Sunday, February 28, 2010

MERCUN CHAP GOH MEH

Hari ini merupakan hari terakhir kaum China beraya. Semasa kecil-kecil dulu, ma tinggal di Kg Siglap, East Coast Road, Singapura… kalau nak tengok perkampungan ma, sila tengok filem2 60an terbitan Cathay Keris. Mereka selalu shooting di kampung ma.

Boleh dikatakan sekeliling rumah ma berjirankan orang2 China. Rumah ma tak jauh dari jalan raya. Bila dah masuk ke dalam kampung sikit barulah ada perkampungan Melayu. Jiran2 ma semuanya baik2 belaka.

Yang seronoknya bila tibanya musim perayaan Tahun Baru China, emak akan sebok membuat kueh untuk dibahagikan kepada jiran2 China kami. Pendek kata hariraya kita, kita bagi kueh pada mereka, hariraya mereka pun mereka jugalah yang akan dapat. Tapi yang syoknya kami adik beradik berebut2 nak pergi hantar kueh tu, sebab dapat Ang Pau.

Era 60an dan 70an dulu, tidak menjadi kesalahan kalau membakar mercun. Malah mercun boleh dijual dimerata2 secara terang2an. Bila tibanya malam tahun baru China, telinga kami tak dapat nak ditahan, berdesing2 sambut bersambut dirumah jiran2 China kami. Yang banyak duit, banyaklah dibakarnya. Yang tak berapa senang tu, ciput ajelaa.. kata orang jangan kan tidak je…

Tapi bila tibanya CHAP GOH MEH hari ke 15 atau hari penutup raya, biasanya mereka akan membakar lebih banyak lagi mercun. Melihat persiapan mereka dari awal2 lagi, ma dah naik seronok.

Mercun tu tidak lagi dicampak seperti menyambut diawal perayaannya, tapi sebaliknya akan diikat dan disambung2kan seberapa panjang yang boleh. Konon katanya untuk menghantar ‘datok’ naik keatas. Sebab itulah ada beberapa batang tebu untuk ‘datok’ panjat. Katanyalah...

Bayangkan apabila mercun2 yang diikat memanjang tu dibakar, dah tentulah bunyinya tak berhenti2. Kadang2 belum pun mercun dari jiran disebelah kiri berhenti, disebelah kanan dah tak saboor2 membakar mercunnya pulak! Lawan.. lawan…

Keesoknya, macam biasalah seperti ditahun2 sudah…! Ma akan kutip mana-mana mercun yang belum terbakar…. ma akan buka sampulnya.. keluarkan belerangnya… longgokkan dan cucur api. Huh macam kilatlah dia….


Ampun mak… tak buat dah lagi…

Dah tentulah emak menyinga, bila tengok papan gerai sembang petangnya cacat… hitam hangus.

Masa tu tak pernah pulak terfikir perbuatan tu mendatangkan bahaya pada diri sendiri..! Nasib baiklah tak pernah pulak dia menyambar pada tangan dan rambut ma. Alhamdulillah..

Tapi setelah kerap berlakunya kebakaran semasa perayaan, sepertimana salah satu kejadian berhampiran dengan pasar rumah ma sendiri. Ketika ma sempat berada ditempat kejadian dan melihatnya dengan perasaan yang sedih dan sayu…

Mujurlah kerajaan kini telah mengharamkan pembakaran mercun.

Saturday, February 27, 2010

TUKAR ROKOK

BILA Sweetdarling menyebut rindukan abahnya, ma pun sebak jugak dibuatnya. Mana tak sebak… perpisahan kami berpisah mati.. Berpisah yang tak mungkin bertemu lagi. Perasaannya sama aje… Suami dan isteri, anak dan abah… rindunya tetap sama…..

Moralnya disini… ambillah kesempatan semasa hidup ini. Tinggalkan usikan yang manis2 untuk diingati. Bila dah tak ada esok… janganlah kedegilan dan kekasaran menjadi kenangan kita. Masa tu menyesal pun dah tak guna lagi….

Ma pernah buat satu artikel yang disiarkan DEWAN SASTERA bulan Sep 2008. Editor meminta ma menulis tentang kehidupan ma bersama abah. 7 tahun…. berkenalan + bertunang = kawin.

Pertama kali bertemu setelah 3 tahun surat menyurat. (Orang doulu2lah katakan. Hehe…) Dah bercinta sakan, 3 tahun baru jumpa, (zaman taligram!) Dah jumpa tak berkenan pulak sebab kuat sangat hisap rokok!

Tapi si Esah >sahabat tradisi, memujuk dan menasihatkan. Macam-macamlah. Sebenarnya kalau dah jodoh kuat, tak nasihat pun tak ape… kalau nak jadi, jadi jugak. Masa tu tak ingat nak tunjuk power. Kata orang, kalau dia betul2 sayangkan kita suruh aje dia buat pilihan.

