Wednesday, March 31, 2010

YANG PELIK YANG MENARIK

 

bandung 002

Kecik2 gini pun teruja bila tengok duit! Siap senyum lebar lagi…

 

bandung 009 (2)

Macam2 adaaa… Berjenis2 jeruk dan kerepek ada disini.. Kedainya pun bersih dan tersusun rapi!

bandung 008 (2)

Boleh rasa.. tapi janganlah sampai kenyang! Kesian dia nak niaga…

bandung 010 (2)Pernah tengok ni? Kalau tengok ni mesti teringat si Tanggang! …Pisang salai! Tapi agak pelik, dicelup tepung nipis2. Tepungnya garing tapi tak tebal macam pisang goreng. Rasanya? Ya Allah.. sedaap…! Tak manis macam pisang salai biasa..

bandung 011 (2)Yang ni pulak apa? Uniknya…  Macam mangkok! 

bandung 012 (2)

Ma rasa benda ni semacam bepang  pulut laa… Iyee kot..! Tak tau apa rasanya, sebab ma tak beli. Tak sampai hati nak makan mangkok. Hehehe…

bandung 013 (2) Hah yang tu kenapa pulak? SD kata itu belut salai! Hahaha.

 

bandung 025 (2) 

Disinilah kegilaan anak2 ma… Orang muda..!

 

bandung 054Ditempat kita dah tak kelihatan pemandangan sebegini. Malah kebanyakan peniaga jalanan jugak menggunakan kereta sorong untuk menjual pelbagai makanan.

 

bandung 055

Bergaya!  Hehehe. Kadang2 tu ada yang bertiga. Ketiga2nya dewasa pulak tu!

bandung 065 (2)Nampak tak apa tu? Kalau tak tau mari kita tengok dekat!

bandung 066 (2) Menggunakan topeng patong untuk menarik perhatian! Peminta sedekah kreatif!!

bandung 067 (2) Peminta sedekah yang ini pulak menggunakan kanak2 untuk meraih simpati! Tanpa mengambil kira cuaca yang ketika itu hujan agak lebat juga.

 

bandung 191

Yang ini paling menghiburkan..! Di jalanan…  atau disetiap lampu isyarat mereka akan berada dan mengambil kesempatan bekerja sambil berhibur…

Pemuzik jalanan ini tidak  mengenakan bayaran tertentu.. Hanya sekadar Rp1.000 @> 37sen, sudah mencukupi…

 bandung 033 (2)

Agar sukar mencari pelanggan…!

Bayangkan… Berapa ramai yang boleh bermain angklong? Walaupun harganya sekitar Rp100.000 itu harga yang belum  ditawar lagi… tapi berapa ramailah agaknya yang mau membeli hanya sekadar untuk perhiasan!?

 

DSC01004

Tangkuban Perahu… tempat menarik. Walaupun ma kalah dengan bau belerang yang menusuk sehingga seharian ma diserang selsema yang kronik… Tapi sesungguhnya ma tak serik untuk berkunjung lagi!

bandung 038 (2)

Menarik perhatian…! Topi2 dan mafla disusun teratur disepanjang pagar membuat kita menolehnya 2 kali!

 bandung 054 (2)

Kebanyakkannya dihasilkan dari pasir pantai…! Hanya ada 1 aje kedai yang menjual barangan kraf seperti ini di Tangkuban Perahu. Jadi.. kalau bertawar2 tak dapat, kalau rasa nak beli jugak.. tak usah fikir banyak… Nanti bila dah balik menyesal, dah tak guna!

  bandung 060 (2)Tak mudah putus asa! Begitulah kesungguhan peniaga2 yang memburu pelancung. Dari awal sampai… hingga memasuki van nak balik pun, mereka masih menghulur dan merayu… 

 bandung 078 (2)

Baju renang muslimah. Si Ika menggayakan tudungnya… Rugi kalau tak beli! Jadi kami membelinya.. cadang kalau2 tersesat dalam air.. Hehehe… 

TERUJA

 

Ma teruja bila melihat analytics dari Nuffnang semalam.  Terima kasih kepada pembaca2 entry ma yang datangnya, selain dari Malaysia dan Singapura, sekarang sudah ada dari Indonesia. Sudah semestinyalah anak2 yang  baru  ma kunjungi itu…

Yang buat ma terkejut  seramai 8 orang yang datangnya dari Norway! Pernah juga dari Russia dan Ireland ada seorang anak saudara yang menjadi doktor di Ireland.. Shikin kee tu? Alhamdulillah.. walaupun sorang dua aje, tapi ma ucap terima kasih banyak!

Melihat dari komen blog Deekuntum… Rasp mengakui adalah silent reader ma.. Alhamdulillah…. Tak sia2 ma menghabiskan masa di depan pc ni…

Rose pulak ingin tau ma duk Ganu dimana?  Pasir panjang, Rose.. Silalah mampir dirumah ma.

DSC01009 Deekuntum

Pertemuan pertama ma dengan blogger Deekuntum! Anak ma yang ni… Ya Allah, punyalah peramah….! Ma tertarik nak jumpa dengan dia kerana dia pembaca setia ma! Rajin pulak sumbang sumbing kat blog ma!! 

