Tuesday, April 27, 2010

TEMAN SEBILIK

Dikesempatan yang ada semasa ma ke KL baru2 ini, ma teringat akan seorang teman sebilik ma semasa mengerjakan haji baru2 ini. Walau pun kami sebilik hanya lebih kurang 10 hari sahaja sebelum berangkat ke Arafah.., tapi  kemesraan antara kami melebihi dari seorang kawan biasa.

Terus terang, ma sangat menyayangi kawan2 ma, apatah lagi jika kawan itu pandai menambat hati, ikhlas dan  mesra alam. Bagi ma tidak mudah ma menolak seorang kawan, malah akan ma perpanjangkan siratulrahim dengan menziarahi mereka jika ada masa dan kelapangan. Paling tidak sms sebagai tali pengikat antara  kami…

MAHMUDAH – bertudung biru…. sangat mudah untuk didekati….

 DSC01017 

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa melepaskan rindu bertemu ma, dan terima kasih kerana belanja makan malam….

Monday, April 26, 2010

MENGHILANG SEKEJAP

Pejam celek pejam rupanya dah hampir seminggu ma tidak buat entry baru. Sebenarnya ma ke KL untuk mengikuti kursus N.D.O. Program Score A.

Program Pendidikan yang TERHEBAT yang ma percaya 100% boleh menjana RM!

Program ini hanya memerlukan 4 orang downline.

Lebih 200 orang yang memenuhi Dewan Audotirium Kampus Kota Universiti Malaya, dengan penuh semangat untuk berjaya!  Kursus sehari itu membuatkan ma hampir2 terlupa usia sebenar ma.. !

USAHA TIDAK MENGENAL USIA, kamariah!

Ma tidak merasa terlalu tua untuk menyertai program ini, kerana ma dikelilingi oleh orang2 yang bersemangat HEBAT  ingin berjaya.

Ma juga hampir sebak kerana kagum dengan seorang  pemuda seusia 21tahun, yang dulunya  seorang Mat Rempit,  baru melibatkan dirinya dalam perniagaan ini  kira2 setahun, kini sudah menjana pendapatan  sehingga RM40,000 sebulan!

Dan Program Score A ini juga telah melahirkan seramai $$$

 13 JUTAWAN!!

Kalau sesiapa ingin mengetahuinya lebih lanjut…, sila email kepada kamariah579@gmail.com

MARI KITA SAMA2 BERJAYA… INSYA ALLAH!!!

Monday, April 19, 2010

MAYAT TERSENYUM

Kalau hari tu kita berkongsi cerita hal Kotak Hitam Suami, kemudian tu, Kesah Suami Isteri…,  dan juga Takut Isteri… ! Yang lojik, yang tak lojik semua ada. Tapi hasilnya kita dapat tersenyum juga dibuatnya….… kan?

Kali ini kita kongsi lagi…..

Senyuman seribu makna…..

SEORANG  pegawai polis masuk kebilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian 3 lelaki sekali gus.

Selepas memeriksa mayat2 itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?

Penjaga : Lelaki pertama tiba-tiba diserang angin ahmar ketika dia sedang bersanding. Lelaki kedua pulak dapat tahu dia menang loteri dan mati diserang sakit jantung. Menakala lelaki ketiga disambar petir.

Polis : Kenapa disambar petir boleh tersenyum?

Penjaga : Sebab pada masa itu dia menyangka orang sedang mengambil gambarnya!

SENYUM… SENYUM.. SENYUM… JANGAN TAK SENYUM…

Saturday, April 17, 2010

ANTARA SALAM DAN SENYUM

ASALAMUALAIKUM..!

Jawab salam, jangan tak jawab! Kalau jawab dalam hati sambil tersenyum pun rasanya tak aci… Kena jawab jugak untuk mengelak dari dituduh sombong atau tak cakna kata orang Terengganu.

Bagi ma  amalan  bersalam2an ini  sudah menjadi suatu budaya       dalam kehidupan seharian ma. Tak  kiralah samada bersalaman, memberi salam atau berkirim salam.

Begitu juga dengan ucapan terima kasih.. ucapkanlah terima kasih atas pemberian seseorang tanda keikhlasan kita menerima pemberian itu. Soal nak membalas pemberian itu atas sebaliknya, jangan jadikan fikiran. Tak dapat nak hello pun cukup sekadar sms. Say… TQ!  Hehehe…. Macam cikgu sivik pula ma hari ni, sorri yeerk!