Iyelah tuu… dibuatnya dia kata rokok adalah kekasih no 1 dia, kaan jadi kenangan pahit pulak sampai mati … Alahaai…

Nak tak nak.. terima ajelah.. Tapi kadang2 ma jadi marah jugak bila tengok T shirt dan kain pelikat yang dipakainya berlobang sana sini kerana percikan api rokok. Yang lebih tak selamat apabila ada kesan terbakar atas lantai.

imagegambar dari GOOGLE

Masaalah ni selalu menjadi topik perbualan ma dengan kawan2. Secara kebetulan ma ada seorang kawan. Dia ni seorang seniwati era 60an. Anak didik P.Ramlee dan memang popular jugaklah masa tu. Dia bermastautin di Terengganu mengikut suaminya yang bertugas di RTM sebagai pemuzik. Langsung menukar imej seksinya, berjubah ala2 arqam sedikit masa dulu. Tapi kalau jumpa masa ni dia sudah tidak memakai hijab lagi. Okey, kita panggil dia KC.

KC menceritakan dia boleh berbomoh. Ma pun jadi tertarik. Ma tanya boleh tak dia mengubati suami ma yang kuat sangat merokok? Dia kata, boleh!

Caranya beli rokok bawak padanya dan dia akan jampi. Kerja kita pula tukarkan rokok yang didalam kotak suami kita tu, dengan rokok yang dijampinya itu. Ah, gampang dong, bisa aja kalau begitu…

Si MANGSA pulak apabila menghisap rokok yang dijampi itu akan rasa tawar dan benci pada rokok. Okey, set!

Demi Allah, kalau boleh dikatakan kerja ni kerja nak bomohkan suami, inilah kerja ma yang pertama dan terakhir!

Lagipun ma anggap ini kerja baik….

Nak beli rokok? Camane hee? Tak pernah pun terlibat dengan kerja tu! Aa aa... Jangan salah anggap pulak. Bukan ma nak mengada2. Memang betul pun ma tak pernah tolong belikan rokok untuk abah. Arwah ni pun jenis orang yang selalu keluar. Dia pun tak perlukan pertolongan dari ma bab2 ni.

Jadi, ma suruh KC minta tolong suaminya belikan rokok tu. Tapi bila suami KC tanya rokok jenis apa, ma tak tau nak jawab. Sebab ma memang tak ambil kesah jenis apa rokok yang dihisapnya.

CERDIKnya si suami KC, dia beli berbagai2 jenis. Setiap 2 batang, lain2 jenisnya.

Balik ke rumah, mau tak menggeletar lutut ma nak menukar rokok yang didalam kotak tu. Dahlah kawan kita tu dengan rokok umpama irama dan lagu tak boleh dipisahkan. Ya Allaaaah… punyelah takuuut… Tunggu dia masuk bilik air!

Sesuatu yang harus ma benar2 puji. Arwah ni seingat-ingat ma tak pernah marah ma secara kasar. Dia ‘sedar’ perubahan pada rokoknya. Mungkin bukan kerana terkena jampi sangat… tapi kerana setiap batang dalam sekotak rokok tu dah jadi lain rasanya dengan rasaan rokok yang dia biasa beli dan hisap.… Dah lah lain rasanya, jenamanya pun ada berbagai2…

Agak seminggu jugaklah dia buat derkk ajee….

DISUATU HARI… DIHARI BAIK CUACA PUN BAIK… Dia selamba aje menegur ma:

Walaupun abah tau niat ma baik… tapi buat guna2 untuk suami adalah kerja yang tak baik …

Ya Allah, terkejutnya ma… tapi tak tau nak kata apa. Ma pun buat2 muka selamba jugalah. Buat2 dengar tak dengar. Tapiiii maluuunyaaa…. Tuhan aje yang tau!

Mana dia tau haaa? Ade sape boleh agak?

SALAM MAULIDUR RASUL

MA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL KEPADA KALIAN…

JADIKANLAH SALAWAT DAN SALAM ITU SEBAGAI PENDINDING DALAM KEHIDUPAN KITA. SEMOGA KITA MENDAPAT SYAFAATNYA DIAKHIRAT KELAK…

Wednesday, February 24, 2010

MARI SAMA2 KITA KIRA

 

Ma minta maaf banyak, kalau ada yang yang membaca entry ma hari ni,  sudah membacanya lebih dari 15 tahun yang lalu…. Ma mengakuinya ini bukan karya ma… dan ma memang tak tahu siapa pemiliknya. Tolong jangan tanya ma dari akhbar mana, kerana ikhlas ma katakan ma dah tak ingat.  Kalau ada 10 orang yang mengakui miliknya pun, silalah…

Menyimpan karya-karya yang menghiburkan  dari keratan akhbar adalah  hobbi ma sejak muda…

Mari kongsi bersama… Kalau tak pandai ketawa, senyum pun jadilah….!