Kami bertukar2 cenderahati… Tapi maaflah kalau nak tengok apa dia barangannya pergilah jengok ke blog anak2 ma yeer.. Sweetdarling79 dan Kehidupanku… Jangan lupa jengok juga blog Deekuntum. Mereka2 itu blogger tegar, tak lekang camera ditangan.

Kami berjumpa sementara menunggu bas untuk balik ke Terengganu dari percutian Jakarta>Bandung ma. Terima kasih Dee…

Monday, March 29, 2010

PUAS…!

Camane agaknya yer ma nak mulakan..? Memang ma puashati sekali percutian  Jakarta >Bandung ni… Percutian bermula dari 19hb Mac – 23hb Mac 2010. Misi ma berjaya! Sekarang betul2 ma dah ada keluarga di Sukabumi… 

 18hb Mac - malam

  SDC10029Jutawan Segera!

Nah amek kau, sekali tukar duit dapat juta2… Sampai kat sana, jutawan tak kenal duit..! Nak bayar Rp100.000 terkeluar   Rp10.000 je.. Ada yang tak tau nak balik duit!  Susah payah si Yanti kena membetulkan.. Kahkahkah.. Sekadar gurauan, sayang… Bukan takbur…, jangan salah anggap yeeer…!

19hb Mac – Bertolak ke airport… 

bandung 001 (2)

Kami keluar rumah selepas solat subuh. Sampai di LTTC airport kami terus check in, sebab flight akan berlepas pukul 9.00 pagi.

 bandung 010

Flight mendarat pukul 10.00 pagi  W.I.B. Yang sedang menunggu dah semestinya   si Yanti   dengan ibunya… Dari jauh ma dah melihat dia melambai2kan tangannya. Dia masih dapat ma kenal meskipun sudah 8 tahun tak jumpa… Dan ibunya yang baik  itu memang baru pertama kali ma bertemu.  Kami berpelukan …. syukur Allah mempertemukan kami semula.

bandung 142

Sebelum dibawa kerumahnya di Sukabumi, kami memang merencanakan untuk ‘putar2’ dulu di Jakarta, kerana hanya inilah masa dan kesempatan yang ada.

bandung 032 

bandung 038

Dan ma tidak melepaskan peluang bertemu seorang lagi kenalan yang baru ma kenali ketika mengerjakan haji baru2 ini. Kami bertemu dipejabatnya di Sudirman Plaza, Indofood Tower. Kami sempat bertukar2 cenderahati dan makan tengahari bersama.

  bandung 051

Sekitar >pukul 7.00 malam barulah kami beredar menuju ke Sukabumi, rumah dimana Yanti menumpang tinggal dengan adiknya.

Kononnya nak singgah sebentar kemudian akan terus ke Kg Cigangsa, Desa Cijati, Kecamatan Situraja, Kabupaten, Sumedang.   Aduh! liatnya lindah nak menyebut. Begitulah alamat penuhnya! Dah tentu tak sesat punya ni…!  Kediaman kedua orang tuanya. Tapi… hehehe…dari Jakarta nak menuju ke Sukabumi tu aje dah makan masa 4 jam!

 bandung 146Jalan raya yang sentiasa jem.

Perjalanannya  sangat ‘macet’…  Sesak! Barulah ma sedar apa yang dikatakan orang, Jakarta padat dan sesak. Memang betul… Sepanjang2 perjalanan,  laluannya agak sempit. Ditepi2 jalan tidak kelihatan tanah kosong, melainkan deretan2 kedai dan rumah yang comel2. Yang besar, besar sangat! Selebihnya kalau rumah yang ada kawasan tu, umpama laman, untuk menanam pokok2 bunga, tapi  mereka gunakan untuk bercucuk tanam padi. 

 bandung 046 Lalauan antara rumah menuju kediaman Yanti di Sukabumi.

Kadang2 nampak rumah yang dinding disebelah luarnya tidak diplaster simen pun! Mungkin kalau ada orang yang nak membina   rumah diselahnya,  mereka hanya menyambung atap dan sedia  berkongsi dinding!  Maaf kalau ma tersalah… Tapi begitulah rasanya… Sampai begitu sekali kepadatannya…

Hari   pulak  hujan… Ya Allah…, bilalah nak sampai yeer?!

Yanti tau agaknya kami kepenatan langsung dia mempelawa kami bermalam rumah adiknya di Sukabumi itu.

 

20hb Mac - pagi

Pagi2 lagi kami bersiap sedia meninggalkan Sukabumi menuju ke Sumedang rumah ibu bapa Yanti….

 bandung 048

Yang dikanan itu adik Yanti, Luluk bekerja disebuah syarikat automobil. Ditemgah2 antara ma dan ibu itu adalah Sri adik ipar Yanti, isteri Kurnia- yang snap gambar ni..!

