Tuesday, June 29, 2010

PERHIMPUNAN MELAYU BANGKIT

MINGGU lepas, semasa ma ronda2 ke Mydin Mall, Kuala Terengganu bersama dengan sahabat Che’ Bunga, ma dikejutkan oleh pembesar suara yang kedengaran dari sebuah kenderaan bergerak, menjemput orang ramai bersama mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke4, Tun Mahathir Mohamad. Beliau akan memberi ceramah di Stadium Negeri Kuala Terengganu berhubung “ PERHIMPUNAN  MELAYU BANGKIT”.

Belum apa2  lagi hati ma dah tersentuh. Apakah yang akan diperkatakan oleh mantan PM kita tu?

Sebagaimana yang kita maklum, hubungan Melayu kita agak kritikal. Tiada persefahaman, kata  mengata  dan  jika lambat disedarkan  dikhuatiri Melayu hanya akan tinggal nama sahaja di Tanah Melayu ini!  Yang paling jelas keTUANan Melayu kita sedang  tergugat! Tergugat kerana ada yang mengcungkil kedudukan Melayu kerana nak  mengecek      undi bukan Melayu!

Ma dengan  Che’ Bunga berpakat untuk pergi… Apalagi dah lama tidak melihat mantan PM kita yang penuh wawasan tu.

Majlis dikendalikan  oleh pertubuhan NGO  – GERTAK.  Baru pertama kali ma mendengar nama GERTAK ni, tapi betul2 nampak semangat ketuanan Melayunya bukan boleh dipersendakan. Syabas!

 DSC01138

Anak2 muda sebagai  benteng  barisan tempat2 duduk tetamu yang hadir.

Tiba aje ke dalam stadium, berdiri bulu roma ma melihat anak2 muda berbaju hitam, berlilit kepala dengan kain merah sebagai penyambut tamu dipintu  masuk. Kalaulah ma tak yakin dengan kawalan keselamatan disitu, dah  tentu ma akan keluar dari dewan ini, kerana gerun kalau2 terjadi sesuatu yang kurang menyenangkan.  Semangat keberanian yang ditunjukkan  mereka, nampak bukan calang2….

 

DSC01131

Acara pencak silat yang dipersembahkan sebelum kehadiran Tun.  Nampak hebat sekali dengan menggunakan senjata  tajam  hingga         mengeluarkan percikan api bila bertembung dengan senjata lawan.

 

DSC01141

  Ketibaan Tun dikerumuni para jurugambar. Tak  terkecuali ma, MENYELIT antara mereka.    Hehehe.. Tak kesahlah apa orang nak kata, asal dapat snap sendiri!

 

DSC01142

Persembahan seterusnya didepan Tun.

 Persembahan yang sangat menarik hati ma…. Dahsyat kesungguhan anak2 gadis ni..! Anak dara sapa agaknya yer!?

 

DSC01155 Lebih kurang sejam setengah Tun berdiri.  Intipatinya,  Tun banyak memberi kesedaran dan memperingatkan betapa pentingnya Melayu bersatu jika masih terus mau kekal ketuanan Melayu dan diperintah oleh orang Melayu.

Ma jadi mengerti mengapa acara ini tidak dikendalikan oleh Parti Politik.  Disebabkan  Tun adalah bekas PM Malaysia yang pernah  tidak disenangi oleh musuh2 politiknya, memang kenalah pada tempatnya acara ini dikendalikan oleh Badan Bukan Kerajaan, supaya orang ramai boleh hadir tanpa mengira parti.

Demi bangsa, agama dan negara…. sasarannya sudah semestinya seluruh bangsa Melayu. Alhamdulillah… ma anggap ia berjaya kerana yang hadir memenuhi tempat rata2 kelihatannya   ialah kakitangan awam dari pelbagai sektor.  

Saturday, June 26, 2010

KHAZANAH PENGANTIN

  DSC01166

Inilah  ‘ sebahagian’  daripada  HASIL2 jamuan2 perkahwinan sepanjang cuti persekolahan baru2 ini. Tak tau mana nak disimpan.  Dah jadi macam khazanah!  Nak dibuang…..  mustahil…! Sayang kan? Cantik2 pulak tu!

Ma sebut sebahagian kerana setiap satunya, digandingkan dengan beberapa barangan lain, seperti telur, gula2, tuala saputangan, kueh2 manisan – dodol,  wajik, baulu dan sebagainya. Semuanya diisi dalam sebuah beg yang memuatkan sekurang2nya 3  barangan didalamnya.