 

KOTAK HITAM SUAMI

SUE tidak pernah ambil kesah mengenai satu kotak hitam misteri milik suaminya yang tersorok dibawah katil mereka.  Sudah 20 tahun kotak itu disitu.

Suatu hari ketika membersihkan bilik , Sue tidak dapat menahan perasaan ingin tahu isi kandungan kotak itu.

Sue terperanjat dan hairan apabila dalam kotak itu ada 3 biji telor ayam dan wang tunai RM3,000.oo.

Dia cuba menyelesaikan misteri itu dengan bertanya kepada suaminya  “Kenapa abang letak 3 biji telor ayam dibawah katil kita?”

Suaminya terperanjat tapi masih mampu menjawab: “Sayang…. setiap kali abang curang padamu…, abang letak 1 telor ayam sebagai tanda penyesalan..”

Sue terdiam tapi masih mampu mengawal  kemarahannya kerana 3 kes curang dalam tempoh  20 tahun mereka bersama masih boleh dimaafkannya.

Kemudian Sue bertanya lagi: “Tapi, bang…. kenapa ada duit 3000?”

Dengan suara terketar-ketar suaminya menjawab: “Setiap kali telor itu cukup sedozen.. abang jual, dan duitnya abang letak kat situ.”

Monday, February 22, 2010

“… APA YANG KAK NAK BUAT?”

 

RUPA-RUPANYA dah 4 hari ma tak menulis. Jadi, maaflah kalau tulisan @ cerita @ komen2 ma tak sepantas kilat. Maklumlah menulis adalah sampingan bagi ma..

17hb Feb

SELEPAS ma dapat sedikit info tentang nama si bs tu, ma terus ke pejabat Celcom.

Walaupun ma percaya 100% info yang ma dapat, tapi ma takkan boleh dengan hanya membawa nama tersebut kepada inspektor yang handle kes ma.  Ma tak mau diasak siapa pemberi maklumat, janji ma pada diri ma sendiri, ma akan melindungi orang yang baik hati itu, dan tidak akan sama sekali menabur pasir pada periok nasinya. Allah sahajalah yang membalas budibaiknya nanti.

Jadi,tujuan ma hanyalah untuk mohon dipercepatkan maklumbalas Celcom kepada pehak berkuasa yang katanya sedang menunggu.

Kalau disegi lojiknya, apa yang payah sangat?! Di era maya ini bukankah semuanya hanya dihujung jari?!… Sekali klik dan beberapa saat semua data sudah didepan mata.. Lainlah kalau  dulu, kena cari dari rekod yang tebalnya sejengkal, diselak pulak sehelai demi sehelai…..

Apa yang ma diberitahu, kelewatannya adalah disebabkan oleh silap teknik. Okeylah  ma  diterimalah alasan tu  setelah diceritakan apa dan kenapa.  

Pegawai itu juga telah memohon berbanyak maaf pada ma, kerana tidak dapat mengesahkan nama yang telah ma peroleh itu, kerana mengikut etika pekerjaannya yang memegang rahsia pelanggan.

Tapi… kemudiannya dia bertanya:

“Kalau kak dapat orangnya pun,….. apa yang kak nak buat?”

Soalannya nampak lembut, tapi memang boleh buat ma tersentap. Eh, begitu ke?  Soalan itu seolah memperli.. @  seolah apa gunanya saya memanjang-manjangkan kes ini….  @ maaflah kalau ma tersilap tafsir… ma  terlalu sensetif  masa tu ke?

“Kalau gitu  tak apalah, encik.  Biarkan ajelah penjenayah berleluasa!  Encik…  saya nak tanya, untuk apa melindungi orang yang jahat?”

Dia boleh aja mempertahankan etika kerjanya…  Tapi, bagi ma.., ma tak kan berkompromi dengan orang yang BIADAP seperti bs!

 

18hb Feb

Petang Khamis tu anak ma si Acik yang duduk di Paka balik. Syukur Alhamdulillah.. boleh dikatakan semua anak-anak ma boleh jadi tempat mengadu, tapi selalunya  Si Acik nilah yang cepat bertindak. Sweetdarling tukang bagi idea dari jauh.

Sebenarnya dah beberapa kali Acik cuba kol bs tapi tak berjawab. Biasalah tuu… Tapi malam ni.. tah apa tuahnya dia angkat kol. Kerana dah ada info siapa  namanya  senanglah si Acik buat-buat macam kenal dia, panggil namanya nak ajak jumpa.

Loghatnya loghat Kelantan…

KETERANGAN dari panggilan pertama:  Dah dua bulan handset  kena curi. Yang curi kawan baiknya nama Fakhrol. Selama ni tpn dia dipakai oleh si Fakhrol. 2 3 hari lepas pergi minta balik no kat Celcom  dan terus buat repot polis pasal masuk panggilan maki-maki dan sms lucah kat hp dia. Kalau tak percaya boleh kol Fakhrol, tanya.