Boleh jadi kecik ati…. 

Alangkah kecilnya hati seseorang  itu kalau dia memberi salam, tapi salamnya tak bersambut. Apatah lagi jika lama tak berjumpa, macam2 prasangka  yang timbul….!

Okey, kita tinggalkan bab salam menyalam ni. Sekarang kita bercakap hal senyum pulak. Salam dan senyum sama2 besar pahalanya. Sehinggakan mati pun kalau boleh kita nak mati dalam senyuman….

Tak percaya?

 

Kucing ni pun pandai tersenyum….

Besok yerk ma cerita hal MAYAT TERSENYUM….

Friday, April 16, 2010

WAJAH DAN KEPERIBADIAN RASULULLAH

KITA kongsi lagi yer…

DIRIWAYATKAN oleh Yaakub Bin Sufyan al-Fasawy al-Hafiz daripada Hassan Bin Ali, katanya: “Aku bertanya kepada bapa saudaraku, Hindun Abu Haalah mengenai wajah, bentuk badan dan keperibadian Rasulullah.

“Lalu bapa saudaraku menggambarkan serba sedikit berdasarkan ingatan dan keterangan yang diberitahu kepadanya mengenai Nabi Muhammad s.a.w.”

Wajah Rasullullah selalu nampak berseri-seri. 

Keningnya lebar, alisnya agak melentik, hidungnya mancung dan bahagian hujung hidungnya  kelihatan berkilat.

Biji matanya hitam. Janggutnya lebat. Kedua-dua pipinya tidak terlalu tembam dan giginya halus dan agak jarang.

Tubuh Rasullullah sederhana besar, dadanya bidang, rambutnya bergelombang dan mudah disikat. Panjang rambutnya melebihi cuping telinga.

Lehernya bersih, manakala antara dada dan pusat tumbuh bulu roma halus dan nipis, tetapi bahagian perut dan tetek tidak berbulu.

Kedua2 lengan dan bahunya tumbuh bulu yang agak tebal.  Dada dan perutnya mendatar (tidak buncit).

Lengannya panjang, telapak tangannya luas, jari kaki dan tangan agak berisi. Antara tumit dan hujung jarinya ada bahagian yang melengkung hingga kalau berjalan bahagian itu tidak menyentuh tanah.

Hebat kan? Memang hebat…! Dan secara peribadi, ma paling tertarik dengan kehebatan baginda yang ini….

Apabila berjalan, gerak langkahnya cergas. Gaya berjalan seolah-olah sedang melalui tempat yang menurun.  Bagaimana pun cara baginda berjalan kelihatan berhati-hati dan tidak tergesa-gesa.

Apabila berjalan matanya lebih suka melihat kebawah. Apabila berpaling, lazimnya baginda berpaling dengan seluruh badan.

Dan apabila baginda  memandang sesuatu, pandangannya selalu dengan pandangan menyelidik.

Wednesday, April 14, 2010

MATA DAN HATI KAMARIAH

SEORANG  kawan lama dalam bidang penulisan di Singapura ZO akan berhijrah ke JB dalam masa terdekat ini… Alhamdulillah, dan tahniah ZO! Akhirnya kita ikut  jejak awak ke Malaysia, Kama….. katanya. 

Sejak kebelakangan ini kami sering bersms dan saling bertanya khabar tentang kawan2 lama. Tapi tidaklah terlalu kerap sehingga mengganggu urusan kekeluargaan atau biz masing2.

Paling tidak pernah ma lupakan ialah seorang rakan penulisan juga yang menggunakan nama penanya ER. Bila ‘tersebut’  nama ER, ZO tersentap dan agak kecewa dengan mengatakan siapalah dia, kerana ER tidak pandang pun sebelah mata padanya.  Iyer ke begitu?!  

Mereka pernah tinggal sekampung katanya, tapi kalau berjumpa dimana2 mereka tidak  pernah bertegur sapa, seolah2 ER tidak pernah mengenalinya. Alaaahai, betul ke? 

Mendengarnya agak mustahil … Tapi kerana kedua2nya ma kenal baik, adalah tidak adil ma mendengar dari sebelah pehak sahaja sebab ma memang sudah lama tidak bersua muka dan tidak berhubung langsung dengan ER.   Walaupun kami tak pernah duduk semeja bertiga, tapi setidak2nya kami duduk dalam satu persatuan penulisan yang sama dulu….

