ampun!~ 

Marilah mari… kita mengundi….. tunaikan kewajipan pada negara!!

Daaaaan… ada sikit lagi nak cerita….

Dek kerana tumpuan keseluruhan orang2 politik untuk memberi sokongan moral dan membantu untuk berkempen…  tak kira dari kerajaan atau parti lawan,   semua hotel2 fully book!

Rumah2 sewa menjadi pilihan @ serangan.  Cantik ke tidak… belakang kira… kira2  okey ajelah!  Asalkan boleh  tinggal  untuk sementara.  Sewa untuk beberapa hari tu saja boleh  mencecah sampai ribuan RM, tau!

Bayangkan…. kalau tidak, takkan ada orang yang sanggup mengosongkan rumahnya dan berpindah sementara ke kawasan lain semata2 untuk  menyewakan rumahnya itu kepada   petugas2 pilihanraya ….! 

~Aduuuiiii… Penatnyalaaah….! Semput! Tapi… itulah dinamakan rezeki terpijak.  Betul tak?~

Kalian  sanggup tak? Agak2 berapa orang yang sanggup buat gitu, demi untuk mendapat ‘rezeki terpijak’  pada pilihanraya?!

Monday, November 1, 2010

RAK RAKSASA

 

DSC01282

PERNAH TAK kalian melihat  bangunan yang hanya menyerupai ‘rangka’ sahaja begini? 

Letaknya betul2 ditengah2 bandaraya  K. Terengganu.

Bangunan yang masih belum siap sepenuhnya ini agak mengejutkan juga  kerana inilah pertama kali ma melihatnya. 

Mungkin juga  ma yang ketinggalan … atau terlepas pandang adanya bangunan sebegini, di KL, JB maupun di Singapura.

 

DSC01285

Apapun…

Pembinaannya memang menepati  keperluan ramai.

Kalau  nak tau, dulunya tapak pembinaan bangunan ini asalnya adalah sebuah kawasan  padang parkir kereta.

Sudah tentu muatannya  agak terhad…

Kadang2 2 3 kali pusing pun tak dapat nak masuk kerana dah penuh.

~Ma selalu menggunakan khidmat anak2 dengan menunggu didalam kereta aje untuk mereka turun menyelesaikan tugasan bank atau lain2nya. Daripada susah mendapatkan parkir…, nak tinggalkan kereta sembarang nanti disaman Majlis Bandaraya! ~ 

DSC01284

Mungkin kesulitan meletak kereta di bandaraya K. Terengganu dapat diatasi dengan adanya

PARKIR RAKSASA
ini….

Tapi ma masih belum dapat membayangkan bagaimana caranya ia beroperasi nanti….. 

Bagaimana kereta dimuatkan dan  diangkat dari setingkat ke setingkat.

Insya Allah kalau dia dah mula beroperasi nanti, ma akan cuba videokan untuk kalian. 

Tapi…  tak mustahil kalau  kalian dah melihatnya dimana2 …! Tapi dimana tuu yeer?!