Boleh percaya ke?   Kalau Fakhrol kawan baik sendiri yang curi kenapa susah payah nak dapatkan balik no tu kat Celcom?   Kenapa nak suruh kita tanya pada Fakhrol pulak?

KETERANGAN dari panggilan kedua: Kalau tak percaya tanyalah Fakhrol, dia  pergi sama-sama buat repot.

Pulak??!!  Si pencuri ni pulak pergi sama buat repot?

Bila Acik tanya tarikh dia buat report….? 16 hb baru ni….

16hb baru ni?  Haha…Kira-kiranya beberapa hari sesudah entry no bertuah tu keluar.

Hmm… terlalu ramai yang mendail kot…

Haa, tu laaah….Tergagap-gagap minta orang percaya. Lain kali kalau nak berlakun pun hafal skrip elok-elok…  

Apa pun, terima kasih banyak ma ucapkan pada ramai yang telah menolong….

Thursday, February 18, 2010

DAH DAPAT sedikit INFO

SEMALAM memang ma umpama orang yang tak boleh nak dibuat berkira bicara. Mata ni dari siang lagi gatal tak tau nak buat apa. Agaknya banyak makan belacan… orang ada resdung, gitulaaa…

Jadi ma amik obat selsema yang boleh digunakan juga untuk gatal-gatal resdung sebiji. Belum isyak lagi, mata ni dah nak katup. So, lepas isyak ma pun tidur depan tv. Nak masuk bilik awal-awal takut rugi… (Ma ni memang tak suka tidur awal… banyak kerja yang boleh kita lakukan sebelah malam).

Kira-kira jam 10.oo ma masuk bilik, dah tak tahan ngantuk. Anak perempuan ma c sweetdarling kol. Aiit…,boleh tak dengar! Itulah penangan obat gatal!

Dia kol sibungsu, sibungsu pun kejutkan ma….

Dia bagitau dah dapat info sape yang punya no bertuah 0139595217 yang bakal terima padah tu… Ingat tuu.. bukan hadiah tau….

Bile dia sebut nama… memang ma tak kenal sape bs tu. Fikir punya fikir… memang ma ada syak seorang budak yang ma selalu hantar produk jualan ma ke kedainya… Hes! Naas budak ni kalau betul dia.. Kesian kerana nampak budaknya baik. Tapi mana tau kan?

Tapi betul ke dia? So, pagi ni ma tak buat kerja. Ketepikan dulu kerja mencari rezeki tu. Ma akan ke pejabat penyelia kedai tersebut. Kedai tu macam 7e, dibuka 24 jam, dan ada banyak cawangan.

Ma akan cuba tanya nama budak tu, betul ke pekerja disalah satu cawangan dikedainya. Kalau iye.. tindakan selanjutnya akan ma fikirkan.

C Sweedarling suruh ma pergi lempang mukanya kalau betul budak tu… Tapi… biar dulu ma fikirkan… Ma tengah sakit urat ni, nanti putus pulak urat ma kalau ikutkan geram.


Wednesday, February 17, 2010

DIKAKI GUNUNG KINABALU

WALAUPUN hanya di kakinya… tapi ma rasa amat bertuah dapat juga melihat keindahan Gunung Kinabalu dengan matahati sendiri.

1

Panorama indah selepas subuh di Hotel Mount Kinabalu Herritage.

Memang bertuah pun! Ma terpilih mengikuti rombongan Lawatan PAKK (Pusat Aktiviti Kanak-Kanak dibawah naungan Pusat Perlindungan Kanak-Kanak) anjuran Jabatan Kebajikan Negeri Terengganu pada 15-19hb Jan 2009 tahun lalu. Hari ini genaplah setahun ma mengimbasnya kembali.

Hanya kerana Pengerusinya ‘merajuk’ atas sebab-sebab peribadi.. sebagai Timbalannya, tuah itu bergolek ke kaki ma... Lain kali merajuklah lagi… Hehehe….

Kebetulan ma ada beberapa kenalan di Sabah… iaitu Datuk Dayang Mahani dan Datuk Amisah Yassin yang ma kenali ketika mereka berkunjung ke Terengganu suatu ketika dulu. Dan kami sehingga kini masih menghubungi antara satu sama lainnya.

DSC01643

Gambar kenang-kenangan ketika kunjungan Datuk Dayang Mahani dan Datuk Amisah di Terengganu. Yang bertudung hitam berbaju merah itulah Datuk Dayang Mahani dan anaknya Nor, berbaju biru.

Mereka-mereka ini sangat baik dan mesra alam orangnya. Jauh sekali nak meninggi diri bila berbicara. Malah membahasakan diri sebagai ‘kakak’ aje walaupun mereka bergelar Datuk… Tapi ma tetap menghormati mereka dan memanggil mereka dengan gelaran yang telah diperoleh.