Atau…  mungkin ada sesuatu sebab kenapa ER bersikap sedemikian!

Dan  untuk membenarkan atau menafikan perkara itu ma cuba mencari ER dalam facebook. Ma terjumpa, dan memberi salam padanya.. Mudah2an ER menyambut salam ma, sekaligus mengenepikan prasangka yang wujud antara kami.  Sebab mustahil dia tidak mengenali ma jugak!

Di era facebook berleluasa ni ramai juga kawan2 lama yang dapat ma kontak semula, antaranya kawan2 semasa dialam persekolahan dari Sekolah Menengah Tun Seri Lanang ditahun 1969, di Singapura… Iyalah… Siapa yang tak teruja bila mengingatkan alam persekolahan yang banyak meninggalkan kenangan manis semasa kita remaja. 

Ma juga telah mengingatkan kawan2 akan kewujudan blog ma ini. Jika ada kawan2  yang sudi singgah diblog ma ini apalah salahnya meninggalkan sepatah komen atau  bersembang biarpun sumbing, tetap ma hargai!

Marilah sama2 kita berhubungan kembali bertukar2 cerita dan pengelaman… tiada apa yang perlu dimalukan.  Terima kasih kalau masih sudi, ma menerimanya dengan penuh keikhlasan….

Friday, April 9, 2010

PADA 23 DEC 2008 ITU

MA tunaikan janji ma semalam…. Sepotong Al-Fatihah untuk Aziziah Sulong. Meninggal pada 23 Dec 2008 di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu. Walau sudah lama berlalu, selagi teringat selamanya akan terkenang…


PERMERGIAN YANG TAK DIDUGA

Rupanya.....
pemergian seorang sahabat
tiada bedzanya dengan pemergian seorang kekasih
sunyi dan kepiluan yang memukul
merentap jiwa dan semanagt kehidupan
menghentikan segala impian dan angan²
seolah untuk apa lagi mengejar dunia ini...?
Begitu rapuhnya sepotong nyawa yang dipinjamkan...!

Baru semalam
dalam tawa dan gurau senda
tiada sekelumit pun terlintas
itu adalah senda dan gurauan terakhir
sedang di matamu redup
bagai minta dikasihani
tiada siapa yang memahami

hanya setelah ia berlalu
permergian tanpa sepatah kata
maupun sedikit pesan
panggilan Illahi yang mengejutkan.

Masih segar
renek lenggok gayamu
mampir dengan salam lunak
lembut suaramu
dan senyum yang sama sekali tidak pernah palsu.

Kata iman… kematian itu satu kemestian
Kata naluri… kehidupan harus dipertahankan
walau sengsara derita kepayahan menjadi pakaian.
Dengan kalimah suci …
selamat abadi sahabat
sejuring al-Fatihah mengiringmu…

Selasa – 30 Dec 2008.

PEMERGIAN YANG TIDAK DIDUGA

 

Maaflah kalau pagi2 Jumaat yang mulia ni ma mulakan dengan bersayu2. Dah veteren gitulah. Bila sebut hal kematian, tetiba  terfikirkan  hal diri.  Segala angan2 terhenti seketika dibuatnya. Terlupa selagi ada nyawa, hidup harus diteruskan!

Begitulah perasaan ma bila perginya seorang rakan baik.. Boleh dikatakan teman yang boleh diajak kesana kemari. Seronoknya berkawan dengan dia, dia tahan bergurau. Puas kami mengusik, dan akhirnya pecah berderai ketawa. Dia  tak pernah marah pun!

Tapi kuasa Tuhan… diberinya penyakit darah tinggi pada orang yang penyabar ni… Selalu dia sebut kepalanya sakit. Bila ditanya dah makan obat? Dah katanya. Ma pun satu hal tak pernah tanya dah pergi check up? 

Tak sangkalah sebenarnya  dia tak pernah check up! Kalau katanya dah makan obat, dia hanya makan paracetamol! Rupa2nya…!

Ah.. panjang lebar pulak mukadimah ma.. Apa yang ma nak lahirkan dalam entry ma kali ni ialah… Akibat kesedihan ma atas pemerigan seorang rakan baik, terciptanya sebuah puisi.