Cubalah bayangkan, berapakah harganya setiap satu  barangan yang cantik buatannya  ini,  tapi….   kurang penggunaanya itu…?

 DSC01165

Dalam botol inilah ma isikan gula2 dari setiap sampul yang ma dapat.   Dirumah ma     tak ada sesiapa yang nak makan…  Kecuali…..

DSC01167

            Kalau budak nakal ni… dengan   kakak2nya berkunjung kerumah ma.      Tuu laa…    Makan banyak sangat gula2…. Kaaan…, dah terkinja2 dia!

Tuesday, June 22, 2010

BERKONGSI TARIKH LAHIR

BUKAN dirancang, bukan disengajakan… Ini benar2 kejadian!

Ada beberapa orang dalam keluarga ma yang berkongsi tarikh lahir @ Birthday.

Semalam anak ke4 ma, Azmira 23 tahun    menyambut birthdaynya pada 21hb Jun… Berkongsi tarikh yang sama dengan cucu ma yang ke4, Eizzeddin Afkar, 5 tahun… Cahaya mata  sulung Azil Hizaq anak ke3 ma.

Happy Birthday untuk kedua2 SuriaKu….

 

21 Jun

9229_1262551881685_1166366183_806717_6517861_n

30703_115631561812711_100000976033666_82975_4681001_n

Mira dan Eizz @ Along

 

   15 Mac

23436_102302726479520_100000993796571_14900_4936043_n30729_111900008851410_100000942338993_61747_5830319_n

Ismail Talib – abang ipar-   15 mac 1940 dan Muhammad Zikri Afkar – cucu sulung – 15 Mac 1998

 

4 Dec

31072_1205533996848_1783609335_413092_1536226_n5128_1161751451846_1469615516_30431983_1944137_n

Kamarudin Awang – abang- 4 Dec 1949 dan Isfarizal Ismail, duduk sebelah kiri berbaju  biru- anak saudara – 4 Dec 1968.

 

6 Dec

Dan yang paling istimewa  tarikh  6 Dec  bagi kakak ma, Hjh.Ramla Awang apabila dia dilahirkan pada    6   Dec  1946, bernikah  ketika usianya 19 tahun pada   6 Dec 1965, dan tepat pada tarikh yang sama 6 Dec 1966 beliau melahirkan baby sulongnya, Afandi Ishak.

36429_401040872647_553442647_4360903_3592348_n

 

 

 

n1089639004_172318_2352

 

 

 

 

 

Hjj. Ramlah bersama suaminya  Hj. Ishak dan anak sulungnya Afandi Ishak.

Bulan Julai depan, tibalah tarikh lahir ma pulak… Tak ada rasa keistimewaan apa2 kecuali semakin berusia dan menghampiri senja.  Tapi… angka 7 merupakan angka yang memang begitu hampir dengan diri ma…. nanti ma ceritakan….

Thursday, June 17, 2010

ALAHAI AGHEH….

MALAM semalam, sekitar jam 4 pagi ma dikejutkan dengan suatu suara nyanyian yang disumbangkan oleh si Agheh. Sebut pun sumbang…, memang sumbang bebenor…! Lagu ada…, tapi  lagu yang tak pernah dengar milik penyanyi mane… Senikata pun ada…, tapi tak tau apa kebendanya… Hahaha…

Rasanya macam dekat benar dengan telinga ni! Bunyi air paip di tepi bilik tidur ma yang  ma guna untuk membasuh kereta sekali2,  pun bukan main bersembur lagi.  Ma pun buka tingkap bilik tidur. Tengok2 si Agheh  tengah  mandi,  syoknya dia  sambil  menyanyi2 lagi….!

Si Agheh ni… mungkin nama sebenarnya Haris kot, bila kena dengan loghat Terengganu jadilah Agheh…Dia ni  75 sen! Tak cukup seringgit!

 

DSC01159  Ketika ma snap pic ni dia sedang berpekek terlolong nyanyi lagu hindustan. Bila dia nampak ma snap, dia kata ‘bagi saya kamera awak tu!’

Dah lebih kurang 10 tahun tangga dapur rumah ma jadi penginapan kedua dia. Kadang2 tu…  bangun pagi2 terkejut tengok dia tengah tergolek tidur disitu. Kadang2 dia  berehat tengahari tah dari mane2  dia merayap. Dah tak terlarat nak suruh pergi..

