Sunday, September 26, 2010

17 SYAWAL….. ADA RAYA LAGILAH...

Aduuuuiii… Syoknya rayeee…

Dari JB ke Singapura… Dari Singapura ke Kuala Lumpur… Sampai ‘langgar’ raya 6 di Terengganu.

Adat biasanya di Terengganu ni raya 6  dirayakan sekali lagi, walaupun tak semeriah raya pertama.  Kalau  3.. 4 tahun yang lepas,  raya 6 tu umpama penamat raya. Lepas aja raya 6, tak ada orang yang ziarah menziarah lagi. Semuanya akan mula bekerja seperti hari2 biasa. Ma sendiri naik segan kalau nak beraya lepas raya 6, sebab masing2 dah tak kesahkan raya lagi…

Tapi nampaknya tahun ni, warga Terengganu sudah betul2 berubah. Selepas raya 6 pun, masih ada yang ziarah menziarah lagi.  Iye pun baru 17 Syawal, masih ada raya lagilaaah…!

Dah tentulah ma gembira dengan perubahan ini, sebab bila ma tidak beraya di Terengganu, walaupun ma persiapkan rumah dengan kueh mueh diatas meja, anak cucu ajelah yang tibai mengebasnya… Dengan tak segan silu, balang kueh tinggal habok aje…

Tapi alhamdulillah… hari ini, sehingga ke malam ini pun, rumah ma masih ada tetamu.

Tahun ni agak terlajak seronok. Walaupun pada mulanya ma tak tau nak buat keputusan nak beraya dimana, tapi setelah didesak oleh kakak ke2 ma, Che Peah kita… akhirnya ma nekat ambil teket bas ke JB hari ke 29 puasa.

Yang seronoknya semasa beraya di Singapura, ma dapat angkut Esah sahabat baik ma dan kak Melah kakak sulung ma mengikut rombongan yang diketuai family Che Peah kita. Memang   seronok betul dapat ziarah keluarga dan kawan2 yang dah lama tak jumpa…

59123_1614797207598_1166366183_1725088_1721810_n Di rumah Hjh. Khuzaimah - kawan sekolah dan sekampung yang juga dua pupu pada abang Bakar suami Che Peah kita…

Bab kereta tak jadi hal. Malah sebelum anak ma SD sampai pada raya ke2 dari KL, ma ‘mengizinkan diri dalam paksa’  jadi driver pada kereta anak saudara ma.  Ingat nak jadi tokey nak  duduk menyandar dibelakang! 

Sampai tersesat jalan dibuatnya…! Maklumlah ‘driver’ ni bukan kenal jalan sangat pun! Terlepas pandang sikit aje,  makan angin kelainlah jawabnya. Hahaha…

63348_1620828638380_1166366183_1738978_1312272_n 

Inilah gayanya orang sesat jalan…. Berhenti dan tunggu sementara orang datang jemput. Hehehe..

Banyak lagilah cerita  seronoknya raya  mengikut rombongan Che Peah.  Layan aje entry dari blog anak2 ma….. Sweetdarling & Crazygurl

Wednesday, September 8, 2010

JMB20 : MENJAUHI FITNAH

DSC01226

Susunan : Dr. Abdul Muhsin Bin Muhammad Al Qasim
(Imam dan Khatib Mesjid Nabawy)
Alih Bahasa : Dasman Yahya Ma’aly

SEORANG muslim berkewajiban menjauhi fitnah, kerana ia dapat merasuk hati dan merusak agama. Nabi s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa yang mencari-cari (fitnah) itu, ia pasti akan terseret olehnya.”

Oleh sebab itu, peliharalah agamamu dari berbagai syubahat dan syahwat, dan jagalah jangan sampai keduanya menyentuh anggota tubuhmu! Kerana bisa saja seseorang akan binasa, sedang ia tidak menyedarinya.

Kita memohon kepada Allah, semoga Dia menjadikan kita dari golongan hamba2nya yang beriman. Mudah2an shalawat serta salam selalu sampai kepada Nabi kita; Muhammad, para keluarganya dan seluruh sahabatnya. Amin.

DENGAN SELESAINYA PERKONGSIAN INI MAKA MA MENGUCAPKAN SELAMAT…..

SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI.
"SESUNGGUHNYA MEMBUAT KEKHILAFAN ITU MANUSIA, DAN BERSEDIA MEMAAFKAN ITU KEMANUSIAAN
.”

MAAF ZAHIR DAN BATHIN…..