Sebenarnya dunia ma dalam penulisan puisi ni agak pelik sikit. Ma takkan dapat melahirkannya kalau sesuatu peristiwa itu tidak meruntun hati sanubari  ma. Sebab itulah kalau didalam sesuatu majlis umpamanya, kalau ada  kawan2 yang meminta ma menulis secara spontan untuk memeriahkan majlis, jawab nya TIDAK.

Puisi ma  sederhana.. Tidak simbolik dan tidaklah sepuitis mana … Bukan mengada2 nak merendah diri… Memang betul, ma sendiri kurang bijak memahami puisi yang terlalu puitis.

Besok aje yeer …. Tak kesah mane kamariah…! Hehehe

Thursday, April 8, 2010

YANG DIPINJAMKAN

 

Petang tadi ma pergi melawat seorang jiran sekampung yang meninggal. Orang tua, tapi matinya mati mengejut. Nak pergi membeli sesuatu dikedai, tapi kerana terlupa duitnya yang tertinggal dirumah, dia balik untuk mengambil duitnya, tiba2 jatuh diatas jalan, dan terus meninggal…!

Aduh..,  betapa rapuhnya nyawa yang dipinjamkan Allah s.w.t. ini…!

Bila maut menggamit,  usia bukan menjadi perkiraan. Yang sakit bertahun2 belum pasti bila  dijemput, yang sihat tiba2 aje dipanggil. Tidak dilewatkan atau dicepatkan walau sedetik pun.

Inna lillahi wa inna ilaihi roojiuun…  Al-fatihah untuknya...

Terus ma teringatkan diri ma yang dah beransur senja ni… Camane gayanya yer….? Apa yang terlintas difikiran… cukupkah sudah bekalan yang akan dibawa nanti?

Wednesday, April 7, 2010

EKSLUSIF DARI TATANG!

 Foto000 Inilah Tatang, pemandu pelancung kami ketika kami di Jakarta sampai ke Bandung hari tu. Tatang adalah adik ipar kepada Yanti.

Kata sajalah kemana kami nak pergi dah tentu dia menurut!  Tapi istimewanya si Tatang ini, dia tak tidur  dihotel  yang kami    inap, maupun dirumah Yanti sendiri selama bersama2 kami,  walaupun dia sendiri beripar duai dengan mereka.

Dia tidur didalam van! Kerana amanahnya, dia tak akan meningggalkan van yang kami sewa. Takut dicuri orang katanya! Kesian kan?

Ketika menyedari van itu bermasaalah mungkin kerana naik ke Gunung Tangkuban Perahu yang tinggi gamaknya..  dia menarik diri dengan memohon maaf yang sebesar-besarnya kerana terpaksa balik ke Sumedang. Bimbang van tak mampu membawa kami pulang ke Jakarta.

Memang betul pun! Van tersebut betul2 sangkut ditempat dimana kejadian lori terbalik seperti mana didalam pic hari tu.

  bandung 014 (2)  Sekadar untuk ingatan.

Mujur benarlah Tatang menyedarinya awal… Jika tidak tak tau apa nak kata, dah tentu  perjalanan pulang kami ke Jakarta terkandas… Alamat tertinggal flightlah kami…. Aduhaiiii…! Syukur…Alhamdulillah!

 

 

Foto000(1) Ini isteri dan anak2 Tatang. Nama isteri Tatang, Lili Supriatna. Sedap  namanya! Dan yang handsome tu, dah semestilah anak bujangnya.

 

 Rumah saya Eklusif dari Tatang!

Inilah rumah bapak Yanti…. Comel kan? Disebelah kanannya sawah padi, dibelakangnya ada kolam ternak ikan air tawar… Memang sejuk mata memandang.

Memang kami terlupa betul nak snap pic rumahnya.. Jadi ma pohon jasa baik Tatang untuk  snap dan mengirimkan melalui mms. Terima kasih yang sebesar2nya buat Tatang yang baik hati!

 

Foto005(1) Penghuninya setia rumah ini! Bapak Yanti…. Buat sementara ni hanya beliaulah seorang yang tinggal dirumah ni. Beliau merupakan  seorang bekas kadhi dan juga aktivis masyarakat dikampungnya.