Masa arwah tu ada, biasa juga arwah tu bagi makan.  Tapi bila  dia tabur nasi lemak tu dan daun pisang dibuang merata kami tak pernah lagi nak bagi makan kat dia.  Sungguh pun gitu, dia  dengar sangat apa kata arwah. Kalau arwah yang suruh pergi, dia akan cepat2 pergi.

Sekarang kami2 yang perempuan ni tak usah nak suruhlah. Dia jadi degil. Pernah tu ma gertak dia nak panggil polis. Bukan dia takut pun! Lagilah dia buat gaya mengada2 dia, dengan muka dan badan dia  mengenjut macam perempuan merajuk…!

Anak cucu takut juga. Maklum orang giler… Kalau buat apa2 kan buang kes aje?! Tapi selalu dimotivasikan oleh arwah… Agheh tu kalau tolak dengan jari telunjuk sebatang pun jatuh, nak takut apa!? Betul juga… jalannya pun sentiasa terhoyong hayang.. tak seimbang…! 

Kalau nak bercakap dengan dia kena baik2…, lembut2..   Kalau tak, dia akan jadi degil, tak mengikut kata.

Jadi ma pun gunakan suara bangun tidur ma… Gheh… sudah mandi nanti, tutup air tu semula heh! Dia yang sedang mandi menyangkong, mengangguk2 dengan mata  melenggak pandang ma yang di tingkap bilik tidur.

Kejap lagi, dengar air pelahan2 ditutup. Ma pun jenguk lagi… Tengok2 dia dah berdiri. Telanjang bulat rupanya. Ma ingatkan dia pakailah kain pelikat ke apa2.

Agheh2… Rumah ni tepi jalan… Lampu jalan pun betul2 depan tangga rumah…!

Bila pagi.. si Tijah yang lalu, baru balik dari membungkus nasi lemak di gerai belakang rumah menyapa…

Kak… kak sedar tak si Agheh mandi telanjang bulat  kat tepi rumah kak malam tadi?

Hahaha ma ketawa besar…  Sedar.. Jah…!

Ada orang yang nampak rupanya kau Agheh!  Kena loterilah orang tu…!

Sunday, June 13, 2010

PUKULAN GULA

 

DSC01069

Mulanya tu, ingatkan   kenapalah  orang beratur memanjang macam nak amek teket wayang dalam supermarket ni…

  DSC01071Bila ke depan, barulah nampak…! Rupanya orang beratur untuk mendapatkan gula….! Setiap seorang hanya dapat sebungkus 2 kg aje…  Gula akan dibahagi  setiap satu jam sekali. Sesiapa yang nak, sila beratur…. dan tunggu sampai gula dibawa keluar dari store.

 

Alhamdulillah, ma tak terlibat. Dirumah ma cuma ada 3 orang. Dan ma akan beli gula kalau kebetulan ada kesempatan tak kira musim susah atau senang. Dan kami pun bukannya peminat makanan2 manis… cuma kegunaan untuk minum aje…

Kecuali si Mamat… kawan si Mira. Baru2 ni buka gerai jus jambu. Ada beberapa hari kebelakangan ni tak boleh berniaga kerana tak ada gula. Diajaknya Mira bertunggu tangga di supermarket untuk mendapatkan 2 kg gula seorang.

Jadi ma tolong belikan dia gula di sebuah kedai China. Tauke tu memang baik dengan ma. Begitu mudahnya dia memberi ma seguni gula 50kg dengan  harga RM82.50.

DSC01117

Tapi…! Alangkah susahnya ma, Mira dan Yana nak membawa keluar gula 50 kg tu dari boot kereta …. Puas diheret, di golek..! Si Mamat sampai ke hari ni, ‘relek’  aje…! Kalau dia kata taknak senang pulak, boleh ma jual   aje pada jiran2…! Hehehe…

Lain kali pegi beli sendirilah, Mat!

Saturday, June 12, 2010

BOLA3… BOLA TENGOK TUAN.

PIALA DUNIA dah tiba! Sana  sini orang sebok bercerita hal bola.  Ma memang tak berani nak bercerita bab bola mola ni sebab ma betul2 benak bab ni.

Arwah suami dulu minat juga bola kalau bola  Piala Dunia. Kononnya…. dia syok tengok pemain2 luar yang bertubuh sasa, pantas berlari dan setiap kali menendang bola… berdesup, katanya.

Ma melayan aje  minatnya. Lagi pun dia bukan pergi tengok diluar. Apalagi ma bukan juga penonton tv tegar. Jadi bagi ajelah channel tu padanya.