Datuk Dayang telah menaja makan malam rombongan kami di banglonya yang tersergam indah… Satu keistimewaan Datuk Dayang, dia sangat pandai memasak. Semua hidangan lazat yang memenuhi meja pada malam itu adalah masakan dari air tangan Datuk Dayang sendiri!

Masih teringat lagi bila ma mengatakan padanya, ma menumpang tuah orang, dapat mengenali Sabah.

Tapi dijawabnya ‘mereka pun menumpang tuah u jugak kamariah… Sebab u, I sponsor makan malam ni…’

Wooow.. iye ke Datuk? Pandai betul Datuk ni mengambil hati, kan?

DSC00308

Datuk Amisah Yassin

Datuk Amisah pula adalah setiauasha politik kepada Datuk Marsidi, Exco Pelancongan Sabah… Datuk Amisah ni pun memang baik orangnya… Kegemarannya berkaroeke…

Selepas balik makan malam di rumah Datuk Dayang beliau mempelawa kami ke pusat karoeke. Kerana tak sampai hati menolak pelawaannya yang bersungguh-sungguh itu, habis semua rombongan ikut ke pusat karoeke itu. Maka ma pun mengambil peluanglah ikut mengenali bagaimana suasana pusat karoeke sebenarnya…

Hah, kalau diingat memang kelakar habis… dengan baju kurung itu jugalah kami redah masuk. Hahaha…

Bagi menangkis prasangka, Datuk ada berkata pada ma, berkaroeke adalah semata-mata hobinya untuk merelekskan fikiran setelah penat bekarja. Dia tak membuat sesuatu yang bersalahan. Dia tidak meminum arak dan tidak merokok.

Walaupun hanya ada seorang dua saja yang pandai berkaroeke dikalangan kami tapi kerana menghormati beliau, Pengarah turut juga menyumbangkan sebuah lagu. Wow, sedap juga suaranya.. ala-ala Aris Ariwatan gitu….

DSC00291

Bersama Kak Mun teman sebilik, Di kaki Gunung Kinabalu


Kerana sungguh-sungguh nak meraikan ma, Datuk Amisah telah mempelawa ma untuk pergi ke daerah Ranau dimana terletaknya Gunung Kinabalu itu. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam dari Kota Kinabalu.

Ma pun meminta izin dengan ketua rombongan untuk pelepasan. Di kaki gunung, kami menginap di Mount Kinabalu Herritage.

Awal-awal lagi beliau ingatkan ma jangan tidur selepas solat subuh.

Sememangnya ketika pertukaran masa antara subuh ke syuruk itu, adalah suatu panorama yang sangat indah tak terucap…dimana kabus yang menutupinya pecah perlahan-lahan dek panahan matahari dan puncak gunung kelihatan berkaca-kaca…. Sungguh menakjubkan!

Ketika itu ma teringatkan kawan-kawan yang tidak dapat bersama-sama… tak seharusnya tempat ini tidak termasuk dalam program lawatan kami….

Udaranya pula sangat nyaman. Dibilik penginapan pun sememangnya tak ada penghawa dingin sebenarnya…!

Apalagi dengan sokongan cuaca yang elok, maka terlaksanalah hasrat Datuk Amisah mempromosi daerah Ranaunya itu….

Disini Kama mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk berdua… Terima kasih tak terhingga…. Sehingga kehari ini pun masih terbayang-bayang lagi keseronokan di Sabah.. Di Gaya Tamu.. Di Pasar Philipine.. Dan budi baik Datuk berdua akan Kama kenang sampai keakhir hayat… Semoga sillaratulrahim antara kita kekal abadi…

2

Kenangan peserta rombongan sebelum berangkat pulang meninggalkan Hotel Promenade Kota Kinabalu.


Saturday, February 13, 2010

IBU TELAGA EMAS

KATA ORANG ditelan mati emak, diluahkan mati bapa?

Kalau kita tukar kepada, ditelan mati diluahkan pun mati, camana agaknya?

Memang sakit… itulah nasib seorang ibu tunggal. Boleh dikatakan mempunyai pendapatan tetap bulanan hampir 3k sebulan. Tapi malangnya, sentiasa berendam airmata dek kerana sikap seorang daripada anaknya terjebak dengan D---H.

Setiap hari dia membelanjakan paling kurang RM60-RM200. Seolah-olah ibunya itu telaga emas!

Disuruh kerja tak mau kerja..Dihalau keluar, tak mau keluar…

Ada isteri, isteri lari..ada anak, anak pun tak hormat, Camana nak hormat, duit simpanan dari belanja sekolah si along yang baru berusia 13 tahun tu pun disamunnya.

Barang-barang dalam rumah pun tak lekat, sampai vacuum yang pakai hari-hari tu pun boleh hilang. Kalau barang kemas jangan cakap, simpan elok-elok pun boleh hilang, apatah lagi yang terabai… hinggakan yang lekat dileher anak sedara pun diambilnya ketika budak tu tidur..