1431H - 2010M

Tuesday, September 7, 2010

JMB19 : MENUTUP AURAT DAN MENJAGA KESUCIAN DIRI

DSC01226

Susunan : Dr. Abdul Muhsin Bin Muhammad Al Qasim
(Imam dan Khatib Mesjid Nabawy)
Alih Bahasa : Dasman Yahya Ma’aly

KEINDAHAN wanita terletak pada kemahuannya menutup ‘aurat. Kecantikannya terlihat pada kesedarannya memakai hijab dan perhiasannya adalah berpegang teguh pada agamanya. Dan wanita zaman sahabat adalah teladan yang pantas dijadikan panutan dalam berhijab, menutup aurat dan bersifat pemalu. Allah s.w.t. berfirman:

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri2mu, anak2 perempuanmu dan isteri2 orang mukmin: >> hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka.>> Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu.” QS Al Ahzab ayat 59.

MATA PENCARIAN YANG HALAL

HARTA yang halal membawa kebaikan kepada agama, kekuatan pada tubuh, hidayah kepada anak2, keberkatan dalam pemberian dan menjadimpenyebab dikabulkan do’a serta mengikuti teladan para nabi. Allah Ta’ala berfirman:

“Hai rasul-rasul, makanlah dari makanan yang baik2, dan kerjakanlah amal yang shaleh.”

Monday, September 6, 2010

JMB18 ": MENDENGAR LAGU

DSC01226

Susunan : Dr. Abdul Muhsin Bin Muhammad Al Qasim
(Imam dan Khatib Mesjid Nabawy)
Alih Bahasa : Dasman Yahya Ma’aly

MENDENGAR lagu termasuk dosa yang membuat hati gelap serta menjadi penghalang dari mendengarkan Al Quran Al Karim. Manfaatnya tidak ada sama sekali. Nabi s.a.w. bersabda:

“Akan datang masanya diantara umatku ada beberapa kaum yang menghalalkan zina, sutera, khamar dan alat2 musik.” HR Al Bukhary.

Dan sebaik2 yang didengarkan hamba adalah firman Tuhan semesta alam. Didalamnya terdapat cahaya, petunjuk dan kesembuhan.

MELIHAT YANG DIHARAMKAN

MENUNDUKKAN pandangan dari melihat wanita2 yang diharamkan (melihatnya) dapat membersihkan jiwa, meninggikan darjat dan merupakan ketaatan kepada Allah. Allah Jalla wa ‘Ala berfirman:

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: >> hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci dari mereka.” QS An Nur ayat 30.

Sunday, September 5, 2010

JMB17 : HUKUM MENGGAMBAR (MAKHLUK BERNYAWA)

DSC01226

Susunan : Dr. Abdul Muhsin Bin Muhammad Al Qasim
(Imam dan Khatib Mesjid Nabawy)
Alih Bahasa : Dasman Yahya Ma’aly

MENGGAMBAR (makhluk bernyawa) termasuk dosa besar. Pelakunya diancam dengan siksa neraka. Nabi s.a.w. bersabda:

“Setiap tukang gambar masuk neraka. Setiap gambar yang pernah digambarnya dijadikan sesusuk makhluk hidup yang dengan makhluk itu ia disiksa di neraka Jahanam.”

Maka muliakan Tuhanmu dengan semulia2nya! Kerana Dialah Yang Maha Agung di kerajaanNya. Yang Bersemayam di ‘ArasyNya dan Yang Maha Bijaksana dalam menetapkan syari’at2nya. Jagalah baik2 apa yang difardhukan Allah kepadamu, seperti mendirikan shalat2 fardhu pada waktunya. Jangan sekali2 menyia2kannya! Kerana shalat itu adalah tiang agama. Nabi s.a.w. bersabda:

“Perjanjian antara kita dengan mereka (orang2 kafir) adalah shalat. Barangsiapa yang meninggalkannya bereti telah kafir.” HR At Tarmizy.

Dan jadikanlah engkau orang yang selalu menghadap kepada Tuhanmu dalam semua keadaannya, nescaya semua amalanmu menjadi baik.

Saturday, September 4, 2010

JMB16 : MEMPEROLOK-OLOKKAN AGAMA ADALAH KAFIR

DSC01226

Susunan : Dr. Abdul Muhsin Bin Muhammad Al Qasim
(Iman dan Khatib Mesjid Nabawy)
Alih Bahasa : Dasman Yahya Ma’aly

DEMI kebaikan agama, langit dan bumi berdiri dan syurga serta neraka disiapkan. Memperolok-olokkan agama, hukum2nya atau penganutnya yang berpegang teguh padanya dapat mengeluarkan seseorang dari agama Islam. Allah Jalla wa ‘Ala berfirman:

“Dan jika kamu bertanya kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan menjawab, >>Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain2 sahaja.”