 

Ma bukan tak nak cuba2 meminati, atau belajar camane nak tengok bola. Tapi tak boleh nak  faham. Gol sape2 pun tak tau, camane?

Kalau ma tengok, asyik2 ma tanya, sape dapat gol ni? sape punya gol ni… ?  Akhirnya macam mengganggu pulak… Sedar diri!

Tapi untuk melayan minat suami, ma jadi rajin memasak malam. Buatkan makanan2 rengan  untuk mencerahkan matanya. Biasanya gorengkan keropok atau goreng ubi kayu untuknya.

Diawal2 pertandingan makanan2 rengan itu dapat juga mencerahkan matanya. Tapi bila sampai ke separuh pertandingan, dia dah mula memilih. Hanya menanti aksi dari pasukan kegemaran pilihannya aje….

Faham2 ajelah yee… Kalau untuk semalam dua berjaga mungkin larat juga nak menyengkang mata. Tapi kalau dah setiap malam…?

Bola…bola… bola… Akhirnya, bola tengok tuan!

Yang menariknya, walaupun kami akhirnya beralah untuk masuk tidur… kerana rumah ma ni di tepi jalan.., kalau ada sorakan gol dari kedai2 kopi yang berjaga sampai ke pagi, boleh buat kami tersentak juga….!

Memang meriah!!!

Friday, June 11, 2010

ZIARAH SANTAI

 

ISNIN 8hb Jun kami ke KB ziarah sepupu ma, langsung terus ke Rantau Panjang. Dah puas2 shopping, kami ke tepi sungai Golok.

 

DSC01096Inilah pintu masuk ‘haram’  Malaysia/Thailand. Hanya  dipisahkan Sungai Golok  tak sampai pun beberapa  meter sahaja. 

 

DSC01100

Penumpang dihantar dari pengkalan ini ke seberang hanya beberapa minit. 

DSC01097

Berdiri aje… tak sempat duduk pun…

DSC01099Penambang dah  sampai pun  semula kemari…...! Tambang RM1. Agak mahal berbanding perkhidmatan. Rasanya kaya tokey penambang!

Ma pernah sampai kemari ketika tahun 70an dulu bersama emak dan kakak sulong ma. Dan kami memang pernah pun ke Golok melalui penambang ini.  Ketika tu tambang 10sen aje. Katanya kalau air surut, ada yang sengseng seluar mengharung air. Memang dekat sangatlah!

Ma juga ternampak seseorang menyedut minyak petrol dari kereta Kenari di pengkalan ini. Dengan lenggang tanpa rasa bersalah dihadapan mata kami, minyak segelen penuh sabsidi kerajaan   itu   dibawa keseberang. Maaflah tak ada pic sebagai bukti. Tapi yang pasti ma tak fitnah!

 

DSC01109

Hari Selasa selepas asar sempat jugalah ma bawa Abang Mat ke Mesjid Kristal. Teringin sangat dia nak tengok Mesjid Kristal…   Kagum sangat nampaknya , asyik aje memuji kecantikan mesjid ni…..

DSC01106 Sesiapa yang sudi ziarah ma, jomlah. Nanti ma bawak jalan2, k!

Monday, June 7, 2010

BAHAGIA TERIMA TETAMU

BIASANYA  kalau musim2 cuti persekolahan begini, rumah ma sentiasa dikunjungi tetamu dari jauh.

Inilah saat yang paling membahagiakan ma.  Ma takkan senang hati selagi tak dapat membawa mereka berziarah walaupun hanya  sekitar Kuala Terengganu.

Rencananya nak ke Mesjid Kristal. Tapi kerana kami merancang juga nak ke Pantai Batu Burok, kami menukar rancangan ke  Mesjid Terapong aje @ Mesjid Tengku Tengah Zaharah, di Kuala Ibai.

DSC01072

Selepas solat Asar kami berehat seketika menikmati angin yang nyaman sekeliling tasek. Yang berkupiah putih tu abang ma- Abang Mat dari Kuala Sedili, Kota Tinggi. Yang bertudung biru tu pulak, kakak ma Kak Peah yang tinggal di Uda, JB. Dengan pasangan masing2.

DSC01073 Beginilah ramainya tetamu2 ma yang sempat makan tengahari dirumah sebelum ziarah Mesjid Terapong.  Yang berbaju merah tu, datangnya dengan sebuah MPV sarat dari Kampong Makam, Kota Tinggi.

 DSC01075Termasuklah anak ke3 ma, Ezaq sekeluarga yang balik ke rumah bila diberitau makcik2 dan pakcik2nya akan datang bertamu.