Pendek kata banyak lagilah perkara-perkara yang buat emaknya menggugurkan airmata… Tiada apa yang boleh ma doakan untuk kawan ma tu, agar anaknya berubah.

Tapi kawan ma tu betul-betul dah putus asa… Dia mengharapkan kematian, samada anaknya yang mati atau dia sajalah yang mati…Pernah datang fikirannya untuk membunuh diri akibat tak tahan dengan perbuatan anaknya… Na’u zubillahimin dzaliq!

Ma cuba juga bagi idea padanya antaranya suruh hantar ke pusat pemilihan, tapi dia kata akhirnya anaknya akan balik juga padanya… Maknanya dia tak mau anaknya balik padanya lagi. Dia redha untuk membela cucunya yang 2 orang itu, dan benar-benar mengharap anaknya pergi jauh dan tidak lagi mengganggu hidupnya.

Ma tidak mempertikaikan harapannya… Siapa yang kena dialah yang merasa..

Harapan ma, disamping kita mendidik anak-anak kita dari kecil agar membenci dadah, tolonglah DOAKAN sama agar Allah mengekalkan kesabaran pada kawan ma itu dan agar anaknya berubah. Jangan sampai kesihatannya terganggu, biarlah dia boleh hidup aman tenteram dihujung-hujung usianya ini.


Wednesday, February 10, 2010

0139595217

AGAK-AGAK milik sape no ni? Dah semestinya ini bukan no bertuah. Tapi… harap-harap no ni akan bawa padah pada pemiliknya….

Cubalah kol. Mesti tak jawab punya. Kalau tak kedekut, cuba mesej seposen. Kata gini… Kau akan dapat nanti apa yang kau ‘cari’!

Sejak dari 8 januari, no ni masuk ke dalam handphone ma. Masa tu tengah malam, berkali-kali. Sehingga ma bosan, ma off handphone.

Subuh esoknya, baru aja selesai solat subuh, ma on hp, ingatkan ok dahlah, tapi dia miskol lagi. Berkali-kali. Sengkek betul dia ni, sampai nak kol pun tak mampu kot!

Sape ni? Ma yang kol dia… tanpa salam sebab hati dah mula panas. Tapi dia tak bersuara. Tah jantan tah betina tak taulah.

Kemudian dia mesej ma, Kak Yah ke ni?

Ini bukan kak yah, jangan ganggu…

Memang nama ma Kamariah, tapi tak ada sorang pun yang memanggil ma dengan panggilan Kak Yah. Kenapa ma nak mengaku?

Kemudian dia buat miskol lagi…

Apa hal yang awak dok buat miskol dari semalam tak sudah-sudah ni? Saya dah kata saya bukan Kak Yah. Jangan ganggu saya awak faham tak?

Musangnya (bengkengnya) Kamariah!…. Barangkali……(blablabla)………. Dia hantar sms. Dah mula buat kurang ajar! Dia tau pulak nama ma… sape sebenarnya ni?

Kamariah ni musang ada sebab! Awak sape? Dahlah muka tak nampak, orang kol pun tak bersuara!

Dia hantar mesej lagi….

Rasa geram tengok…….. (blablabla)…… lebih kurang ajar dari yang tadi.

Sakitnya hati ma, Tuhan yang tau. Rasa terhina sangat-sangat. Ma mengadu pada anak lelaki ma. Dia minta no hp. Dia kol, bs (budak setan) tu tak angkat.

Seharian hari tu, hp ma tak duk senyap. Kejap kan dia miskol, miskol dan miskol… Saranan dari anak-anak ma semuanya suruh repot polis. Dan sebelah petang 9 januari ma pergi buat repot.

Hari ni dah sebulan lebih, bs masih bebas miskol. Dia tak akan lupa miskol ma pada setiap malam Jumaat, pagi atau petang Jumaat dan malam Sabtu kadang-kadang tu sampai pukul 4 pagi. Walaupun selepas mesej biadapnya yang terakhir, ma TAK LAYAN LANGSUNG!

Ada kawan kata biarkan aja nanti dia penat sendiri, tapi nampaknya dia tak penat-penat...!

Dari hari ke hari ma menunggu pangilan dari pehak polis yang akan dapatkan maklumat no tu dari Celcom. Dah puas ma buat susulan, tapi sampai sekarang, NOTHING!

MA TAK DAPAT JAWAPAN SEBENARNNYA KENAPA PEHAK CELCOM BOLEH BEGITU LAMBAT MELAYAN PERMINTAAN DARI PEHAK BERKUASA SEPERTI POLIS? ATAU DIA INGAT INI KES REMEH TEMEH, TAK PAYAH PEDULI?