Ibu Yanti lebih banyak di rumah adik Yanti si Kurnia di Sukabumi…, kerana menjalani rawatan. Ketika ibu bersama2     menemani  kami dimana saja kami  berada, kami sentiasa bimbangkan kesehatanya kalau2 tak mengizinkan…

Tapi ibu benar2 bersemangat… tak kelihatan sedikit pun seperti orang yang sedang  mengalami penyakit .  Begitu cerianya dia meraikan kami.. Terima kasih, bu… 

Marilah sama2 kita memanjatkan doa  semoga kesehatannya cepat sembuh seperti sediakala dan dapat menjalani kehidupan disamping suami tercinta di bumi Sumedang!….. Amiiiin…!

Tuesday, April 6, 2010

INFO UNTUK DAPAT ANAK GENIUS

 9024a000 Bayi perempuan  ni lahir pada 3hb Mac 2010. Anak sulung kepada Laila Sahat, rakan ma dalam bidang insuren.

Ma pinjam dari akhbar Berita Minggu edisi 21 Mac 2010, baru2 ini. 

*** Sebaik kandungan mencecah 4 bulan, ibu digalakkan membaca surah Al-Fatihah, ayat Kursi dan surah Al-Insyirah. Surah Al-Fatihah adalah ibu Al-Quran. Ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan. Manakala surah Al-Insyirah untuk melapangkan hati dan fikiran.

 

 

 

24032010202 Irfan Bin Hakim, lahir pada 24hb Mac 2010. Anak kepada Wani, anak angkat ma di Singapura yang ketika gadisnya menuntut di Kusza, Terengganu.

*** Selepas bersalin baca surah2 berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan dikepalanya. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.

*** Waktu ketika anak sedar dan tidak, rebut peluang bisikkan kata2 nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepalanya.

*** Doakan kejayaan anak, rakan anak, anak rakan dan jiran.

Info Tambahan:

Dan menurut ibu kepada Adi Putra, surah yang diamalkannya setiap hari  ketika mengandungkan anak pintarnya itu ialah surah Luqman dan surah Mariam.

Wallahu alam.  Insya Allah….

Monday, April 5, 2010

HADIAH DARI D’QASEH

Nampak tak apa ni?

 DSC01011

Menarik kan?

Ma baru saja pergi mengambilnya di Pejabat Pos Laju, Jalan SultanSulaiman, Kuala Terengganu pagi tadi.

Inilah dia hadiahnya…! Ma sebagai pemenang tempat kedua Peraduan Mengarang Puisi tajaan D'Qaseh yang diadili oleh suaminya sendiri, sempena hari kelahiran suami tercintanya itu.
Terima kasih D Qaseh. Kebetulan ma memang tak ada brooch warna pink. Dan ma memang berkenan sangat2 brooch pink tu…

Lain kali buat peraduan apa pulak? Cerpen ke? Oooo sudah semestinya ma akan sertai kalau kena dengan syaratnya! 

Saturday, April 3, 2010

TAKUT ISTERI

 

AMPUN.. BEGINI NIH.. KALAU PUNYA ISTERI SUPER BODY…!Gambar – ihsan Google.

ENRTY ma  “Kesah Suami Isteri” Mac lepas, memang ma pun rasa  tak lojik . Iyalah camana nak lojik.. ada ke si isteri tanamkan mayat suaminya mengedap ke bawah… ?

Tapi , kita ikuti pulak kesah kali ini.. Rasanya  kali ni ada lojiknya sikit…. Hehehe

DUA orang pemuda asyik  sebok bercerita bagaimana mereka adalah suami yang garang dan tidak pernah tunduk kepada pujukan isteri masing-masing.
Tiba-tiba datang seorang lagi rakan yang cuba memasang telinga mendengar perbualan itu.

Merekapun bertanya kepada rakan yang baru sampai itu. “Hah, macamana pulak dengan kamu?”

Pemuda itu tersenyum dan berkata: “Baru semalam isteri aku terpaksa melutut dilantai….”

Ini membuatkan rakan-rakannya itu tercengang kerana memikirkan rakannya ini adalah seorang suami yang lebih garang daripada mereka.

“ Apa yang sebenarnya berlaku?” tanya mereka lagi.

Pemuda itu  menjawab: “Dia kata… keluar kau dari bawah katil tu,  dan lawan aku macam seorang lelaki…!”

Hahaha…. Siapalah agaknya suami yang ‘bertuah’ itu  yeer??