Perjalanannya yang dikatakan cuma 2 jam tapi dek kerana ‘macet’  rupanya adoooi…. 4 jam jugak! Asyik main 4 jam aje ni!?  Rancangan kami nak singgah aje sebentar dirumah orang tuanya,  dan kemudian nak langsung  ke Tangkuban Perahu…

 DSC01004Tangkuban Perahu…  Tempat yang anak ma SD sangat2 ingin kunjungi.

Tapi… mana boleh ke main singgah2…  Kotnya satu di hujung sana, satu dihujung sinunBetul ke ni? Mungkin betul kot… hehehe…

Kami sampai di Sumedang, kira2 1.30 ptg.  Begitu terujanya.. disepanjang perjalanan, bapak Yanti yang menunggu kami sejak semalam, asyik sms aje, bertanyakan kami bagaimana dan ada dimana… Ya Allah, kami merasakan begitu dihargai sekali. Terima kasih, pak!

Tapi sayangnya kerana  kegawatan masa, kami tak sempat bermalam dirumahnya. Rencana ke Tangkuban Perahu pun terpaksa ditukar ke esok paginya, dari Bandung.  Dan hari ini kami  harus check in di Hotel Mutiara yang telah kami booking .

 bandung 026 (2)Tiba di Bandung sebelum magrib.

Sampai lupa   nak ambil gambar bapak Yanti dan rumah comel mereka… Cantik sekali… Rumahnya ditepi jalan, disebelah kanannya sawah padi, dibelakangnya ada kolam ternak ikan air tawar… Semuanya milik sendiri untuk keperluan keluarga…  Ah, kesal tak ada gambar kenangan disitu..

bandung 014 (2)

Accident! Menambah kesesakan. Alhamdulillah, kami tak terlibat.

bandung 162

 bandung 166

 

 

 

 

Lebih dari 4 orang cuma tambah Rp40.000 >RM14.00 dewasa.

 

21hb Mac – pagi  ke Tangkuban Perahu

DSC01002 Membeli nasi untuk bekalan ke Tangkuban Perahu.

 bandung 033 (2)Bersungguh2 nak menjual angklong pada ma. Harganya hanya Rp100.ooo.  Bila ma kata ma tak pandai main, dia sanggup mengajar… Kikiki.. kalau ma belajar dengan dia agaknya, jangan kata ke Tangkuban Perahu, nak balik ke Malaysia pun terpaksa tunda…   Hahaha…

 DSC01001Zikri cucu sulung ma…. Tak sempat nak naik kuda…. Kesiaaan…

 

bandung 078Dah sampai dipintu masuk… Dewasa Rp11.000.  Alamak! Tiba2 ada semacam bau yang tak enak pulak…! Oooo rupa2nya bau belerang….

Tangkuban Perahu adalah gunung berapi yang dah tak aktif lagi.

DSC01006

bandung 085  Panorama….Sejarah Sangkuriang yang mencintai ibunya sendiri menjadikan Tangkuban Perahu destinasi pelancungan yang indah.

bandung 097

 

Yang menariknya, turun aje  dari van.. kami diserbu oleh peniaga2 jalanan. Tapi… alamak, tak sanggup rasanya diburu!

bandung 039 (2)

bandung 105

 

 

 

 

 

Dari barangan berharga Rp250.000 boleh turun Rp25.000 aje... Kelakar kan? Taktik perniagaan sebegini, memerlukan kita bersabar tau… Jangan nampakkan sangat kita nakkan barangnya… hehehe…

  bandung 046 (2)

 

  bandung 060 (2)

  

 

 

 

Ibu dah capek… dah tak larat nak melayan karenah peniaga2 itu….! Ditengah-tengah itulah Tatang, pemandu van kami. Sangat baik orangnya!

Peniaga2 tersebut memburu kami dari awal sampai ke akhir, sehingga kami nak  memasuki van untuk pulang! Kami meninggalkan Tangkuban Perahu >jam 3.oo petang.

 

22hb Mac -  seharian

Tak tau penat…  Yang paling suka di Pasar Baru…

 bandung 147

bandung 152

Rasanya tak cukup 2 hari kalau disitu. Sehelai demi sehelai Rp kami yang sebelumnya boleh dibuat kipas, terbang…(gurau aje tau… hehehe) Sehinggakan hari terakhir kami nak bertolak balik ke airport  di Jakarta, kami masih  lagi sempat shopping di Pasar Baru. 

bandung 195

Perpisahan sebelum berangkat balik ke Jakarta.

bandung 093 (2) 

Van yang kami sewa buat hal. Yang menggantikannya hanya sebuah MPV. Yang boleh muat untuk dibawa ke airport Jakarta hanya beg2 barang, ditemani  ibu Yanti dan Zikri. Yang lain2 kena naik bas..!  Apa nak buat…?! Tapi ma betul2 seronok…!

bandung 194

Dengan Rp75.000  seorang bas ini akan membawa kami terus ke airport. Yanti jangan sedih… Nanti ada rezeki tahun depan kami ziarah lagi. Tahniah pada SD kerana berjaya jadi ketua rombongan yang ceria sepanjang percutian!

Kami kembali kepada asal… Uhuk! Uhuk! Sudah bukan jutawan lagi..! Hehehe