Ada seorang polis wanita, apabila dia membaca mesej itu, dengan simpatinya menasihati ma supaya memasang lagu yang sedap-sedap pada panggilan bs, supaya kita dapat menukar perasaan marah kita itu agar kita jadi terhibur… Mungkin idea itu boleh dipakai….

Tapi.. walaupun orang nampak kes begini tak serius, orang yang merasa cukup terganggu dan terhina sebenarnya…

Tolonglah bagi idea macamana nak buat pada bs ni!


SESAT DI MINA

KALAU disebut hal mengerjakan haji ke Mekah, ma rasa tak ada orang yang kata, di Mina itu adalah suatu tempat yang selesa. Dimana keadaannya yang sesak, duduk dan tidur beramai-ramai, sampai ada yang tak mandi kerana kesukaran berjam-jam untuk menggunakan tandas dan macam-macam lagilah.

Memanglah mencabar dan menuntut kesabaran yang tinggi.

Alhamdulillah, semua itu dapat ma lalui dengan tenang, sebab ma dah selalu dengar cerita-cerita mengenainya. Ma memang sudah bersedia. Asalkan kita pandai mencongak masa, keadaan tidaklah seteruk itu sebenarnya.

Perbanyakkan baca surat al-Insyirah dan ayat-ayat untuk dipermudahkan pekerjaan kita, Insya Allah…

Mina ni… suatu penempatan yang amat luas, dipenuhi beribu-ribu khemah yang teratur, seragam dan pemandangannya memutih, cantik sekali. Perjalanan kami ke jamrah untuk melontar dari maktab 83, yang melalui terowong Muasim, adalah sejauh 3 km pergi balik.

DSC00886

Orang ramai berpusu-pusu didalam bangunan jamrah untuk melontar di Mina.

Kerana keseragamannya itulah pernah dipagi yang pertama ma sampai, ma sesat didalamnya.

Disana, makan tengahari dan malam, dihantar ke khemah dengan makanan sarapan pagi untuk keesokkannya samada biskut atau roti. Tapi air untuk bersarapan pagi, kena pergi ambil sendiri ditempat yang disediakan.

Setelah solat subuh, setelah berdoa dan membaca apa yang biasa, ma pun keluar bersama Che’ Bunga untuk mengambil teh.

Agak jauh jugalah, beberapa kali belok dari lorong ke lorong untuk sampai ke dapur khemah, dahlah gitu kena beratur memanjang pulak… Kami berdua tak bawa suatu apa pun, sedangkan jemaah-jemaah yang lain ada yang membawa cawan sendiri. Cawan besar pulak tu…!

Bagi kita yang tak bawa cawan sendiri, pendek kata kenalah pakai cawan kertas. Cawannya pun kecik aje. Kalau takut panas tindanlah 2 3 atau 4 biji pun, tak ada siapa yang marah.

Ma dan Che’ Bunga hanya menindan 2 biji aja, cukuplah. Isi air pun tak berapa penuh.. maklumlah air panas berasap, takut pulak tumpah terkena orang yang ramai beratur tu.

Ma keluar dulu diikuti Che’ Bunga selang 3 4 orang dibelakang ma, terselit-selit dicelah orang ramai untuk melepaskan diri sampai ke lorong dihadapan.

Kerana melalui laluan sempit, ma tak menoleh kebelakang. Bila terasa lega, baru ma menoleh. Tengok-tengok Che’ Bunga dah tak ada!

Mana dia?

Cari punya cari, tak nampak dimana Che’ Bunga. Ma mula berpusing-pusing sendirian, cari dimana khemah 62 maktab 83. Kata orang pi mai pi mai tang tu jugak. Susah betul, keliru betul, akibat lorong yang serupa aja nampaknya.

Ditangan ni masih ada air teh panas…. Bila orang tanya mana dapat air panas tu… Ma pun dah tak tau nak kata kat mana.. Tah kanan ke kiri, tah depan ke belakang, tak tau nak kata kat mana. Niat di hati ni memang nak minum di khemah bersama dengan Che’ Bunga, tapi orang-orang ni buat kacau betul, ah serabut… Bukan seorang dua yang bertanya… Rasa bosan, ma pergi ke satu sudut, ma minum air tu.

Dah selamat satu bab!

Tapi khemah tak juga jumpa. Ma rasa hampir satu jam begitulah lebih kurang. Akhirnya ma diberi petunjuk, supaya keluar balik ke jalanraya. Disana ma akan jumpa papantanda yang menempatkan maktab 83.

Huuh, betul pun!

DSC00879

DSC00883

Inilah salah satu jamrah yang kita kena lontarkan 7 biji batu ke dalamnya.

Seperkara ma nak ingatkan… Ibadah haji ni yang wajibnya hanya sekali kan… jadi sedaya upayanya buatlah yang terbaik. Walaupun kita rasa kita ada kemampuan dan ada peluang boleh pergi lagi, tapi tak pasti kesehatan kita pula mengizinkan atau sebaliknya.