Katakanlah : “Apakah dengan Allah, ayat2nya dan Rasulnya kamu selalu berolok-olok? Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman.” Qs At Taubah 65-66.

Janganlah kamu berprasangka buruk kepada Allah, seperti menganggap dirimu berhak mendapatkan lebih banyak dari yang telah diberikan. Atau meremehkan nikmat yang ada ditangan orang lain yang telah dikurniakan Allah kepadanya. Persangkaan seperti itu adalah persangkaan jahiliah. Kerana semua yang ada di alam ini berjalan sesuai dengan perintah Allah dan hikmahNya. Allah berfirman :

“Mereka menyangka yang tidak benar terhadap Allah seperti sangkaan jahiliah. Mereka berkata: “Apakah ada bagi kita barang sesuatu (hak campur tangan) dalam urusan?” Katakanlah: “Sesungguhnya urusan itu seluruhnya di tangan Allah.”

Friday, September 3, 2010

JMB15 : ORANG YANG MEMINTA DENGAN MENYEBUT NAMA ALLAH

DSC01226

Susunan : Dr. Abdul Muhsin Bin Muhammad Al Qasim
(Imam dan KHatib Mesjid Nabawy)
Alih Bahasa : Dasman Yahya Ma’aly

TERMASUK memuliakan Allah, tidak menolak seseorang yang meminta dengan menyebut nama Allah. Nabi s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa yang meminta perlindungan dengan nama Allah, maka lindungilah dia. Barangsiapa yang meminta dengan menyebut nama Allah, maka berilah dia. Dan barangsiapa yang mengundangmu, maka jawablah undangannya.” HR Abu Daud.

Sedangkan mencela masa dan perubahan iklimnya dari panas dan dingin, adalah sama dengan menyakiti Tuhan alam semesta. Nabi s.a.w. bersabda:

“Allah azza wa Jalla berfirman: “Anak Adam menyakitiku, ia mencela zaman, sedangkan Akulah zaman itu. Di tangan Ku-lah segala urusan. Aku mengganti2kan malam dan siang.” HR Al Bukhary.

Thursday, September 2, 2010

JBM14 : BERSUMPAH DENGAN NAMA SELAIN ALLAH ADALAH SYIRIK

DSC01226

Susunan : Dr. Abdul Muhsin Bin Muhammad Al Qasim
(Imam dan Khatib Mesjid Nabawy)
Alih Bahasa : Dasman Yahya Ma’aly

TIADA seorang pun yang lebih dicintai disisi seorang Muslim daripada Allah, dan tidak ada yang lebih mulia dihatinya selain Dia. Allah-lah yang agung dalam hatinya dan yang besar dalam jiwanya. Dan orang yang jujur dalam mencintaiNya, tidak mungkin bersumpah kecuali hanya dengan menyebut namaNya semata.

Bersumpah dengan menyebut selain Allah s.w.t. mithalnya Ka’abah, Nabi, amanah dan wali, adalah syirik dalam bertauhid. Nabi s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa yang bersumpah dengan nama selain Allah, sungguh ia telah kafir atau musyrik.” HR At Tirmizy.

Sering bersumpah bertentangan dengan sikap mengangungkan Allah dalam hati.

Oleh itu, jagalah sumpahmu, sekalipun dalam kondisi kamu benar. Allah s.w.t. berfirman:

“Dan jagalah sumpahmu.” QS Al Maaidah ayat 89.

Dan berhati2lah. Jangan sampai kamu bersumpah dalam kondisi kamu berdusta, iaitu sumpah yang menimbulkan dosa.

Dan termasuk mengagungkan Allah, menerima dengan senang hati sumpah dengan menyebut namaNya, sekalipun orang yang mendengar tahu kebohongan orang yang bersumpah. Nabi s.a.w. bersabda:

“Janganlah kamu bersumpah dengan menyebut bapak2mu. Barang siapa yang bersumpah demi Allah, hendaklah ia benar. Dan barangsiapa yang (orang lain) bersumpah kepadanya dengan menyebut nama Allah, hendaklah ia terima dengan senang hati. Dan siapa yang tidak senang dengan Allah, maka ia bukanlah dari golongan hamba Allah.” HR Ibnu Majah.