DSC01076

Singgah sekejap di Pantai Batu Buruk. Sebenarnya ma pun dah lama tak kemari. Masa ramai2  ginilah ma menumpang seronok sambil bersantai.

DSC01088

Eizzzedin Afkar, cucu  dari anak ke3 ma.

 

DSC01090 Dengan bayaran rm5 boleh menunggang kuda. Tapi… alahai…  dua tiga pusingan kat situ je…. tak kemana…

Saturday, June 5, 2010

ZULFAN.. ZULFAN…

“MAK, tepon Zikri sekarang!”

“Kenapa?”

“Suruh dia buat Score A.., dia tak buat.  Asik main facebook!”  SD yang sedang di pejabat,  tertangkap Zikri sedang online di facebook!

Inilah kelebihan Score A Programe sebenarnya. Sistem akan menghantar e-report melalui sms kepada penjaga jika anak selesai membuat latih tubi Score A.

Jika e-report tak sampai, bererti anak tak buat kerja!

Masa tu ma baru aje masuk ke kereta nak keluar dari parkir. Baru lepas settle bill handphone  di pejabat Celcom. Yana ada bersama2 ma disebelah.

30729_111900008851410_100000942338993_61747_5830319_n

Muhamad Zikri Afkar.. Mohon dijauhkan Allah dari gejala tak sihat.

‘Bang…, abang buat apa?!’ Panggilan manja buat Zikri cucu sulong ma yang akan ambil UPSR tahun ini.

“Belajar..!”

“Betul ke bang?’”

“Hmm...,”  hambar aje.

Su tengok abang tengah online facebook ni!”  sergah Yana.

Tergamam seketika…

“Taklah…! Abang tengah submit jawapan. Lambat sangat tunggu, abang bukalah facebook…”  

Gitulah budak2 kalau dah tertangkap!  Cuba berbohong. 

"Abang, tolong ye bang... Kalau abang belajar main2 tak dapat Score 5A dalam UPSR nanti, abang kecewa tau!”

Tak puas lagi berleter jarak jauh… “Jangan buat malu nenek, bang…  Kan  nenek sekarang ni  dah join Score A?! Nenek selalu bercerita pada kawan2 nenek ... Sejak abang guna Score A Programe abang dah dapat lencana Cemerlang.. Elit... dalam kelas! Tapi kalau abang  main2 gini, nanti kawan2 nenek kata nenek bohong! Nanti nenek malu tau bang!”

“Abang taulah nek.. abang belajarlah nii.”  Rendah aje suaranya.

Tiba2 aje si Zulfan menyampuk dari jauh… Dengan gagap2 dan pelatnya.

“Abang ipu ah enek… Abang tak wat eje olah. Abang ukak asbuk!”

(Abang tipulah nenek.. Abang tak buat keje sekolah. Abang bukak facebook!)

Kami berdua berderai ketawa! Si Zulfan dah pecah tembelang abangnya!

Pandai pulak  sebut facebook? Zulfan … Zulfan…!

Kata mamanya dia pandai juga  score kalau bermain  game dalam internet!

Baru aje 3 tahun! …  Cerdiknya budak2 sekarang……!

28314_119077598125318_100000692342577_139167_5569419_n Muhamad Zulfan Afkar dan adiknya Marsya Zulaikha Afkar. Ketika menuju Pasaraya di Perak baru2 ni.

Wednesday, June 2, 2010

KAD KAWEN BERSUSUN

ESOK Khamis adalah hari terakhir persekolah bagi negeri2 Terengganu, Kelantan dan Kedah. Tapi….. bagaikan berpakat besok jugalah dah ada yang  memulakan hari kenduri bagi bakal2 pengantin. Belum mula cuti lagi dah tak sabor2 mak2 pengantin nak terima menantu…. Hahaha…

DSC01068 

Tengok tu, kad2 dah tersusun ikut tarikh. Yang mana dulu didulukan… Takut tertinggal…!

Kalau  1 jemputan sehari, masih  boleh tahan… tapi kalau dah tiga empat jemputan sehari… pergi ambil hati ajelah jawabnya. Pergi ‘huloq’ kata orang Kedah. Kata orang Terengganu pulak pergi ‘ttemu’ mata… Ingat tu.. ‘ttemu’ tu bunyinya ada sabdu sikit. Kalau kurang sabdu tak betul nahunya tau..! Hehehe…….

Alahaaaai… gemuklah ma seminggu niii….