Jadi nasihat ma, apa pun yang kita nak kerjakan kalau disana nanti , biarlah berkumpulan. Senang bertanya kalau kita tersalah atau tak faham. Sebab masa kita berkursus selalunya kita tak dapat membayangkan bagaimana dan bagaimana, semuanya blur.

Inilah yang membuatkan Ma teringat akan Ustaz Jamaludin Hashim yang menjadi tenaga pengajar semasa kursus di mesjid…. Masih terdengar-dengar lagi laungannya:

“Hah, pahang dok? Napok dok?” dengan loghat Terengganunya… (faham tak, nampak tak?)

Bila sekelian bakal-bakal jemaah terpinga-pinga. Nak kata faham, macam tak faham… Nak kata tak faham takut ustaz melenting…

Uztaz pun sambung … “Hah, dok pahang dak pe… sapai di nu nati.. napok belaka. (Tak faham tak apa, nanti sampai disana , semuanya akan nampaklah..)

Yaa.. Betullah kata ustaz tu, uztaz… Insya Allah, kalau ma jumpa ustaz ni ma akan ‘membenarkan’ kata-kata ustaz ni dan takkan lupa ucapkan terima kasih padanya…

Jadi tak perlulah bimbang, kalau masa Kursus Haji ada yang kebingungan tak faham atau blur… Insya Allah bila ada didepan mata, semuanya BEREH! (beres!)

Rasanya dah selesai apa yang ma nak tulis bab pemergian ma mengerjakan rukun ke5 ni. Ma minta maaf kalau jemu membaca asyik-asyik hal ini, tapi niat ma baik, untuk merangsang minat anak-anak atau adik-adik ma semua. Selebihnya adalah untuk khazanah dalam diari ma sendiri.

DSC00898

Sayonara buat kakakku sebelum berangkat pulang pada 18hb disember 2009, selepas subuh.

Friday, February 5, 2010

HUJAN RAHMAT DI ARAFAH

SESUATU yang agak terkilan dihati ma apabila ma seolah-olah terlupa nak mengabadikan gambar-gambar ma di Arafah. Sebenarnya hati ni hanya Allah yang tahu… Berdebar-debar macam nak mengadap periksa besar. Kerana inilah kemuncak ibadah para jemaah yang mengerjakan rukun Islam ke5 ini.

Sehari sebelum berangkat, Mekah dilanda hujan lebat. Dikatakan hampir beberapa tahun Arafah tidak dilimpahi rahmat hujan… Rahmat juga bagi jemaah tahun ini…! Beribu-ribu khemah yang yang setiap satunya boleh menempatkan seramai 20 orang atau lebih itu, agak tidak begitu selesa dek kerana karpet yang basah. Mujurlah jemaah dibekalkan dengan sebidang tikar setiap seorang. Dengan tikar itulah kami mengalas duduk dan tidur.

Apa pun kena terimalah… Tidur pun cuma semalaman aja. Kata orang tidur-tidur ayam. Didalam ibadah ni… segala kekurangan, jangan sangat diambil kira.

Selepas maghrib keesokannya, kami bertolak ke Muzdalifah untuk memenuhi tuntutan setidak-tidaknya satu pertiga malam disana. Perjalanan cuma memakan masa 10 minit. Alhamdulillah… perjalanan lancar, walaupun tidak mustahil jika berlaku kesesakan, kerana yang ada di Arafah keseluruhannya wajib ke Muzdalifah!

Sepanjang perjalanan dengan menaiki bas yang disediakan untuk jemaah kita, masih ramai lagi para jemaah dari negara luar yang hanya berjalan kaki ke Muzdalifah!

Seharusnya kita bersyukur dengan pengurusan Lembaga Tabung Haji, yang ma kira boleh diberi kredit. Matang, lancar dan berjaya! Tahniah!

DSC00867

Saat mengutip anak-anak batu di Muzdalifah.

DSC00868

Kira-kira jam 2 malam, jemaah mula dibawa keluar dari Muzdalifah untuk ke Mina bagi melontar ketiga-tiga jamrah dengan menggunakan 70 biji anak-anak batu yang dikutip.

Kami sampai di Mina lebihkurang pukul 3.30pagi.

Nanti ma akan sembang lagi bagaimana ma boleh tersesat di Mina….


Thursday, February 4, 2010

HAPPY BIRTHDAY ZULFAN

DSC00829

Biar pun dah terlambat, tapi nenek,umi dan su semuanya nak ucapkan HAPPY BIRTHDAY pada Fan… Sori yee… nenek baru jumpa gambar ni.

Handbag tu, jangan pakai lagi tau… Pakai yang nenek beli kat Mekah pulak…

DSC00827

Zulfan ke ni??? Nenek tengok macam kakak-kakak je…

ABCD0001

Cukup 8 orang cucu ma! Zulfan yang nampak mata dua biji je tu…